Harga Diri Dan Jati Diri Melayu
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikaum warahmatullahi wabarakaatuh.
Melayu satu rumpun bangsa terbesar di Nusantara dan rumpun penduduk peribumi yang terbesar di Malaysia. Bangsa melayu kalau di tilik dari segi rupa parasnya ada yang seperti orang-orang Bumi Putera yang Asli ada yang seperti orang Arab-parsi ada seperti India, ada seperti Cina-Yunnan, jepun, korea dan ada juga seperti orang putih [bangsa barat]. Ini kerana berlaku kacukan bangsa bangsa dunia semenjak zaman Nabi Ibrahim Alaihisallam. Malah ada ahli sejarah mengatakan Melayu yang asal adalah dari keturunan Nabi Ibrahaim bersama isteri ketiganya bernama Qatura yang mana anak anaknya dari keturunan isteri ke tiga beliau inilah yang telah kembara dari Timur Tengah menempuh belantara Himalaya seterusnya datang menetap di negeri negeri dan kepulauan Nusantara ini. Di Zaman perdagangan laut mula berkembang antara barat dan timur kepulauan Nusantara tempat tinggalnya rumpun bangsa Melayu telah menjadi jalan perdagangan laut dunia yang utama. Di samping berlakunya pertukaran barang-barang perdagangan yang pesat dinegara negara Nusantara-Melayu ini berlakulah juga intergrasi perkahwinan campur antara kaum-kaum pedagang [Arab, Parsi, Cina, Jepun, India dan orang Putih] yang mendatang dengan gadis-gadis tempatan atau dengan lelaki tempatan. Wallahua`lam.
Oleh yang demikian pengenalan bangsa Melayu oleh ahli sains Jerman iaitu Johann Friedrich Blumenbach (1752-1840) yang berdasarkan warna kulit dan rupa paras itu tidak boleh diguna pakai lagi. Katanya mengenai warna kulit Melayu:
`The Malay race were those of a brown colour,from olive and a clear mahagony to the darkest clove or chestnut brown`.
Blumenbach menggambarkan pula rupa paras Melayu:
`....Tawny-coloured, hair black, soft, curly, thick and plentiful, head moderately narrowest, forehead swelling, nose full, rather wide, as were diffuse, end thick, mouth large, upper jaw somewhat prominent with parts of the face when seen in profile....`
Kini oleh kerana rupa paras dan warna kulit Melayu itu sudah menjadi berbagai-bagai rupa maka rupa-paras dan warna kulit bukanlah lagi boleh menjadi identiti mutlak bangsa melayu. Oleh kerana yang demikian identiti Melayu sebagai satu bangsa teras di Malaysia mestilah berdasarkan identi tamahannya iaitu bahawa seseorang itu boleh dikelaskan sebagai seorang berbangsa Melayu jika ada kepadanya tiga perkara utama sebagai amalan dalam kehidupan mereka iaitu:
1. Agama anutannya ialah agama Islam [majoriti bermazhab Syafi`e]
2. Bahasa harian yang di guna pakai ialah Bahasa Melayu [bahasa kebangsaan Malaysia]
3. Seni budayanya yang `identik `dengan Melayu:
Contohnya pakaian orang lelakinya ialah seperti berbaju melayu dan berkain ,memakai songkok atau kopiah atau berserban, berseluar melayu bersamping bersongkok atau bertanjak atau ikat kepala atau berkopiah dan berserban pada mejlis mejlis resmi dan mejlis-mejlis adat biasanya. Dan bagi orang perempuan Melayu pula berkain batik berbaju kurung, kebaya labuh atau kebaya singkat, berjilbab atau bertudung dan lain-lain. Jika dirumah mereka lebih suka bekain dengan baju saja,tidak berseluar. Makanan asasinya nasi dan makannya dengan tangan kanan dan bermula dengan Bismillah lalu di sudahi dengan Alhamdulillah atau syukrulillah... menekala amalan seni mempertahankan dirinya pula ialah bernama seni silat. Memang dari zaman dahulu lagi bahawa tiada anak muda Melayu yang tidak belajar ilmu persilatan kerana ia sebagai pelajaran pendidikan asas di samping belajar agama fardhu ain dan belajar baca al-Qura`n samada di kampung-kampung atau di bandar-bandar. Banyak lagi adat dan adab yang menunjukkan budaya Melayu yang terlalu panjang jika hendak dituliskan semuanya di halaman ini.
