Method dan Kaifiat Tariqat Syathariah
METHOD TASAWUF TARIQAT SHATTARIYAH
MEMASUKI GERBANG PERTAMA ( CALON SALIKIN ).
Menurut aliran Ahmad al-Qusyasyi [lihat kitab Al-Simt Al-Majid] gerbang pertama bagi seorang untuk masuk ke dunia bertarikat adalah menerima `Baiah dan Talqin`.
Talqin adalah hal ritual yang harus dilakukan terlebih dahulu sebelum
sesaorang dibaiah menjadi ihkwan tarekat yang akan menjalani dalam dunia
tarekat tasawuf dan suluk Tarekat Syattariyyah.
TATA CARA TALQIN [MASUKI GERBANG UJIAN AWAL - [MUJAHADAH]
1.
Calun murid terlebih dahulu menginap di suatu tempat tertentu yang di
tunjukkan oleh Syeikhnya selama 3 malam berturut-turut dalam keadaan
suci bersih [berwudhu dan pakain suci] di awali dengan mandi taubat: ada
4 acara niat mandian kemudian diikuti dengan dua rakaat solat taubat.
[ini kaifiat oleh syeikh semasa].
2. Setiap malam ia harus melakukan sunat sebanyak enam (6) rakaat dengan 3 kali salam.
a. Ada tertib bacaan-bacaan khas surah Al-Quran pada tiap rakaat salat sunatnya itu.
b. Ada niat khas hadiah pahala sembahayang pada tiap-tiap salat sunat
itu misalnya kepada Rasulullah s.a.w. dan lain-lain lagi dengan
mengharap mendapat berkat dan pertolongan daripada Allah SWT.
c.
Kemudian setelah selesai semua sembahyang sunatnya sebanyak 6 rakaat
dengan 3 kali salam itu hendakalah membaca salawat nabi 10 kali dengan
kaifiat salawat yang ditentukan guru (syeikh).
BAIAH DAN TAHKIM
Selepas
menamatkan gerbang ujian awal-mujahadah tersebut murid hendaklah
menghadiri tatacara baiah dan tahkim. Baiah adalah merangkumi ungkapan
kesetiaan dan penyerahan diri daripada seorang murid secara khusus
kepada Syeikhnya dan secara umum kepada lembaga organisasi tarekatnya.
Seorang murid yang telah mengikrarkan dirinya masuk kedalam dunia
tarekat itu tidak seharusnya ia kembali keluar dari Inabah itu [ikatan
perjalanan tarekat]. Dalam dunia tarekat tasawuf baiah memiliki
konsekuensi adanya kepatuhan murid kepada Syeikh mursyid [umpama
patuhnya si murid di dalam kelas sekolah kepada gurunya] yang ikhlas
membimbing. Kerana seorang Syeikh mursyid yang murabba bagi tarekat yang
muktabarah adalah dipercayai sebagai wakil (wasithah) daripada
Rasulullah SAW, 'Al-Ulama (mursyidin) warithatul ambia` yang
diyakini ikhlas untuk memandu murid ke arah pembersihan jiwa dan
mencapai makrifatullah dan tidak sekali-kali memandu ke jalan yang salah
atau kesesatan - InsyaAllah.
Ada tiga perkara yang penting dalam hal Baiah dan Talqin ini yang harus dilalui calun murid ini iaitu sang murid harus menerima
1. Talqin zikir asas (zikir akar).
2. Akhu al-ahd
3. Lib al-Khirqah.
Menerima Talqin zikir asas (zikir akar)
iaitu kaedah mentalkinkan zikr jihar [lisan] kalimah tauhid yang
di-pusakakan oleh Rasulullah s.a.w tali-temali daripada Sayyidina Ali
k.w. dibaca tiga kali oleh guru dengan kaifiatnya tertentu kemudian
diikuti sang murid.... kemudian berzikir pula guru bersama murid
sekurang-kurangnya 100 kali.... mengikut nada dan cara yang di sampaikan
Syeikh Mursyidnya. Selepas itu sang murid hendaklah beramal pagi dan
petang [paling minima] 100 kali pada sekali duduk berzikir dan
menjadilah amalan yang istiqamahnya sebelum naik ke tangga zikir darajat
seterusnya. Walau begitu murid telah diijazahkan juga pengenalan 13
maqam zikir tahlil [titik poit] pada diri murid bagi mendapat kesan
cahaya rohani yang lebih cepat bagi zikir darajat [zikir tarekat] ini.
