Header Ads

Malapetaka Hedonisme - Satanisme

Bismillahi Rahmani Rahim. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.Solawat dan salam kepada yang mulia Sayyidina Muhammad saw. Nabi Junjungan serta terhadap seluruh keluarga dan sahabat-sahabatnya sekelian. Amin.
Disebutkan dalam Shahihain dari hadith Syu`bah dari Qatadah dari Anas dia berkata, telah bersabda Rasulullah, `Sesungguhnya di antara tanda-tanda hari kiamat, yakni dengan lenyapnya ilmu [agama tidak diambil peduli] dan meluasnya kejahilan [sesuatu tindakan tidak lagi mengambil kira hukum-hakam agama], perzinaan dan minuman-minuman keras [al-khamar]...`
Pernyataan sebahagian daripada hadith diatas sungguh sesuai dengan keadaan hari ini di mana-mana secara globalnya budaya hedonismie [memuja pelbagai jenis hiburan dan melayani kehendak keseronokan hawa nafsu yang melalaikan ingatan terhadap Tuhan dan ibadah serta perlanggaran terhadap hukum dan juga suruhan agama] telah diletakkan pada jendela utama kehidupan manusia. Hedonismie sangat rapat dengan Satanismie [pemujaan syaitan iblis sebagai suatu kuasa]. Kerana nafsu jahat manusia  dan syaitan iblis memang  bersekongkol dari awal kehidupan keturunan manusia lagi.
Kini timbul pelbagai fahaman yang menyesatkan pemikiran umat dari landasan suci akidah dan syariat Islam. Malah ada kalangan yang mahu menghapuskan langsung semua agama. Misalnya pergerakan Illumanity [cahaya] di tubuhkan oleh Adam Weishaupt pada 1776 yang lalu cuba dihidupkan di seluruh dunia. Illumanity dinisbahkan kepada satu daripada kumpulan Yahudi. Illumanity adalah mengambil sempena nama iblis, selaku pemerintah tunggal alam maya ini dengan pusat pemerintahannya di Segitiga Bermuda, tempat tinggal Dajjal mata satu. Kebanyakan para pemuka terkemuka anggota Illumanity adalah juga ahli Freemasonry contohnya seperti Adam Weishaupt sendiri dan Pat Robertson pereka mata wang Amerika. Antara matlamat Illumanity ialah menghapuskan sistem warisan harta pusaka, semangat patriotik dan semua agama di dunia dan menggalakkan ideologi bercorak internasionalisme.
Pengenalan budaya `Black Metal` adalah secucuk dengan perkembangan Illumanity bilamana anggota Black Metal dipaksa melakukan amalan zikir syaitan yang disebut juga zikir 666 yang dilakukan khas bagi menghinakan Allah s.w.t. Akibat kepada setiap pengamal amalan sesat itu menyebabkan mereka menjadi kosong keimanannya terhadap Allah dan rasa tidak percaya terhadap kewujudan Tuhan dan terus mengagungkan syaitan di dalam hatinya dan juga perbuatan. Nauzubillaahi minzaalik.
Adakah Para anggota Black Metal telah diperalatkan oleh agen Illumanity? Para anggota kumpulan Black Metal itu digalakkan kepada budaya hedonismie dengan menyertai persembahan-persembahan `gig` dan konsert-konsert `Jamming` yang beraliran muzik keras dan ada unsur pemujaan iblis syaitan. Ahli kumpulan ini pula rasa bangga dengan memakai rantai leher dengan lambang salib terbalik, dan juga lambang bintang seakan akan simbol bendera zionis. Kumpulan Black Metal juga melakukan seks bebas dalam keadaan mabuk dan mengoyak kertas mushaf al-Quran sebagai alas melakukan perzinaan seperti yang berlaku pada tahun 2000 yang lalu di sebuah rumah di Negeri Sembilan.
Masej satanismie [Pemujaan syaitan] tidak saja dianuti gulungan sonsang agama tetapi terkadang secara tidak langsung seperti mahu meresapkannya kekaguman terhadap syaitan iblis pula kedalam masyarakat umum melalui filem dan video. Lihatlah kebanjiran cerita seram yang mengaitkan hantu syaitan, jembalang, pontianak, pelbagai lagi roh jahat [kesyaitanan] telah dipermomokkan melalui filem- filem kepada masyarakat. Sungguh pun jika cerita-cerita seram mengenai hantu syaitan itu tidak mempengaruhi minda orang dewasa tetapi bagaimana terhadap kanak-kanak yang masih mentah dari segi pemikiran dan pengalaman? pemujaan dan pengagungan kepada Syaitan iblis menggalakkan lagi kerja kerja laknat  persihiran. Adakah Senerio dunia hari ini  menunjukan satu gelombang penyebaran pengaruh syaitanismie [fahaman pemujaan syaitan dan nafsu] secara global seperti melalui filem filem dan video porno dan satanic juga sadism yang di muat turun  dalam internet yang melambak-lambak. Contoh yang terbaru filem yang berunsur menyatakan kehebatan masyarakat syaitan ialah filem `Daybreakers` yang mengesahkan jumlah pontianak menduduki muka bumi ini melebihi bilangan manusia. Makhluk pontianak berkenaan bebas berjalan kesana kemari walaupun di bawah cahaya matahari. Kehidupan mereka seperti sama dengan manusia seperti memakai jeans, kemeja dan bersepatu... makhluk ini sukar mati atau dibunuh malah mampu hidup beratus-ratus tahun. Sesungguhnya dalam realiti memang pun ada syaitan yang berwajah manusia dan manusia berwajah syaitan di atas muka bumi ini yang kerjanya membawa kerosakan kepada umat manusia. Apabila Illumanity berlaku dengan rancak dan  hebat, daripada situ manusia tidak akan lagi mempedulikan segala wahyu Tuhan? Syaitan dan nafsu jahat manusia  merajalela seluruh negara dan dunia. Maka barangkali  inilah salah satu petanda dunia sudah menempuh akhir zamannya menjelang kiamatul-kubra.
