Header Ads

Pencak Silat Keris Lok 13

SENI SILAT KERIS LOK 13

Assalaamualaikum dan Selamat sejahtera semua, Sekapur sirih Lela Sembah (hormat silatur rahim). Puji-pujian kepada Allah serta solawat dan salam kepada Rasul yang mulia dan para ahlul bait yang suci serta para sahabat baginda yang menjadi bintang bintang pertunjuk sapanjang zaman kejalan yang haq.

Di bawah ini didedahkan video satu bahagian dari latihan penuntut silat keris lok 13. Ianya hanyalah sebagai pelengkap kepada artikel ini. Latihan ini bermaksud untuk pertunjukan permainan silat pulut bersenjata sahaja. Sila lihat dalam http://youtube.com/geraksejati, Terima kasih.

Video 1. - Sedikit permainan latihan  serangan dan belaan berkeris (pendek), pisau dan golok LAPIS PERTAMA sahaja dan tidak fokus kepada sasaran sebenar (titik bahaya) ke tubuh lawan (samada dalam serangan atau dalam membuat belaan) seperti dalam silibus pembelajaran

Video terbaru bertajuk: JURUS DAN BUNGA TARI KERIS PENDUA (Keris pendek keris lok 13 lok 11 lok 9 lok 7 lok 5 lok 3 atau keris melela pendek). Rentak dan pola jurus dan tari yang di pamerkan adalah mengikut gerak jurus dan tari GSPM. Sila lihat dalam http://youtube.com/geraksejati/.

Bismillahir rahmanir rahim. Alhamdulillahir rabbil`alamin wabihi nasta`in wala haula walaa quwwatailla billahi`aliyyil`adzim. Wasollallahu`ala sayyidina Muhammadin sayyidil mansyuurin wa`ala aalihi wasohbihi ajma`in. Amin ya Rabbal`aalamin.

PELAJARAN SILAT KERIS MELAYU

PECAH TAPAK EMPAT SILAT BERKERIS LOK 13

Bila diri bergerak gerak bertapak silat pun bermula. Bermula gerak  membentuk jurus. Jurus terjadi terbentuknya tari. Tari sanggahan tari tikaman. keris dipegang  sarung dikedang (Putar) di pegang erat kelima jari. Berserta pula satu sepakan  tendang atau sepakan terajang. Berpadu dengan suatu sapuan. Sapuan hadapan sapuan belakang lalu terbentuk suatu pola (pattern) kaedah persilatan. Pola beragaman melahirkan keindahan (Estatika). Lantaran kerana keindahan lahirlah pujian. Setiap pujian kembali kepada Tuhan الله penguasa mutlaq semesta alam. Gerak bertapak keris lok 13 PSSGS mohon barokah daripada Allah dengan nama ZATNya Yang Maha Berkuasa dan juga sempena bermulanya Gerak Bertapak kemenangan perjuangan Rasulullah s.a.w dalam mengembangkan agama Islam yang suci setelah perintah berhijrahnya Nabi ke Madinah pada hari isnin bulan Rabi`ul awwal setelah 13 tahun Baginda diangkat menjadi Rasulullah s.a.w. Gerak bertapak Silat berkeris LOK 13 PSSGS mempunyai 7 gerakan tapak resmi seperti  dijelaskan di bawah  ini. Walau bagaimana pun Ilmu persilatan keris lok 13 ada juga mengggunkan keris pengiringnya iaitu keris lok 7 sebagai Keris Pendua (Yang biasanya dipakai selit di pinggang) dan keris panjang penggangtinya iaitu keris lok 21 (Sebagai keris panjang yang dipegang di tangan yang di sebut namanya keris Lemona atau keris-keris panjang yang lain. Istilah keris panjang ialah keris yang jenis ukuran panjangnya antara 18-25 inchi. Namun keris lok 13 ada dua katagori 1. Keris lok 13 yang pendek ukuran terbaik ialah 13 inci panjang boleh dijadikan keris pendua dan keris lok 13 yang panjang melebihi 18 inci zaman dulu dipakai oleh para panglima dan pendekar sebagai keris guna utama dipegang di tangan.

PELAJARAN ASAS:

Pelajaran asas ialah tarian keris panjang lok 13 atau keris pendek lok 13 atau pun keris pendek yang lain.Apabila mahir dalam tarian memudahkan  pula pelajaran gerak jurus iatu jurus ibu dan jurus bertapak kembangannya yang lima. Contoh latihan tarian keris ini telah pun di tunjukan dalam video laman web ini.

GERAK BERTAPAK PERTAMA.