Di sini ada perbezaan kedapatan zuk [rasa nikmat berzikir] berbanding
dengan zikir tahalil orang awam yang dipanggil darjat zikirnya Zikir
Hasanah [tekniknya hanya semata-mata lisan] dan yang maksudkan mendapat
hasanah [pahala ] sahaja. Wallahu a`lam.
Kemudian
daripada menerima talqin Zikir Akar [kalimat: Laa ilaa ha illallah]
yang resmi itu berikutnya ialah proses baiah ataupun tahkim Akhu al-ahd yakni
membuat dan mengambil akur janji setia atau berwa'ad dengan guru
(ringkasnya murid berjanji mematuhi apa syarat yang nyatakan oleh
Mursyid iaitu mematuhi perintah Allah dan suruhan Rasulullah s.a.w.)
[Ingatan: jika ada sebarang syarat dan arahan pematuhan `berbau`
kepentingan peribadi guru maka itu bukan dari tarekat yang haq yang asal
- berasal tarekat Shattariyyah neosufisme ini ].
Ada
9 langkah pembacaan wa`ad termasuk langkah yang terakhir sekali ialah
murid didoakan oleh syeikh dan mulai saat itu bertanggung jawab
membimbing muridnya dengan seikhlas hatinya kerana Allah. Kemudian murid
bersalam dengan guru dan ikhwan lain jika mereka ada di dalam majlis.
Kemudian mengakhirkan majlis dengan membaca bersama-sama surah Al-`Ashr
atau sebelum itu diadakan terlebih dahulu Baiah Lib al-Khirkah.
Perhatian: Ada pun ayat Al-Quran [khas] yang tidak terpisah dalam kaifiat berbaiah dan talqin zikir `Akar` [Laa Ilaa ha Illalah] tarekat Shattariyyah Neosufisme ialah ayat ke 10 surah Al-Fath: Mafhumnya:
`Bahawasanya
orang-orang yang berjanji setia kepada kamu[Muhammad s.a.w]
sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah. Tangan Allah di atas
tangan mereka. Barangsiapa yang melanggar janjinya maka akibat melanggar
itu akan menimpa dirinya sendiri [akibat buruk] Dan barangsiapa
menepati janjinya kepada Allah, maka Allah akan memberinya pahala yang
besar`.
Baiah Lib al-Khirkah:
yakni suatu ritual ringkas Sang Syeikh memberikan dan mengenakan jubah
[khirqah] iaitu pengiktirafan sebagai murid de-facto [jubah graduasi]
tareqat Sattariyyah neosufisme. [Peringatan: Satu lagi jubah demikian
[berlainan warna] diberikan kepada murid-murid tareqat ini pada suatu
masa akan datang setelah beliau menyelesaikan perjalanan sipiritualnya
[suluk] dalam tareqat ini. Bagi murid yang layak menjadi khalifah [wakil
Syeikh Mursyid] akan diberi jubah dan selendang khas serta autorisasi
khalifah tareqat.
SEDIKIT PERNYATAAN SEBAB KEPENTINGAN BAIAH ATAU TAHKIM
Proses
inisiatif penerimaan zikir tareqat melalui baiah adalah sangat penting
dalam pandangan Tareqat Syattariyyah kerana ia menentukan hak diri Sang
Murid dalam organisasi tareqat resminya kerana baiah seperti ini adalah
mengisyaratkan terjalinnya hubungan yang tidak akan putus [Ukhwah
billah, minallah, wailallah wafillah] antara murid dengan Mursyidnya dan
saudara seikhwannya [Hadis: Bahawa Orang Muslim itu Bersaudara].
