Puji Sanjung Keji Cela Marah Manusia
Bismillahir Rahmani Rahim. Assalamualaikum Wrt.Salam sejahtera.
Selamat menempuh cabaran di tahun baru. Telah sebulan berlalu kini tibalah bulan Febuari 2010 Masehi. Dalam kehidupan bermasyarakat, diri kita tidak terlepas daripada terpalit antara dipuji dan dicela. Alangkan nabi-nabi dan rasul yang dianggap manusia sempurna pun ada menghadapi kritikan dan celaan apakan pula tidak kita manusia biasa ini menghadapinya. Justeru marilah kita merenung nasihat ini moga kita mendapat taufiq dan hidayah Allah SWT.
Ramai orang rasa `termusnah` dan `melenting` kerana menerima celaan manusia. Sebaliknya amat suka jika mereka disanjungi orang. Lalu segala tingkah lakunya pun diupayakan untuk seiring dengan kerelaan mereka [walau pun perbuatannya bertentangan dengan nilai agama dan sunnah Rasulullah saw] agar dengan tindakan itu boleh mendatangkan sanjungan, pujian, penghormatan orang dan sebab takutkan celaan. Aduhai... Jika begini diri kita maka nampaknya akan terperusuklah kita ke lubang kemusnahan dan perlulah segera di ubati hati kita sebelum benar-benar berlaku kerosakan teruk.
Cara mengobatinya begini: Hendaklah kita melihat sifat sifat yang menimbulkan sanjungan itu. Jika sifat sifat itu memang ada pada diri kita, pastikan ia tidak lepas dari dua hal berikut: Boleh jadi ada perkara hal-hal yang memang membuatkan mereka suka, seperti ilmu dan wara`. Boleh jadi ada perkara perkara atau hal-hal yang tidak layak untuk membuatkan mereka suka, seperti pangkat dan harta dunia.
Kaitan dengan yang pertama: hendaklah kita harus mewaspadai akan KESUDAHANnya. Kekhawatiran terhadap KESUDAHAN ini akan membuatkan kita tidak mempedulikan kesukaan terhadap pujian. Lagi pun ingatlah yang sebenar Maha Terpuji itu hanyalah Hak Ketuhanan Allah SWT. Jangan kita rampas haq itu daripada-Nya.Namun andaikata kita merasa senang terhadap pujian dengan mengharapkan kesudahan yang baik, maka rasa senang itu wajiblah dianggap sebagai kurniaan Allah yang melimpahkannya kepada kita kerana ilmu dan taqwa kita tapi bukanlah kerana sanjungan manusia.
Kaitan yang kedua: Iaitu sanjungan kerana pangkat dan harta dunia serta kesenangan jiwa kepadanya, maka anggaplah seperti kesenangan kita kepada tanaman yang begitu cepat mati atau musnah, maka tidak ada yang senang[tumpuan kasih cinta dan ingat mendalam seperti tidak mahu berpisah selamanya] seperti ini melainkan kecuali orang yang berakal singkat. Dan jika kita tidak memiliki sifat seperti yang sepatutnya dalam hal sanjungan dan pujian ini maka kesenangan kita terhadap sanjungan-sanjungan dan pujian adalah sama dengan `Gila`. Oleh itu Marilah kita sama-sama mencontohi orang-orang salaf as-soleh dahulu yang benci terhadap sanjungan dan marah kepada orang-orang yang menyanjung mengampu manusia.
Sebaliknya dalam liku jalanan penghidupan kita ini tidakkan terlepas daripada mendapat penghinaan dan celaan manusia. Yang biasa berlaku ialah `puji sanjung di hadapanmu dan keji celaan di belakang mu [CHAH KETING kata orang Kelantaei]`. Bagaimana?
Jangan Marah!!!
Bahawa orang yang mencela kita boleh jadi kerana memang celaannya itu tepat dengan keadaan diri kita dan memang dia bermaksud memberi nasihat. Maka hendaklah kita menerimanya dan tidak marah kepadanya, kerana dia telah menunjukkan `AIB kita kepada kita. Jika dia tidak bermaksud memberikan nasihat kepada kita berarti dia telah mengotori keagamaannya sendiri dan kita akan mendapat manfaat daripada perkataannya itu, kerana dia telah memberi tahu apa yang kita tidak ketahui sebelumnya dan mengingatkan kesalahan yang mungkin kita telah lalaikan. Andai kata dengan celanya ia berbuat lancang [Chah keting] kepada kita kerana apa yang dikatakannya itu tidak ada pada diri kita, maka kita perlu berfikir dengan tiga hal berikut:
1. Jika kita tidak merasa memiliki aib seperti yang dikatakannya,boleh jadi kita memiliki aib lain yang serupa. Bersyukurlah kepada Allah, kerana banyak aib kita yang ditutupi Allah dan tidak ada orang yang tahu mengenainya kerana Allah Yang Maha Penyantun menolong menutup aib kita.
