Makrifatullah Selayang Pandang
Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulillahi Rabbil a`lamin. Hamba memohon kepadaMu ya Allah agar Engkau melimpahkan selawat dan salam kepada penghulu sekelian para Rasul dan pemimpin orang-orang bertaqwa yang telah Engkau ciptakan dengan kebesaranMu dan Engkau hiasi dengan keelokanMu yang Engkau mahkotai dengan kesempurnaanMu dan Engkau jadikan orang yang berhak memandang ZatMu yang engkau jadikan dia sebagai tempat yang berhak bagi asma` dan sifatMu yang Engkau gandingkan namanya dengan namaMu serta ketaatan kepadanya dengan ketaatan kepadaMu iaitu Muhammad bin Abdullah dan kepada keluarganya serta para sahabatnya yang menyeru kepada Allah. Ya Allah, limpahkanlah selawat kepada penghulu kami Muhammad s.a.w. wakil hadrat ZatMu yang memastikan dengan asma` dan sifatMu yang mengumpulkan antara yang ada dan yang tiada, pemisah antara yang baru dengan yang lama pemimpin orang-orang yang terbuka dengannya segala yang terkunci menjadi pulih (kembali seperti sediakala) setiap yang pecah dan menjadi merdeka kembali (bagi) setiap yang dikalahkan. Amin.
Tasawuf merupakan disiplin ilmu yang banyak berbicara persoalan-persoalan batin, kondisi rohani dan hal-hal yang bersifat rahsia. Pengalaman sesaorang yang dalam menjalankan ajaran sufi yang dibentuk melalui proses penerapan ajaran sufistik bersifat mistis dan hampir selalu mengarah ke dalaman yang sangat peribadi dan sulit di komunikasikan kepada orang lain ialah sehingga terkadang selamanya menjadi milik peribadi....
Makrifatullah bergantung pada, dan berhubung dengan, mengenal diri sendiri (ma`rifah an-nafs). Ada pun mengenal Allah itu antaranya ialah berarti mengenal sifat-sifat Allah dalam bentuk keadaan secara terinci, berbagai kejadian, dan musibah. Kemudian tersingkap keyakinan bahawa Dia sajalah Wujud Hakiki dan Pelaku Mutlaq semesta alam dengan iman dan makrifat Haqqul-Yakin.
Allah Azza wa Jalla berfirman:
`Wa maa qadarullaha haqqa qadrihi`
Ertinya; `Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang semestinya.` [Al-Haj:74]
Didapati dalam sebuah tafsir dijelaskan bahawa ayat tersebut mempunyai makna, `Maa `arafullaha haqqa ma`rifatihi` Ertinya; `Mereka tidak mengenal Allah (makrifat) sebagaimana seharusnya Dia dikenal`. Dan lagi firman Allah:
Artinya: `Engkau lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka kenal dari kebenaran`
Diriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
Maksud hadis: `Sesungguhnya penopang (kekuatan) rumah bergantung pada pondisinya, sedangkan penopang [kekuatan] agama [kepada sesaorang] bergantung makrifatnya kepada Allah Taala, keyakinan,dan akal yang boleh menundukkan (hawa nafsu). Aku (Aisyah) bertanya, `Demi ayah dan ibuku menjadi tebusan Anda, bagaimana akal boleh menundukkan hal itu? Beliau menjawab, `(yaitu)mampu menahan dari perbuatan durhaka kepada Allah dan selalu mendorong untuk berbuat taat kepada Allah Azza wa Jalla.` [HR.Dailami].
Bahawa setiap orang yang bermakrifat kepada Allah adalah seorang arif dan setiap orang arif adalah alim. Mereka orang orang yang mengenal Allah Azza wa Jalla dengan nama-nama dan sifatnya, kemudian ia membenarkan Allah dengan melaksanakan ajaran-Nya dalam segala perbuatan. Ia berjaya membersihkan dirinya dari akhlak yang rendah dan dosa-dosa. Kemudian berdiri tegak `di pintu` Allah. Dengan hati yang mantap dan istiqamah mereka beriktikaf untuk menjauhi segala bentuk kedurhakaan (dosa-dosa), sehingga memperoleh `sambutan Allah Ta`ala` yang indah. Allah SWT membimbing dalam semua keadaannya maka terputuslah gelora nafsu dari dirinya dan hatinya tidak terdorong lagi untuk melakukan selain ini. Mereka menjadi yang asing di tengah manusia, bebas dari dosa-dosa, bersih hatinya daripada`duniawi`. Batinnya terus menerus bermunajat di hadapan Allah Azza wa jalla dengan cara Sirri. Semua ucapannya adalah benar. Dirinya berkata dengan bimbingan Allah. Diberitahukan kepadanya rahsia rahsia-alam malakut (Rahsia-rahsia Allah tentang kekuasaan-Nya yang berlaku). Itulah yang disebutkan arif sejati yang keadaannya disebut bermakrifat. Maka termasuk tanda-tanda bermakrifatullah itu adalah seseorang yang memperolehi haibah(karamah dan juga wibawa) daripada Allah. Jika semakin tinggi makrifatnya, semakin tambah haibahnya. Dan tanda bermakrifat itu ialah orang yang keadaannya yang selalu tenang kerana tetap bersama Allah.