Begitu bai'ah diikrarkan maka Sang murid dituntut untuk mematuhi dan
melaksanakan berbagai ajaran dan suruhan pada peta perjalanan spiritual
ilaLlah [tarikat] tuntutan Sang Mursyidnya. Sang Murid harus meyakini
mursyid yang ikhlas dan benar dalam kepimpinannya adalah sebagai wakil
[wasyithah] Nabi s.a.w. sebagaimana riwayat hadith: `Al-Ulama [mursyidun] warithsyatul-ambiaya`. Mafhumnya:`Ulama [yang Mursyid] itu adalah wariths para nabi`.
Lebih daripada itu baiah juga dimaksudkan sebagai `simbolis` sebuah
bentuk perjanjian antara Sang Murid sebagai hamba dengan Al-HAQ [Allah]
Tuhannya. Wallahu a`lam.
TINGKAT 1 - PENGAMALAN ZIKIR ASAS [AKAR]
Zikir Asas [Akar Zikir] dalam tareqat Syattariyyah Neosufisme ialah Kalimat `Laa ilaa ha Illah`
dengan kaifiat [method] tertentu [diijazahkan mathod itu - dua cara]
semasa murid menerima ijazah talqin zikir oleh guru atau pun daripada
khalifahnya. Sementara melangkah maju ke tingkat ZIKIR MUQADDIMAH
seseorang ahli tareqat ini hendaklah berzikir dengan kaedah zikir yang
diijazahkan itu pagi petang atau sebanyak-banyaknya mengikut
kemampuannya. Syeikh Agong kami, Qutbuddin Syeikh Daud Al-Fathoni
menyatakan dalam kitabnya, Dhiaul Murid [pedoman Zikir Menuju Ilahi]
mengenai tareqat ini, sebaik-baik bilangan zikir ialah 12,000 kali
sebutan lisan kalimat `Laa ilaa ha Illalah` pada sekali duduk
berzikir secara resmi maka barulah seseorang terasa `masuk` dalam zuq
alam zikirullah. Tetapi disiplin tareqat ini menetapkan paling kurang
sekali duduk berzikir ialah 100 kali pagi selepas subuh dan 100 kali
petang selepas maghrib atau selepas solat Isya` termasuklah semua
mukarranahnya hingga kepada doa resminya. Jika dalam masa beramal di
tahap ini andainya apa-apa kedapatan warid dari Ilahi hendaklah dilapor
kepada Mursyid untuk di tafsir, dinilai, ditambah dan sebagainya
mengikut budi bicara guru dalam membimbing dan memajukan lagi peramalan
bagi membersih menggilap roh sang muridnya dalam pelayaran menuju
distinasi....... Allah SWT. [Laa maqsudu bihaqqin ilaLlah].
TINGKAT 2 - MELAKSANAKAN TUJUH MACAM ZIKIR MUQADDIMAH TAREQAT.
Setelah
sesaorang itu diterima sebagai anggota jemaah Tarekat Syattariyyah
Neosufisme sesudah melepasi GERBANG PERTAMA dan telah beramal dengan
bersungguh-sungguh tingkat pertama maka dia akan dinaikkan pula kepada
TAHAP KEDUA iaitu mengamalkan ZIKIR MUQADDIMAH yang mempunyai TUJUH
MACAM KAIFIAT ZIKIR yang disesuaikan dengan tujuan penyucian TUJUH JENIS
NAFSU yang ada dalam diri manusia untuk mencapai 7 maqam pembersihan
rohani hingga yang tertinggi serta mencapai maqam wasil yakni sampai
makrifatnya kepada Allah dengan sempurna sampai. Kaifiat zikir-zikir
tersebut ialah seperti di bawah.
ZIKIR 1 : ZIKIR TAWAF.
Zikir
TAWAF yang dimaksudkan dalam tarekat ini ialah yang seperti mana
diisyaratkan oleh Mursyidnya ibarat makanan hati [Roh] ia melibatkan
tahapan kenaikan kepada fenomena hubungan syuhudiah sang salik terhadap
Al-Khaliq mengikut jaluran ilmu musyahadah [Ihsanuddin] dan zauqiah.
Sang Salik akan disuruh menzikirkannya hingga mencapai 100,000 [seratus
ribu] dan menghayati gerak keesaan semesta yang akan mencapai maqam
wahdatul afaal yaitu tingakat awal makrifatullah dan menghapuskan nafsu
bangsa amarah [nafsu al- amarabissu`i].