Tiga perkara yang tersebut itu lah sebagai tanda dasar utama seseorang itu dikatakan `Bangsa Melayu. Andai kata tiga perkara yang tersebut itu sudah tanggal atau hilang dari seseorang anak Melayu misalnya agamanya tidak dipedulikan lagi atau terus saja menganut agama kristian atau Hindu-Budha, bahasa gunaan hariannya pula samada di rumah atau di pejabat adalah bahasa orang putih atau bahasa Cina dll, Pakaiannya pula seperti pakaian gadis Mat Salleh[mendedah aurat]atau lelaki Mat Salleh [mendedah lutut] dan dan seni mempertahankan dirinya pula bertekwando atau berkung fu atau tomoi atau boxing [tidak silat dan memandang rendah pula kepada silat seni budaya teras bangsa Melayu ini]maka jika begitu manatah Melayunya? Maka seseorang yang begitu bukan lagi Melayu tapi dah jadi bangsa lain yang tak tahu lagi kita nak sebutkan bangsa jenis apa dia. Mungkin juga boleh sebut bangsa Malaysians saja atau Indonesians atau pun Australians atau pun boleh di sebutlah apa saja misalnya... bangsa Red Indians Malaya Moden atau b0leh juga disebut Bangsa Rujuk Keling..... oleh kerana sebab-sebab tersebut tiada haknya lagi ia untuk di sebut sebagai bumiputera Melayu. Justeru hari ini ada orang yang ibu bapanya Melayu tetapi dia tidak lagi Melayu sebab:
1. Jika agamanya tidak agama Islam atau tidak mempedulikan suruh dan tegahan agama islam itu lagi.
2. Jika bahasa hariannya tidaklah berbahasa Melayu lagi tapi bahasa orang putih atau bahasa Cina atau bahasa India atau bahasa Rusia-Jepun dan sudah kekok serta berasa malu dan rendah diri nak berbahasa Melayu depan majlis resmi atau mejlis awam atau apabila di tanya sesuatu oleh wartawan.Terkadang jenis yang tidak sedar harga bangsa dan jati diri ini jika wartawan bertanya dalam bahasa Melayu dijawabnya dalam bahasa orang putih kadang-kadang campur-aduk Melayu-Inggeris atau Belanda dll. Tidak ada langsung kesedaran ingin memperkasakan dan mendaulatkan bahasa ibundanya. Atau pun orang macam ni memang perbendaharaan kata bahasa Melayunya memang kurang sebab asyik banyak bercakap orang putih jadi tidak dapat menyebutnya dalam bahasa Melayu sesuatu perkara itu tapi yang jadi malunya cakap perkataan Inggeris tetapi pelatnya suaranya macam pelat Melayu sungguh pun dia cakap bahasa orang putih. Jadi nak kata bahasa orang putih tidak seperti bercakap orang putih nak dikatakan bercakap melayu tidak pula mengguna perkataan bahasa Melayu. Jadilah bahasa Rujuk Keling... daripada Bangsa Rujuk Keling.
3. Jika ilmu pertahanan dirinya tidak lagi ilmu persilatan Melayu. Tapi jenis-jenis ilmu pertahanan diri yang bukan dari dunia Melayu lagi. Terkadang diperlecehnya pula kaedah seni beladiri Melayu. Seseorang yang belajar beladiri asing jika tidak pandai menapis tentulah akan mengikut seni budaya asing nya itu maka `Sesiapa yang mengikut adat dan budaya sesuatu kaum [yang bertentangan dengan nilai agamanya] maka ia adalah sebahagian dari kaum itu`.
Contoh: Bila Tomoi Siam ketika mulakan gerakkan seni beladirinya dia buat gerak sembah ritual pemujaannya [puja patung dewa dalam maknawinya dulu] terhenjut-henjut, terhenjut henjut... atau dalam jodo dan tekwando-karate bila nak mula belajar atau habis belajar buat tunduk hormat macam rukuk dalm sembahyang Islam dan sama -sama bunyikan hikk... [Kalau ikutkan hukum Islam membungkuk kepada manusia jika separas dengan perbuatan rukuk dalam sembahyang jadi berdosa] dan kalau boxing pula ada juga buat gerakan tangan tanda lambang cross dulu di hadapan belum berlatih.... Kalau yang dari seni Hindu pula buat seperti amalan yoga dulu sebelum berlatih atau sesudah berlatih dan macam macamlah lagi.... Apabila belajar seni beladiri asing dan ikut budaya asing itu maka jadi lah ia sebahagian daripada yang asing itu dan bukan Melayu lagi... Wallahu`alam.
