Header Ads

Pengenalan Tarikat Al-Anfasiyah Atau An-Nufusiyah

TARIQAT ANFASIAH (NUFUSIAH) - PENGENALAN RINGKAS
(Kompenan Tariqat Syattariah Wa An-Nufusiah)

Alhamdullillahi ladhzii sharaha suduural-`aarifin bi mafaatihi wujuudihi wa zayyana quluubahum bi asraarihi wa nawwara arwaahahum bi ma`aarifi syuhudihi wa zahhara nufuusahum binuuri `isqihi afdhalul salaat wa akmalul-tahyaat`ala sayyidina Muhammad saahibil hawdil maurud wal maqaamil muhammadil mahmud wa`ala aalihi wa sahbihi ajmain walhamdullillahi Rabbil`alamin.

 
TARIQAT ANFASIAH-NUFUSIAH 
adalah sebuah Tariqat yang muktabar berkembang di Asia Tenggara dan dunia seiring dengan perkembangan Tariqat Syathariah yang pelupur utamanya (iaitu menzahirkan secara terbuka) ialah  as-syeikh Abdullah as-Syattar yang bertali rohaniah tariqatnya kepada wali Agong Syeikh Abu Yazid al-Bustami yang tradisi salsilahnya pula hingga kepada Imam Jaafar al-Shadiq yang akhirnya rantaian itu sampai kepada Nabi Yang Mulia Sayyidina Muhammad SAW. Wallahu`alam.

Tariqat Anfasiah-Nufusiah tidak diijazahkan kepada murid melainkan kepada yang telah beramal terlebih dahulu dengan Tariqat Syathariah dengan zikir kalimah
 لااله الا الله dan zikir lathoif tujuh dengan isim ismu zat  الله. Apabila murid telah serasi dan masak dengan zikir tersebut berserta dengan ikhlasnya beramal dan setia mendampingkan diri kepada syeikhnya dan apabila diilhamkan layak bagi muridnya menerima talkin zikir Tariqat Amfasiah-nupusiah maka akan diajarkan zikir thoriqat tersebut oleh syeikh kepada sang murid. Zikir Tariqat Amfasiah-Nupusiah ialah satu method (kaifiat) zikir yang tercepat mencapai zauk cinta ilahi (binuri `isqihi) dan mencapai puncak maarifat (wa nawwara arwaahahum bi maarifi shuhuudihi) serta mencapai maqam nafsu muthamainnah iaitu maqam nafsu terpuji baik (maqaamil-muhammadil-mahmud), InsyaAllah.

Zikir Tariqat Amfasiah-Nupusiah adalah peramalan zikir Sir yang melantunkan rohaniah sang salik terhadap Lathoiful al Ghoibiah
(لطائف الغايبيه) iaitu suatu method zikirillah yang bertujuan menghubongkan rohaniahnya dengan Rohul`Adzim  Kholiqul alam ( روح العظيم خالق العالم) Zikirillah thoriqat ini nilainya ibarat sebutir mutiara indah di dalam sebiji tiram susah dicari payah didapat kecuali dengan kehendak dan izin Allah. Di samping usaha yang gigih dan kehendak yang bersungguh-sungguh berserta keikhlasan hati untuk beramal. Ia mempunyai berapa kaifiat zikir yang diatur untuk peningkatan kerohanian murid bermula dari zikir tingkat cinta (ishq) hingga kepada maarifat dan fanafillah dan Baqabillah. Hasil peramalannya juga akan memenuhi jiwa (rohaniah) yang kosong kepada yang lebih bermakna dalam hidup seorang mukmin iaitu cinta Ilahi dan maarifatullah.
 