ZIKIR 2 : ZIKIR NAFI DAN ITHBAT
Zikir
nafi dan ithbat seperti yang diisyaratkan oleh mursyidnya. Zikir ini
ibarat memberi makanan roh. Ia melibatkan syuhud dan musyahadah serta
zauqiah. La Maujudu bihaqqin Illa-Lah.
ZIKIR 3 : ZIKIR ITHBAT FAQAD [HILANG ATAU LUPUT]
Maqsudnya
Zikir Ithbat Faqad ialah meninggalkan kalimah nafi dan mengekalkan
kalimah ithbat. Dengan zikir ini salik mengithbatkan sebenar-benar wujud
[pada hakikatnya] hanya Allah Azzawajalla. Inilah teknik zikir yang
membuka atau mencelikkan [enlighten] sekelian hati Rohaniah Rabbaniah.
ZIKIR 4 : ZIKIR ISMUS-ZAT [SULTANUL-ASMA`].
Teknik
ZIKIR ini berkesan bagi membersih tempat bersemayamnya Roh
[Lathaif-lathaif]. Dinamakan alam zikir ini Syahadah fi Syahadah. Ia
ibarat besi berani bagi Roh dan makanan Roh
ZIKIR 5 : ZIKIR TARAQI
Zikir
Taraqi dinamakan juga zikir Syahadah fil Ghaib. Hasil yang harus
dicapai ialah Syuhudul kathrah fil wahdah melalui zauq dan musyahadah.
Menghasilkan kehidupan [maqam] jiwa pada mertabat alam jabarut dan
berperangai dengan perangai `Yang di Cinta` serta perlenyapan pada maqam
Rohul Adzim.
ZIKIR 6. ZIKIR TANAZZUL.
Zikir
Tanazul dinamakan juga Zikir al ghaib fi syahadah yang hasilannya
syuhudul wahdah fil kathrah dan fana kedalam Rohul Adzim.
ZIKIR 7 : ZIKIR ISMUL GHAIB.
Zikir
ini dikenali juga dengan panggilan zikir musyahadah afaal, asma,
was-sifat waz-zat. Fungsinya pembuka sekelian rahsia iaitu makanan bagi
SIRR. Menghasilkan maqam jiwa pada alam Lahut dimana makrifatnya seperti
mana sabda Rasulullah SAW: `Kaa nal-Lah lam yakun ma`ahu syai`un. Ertinya:`Ada Allah tiada ada sertanya sesuatu`.
SELAIN daripada tujuh kaifiat zikir di atas
sebagai zikir-zikir asas ada pula tujuh isim zikir pengiring yang di
talqinkan mursyid yang perlu diamalkan dalam kadar bilangan khas
tertentu. Kemudian ditalqinkan pula isim furu` sebanyak enam bilangan
isimullah yang berlaianan barulah tamat peramalannya kemudian kembali
beramal dengan zikir akar `La ilaha ilal-Lah` dan juga
melakukan amalan tawajjuh zikir lathoif yang 7 walaupun setelah mencapai
maqam atau darjat maqam Baq`billah dan pengalaman tingkat tinggi
kerohanian. InsyaAllah.
Zikir Lathaif 7
[atau zikir tawajjuh] dalam Syattariyyah Neosufisme agak ada sedikit
berlainan dengan method Tarekat Naqsabandiah atau Tareqat Qadariah
Naqsabandiah. Sebab dua tareqat tersebut menggunakan Sultanul Asma
[Allah] sahaja untuk zikir pembersihan nafs pada7 lathoif [cakra] dalam
diri. Tetapi sistem Syattariyyah Neosufisme di samping menggunakan Asma
Allah pada latifatul-Qalbi dia menggunakan asma-asma Ilahi yang
berlainan pada Lathoif yang lain lagi itu iaitu pada Lathifatur-Roh,
Lathifatul-Khaf, Lathifatu-sirr, Latifatul-akhfa, lathifatul qab-Qausin
auadna kemudian pada Lathifatun-natiqah seterusnya Kulluman jasad.