Antara fungsi institusi persilatan Melayu adalah untuk mengembalikan jati diri Melayu dengan memperkukuhkan iman dan akidah agama bangsa Melayu yang di ambanag kehancuran. Memperkasakan budaya warisan kepahlawanan nenek moyang sebagai benteng pertahanan ummah. Dan menyuburkan fikrah intelektual dan kerohanian Islam sebagaimana fungsi awalnya intitusi ilmu persilatan Melayu sebagai institusi intelektual tradisi [Pandai akal] di zaman pendidikan masyarakat Melayu tradisional. Oleh yang demikian setiap orang yang merasakan dirinya Melayu dan cintakan kepada kesinambungannya sebagai suatu bangsa yang ada identi jati diri dan maruah bangsa maka ia sepatutnya mempunyai tanggungjawab :
1. Memperkukuhkan penganutan umat terhadap agama dan syia`r nya-Islam yang suci.
2. Memperkasakan bahasa bangsanya[Bahasa Melayu]. Tidak bertindak seperti mahu membunuhnya seperti telah terbunuhnya tulisan jawi disekolah-sekolah mulai suatu masa dulu oleh seorang Awang Melayu yang rasa dia paling cerdik dalam bidang pendidikan tetapi macam tak tahu langsung harga dan besarnya nilainya tulisan jawi itu untuk bangsa dan agamanya.
3. Memelihara adab dan adat serta menyuburkan seni budaya bangsanya yang bernilai-Misalnya Seni Persilatan melayu dan lain yang tidak bercanggah dengan syiar agamanya.
4. Mempunyai budi bahasa luhur yang elok dan mengasihi serta menghargai semua kaum bangsanya Bumiputra-Melayu dan menghormati bangsa-bangsa lain dari keturunan Adam dan Hawa yang tidak memusuhi bangsanya dan agamanya.
5. Sedia berkorban dan bertindak berjuang demi kebaikan empat perkara tersebut diatas dengan apa cara yang sesuai.
Jika ada yang lima hal itu maka itulah tanda adanya jatidiri Melayu. Kalau tidak ada, purra Melayu... sebab itulah sekarang ni sesetengah Melayu jadi semacam tak ada harga diri Melayu sebab dia bukan lagi betul-betul Melayu kerana tidak memelihara jati diri Melayu dari peringkat bawah hingga peringkat atas. Boleh lihat sekarang perkara-perkara negatif yang ada berlaku dalam masyarakat:
1. Ada mek Melayu yang senang saja boleh dilarikan Awang Hitam atau Mat Bangla atau Mat Lombok tanpa ada anak muda Melayu yang berani tampil mempetahankan.... Awang-Awang Melayu yang berkuasa pun macam tak ambil sesuatu anisiatif memeliharakan anak bangsanya daripada gejala kejahatan dan kebanjiran orang-orang asing yang masuk dan bermaharajalela disini. Kalau zaman ada jatidiri dan maruah diri seperti zaman Tok Janggut dulu hah.. tengoklah apa jadi kalau anak gadis Melayu cuba dilarikan....
2.Ada Mek Mek Melayu yang lahirkan anak luar nikah dengan Mat-Mat kafir [bukan Melayu.] Awang Awang Melayu tak buat apa-apa tindakan pun untuk baiki masyarakat ini. Kalau ada yang kena tangkap pun tangkap Mek melayu saja. Mat-Mat kafir terlepas begitu sahaja dari hukuman...
3. Mat-Mat Rempit dan Minah Rempit berlonggokan berlepakkan dalam bandar, stasen bus, pusat beli belah, taman-taman, tepi pantai, rekreasi pendalaman, semak-samun.. bukit-bulau pun maksiat bermaharajalela ada dimana-mana macam tak boleh buat apa apa.. kerana jatidiri Melayu berdasarkan yang lima di atas dah terpinggir. Apa dah jadi pada jati diri ibu bapa Melayu?
4. Curi, Rompak, samun, ragut, tipu belit, rogol, bunuh, buang bayi, sumbang muhram dan pelbagai lagi jenayah dan kejahatan maksiat terjadi dalam masyarakat macam tidak tersekat-Inilah akibat tidak ada muafakat.
5.Minum arak, kepah rokok, hisap najis dadah, hidu gam, hidu tahi lembu, judi, zina, pelacuran, berpeleseran, lepak, mak nyah gebu, Awang dodong [guy], Mek Gro dan macam-macam lagi perkara penyelewengan sosial yang menjadi jadi barah dalam masyarakat sekarang.
