Header Ads

Kosong Dan perwujudan - Transformasi

Kosong
Tiada lagi kebenaran
tiada lagi kebatilan
hanya satu perwujudan
bagai api lilin menyala dalam sinar mentari.
Sibuk dengan-Nya
tidak lagi berpaling kepada hati sendiri
kerana tidak lagi punya hati
dan tidak lagi hidup dengan diri sendiri
dan  juga tidak  mati
pabila hidup bersama Yang Abadi.
Kosong.
Lebur lah sudah semuanya
hilang
tiada lagi terisi manusiawiah
sungguh ada zatiahnya
tapi sifatnya telah berganti
ini lah suatu`Transformasi`.
bukannya `Reformasi`.
dan bukan juga `Imformasi`
tidak kena mengena dengan `Demokrasi`.
Bila sudah terpancung oleh pedang Ilahi
menjadi bisu kelu sepertimana sabdanya Nabi.
Tiada daya upaya dan tidak mampu lagi
mayat  berjalan di bumi
begitu siksa perwujudan diri
jika telah mengenal-Nya ampunya diri
Bumi nan luas begitu sempit sekali
jika melanggar sumpah dan janji.
Kosong.
Bila berakrab
bumi bertukar surga
sungguh sempurna
tenang dan gembira.
bersama para `Pahlawan Ningrat`
berlari-larian di padang makrifat
berenang-renang di lautan hayat
berpimpinan menuju lembah kesatuan
bergantungan pada suatu pohon keesaan.
Kosong.
tercelup sudah di lautan wujud
terbingkaslah sudah pada keesaan sifat
takala mana Saksi  sudah terangkat
sarana penyaksian menjadi lenyap
pancaindra menjadi musnah
ketelusan melebur punah.
pabila zahir dan batin  menyatu
di manakah Sang Ratu?
Seperti ceritra Musa a.s.
yang pernah terlantar di Lembah Thowa
keciwa
bahagia
bingung hatinya
sambil memuji puji Ilahi
dan menerima pingat dari Yang Maha Tinggi.
Kosong.
Perut jadi lapar
tubuh telanjang
hati terharu
ketika mana bersedihnya
pabila terlihat yang lain selain Dia.
Kata hatinya
kenapa melihat benda benda yang berbilang-bilang
tapi tidak dengan mata peleburan dan kelenyapan?
menyeru dari dalam batinnya
marilah kemari dengan terbang
jangan berjalan kaki!.
Sang arif  biar pun menangis
hatinya tetap tertawa.
Kosong
berkata
jikalau aku bumi
aku boleh saja diinjaki oleh yang saleh
maupun diinjak orang yang jahat
Jikalau aku awan- gemawan
aku naugi semua makhluk alam
jikalu aku ini  hujan
aku minyirami segala sesuatu di bumi
baik yang menyintai mau pun membenci.
Kosong.
Lelaki Ilahi
beraninya korbankan apa yang di miliki
dan tinggal dengan apa  yang Dia miliki
tidak  terpaling lagi hati-budi dari-Nya
walau pun sebuah kerajaan Sulaiman a.s. dikurniakan
maka sungguhlah benar sifat pahlawan.
Jika ada gentar takut dan malu
jika ada akrab dan cinta syahdu
seperti kata :`Ia adalah segalanya`
maka  berenang lah di lautan kasih
dan jika di tanya
`Apa lagi hasrat  mu?`.
Jawablah `Ya Tuhanku...`
kerana Cinta boleh memenuhi segalanya.
Kosong.
kebenaran pasti ternyata dalam ruhani
seperti pancaran cahaya bintang mentari
Dia lah yang berbicara daripada batini
jika bersama Dia hidupnya hati nurani.
Diam menjadi paling bermanfaat
bicara menjadi yang paling baik
senyum menjadi yang  paling menyenangkan.
Kosong
berwujud bersama makhluk
batin bersama Dia
hidupnya di maya pada ada`keterpisahan`
seperti bersempadannya air tawar dengan air asinan.
Begitu lah suatu hasilan tuaian kerohanian
dari kosong hingga transformasi cemerlang
daripada sebuah mata yang menangis berlempahan
dan bersama suatu curahan usaha yang besar dan panjang.
Kosong.
Beristirehat lah wahai  hati
bersepi lah bersama suatu semadi
dengan api  cinta Ilahi
zahirnya perwujudan ini
jangan lah menangis lagi
peluklah rahmat  Rabbi izzati
Oh... ya Allah ya Haqqi!
Wallahu`alam.
Wassalam.
Al-Faqir Ilallah.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.