Andainya semakin tinggi tingkat kedekatan seseoramg dengan Allah, maka semakin tampaklah efek-efek keagungan-Nya. Umumnya, ilmu diperolehnyai melalui ketidaktahuan [Ertinya ialah bahawa ilmu, baru diperolehi jika seseorang itu menyadari tentang ketidaktahuannya], makrifat tentang kehalusan meningkat, ketakjuban di atas segala ketakjuban bertambah, sang arif pun berseru: `Ya Allah, tingkatkan ketakjubanku terhadap-Mu.`
Ma`rifatullah adalah masaalah keterpesonaan dan keterpukauan yang penjelasannya tidak mungkin boleh menjadi sempurna, tetapi pengantarnya adalah ilmu. Maka tampa ilmu, makrifat mustahil terjadi, dan ilmu tanpa makrifat adalah merupakan suatu bencana. Ilmu dan makrifat mempunyai beberapa bentuk yaitu: Ilmu tentang makrifat (ilm al-ma`rifah). Makrifat tentang ilmu (ma`rifah al-`ilm). Dan ilmu makrifat tentang makrifat (`ilm ma`rifat al-ma`rifah) maka bentuk yang terakhir inilah yang paling sempurna dan tinggi.
Allah Azza wa Jalla berfirman:
Arti firman Allah: `Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan seizin Allah,dan tanah yang tidak subur, tanaman-tanamannya hanya tumbuh merana.` [Q.S.Al-A`Raf[7]:58].
Bahawasanya makrifat adalah kesudahan maqam ihsan. Dan tahap terakhir bagi orang yang arif. Terhasil makrifatullah kepada para arifinbillah salah satunya sebab ialah apabila menumpukan musyahadah secara tetap didalam keadaan syahu yakni keadaan siuman ruhaniah disertai dengan berlaku adil dan berhikmah, dan ini adalah sesuatu yang agak berbeza daripada takrif makrifat yang difahamkan oleh para ulama syariat [ahli zohir] yang tidak melihat sesuatu disebalik ilmu aqa`id atau ilmu usuluddin, walaupun pada pokoknya makrifat adalah merangkum semua ilmu termasuk ilmu `aqa`id dari segi ianya ilmu. Akan tetapi al-makrifatu billahi Taala atau mengenal Allah Taala itu berbeza dengan ilmu yang lain kerana ia bersangkut paut dengan peri pentingnya asma` dan sifat Ilahiah, bukan secara analisa, akan tetapi dengan tidak adanya sebarang pemisahan antara Sifat dan Zat. Ia melibatkan ketersingkapan. Jikalau tersingkap hijab Jamaliah-Nya maka ini kedapatan anugrah tanpa dengan perantaraan `cermin`. Tetapi jika melihat sifat Allah di muka bumi dengan perantaraan cermin hati dengan penglihatan `mata hati` dan melihat pantulan cahaya keindahan Allah maka itu adalah cara yang keduanya. Ilmu ini adalah yang terpancar daripada matair Al-Jam`u yang terbit dari kesucian yang sempurna dan yang menjadi nyata dengan berkekalan didalam Syuhud atau terus menerus di dalam keadaan merasa kehadhiran Allah Taala secara erat lagi mesra. Firman Allah:
Ertinya: Engkau lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka kenal dari kebenaran`. [Al-Maidah:83]
Jika tahap ini diperoleh maka makrifatnya adalah setinggi-tinggi martabat bagi orang salikin dan kesudahan matlamat bagi para pengembara menuju Allah. Semoga Allah menerangi hati kita dengan cahaya `arfan dan membimbing kita dijalan segala orang arifin yang asfi`a dan al-mufarridun [sebelum kita dimana orang-orang arifinbillah itu telah menang]. `Inna lillahi wai`nna ilaihi raaji`un`. `Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan sesungguhnya kepadaNyalah kita kembali` [QS:Al-Baqarah:156].
Wallahu`alam-Allah yang lebih maha tahu-Nya. Wabillahi taufiq wal hidaayah. Wassalam.
Al-Syeikh al-Fakir Ila Rahmatillah-Gelugor Kedai K.Trg [M].
http://silatgeraksejati.blogspot.com
http://silatgeraksejati.blogspot.com
Tiada ulasan