Ada pun asas pegangan adanya lathaif ini dalam diri manusia adalah berdasarkan pada ke wahyu Ilahi iaitu: `Walaqad khalaqna fauqakum sab`a thoraa-`iqa wama kunna anil-khalqi ghaa-filii-n.`
Ertinya: "Dan
sesungghnya kami telah menciptakan di atas kamu tujuh jalan [tujuh buah
langit] dan kami tidaklah lengah terhadap ciptaan kami". [QS:Almu`minun:17].
Ayat ini adalah sebagai dasar kepada wujudnya lathaif yang menjadi
`pintu masuk` ke dimensi ghaib dalam perjalanan tareqat ini dan
barangsiapa tetap beristiqamah mengetuk pintu ke alam ghaib ini
insyaAllah.... Allah akan membukakan kepadanya.
NOTE:
Pembersihan jiwa adalah tujuan utama zikir tareqat iaitu menjadikan
jiwa salik bertaraf Rohani tidak lagi bertaraf roh tabaq [thaba`i]
bersifat haiwani daripada taraf roh majadi atau nafsu sawiah bersifat
syaitan [besar hati, bangga diri, takbur dan sombong etc] yang sangat
perlu kepada pembersihan melalui zikir mujahadah atau zikir Lathaif 7
ini. Maka apabila bersih hatinya bersihlah jiwanya dan sucilah nyawanya.
Nyawa yang suci mendapat darjat Rabbani atau Rohani yang mana akan
mudah menerima tajalli Ilahi [manifestasi] seperti kata para
Arifinbillah: `Kamthalil-mir aati izan-nadhzaraa fii hi tajalla Rabbahu`.
Dengan itu InsyaAllah mencapailah darjat hati para sahabat dan pengikut
Rasulullah s.a.w. yang ada seramai lebih kurang 100,000 orang pada
zaman Baginda yang memang mereka semua menerima kesan secara langsung
cahaya suci kenabian dan kerasulan Baginda Nabi Muhammad s.a.w. [sebab
itu tidak perlu mereka mengamalkan sesuatu Tarekat khas untuk mencapai
darjat jiwa suci Rohaniah Rabbaniyah sebagaimana yang diusahakan oleh
pakar-pakar jiwa [para muryidin ahli tarekat & sufi] pada zaman
mulai abad kelima atau enam setelah kewafatan Baginda s.a.w. iaitu
setelah zaman itu penyakit keduniaan dan kebendaan [hidonesma dan
materialisme] mula menguasai para pemerintah dan masyarakat Islam.
TINGKAT 3 - ZIKIR PERINGKAT MUNTAHI
Peramalan
tahap ini ialah berkaitan dengan zikir lathoiful-Ghaibiyyah - iaitu
peramalan lanjutan oleh golongan veteran pengamal Tareqat syattariyyah
neosufisme. Dalam peringkat ini melibatkan latihan tubuh dan jiwa.
1. Pengendalian diri dengan mujahadah
2. Ketaatan ibadah wajib dan sunat dengan taqwa
3. Duduk dengan posisi tertentu semasa beramal [tafakur atau khalwat]
4. Berzikir dengan mengatur pernafasan dan perlenyapan ego.
5. Menutupi seluruh pancaindera dan penumpuan penuh kepada Zat Yang Maha Suci.
Lanjutan
daripada lima disiplin atau rukun bagi tubuh fizikal itu ada tiga
kaifiat penyempurnaan pendampingan jiwa [insani] dengan Yang Maha Suci
mudah-mudahan mencapai pula makrifat sirr serta pencerahan rohani.
1. Kosentarasi fikiran pada satu fokus iaitu kepada Ahdiyatuz-Zat.
2. Duduk bertafakur [meditasi] - muraqabah, muhasabah, muqabalh, mukasyafah, mukafahah, etc.
3. Zikirullah [Rantaian dari perkara 4 yang tersebut di atas] - zikir wukuf dan solatul-daim.
Catatan:
Adalah lumrah terjadi bagi pengamal tarekat Syattariyyah neosufisme
ialah pelenyapan [fana] diri ketika ia melakukan peramalan tingkat ini
iaitu tetakala berlaku tenggelamnya diri batin di lautan Nufus atau pun
lautan Bahrul Hayat yang berhubung dengan Rohul-Adzim iaitu saat dimana
kesedaran kepada diri sendiri akan sirna iaitu hilang [fana] contoh ini
yang terjadi kepada Qutubul-Adzim Syeikh Abu Yazid Al-Busthomi dan
lain-lain Auliaillah yang besar-besar (wallahu a`lam) kemudian apabila ia tersedar [selesai beramal] ke alam zohiriyah dia tetap kekal dalam maqam baqabillah.
