Header Ads

Syariat Langit Wajib Dipatuhi

Bismillahi Rahmanin Rahim. Alhamdullilahi Rabbil a`lamin wabihi nastain. walaa haulawalaa quwwataillaa billaa hil aliyyil adzim. Allahum a salli wasallim ala sayyidina wamaulaa na Muhammadin sayyidil mukminina wa aalihi wasohbihi ajmain. Amin.
Syariat Langitadalah sabit daripada Sayyidina Muhammad Rasulullah SAW daripada al-Quran al-Karim dan juga al-Sunnahnya. Syariat ini wajib keatas orang terdahulu mahupun yang terkemudian mengikutinya walaupun al-Mahadi mahu pun Isa a.s. yang dipercayai turun di akhir zaman. Maka seafdhal-afdhal wali Allah ialah yang paling sempurna ikutan mereka terhadap Nabi Muhammad Rasulullah SAW. Sesiapa yang tidak beriltizam dengan syariat Allah atau mempertikaikanya atau mengharuskan kepada seseoarang keluar daripadanya menjadi kufurlah ia. Hendaklah bertaubat. jika ia bertaubat dikira kesnya selesai. Jika ia tidak bertaubat hukumanya ialah sebagaimana hukuman terhadap seorang yang kufur mengikut yang sepatutnya undang-undang negara Islam sebenar.
Jika`Syariat yang ditakwilkan `seperti hukum-hukum yang diijtihadkan oleh para ulama, sesiapa yang mengikut ijtihad seseorang imam, hukumnya adalah harus dan tidak wajib ke atas orang ramai beriltizam dengan pandangan imam tertentu. Terhadap `syariat yang di tukar ganti` yang merupakan hadis-hadis palsu, tafsir-tafsir yang songsang dan bid`ah-bid`ah yang menyesatkan yang dibawa masuk ke dalam syariat dan pada hakikat sebenarnya, bukanlah syariat dan tidak termasuk ke dalam ertikata berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah maka tidak halal kepada seseorang mengikut syariat yang bukan syariat Allah ini jika diikuti juga maka ia boleh menyelewengkan dan menjadi sesat dan  amalannya batil.
Sesiapa yang keluar daripada syariat yang diutuskan Allah SWT  kepada Nabi Muhammad SAW, dengan meyakini `Tidak Mengapa` kerana dia mengikut hakikat (orang ahli hakikat makrifat kononnya) kedudukkannya sama sahaja dengan orang orang musyrikin yang mendustakan para rasul[jadi kufur]. Tetapi andaikata ia mengatakan kepada seseorang `Dia itu ahli syariat tidak mengerti dalam hakikat` dengan maksud `ahli syariat` di sini ialah `ahli zahiriah yang tidak mengerti erti syuhudiah  atau pun ilmu musyahadah hakikat (batini) tetapi bukannya bermaksud orang itu menafikan kewajiban syariat yang di utuskan Allah SWT kepada Rasulullah untuk umat  maka adalah dipandang benar perkataanya itu. Awas! sungguh banyak kekeliruan umat berkaitan syariat dan hakikat dan betapa ramai guru dan pengikut yang jadi sesat selama ini telah berlaku! dan telah melahir beberapa banyak aliran hakikat [fahaman aliran kebatinan] di seluruh dunia yang sesat dari jalan Islam yang murni dan benar. Lafaz hakikat sebenarnya melibatkan beberapa perkara seperti hakikat  bid`iyyah, hakikat syar`iyyah, hakikat kawniyyah dan hakikat Qurbah.
Hakikat bid`iyyah: Ialah menempuh jalan menuju kepada Allah SWT berdasarkan kepada apa yang terlintas di dalam hati seseorang [hal ini banyak terjadi kepada sesiapa sama ada yang mengaku diri berdarjat guru atau seorang murid yang tidak alim fekah] seperti rasaan hati, wajd, kecintaan dan juga hawa nafsu, tanpa mengikut Kitab  al-Quran dan al-Sunnah sepertimana jalan orang-orang Nasara dan lain lain agama. Kadang kadang mereka menyembah selain daraipada Allah dan kadang kadang mereka melakukan ibadah, tidak di dalam bentuk yang di perintahkan oleh Allah sepertimana yang dilakukan oleh orang-orang kristian yang menjadikan pendita, rahib-rahib dan al-Masih bin Maryam sebagai tuhan-tuhan selain daripada Allah Yang Maha Esa. Mereka mencipta tatacara beribadat yang dinamakan sebagai al-Rabbaniyah. Dan terkadang mereka melakukan syirik bengan Allah dengan perkara atau sesuatu yang tidak diperintahkan Allah dan mensyariatkan perkara-perkara yang `semacam berkaitan dengan agama` padahalnya yang tidak di izinkan Allah. Golongan hakikat bid`iyyah ini akan senang diharu-birukan oleh syeitan firman Allah:
`Barangsiapa yang berpaling dari ketentuan Allah (Al-Qur`an dan As-Sunnah) Kami adakan baginya syeitan (yang menyesatkan), maka syeitan itulah yang menjadi teman yang selalu mengikutinya` [Az-Zukhruf:36].