Peramalannya juga insyaAllah akan membimbing para Salik mencapai martabat `Ihsan` yang dituntut dalam beragama dan senantiasa dalam keadaan `solatu-Daim'  Seperti Firman Allah Taala;

  الذين هم على صلاتهم دأىمون
Ertinya : 
Yang mereka itu  sembahyangnya berkekalan. (Surah al-Ma`arij, Ayat 23)
 

Adapun asas kepada peramalan method (kaifiat) Tariqat Amfasiah-Nupusiah adalah mengikut arahan wahyu Ilahi dan juga hadis-hadis Rasulullah (hadis qudsi). Antara contoh dalil  arahan itu ialah:

1. واذكر ربك فى نفسك تضرعا وخفة
Ertinya: Ingatlah(zikir) akan tuhan mu di dalam dirimu (jiwa atau nyawamu: nafas, amfas, tanafas, nupus) dengan merendah diri dan dengan suara jiwa (sir-khofi-وخفة)... (al-Quran 204 s.7.al-`araf)
 
 2.
 ومن يعش عن ذكر الرحمن نقيض لهو شيطانا فهو له قرين
Ertinya:
 Barangsiapa berpaling (lalai atau derhaka) dari mengingati akan Rahman, kami akan turunkan kepadanya syaithan yang terus menerus menjadi kawan seiring baginya... (Q.A.36 s.43 .Az-Zukhruf)
 
 
3. قضيتم الصلوة فذكروا الله قياما وقعودا وعلىجنوبكم  فاذاق
Ertinya: Apabila kamu telah selesai sembahyang (solat) maka ingatlah (zikir-ingat dalam jiwa atau dengan lisan atau dengan kedua-dua cara itu) kepada Allah baik waktu kamu berdiri atau waktu kamu duduk dan waktu kamu baring (yakni solatu-Daim-ingatan yang berkekalan dalam apa masa pun dan situasi pun).
 
Dalam sejarah kehidupan Rasulullah s.a.w. ada dikatakan: Sungguhpun Rasulullah s.a.w. tidur tetapi batin atau Jiwa rohaniah baginda tidak tidur (dalam sedar-jaga).

 
4. Dan satu dalil di petik dari hadis Qudsi yang popular kepada ahlillah iaitu:

 انا عند ظن عبدي وانا معه حين يذكرني ان ذكرني في نفسه ذكرته في نفسيdan seterusnya hadith...

Ertinya: Aku berada pada sangkaan hambaKu terhadapku dan Aku berserta hambaKu itu ketika dia ingat kepadaKu. Maka jika dia ingat kepadaku dalam dirinya (Jiwanya atau Nyawanya: nafas, amfas, tanafas, nupus) nescaya Aku ingat kepadanya dalam diriKu (ZatKu) ... Hadiths riwayat Abu Hurairah yang cukup masyhur.

Ada pun kesemua wahyu dan hadiths Qudsi tersebut adalah sebahagian daripada hujah dan dalil Qat`ie terhadap pengamalan Tariqat ini. Maka zikirillah di dalam jiwa atau lisan itu adalah suatu perintah Ilahi yang wajib dipatuhi. Oleh yang demikian salah satu thariq (jalan) memenuhi perintah Yang Maha Mulia Allah s.w.t itu ialah pengamalan kaifiat Thoriqat Amfasiah-Nupusiah. Justeru yang demikian itu para `Arifinbillah` berdalilkan perintah-perintah wahyu tersebut ada yang mengatakan `Sesiapa yang saat keluar masuk nafasnya yakni yang hidup atau selagi bernyawa atas bumi Allah ini dan memakan rezeki kurniaNya tetapi lalai daripada zikirillah (ingat dalam jiwanya kepada Tuhannya) maka ia adalah terlebih hina darjatnya daripada binatang anjing dan babi`. Wallahu`alam.


Ayuh tuan/puan sedarilah kita bahawa amalan Tariqat (jalan kembali jiwa kepada Allah) sebenarnya ialah mengikut jejak Rasulullah s.a.w. sama ada pada kehidupan rohaniahnya dan sunnahnya. Kalau ada niat yang lain daripada itu kami kira adalah menyeleweng dari jalan siraathal mustaqim yang haq. Wabillahi taufik walhidayah. Wassalamu'alikum. Wallahu`alam.

Al-Fakir Ila Rahmatillah. 

Lihat juga artikel berkaitan `Zikir Lathaif al-Ghaibiyyah` di laman web kami ini.


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.