Peribadatan
zikir Lathoif al-Ghaibiyyah tersebut adalah dengan kaedah zikir Sirr ia
itu zikir khafi sama ada menggunakan ingatan hati [seperti: zikir
lathaif yang tujuh atau lathaif tiga belas] menggunakan minda [tafakur
atau meditasi] atau pun zikir nafas [Nafas, amfas, tanafas, nufus]
method ini sesuai dengan beberapa perintah Allah dan hadith Rasulullah
SAW: Antaranya ialah:
1. Al-Quran Ayat 205 surah Al-`Araf: `Wazkur rabbaka fi nafsika tadharru`an wakhii fatan....` Mafhumnya: Dan sebutlah [ingatilah] akan Rabbmu di dalam diri mu dengan rendah hati dan takut [taqwa]`......
2. Hadis daripada Bukhari dariapada Aisyah r.a: Mafhumnya: `Bermula
zikir yang tidak didengari oleh malaikat Hafazah itu [yakni zikir
khafi-zikir dalam jiwa atau dalam minda] melebihi [pahala atau darjat]
70 kali ganda daripada zikir yang didengar oleh malaikat Hafazah`.
3. Kata Sultanul Aulia Sayyidi Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani: `Zikir
khafi itu tidak diangkat oleh malaikat [sebab tidak diketahuinya]
kerana ianya adalah rahsia [Sirr] antara hamba dengan Rabbnya.`
Kelangsungan
gerak zikir dalam disiplin Tareqat Syattariyyah Neosufisme amatlah di
pentingkan kepada kader-kadernya kerana pada asasnya merupakan suatu
usaha pengamal untk melepaskan diri dari sifat-sifat kelalaian dan lupa
kepada Allah pada setiap waktu dan situasi kerana arahan Allah untuk
mengingati Nya dan wajib di-patuhi sedaya upaya diri seseorang muslim
seperti ayat berikut:
Mafhumnya: `Apabila
kamu telah selesai mengerjakan sembahyang maka maka hendaklah kamu
mengingati Allah baik waktu berjalan atau waktu duduk dan waktu kamu
berbaring`.
Dan lagi Firman Allah: Mafhumnya: `Iaitu
orang-orang yang menyebut [mengingati] Allah semasa mereka berdiri dan
duduk dan berbaring dan memikirkan [tafakur] tentang kejadian langit dan
bumi sambil berkata `Ya Tuhan kami tidak engkau jadikan semua itu
sia-sia. Maha suci engkau, peliharalah kami dari seksa neraka`.[QS.Al-Imran:190].
Dengan
dalil ringkas itu method zikir SIRR ini memberi kesan yang kuat kepada
hati nurani hamba untuk selalu dalam mengingati Allah serta menghadap
Hadhrat Yang Mulia Allah sesuai pula dengan perintah Allah:
`Fainamaa tuwallu fathyamma wajhu-Llah` Mafhumnya:`Barang kemana sahaja engkau menghadap maka di sana ada Wajah Allah`.[Surah Al-Baqarah:115].
Kaifiat zikir Sirr dalam peringkat lanjutan ini ada tujuh:
1. Zikir penyembuhan jasmani penyucian rohani
2. Zikir asyik Ilahi dan Suluk Maqarrabun
3. Zikir cahaya Nurani Rabbani
4. Zikir insani kontak rohil Adzim
5. Zikir Turqa dan tanazzulat
6. Zikirul Insani [Nafas, amfas, tanafas, Nupus]
7. Zikir maqam tahlil yang 13.
Mengikut
Syeikh Agong Tareqat Syattariyyah di Nusantara Melayu Syeikh Abdu Rauf
As-Sankil [1606-11637 mufti besar negara zaman keagongan empire Kerajaan
Acheh]. Adalah tujuan yang dikehendaki seseorang pengamal tarekat
tasawuf adalah untuk mencapai maqam fanafillah kemudian maqam baqabillah
berserta makrifatullah. Dalam kata yang lain ialah bahawa wujud hati
dan nyawa dengan zikir yang berkekalan dan sentiasa dekat dengan Zat
Wajibal-Wujud atau Zatul-Bakhts dalam istilah lain ia mencapai ibadah
`Solatud-Daim'. Bagaimanakah jalan atau method peramalan bagi mencapai
darjat sentiasa dalam `Solatud-Daim?` Ya... tentulah salah satu cara
mencari permata mahal ini pada guru-guru mursyid Tareqat muktabarah dan
semestilah antaranya itu ada dalam Tarekat Syattariyyah Neosufisme.
HALUAN ARUS TAREKAT SYATTARIYYAH
Haluan
arus Tarekat Syattariyyah adalah bertujuan membangkitkan kesedaran jiwa
dan akal budi seseorang terhadap Al-Khaliqnya. Justeru itu tidak
semestinya seseoarang pengikutnya sampai mengalami peringkat fanafillah.
Seseorang pengamal Tareqat ini ada yang beramal terus menerus hingga
akhir hayatnya hanya pada zikir asas [akar] `La ilaa ha illa-Lah`
saja bersertai segala mukarranah peramalan hinggalah kepada doanya pun
sudah memadai ini kerana berpegang kepada hadiths Nabi s.a.w. mengenai
kalimat thoyyibah ini:
1. Kerana La ilaha illal-Lah harga syurga sebab Anas bin Malik r.a. berkata: Nabi s.a.w. ditanya, `Ya rasulullah apakah ada harga untuk sorga itu? Jawabnya: Ya,Laa ilaha illal-Lah.
2. Abu Hurairah r.a. berkata: Ya
Rasulullah siapakah yang lebih dahulu mendapat syafa`atmu dari semua
manusia? Jawabnya: Siapa yang mengucapkan Laa ilaha illal-Lah
benar-benar ikhlas dari hatinya.
3. Athaa` mengertikan firman Allah: Man jaaa bilhasanati falahu khairun minha. yaitu: Laa ilaha illal-Lah, maka akan mendapat yang lebih baik yaitu surga. Dan Waman jaa`a bissayyi`ati fakubbat wujuhuhum finnaa ri. Yaitu Dan siapa yang datang di akhirat membawa kejahatan (Syirik) akan tersungkur wajahnya di dalam neraka.
4. Nabi s.a.w. bersabda: Ajarkan
kepada orang mati dari kamu Laa ilah Illall-Lah kerana kalimat itu
dapat menhancurkan dosa sehancur-hancurnya. Sahabat bertanya: Ya
Rasulullah, bagaimana jika dibaca ketika hidupnya? Jawab Nabi s.a.w.
Lebih menghancurkan dosa, dan lebih menghancurkan.`
5. Seorang sahabat Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa
yang membaca Laa ilaha illal-Lah dengan ikhas daripada lubuk hatinya
lalu dipanjangkan bacaannya kerana mengagongkan [Allah dan kalimat itu],
maka Allah akan menghapuskan daripadanya empat ribu dosa besar. Ketika
ditanya: Jika dosanya tidak sampai empat ribu, diampunkan juga keluarga
dan tetangga tetangganya yang Islam....
PENDUKUNG
Syattariyyah Neosufisme percaya bahawa jalan menuju Allah itu banyak
iaitu sebanyak bilangan nafas makhluk Allah tetapi jalan yang paling
utama menurut perjalanan tarekat ini ialah jalan yang ditempuh oleh PARA AKHYAR, ABRAR dan SHATTAR.
Orang
yang belum sampai ke tingkatan Syattar terlebih dahulu harus mencapai
kesempurnaan pada tingkat orang Akhyar [orang terpilih] dan orang Abrar
[orang terbaik] serta menguasa rahsia-rahsia zikir. Untuk mencapai
ketingkatan Syattar itu ada10 post [station] yang harus dilalui untuk
sampai ke pengkalannya iaitu:
1. Taubat 2. Zuhud 3. Tawakkal 4.
Qanaah 5. Uzlah 6. Sabar 7. Ridha 8. Zikir 10. Muraqabah,
Musyahadah,
muqabalah, Mukasyafah, Mukafahah seterusnya fanafillah dan baqabillah.