Hakikat syar`iyah: Ialah merupakan usaha untuk melaksanakan dengan betul apa yang disyariatkan Allah dan rasul-Nya saperti pelakasanaan rukun-rukun Islam yang lima dan segala perkara peribadatan yang disunatkan di samping yang diwajibkan dan mempercayai rukun iman yang enam serta menjaga adab-adab pada batin seperti bersifat dengan sifat-sifat bangsa nafsu yang baik-baik seperti ikhlas, bertawakkal, taqwa, bersyukur, bersabar dan redha terhadap hukumnya, cinta  kepadaNya serta rasulNya dan berharap kepadaNya dan lain-lain perkara yang di sukai-Nya lagi. Inilah hakikat ahli iman yang benar.
Hakikat kawniyah: Ialah beriman kepada qada` dan qadar. Allah SWT adalah pencipta segalanya dan Tuhan jua pemilik segala sesuatu. ini termasuk perkara yang wajib diimani oleh seseorang Islam dan tidak harus sama sekali berhujjah dengannya. Bahkan cukuplah hanya Allah sendiri sahaja sebagai hujjahnya yang kuat dan mantap. Namun sesiapa sahaja yang berhujjah dengan qadar, hujjahnya tertolak. Sesiapa yang berselindung di sebalik qadar ketika melakukan maksiat, helahnya itu tidak dapat diterima dan akibatnya boleh membinasakan dirinya sendiri sebagaimana contohnya seperti Iblis, ketika ia mengelak tentang tidak menghormati Adam. Ia menjawab: `inikah takdirMu, Ya Allah? dengan begitu ia kufur dan di usir dari syurga. Sebaliknya, Nabi Adam As. dan Nabi muhammad s.a.w. selalu mengaku terhadap Tuhan kesalahan pada dirinya sendiri maka mereka bahagia dan diberi rahmat oleh Allah SWT. Yang Maha Bijaksana.
Hakikat Qurbah: ialah tauhid di alam Qurbah iaitu alam Lahut. Hal ini terjadi bila kembali dan sampainya manusia yang khusus (ruhani) ke `negeri asal` secara menyeluruh atau sebahagian. Ini kedudukan hakikat orang yang telah hidup hatinya dengan cahaya tauhid yang hakiki. Inilah yang dikatakan alam makrifah sejati iaitu bilamana seorang arif sampai kepada yang diketahui dan dicintainya. `Terbang dengan ruhani ke alam Qurbah`. Seorang abid berjalan ke syurga, sedangkan seorang arif terbang ke alam Qurbah. Kata ulama arifinbillah:
Orang-orang yang merindukan Allah hatinya mempunyai mata
Mata hatinya melihat segala sesuatu yang tidak dilihat oleh penglihatan biasa
Hati mereka mempunyai sayap yang terbang tanpa bulu
terbang ke Malakut Rabbul Alamin.
Sebelum mencapai mertabat Qurbah seseorang perlu menyempurnakan dahulu dirinya pada mertabat sebelumnya iaitu: Mertabat Islam, mertabat iman, mertabat ash-Shalah, mertabat Ihsan, mertabat Syahadah, mertabat Shiddiqiyah dan mertabat Qurbah.
Orang arifinbillah yang mencapai Qurbah ialah yang menjadi insan hakiki. Dia adalah wali Allah dan Mahram Allah dan pengikut-Nya. Abu Yazid Al-Bustami berkata: `Ahlinya Allah adalah `pengantin-pengantinnya` Allah`. Maka tidak ada yang mengetahui kepada seorang pengantin, kecuali mahramnya. Tidak ada yang melihat kepada mereka,kecuali Allah seperti sabda nabi dalam hadis Qudsi:
`Aulia`i  takhta qibaa bi  la ya`rifuhum ghairi`
Ertinya: `Wali-wali KU berada di bawah kubah-kubahku. Tidak ada yang mengetahuinya selain Aku`.
Manusia tidak akan melihat [tidak mengentahui secara sebenar-benar] dari sisi lahir pada seorang `pengantin`, kecuali yang dilihat hanyalah keindahan lahiriahnya saja. Ahli Qurbah bagaikan wangi-wangian Allah di bumi ini dan orang orang yang benar akan selalu menyintainya. Dalam gambaran kata zohiriah Mertabat Qurbah ialah maqam yang memungkinkan seorang  ahli hakikat [sufi] dapat menampakkan diri dalam sifat dan nama yang mendekati sifat dan nama-nama Tuhan. Wallahu`alam.
DUSTUR ILAHI:
`Katakanlah `Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezeki yang baik?` Katakanlah: Semuanya itu (disediakan) bagi orang orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka sahaja) di hari kiamat. `Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang mengentahui. Katakanlah: `Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan keji, baik yang nampak maupun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah untuk itu, dan (mengharamkan), mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.[QS.al-A`raf:32-33].
Susunan;
Al Faqir Ila Rahmatillah.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.