Gerak bertapak pertamanya merupakan JURUS JURUS UTAMANYA (Jurus Ibu) ia mempunyai 19 gerakan yang mengambil ilham keberkatan bilangan huruf  `ijaiyah kepada ismullahu`adzom  Ø¨Ø³Ù… الله الرحمن الرحىم   iaitu ucapan yang sangat mulia dan diberokati Allah dan dianjurkan setiap umat Islam membacanya apabila mahu memulakan sesuatu pekerjaan penting dan rasmi kerana ianya nama Allah yang Maha Agong. Guru-guru yang ‘Arifinbillah` ada mengatakan nama Allah s.w.t. mempunyai sebanyak 3000 nama. 1000 nama di ketahui oleh para malaikat. 1000 di ketahui oleh para Rasulullah dan Nabi-Nabi. 300 nama tersebut dalam kitab Taurat (Nabi Musa a.s). 300 nama Allah tersebut di dalam kitab Zabur (Nabi Daud a.s). 300 nama tersebut di dalam Injil (Nabi Isa a.s). 99 nama tersebut di dalam Al-Quran (Sayyidina Muhammad s.a.w) dan 1 nama lagi KHAS tersimpan di dalam ilmu Allah s.w.t sahaja. Namun begitu sekelian MA`NA kepada nama-nama Allah s.w.t yang 3000 itu semuanya terkandung dalam ayat  Ø¨Ø³Ù… الله الرحمن الرحىم  barangsiapa membacanya dengan betul dan ikhlas hati kerana menyanjung dan mengingati Allah nescaya dikurniakan balasan pahala (Rahmat Ilahi) sebanyak pahala jika membaca kesemua nama-nama Allah yang 3000 itu. Sekiranya seseorang banyak membacanya pada mana mana perkara yang dihajatinya dan pada semua gerak gerinya nescaya dimudahkan oleh Allah pada apa-apa sahaja perkara yang dihajatinya dan hebatlah dihati sesiapa sahaja yang memandang kepadanya serta berbagai bagai keistimewaannya lagi. InsaAllah s.w.t.

LIMA TAPAK KEMBANGAN.

Dan berlandaskan kepada asas kejadian dari empat unsur diri samesta yang  awal diciptakan Allah iaitu Api, Angin, Air, Tanah. Pola pecah tapak empat juga mengambil ilham daripada musyahadah zat yang mana-nama ZAT Yang Maha Mulia dan Maha Berkuasa yang sentiasa wajib dalam ingatan itu ejaannya terdiri dari empat huruf  `Arabic` iaitulah Ø§ Ù„ Ù„ Ù‡.

PAKAIAN (UNIFORM) PESILAT .

Tujuan utama pengajaran ilmu persilatan yang fizikalnya ialah mengentahui falsafah tekniknya dan teknik serang bela yang berkesan. Sementara kecantikan seninya dan estatika berpakaian yang cantik dan anggun adalah perkara kedua. Berteraskan prinsip ini aliran silat keris lok 13 tidak memfokuskan kepada cantiknya pola jurus dan berseninya lenggok gerakan tariannya. Oleh itu gerakan jurus dan tarian persilatan aliran keris lok 13 tidak lah cantik. Ianya tampak lebih kasar, keras dan lasak. Pakaian nya pula tidaklah saperti pakaian dalam istana tradisional. Uniform pesilat lok 13 adalah simple dan rinkas dan tidak rimas memakainya. Ia hanya perlukan ikat kepala atau bentuk tengkolok yang mudah. Sehelai kain selempang, satu kain bengkong. Baju silat yang longgar berpasangan dengan sehelai Seluar Pak Karat (longgar-berkaki lebar) iaitu jenis pemakaian pendekar atau panglima zaman tradisi yang bertugas di perairan dan daratan negara (di luar dunia istana) yang mana pakaian begini di fikirkan sesuai dengan gerak persilatan di medan tempur yang keras dan lasak sama ada di darat, di laut, di lembah, di gunong, di hutan atau di padang dan lain lain lagi dengan menggunakan keris panjang (keris utama) dan keris lok 13 sederhana panjang. Sebilah keris kepunyaan sendiri. Sehelai selendang samada dipakai di tubuh bahagian atas atau diikat pada pinggang atau dipegang ditangan.

MENGENAI PECAH TAPAK-JURUS JURUS:

Selain daripada pergerakan tapak PERTAMA (Ibu) yang mengandungi 19 gerakan dalam jurus utamanya itu akan diikuti (dipelajari) pula pergerakan dalam Tapak Kembangannya sebanyak LIMA PECAH TAPAK dengan pola pola jurusnya tersendiri. Namun pola pecah tapak empat pedahat (gerak berputar) pada setiap pelajaran pecah tapak itu adalah suatu kemestian kerana mengambil ilham dari empat kalimah agong dan mulia amalan bacaan orang mu`minin dan mukminat ahli taqwa iaitu kalimat لااله الا الله. Gerak berputar merujuk kepada posisi ruh bersama Ilahi dalam aspek batiniah (sirr) dan keberadaanNya (wujud). (ada tercontoh lebih kurang dalam Video: Jurus dan Bunga Tari Keris Pendua  di GerakSejati Youtube.