Jika beginilah masyarakt negara menjadi bubbrak dan sungguh sengsara sekali kemanusiaan. Lantas siapakah yang hendak disalahkan? Ini semua kerana tiada kesungguhan membina dan menjaga Jatidiri Melayu yang lima itu disemua peringkat masyarakat. Mungkinkah kerana masyarakat dan juga orang orang yang punyai kuasa sudah keterlaluan materialistik dan hepokrit atau apa apa lagi sifat sifat buruk keduniaan?
AKIBAT DIJAJAH 500 Tahun asas jatidiri dan harga diri Melayu telah dilumpuhkan oleh kuasa-kuasa barat dan dipengaruhinya pula dengan budaya materialisme, hidonisme dan hipokrasi maka jadilah Melayu sebagian besarnya:
1. Terlalu cintakan dunia dan tak ingatkan mati atau takut mati [untuk menegakkan perjaungan]
2. Berasa bangga dengan acara-acara besar yang berbau maksiat dan budaya kuning [hidonisme]
3. Mudah terpengaruh kepada fahaman dan ajaran sesat,karut.bid`ah dll. [seleweng dari syariat yang suci]
4. Suka berpehak-pehak [bergaduh] sama sendiri bida`ah kepartian [berpuak-puak].
5. Tidak tetap teguh dan bersungguh-sungguh hati dalam perjuangan menegakkan perundangan
agama Islam yang suci.[Semua pehak yang bertelagah sama saja tentang hal ini].
Melayu patut kembali mencari harga diri dan jati diri yang telah hilang kerana faktor-faktor tersebut di atas. Kerana `Melayu` itu kalau ikutkan asal usulnya bangsa nya mulia keturunan Ibrahim a.s. Dan bukan lah sekali-kali apa yang di maksudkan MELAYU itu bangsa`ORANG LARI` seperti yang difahami maksudnya oleh setengah-setengah sejarawan daripada bahasa Jawa itu.Itu adalah TEORI FITNAH dan mungkin bermaksud jahat terhadap bangsa Melayu. MELAYU yang sebetulnya daripada sebutan perkataan Arab iaitu` AL-MALA-U`. Pedagang-pedagang Arab zaman dulu Zaman Empire Melayu Serivijaya memanggil penduduk peribumi Semenanjung Tanah Melayu yang berasal dari keturunan Ibrahim as dengan isterinya Qutura itu adalah orang`Al-MALA-U` yang lama kelamaan di sebut MELAYU Saja. Ada pun perkataan Al-Mala`u itu maksudnya dalam bahasa Melayu ialah :
1. Yang berbudi pekerti tinggi[akhlak yang mulia]
2. Yang mulia[tinggi darjat-bangsa] yang mempunyai tinggi harga diri [ada maruah].
3. Pemimpin[punyai daya kepimpinan yang baik]
4. Kesucian[yang tinggi] terjauh dari sifat-sifat rendah-negatif.
5. Cahaya yang memenuhi ruang dan masa[beriman dan taat setia]
Ingatlah: Amar makruf nahi mungkar itu adalah tanggungjawab kemanusiaan bersama kita dan juga kepada bangsa kita. Harga diri serta jatidiri bangsa ada kaitannya dengan pengamalan agama yang menjadi tonggak adat dan budaya bangsa.
SERUANKU
Melayu bangkit lah...!
Melayu jangan layu semangat juang mu
Melayu jangan suka melulu ikut hawa dan nafsu
Melayu jangan tidak tahu sopan dan malu
Melayu baiki lah harga diri dan maruah bangsa mu
Melayu jangan layu semangat juang mu
Melayu jangan suka melulu ikut hawa dan nafsu
Melayu jangan tidak tahu sopan dan malu
Melayu baiki lah harga diri dan maruah bangsa mu
Melayu perkukukuhkan semula penyatuan diri mu
Melayu taatilah suruhan dan tegahan agama kamu
Melayu hargailah kedaulatan raja raja kamu
Melayu kembalilah kepada mulianya jati diri kamu yang dulu itu.
Melayu taatilah suruhan dan tegahan agama kamu
Melayu hargailah kedaulatan raja raja kamu
Melayu kembalilah kepada mulianya jati diri kamu yang dulu itu.
Wahai Melayu katakanlah:
`Aku lah Melayu yang mulia jati diriku itu-InsyaAllah.`
`Aku lah Melayu yang mulia jati diriku itu-InsyaAllah.`
Wassalam.
Bengkong Hijau Selindang Merah.
Tiada ulasan