Apabila
menonjolkan aspek alur perjalanan Tarekat Syattariyyah pengamalnya ada
tiga kelompok yang tersebut itu masing-masing kelompok mempunyai had-had
peramalan khas mereka dalam menghayati rasa kehampiran dengan Yang di
Kasih [Allah].
TINGKAT ORANG AKHYAR
[orang terpilih] ialah kumpulan salik yang menyibuk diri menjalani
ibadah salat, puasa, berumrah berhaji, bersalawat, membaca Al-Quran,
berbakti, membanyakkan membuat ibadat dengan ibadah yang sunat-sunat di
samping amalan ibadat yang wajib, berjihad fisabilillah etc. Mereka ini
adalah pengamal-pengamal zikir asas Tareqat Syattariayyah Neosufisme itu
saja.
TINGKAT ORANG ABRAR
[orang terbaik] pula menyibuk diri dengan latihan kehidupan asketisme
atau berzhud yang keras, latihan ketahanan menderita, menghindari
sebarang perkara kejahatan, noda dan dosa dan bersungguh-sungguh
menyucikan jiwanya..... inilah gulongan yang dimaksudkan dalam hadis
Nabi s.a.w.: A`da `aduwwika nafsukal-latii baina janbaika` Mafhumnya: Musuhmu yang paling perlu engkau lawani ialah nafsu [jiwa nafsu amarah dan sawiyah] yang ada dalam diri mu.
Dan juga seperti pedoman daripada Allah SWT sendiri: Mafhumnya: `Sesungguhnya Allah kasih terhadap orang orang yang bertaubat dan Allah kasih terhadap orang-orang yang menyucikan diri`
[Al-Baqarah:222]..... Mereka yang kelompok ini adalah daripada gulungan
yang mengamalkan ZIKIR-ZIKIR MUQADDIMAH [tingkat 2] disamping
mengamalkan zikir akar setelah tamat tujuh tahap penyucian nafsu.
TINGKAT ORANG ASY-SYATTAR adalah
gulungan yang dengan bimbingan mursyid dan mendapat barokah para wali
adalah gulongan untuk cepat mencapai wasil kepada Allah. Mereka adalah
gulongan pengamal tingkat ketiga Tareqat Syattariyyah Neosufisme yang
telah melewati peringkat tingkat satu dan tingkat dua serta tidak
meninggalkan zikir asasnya [Akar] dan ialah yang layak mengijazah dan
menjadi khalifah Tarekat ini dengan izin Syeikh As-Shattary Neosufisme.
KENAPA NAMA TAREQAT SYATTARIYYAH.
Tarekat
Syattariyyah diberi nama demikian kerana ianya adalah salah
satu tarekat yang senentiasa memperjuangkan rekonsilasi antara ajaran
tasawwuf dan kerohanian dengan ajaran syariat Islamiah. Ini terbukti
seperti apa yang dilakukan oleh pendirinya iaitu Syeikh Abdullah
Asy-Syattari dan para syeikh penyambung usaha-usaha beliau di benua
India dan juga rantau Asia tenggara seperti Qutbuddin Syeikh Daud
Al-Fathoni yang sangat banyak mengarang kitab-kitab fekah dan kitab
beliau kebanyakannya menjadi teks kapada umat Islam dalam bidang fekah
di Asia tenggara tetapi beliau juga amat menyintai tasauf dan
Tarekat.Begitu juga Tokoh pengembang Tareqat Syattariah di Aceh iaitu
As-Sankili yang masyhor itu dengan pemahamn tasawufnya telah
merekonsliasikan antara tasawuf dan syariat. Beliaulah ulama Aceh yang
berupaya mendamaikan `ajaran mertabat tujuh [wahdatul-wujud] dengan
fahaman Ahlus-sunnah wal jamaah bilamana beliau menekankan aspek
transedensi Tuhan atas ciptaan Nya dan bukan imannensi. Wallahu a`lam.
Al-Fakir Ila Allah.
Tiada ulasan