Tapak gerakan jurus hidup pelajaran keris lok 13 mempunyai jurus dan pola gerakannya yang tersendiri. Bebas dari sebarang kawalan tapak empat kerana mengambil ilham dari Firman Allah, `Fa`alullima yuriid` ertinya Allah berbuat sekehendakNya (KuasaNya mutlak). Jurus ini di sebut juga Gerak Jurus `Alif beralih`. Pergerakan jurus hidup adalah tindakan cepat dan tepat menggunakan salah satu daripada tiga mata berpepisau utama keris mengikut keperluan masa, situasi dan tempat pertempuran. Sasarannya pula terhadap 21 titik serangan pada  tubuh lawan. 21 titik serangan ini mengambil ilham sifat wajib kekal kepada Allah iaitu 20 sifat dan 1 sifat harus bagiNya. 21 titik serangan pada tubuh seseorang lawan ini juga  mengambil ilham dari sifat lawan kepada sifat baqa` yang ada kepada Allah s.w.t. (iaitu sifat majz-yang binasa) dan 1 sifat harus juga yang ada kepada makhluk. Berdasarkan 1 sifat harus inilah seorang hamba bertawakkal kepada Allah s.w.t dalam perjuangannya.

NOTA.
1. Ada pendapat mengatakan Lok Keris Lagenda Taming Sari 13 lok. Musuh tidak tertentang.
2. Tentera Badar menentang kafir Quraish seramai 313 orang menang melawan 1000 orang.
3. Kebanyakan bukan muslim takut kepada angka 13 kata mereka `Black Thirteen` contoh seperti mana 13 ekor gajah perang bersama bala tentera Abrahah yang ramai yang hendak meruntuhkan kaabatullah tewas oleh lemparan batu berapi oleh burung Ababil habis hancur seperti daun dimakan ulat. MasyaAllah.
4. Pendapat pandai keris (Empu) mengatakan aura keris lok 13 ialah Keris berkhasiat Pelindung dan mempunyai semangat juang yang tinggi.
5. Arifinbillah berkata  angka 13 ialah: 1 lambang Zat.3 lambang sifat, asma, afaalNya.
Ialah yang menguasai sekelian Semesta. Tempat bersandar dan bergantung dan berserah diri AHLI TAUHID.

BUAH SERANGAN DAN BELAAN:

Pelajaran buah tempur keris panjang Lok 13 terdiri dari TIGA LAPISAN (tiga tahap pelajaran). Tahap Yang kedua lebih berkesan dari yang pertama dan tahap yang ketiga lebih berkesan dari tahap (lapisan) kedua tapi menjadi Tiga dalam satu pada pelajaran tahap ketiga.

LAPISAN PERTAMA. (Tahap Pertama).

Terdiri dari 7 asas gerak serangan dan 7 gerak belaan. Menggunakan kaedah serangan dengan menikam dan paras serta kaedah belaan selapis sahaja. Sasaran serangan adalah terhadap 7 titik bahaya pada tubuh lawan. Biasanya diajar dengan menggunakan Keris Lok 7 terlebih dahulu (sesuai dengan buah buah serangan dan belaan yang 7). Setelah mahir diajar pula menggunakan keris lok 13 atau pun keris panjang (Keris lemona atau lain-lain keris panjang).

Lapisan pertama ini mempunyai dua tahap kemahiran iaitu (a) Kemahiran menggunakan keris bersama sarungnya.(Keris panjang). (b) Menggunakan keris tampa sarung (Keris pendua-keris pendek .ukoran mata keris kurang dari 13 inci).

LAPISAN PERTAMA. (Tahap Kedua).

Asas serangan pertama dan belaannya pada lapis pertama di tambah lagi dengan 7 buah kembangan gerak (sama ada pada teknik serangan atau teknik belaan) dengan menggunakan tiga bahagian mata berpepisau keris mengikut bagaimana situasi. Penggunaan kedua-dua jenis keris yaitu lok 7 dan lok 13.

Lapisan kedua ini mempunyai tiga tahap kemahiran (a) Bersenjata keris bersama sarungnya (keris panjang). (b) Bersenjata keris tampa sarungnya(keris pendek). (c) Mengatasi lawan yang bertangan kosong dan lawan yang menggunakan senjata senjata yang lain daripada keris.

LAPISAN KETIGA. (Tahap ketiga)

Peringkat Rahsia serangan dan belaan keris Lok 13 dan sasaran serangannya pada tubuh lawan ialah sebanyak 13 bahagian daerah dengan menggunakan ketiga-tiga mata berpepisau keris mengikut situasi yang wujud ketika bertarung. Kemahiran mengguna keris panjang di titik beratkan. Samaada menggunakan keris lok 13 atau keris Lemona lok 21 sesuai dengan mengenali 13 daerah serangan keris yang berkesan di tubuh lawan.

AKHIR KALAM:

 Keris lok 13

Aku Melayu di sini
dan juga kau di seberang
yang masih ada
bersama sebilah keris tua lok 13
pusaka warisan kita
masih bertahan di muara

hanya lah.
jangan tergadai
jangan terjual
nanti aku dan juga kau
terbuang dari muaraloka.

Ayoh melayu!!
kita seagama serumpun bangsa
marilah kita teguhkan bersaudara
kita tempakan semula bersama
lambang kekuatan
dan kesaktian bangsa

Keris Taming Sari
Dan keris tempa Melaka
sesama kita
jangan berkelahi.

Bismillahi
wallahi
wabillahi
watallahi.

Demi agama
demi negara
demi bangsa.
demi serumpun nusantara.

AL FAKIR ILA RAHMATILLAH.


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.