Istillah satanismie dikatakan muncul apabila Anton Szandor La Vey mengasaskan `Church of Satan` pada tahun 1966. Dalam Satanic Bible yang ditulis oleh La Vey pada tahun 1969 mentakrifkan satanismie sebagai satu falsafah kejam yang mengutamakan kepentingan nafsu [diri] dan penyembahan syaitan iblis. Manifestasi kekaguman terhadap syaitan iblis banyak di tonjolkan dalam filem, buku-buku, majalah, komik serta permainan video dan sebagainya lagi pada hari ini apakah motifnya?. Di sinilah peranan dan tanggungjawab  ibu bapa, para pemuka komuniti, pemimpin dan pemerintah untuk menguatkan semula pegangan pada agama dan keimanan kepada Tuhan di kalangan rakyatnya atau siapa yang dibawah pimpinan dan kawalan masing-masing supaya tidak terjebak kepada segala bentuk kegiatan dan kefahaman yang membawa kepada kekufuran, kefasikan, kegiatan bermoral rendah, jenayah, keganasan dan pelbagai ragam kemaksiatan kenafsuan yang amat mengembirakan puak-puak syaitan iblis laknatullah.
Marilah semua kembali kepada Allah dan mengukuhkan pegangan agama yang haq iaitu Islam. Allah SWT berfirman,
`Mengapa kalian tidak percaya akan kebesaran Allah?Padahal Dia sesungguhnya telah menciptakan kalian dalam beberapa tingkatan kejadian.` [Nuh:13-14]
Setiap orang Muslim mesti beriman bahawa Allah Mahakuasa atas dirinya dan sekelian alam semesta bukannya syaitan iblis terkutuk. Tuhanlah yang `memegang ubun-ubunnya`. Ia tidak mempunyai tempat melarikan diri, kecuali kepadaNya, menjatuhkankan diri [bertawwakal] di depanNya, dan menyerahkan seluruh persoalannya  kepadaNya setelah berakhtiar berusaha dan serta bertaqwa kepadaNya selalu.
Allah Taala telah berfirman,
`Tidak ada suatu binatang melata pun melainkan Dialah yang memegang ubun-ubunnya` [Huud:56]
dan lagi Firman Allah Azza wa Jalla,
`Maka segeralah kembali kepada[mentaati]Allah, sesungguhnya aku pemberi peringatan yang nyata dari Allah untuk kalian.` [Adz-Dzariyat:50].
Seorang Muslim sejati seharusnya melihat kedahsyatan kekuasaan Tuhannya Allah, kekuatan pembalasan-Nya, dan kecepatan penghisaban-Nya, kemudian ia bertaqwa dengan taat, dan tidak bermaksiat [derhaka] kepadaNya.
Seorang Muslim mesti `melihat` kepada Allah Ta`ala ketika ia bermaksiat dan tidak taat kepadaNya. Ia merasa seolah-olah ancaman Allah Ta`ala telah mengenai dirinya, siksa-Nya telah terjadi padanya, dan hukumanNya telah turun kepadanya. Firman Allah Taala:
`Sesungguhnya adzab Tuhanmu benar-benar keras`.  [Al-Buruj:12]
dan lagi firman Allah SWT:
`Dan Allah Maha perkasa lagi mempunyai balasan.` [Ali Imran:4].
Marilah kita ingat bahawa  setiap kita pasti akan mati dan dunia pasti akan kiamat dan kita semua pasti akan dibangkitkan semula apabila bumi dan langit berganti yang baru dan kita pasti akan menghadapi perhitungan Tuhan kita bukan Syaitan. Buruk atau baik nasib kita  di akhirat bergantung kepada perbuatan dan tindakan kita semasa didunia ini yang kehidupan kita di sini tidaklah lama seperti hidup di akhirat yang akan kekal abadi. syaitan akan disiksa di neraka yang paling dalam selamanya kerana kedurhakaannya begitu juga para pengikutnya dari kalangan jin dan manusia maka janganlah kita mengikuti langkah-langkahnya dan hasutannya yang memperkudakan nafsu kita manusia.
`Sesungguhnya neraka jahannam adalah disediakan untuk orang orang yang melampaui batas hukum Tuhan sebagai tempat kembalinya pulang. Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya Mereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya dan tidak pula sebarang minumannya kecuali air panas yang menggelegak dan air danau yang mengalir sebagai balasan yang sesuai (dengan amal mereka yang buruk) kerana sesungguhnya mereka dahulu tidak menaruh ingatan terhadap hari hitungan amal Dan mereka telah mendustakan dengan bersungguh-sungguhnya akan ayat-ayat keterangan Kami dan tiap-sesuatu dari bawaan  hidupnya telah kami hitung secara bertulis. (Setelah mereka masuk ke dalam neraka dikatakan kepada mereka:
`Oleh sebab kamu telah mendustakan ayat-ayat kami) maka rasalah kamu (azab yang disediakan) kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada kamu`. [QS: An-Naba` ayat 21-30]
Tafsir Pimpinan Rahman Kepada Pengertian AL-Qur`an. Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri (Cetakan kelima 1992).
Wallahu a`lam.
Wassalam.
Susunan; Al-fakir Ilalallah.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.