2. Tindakan nya mencela mengeji kita adalah menjadi penebus bagi segala dosa-dosa kita.
3. Dia telah mengotori keagamaannya dan memancing kemurkaan Tuhan. Kerana itu dia harus bersungguh-sungguh [Nasuha] memohon ampunan kepada Allah. agi kita bolehlah mengambil contoh cara Syeikh Ibrahim Adham iaitu sebagaimana cerita yang telah dikisahkan bahawa ada seseorang yang mencaci maki Ibrahim bin Adham, tetapi beliau hanya memohon ampunan bagi orang yang menghinanya tersebut. Maka boleh kah kita mencontohi sifat mulia seperti Ibrahim Adham yang mempunyai jiwa murni kesufian ini?.
Lagi Kenapa Jangan Marah?
Dalam sebuah filem Melayu arahan Allahyarham Tan Seri P.Ramlee ia itu `Tiga Abdul` [Abdul Wahab, Abdul Wahid, Abdul Wahub] dasar cerita berkisar kepada persoalan `Jangan Marah!!!` Kenapa? Sang Sutradara bijaksana ini membawa `massage` utamanya iaitu terhadap betapa pentingnya kesabaran dan kebijaksanaan mengawal diri daripada bertindak drastik akibat sifat marah. Sungguh pun jenaka tetapi pernahkah saudara menkaji karyanya ini?.
Saudara, antara penyakit yang boleh merosakkan jiwa dan akal adalah kemarahan. Sifat marah adalah sifat tercela yang boleh merosakkan sistem kesihatan dan kerehatan minda,emosi dan kerohanian. Marah yang diperbolehkan ialah hanya jika ianya positif seperti marah kepada kekurangan diri lalu berusaha untuk berubah menjadi lebih sempurana dan baik. Tetapi marah yang berlebihan terhadap perkara yang berlaku atau kepada seseorang lain memang akan memudharatkan diri sendiri.
Dikaji dari sudut bioenergy, apabiala seseorang sedang marah minda orang tersebut memancarkan gelombang ketahap beta secara berlebihan.Akibatnya akan meransang sistem hormon yang seterusnya memancarkan arus tenaga letrik tubuh secara tinggi kepada seluruh tubuh seseorang, petandanya ialah kelihatan merah padamlah muka, telinga dan telapak tangannya. Tubuhnya akan menggigil, kata-katanya kesat dan kasar, tindakan fizikalnya kuat dan ganas... Arus tenaga yang berlebihan itu mengakibatkan sarafnya berkerja secara stres dan boleh mengakibatkan kerosakan sistem saraf dirinya. Biasa juga berlaku keadaan urat saraf otaknya terputus yang mengakibatakan belaku strok akibat kemarahan yang berlebihan dan berlanjutan. Kerana itu marah berlebihan adalah musuh kepada sistem tubuh si pemarah.
Marah berlebihan juga menyebabkan transmisi getaran tinggi dan getaran aura diri seseorang yang marah itu menjadi nagatif seterusnya ia menarik gelombang-gelombang negatif luar [jin atau syaitan iblis atau makhluk halus] untuk masuk ketubuh si marah.Sebab itu apabila marah jin, syaitan, iblis mudah bersekongkol. Contohnya dalam permaianan silat jurus ghaib si penyerang dirangsang untuk marah supaya aura nagatifnya bertembung dengan aura positif yang menanti serangannya maka si penyerang yang berada dalam situasi kemarahan tinggi dengan bersyaitan itu akan jatuh atau terpental kebelakang ataupun melambung dan sebagainya sebelum menyentuh badan pesilat yang diserangnya. Permainan kebatinan begini tidak sepatut nya di galakkan dalam masyarakat persilatan Melayu kita sebab akibat daripada permainan begini boleh mendatangkan kesan nagatif kepada ahli yang berkaitan dalam jangka panjang. Ini pendapat peribadi penulis sahaja jika ada keterangan penafian akan kenyatan penulis ini dipersilakan menjelaskannya semata atas dasar kita mahu mencari kebenaran dan atas alasan kerana mahu pemeliharaan terhadap ilmu yang haq.
Akibat marah juga seseorang boleh hilang kawalan diri dan menjadi tidak rasioanal seperti mana kata sayyidina Ali Krm. Wajhahu bahawa marah itu adalah sebahagaian daripada gila. Maka marah adalah penyakit dan penawarnya ialah kesabaran. Sebab itu dalam Islam menekankan sifat sabar itu adalah sebahagian daripada iman. Iaitu sabar itu adalah sebahagian daripada sifat iman. Sebab itu dikatakan Allah bersama orang yang sabar.Innallaha ma`as saa biriin.
Marah yang berlebihan sangat tercela dalam agama, kerana marah diperingkat ini seseorang akan senang dipermainkan syaitan. Nauzubillaahi minzaalik. Rasulullah saw. yang bijaksana lagi amat mengentahui zahir dan batin ada bersabda:
Ertinya, `Dari Abu Hurairah ra . bahawasanya Rasulullah saw bersabda, `Orang yang kuat itu, bukan orang yang ahli gulat {kuat dan handal dalam pergaduhan-pergomolan-persilatan-pergustian} tetapi orang kuat itu ialah orang yang mampu menguasai dirinya ketika ia marah (Muttafag Alaih)
Dan dalam hadis lain Rasululllah saw melarang marah yang berlebih-lebihan, sebagaimana sabda baginda:
Ertinya; `Dari Abu Hurairah ra bahawasanya seorang laki-laki berkata kepada Nabi saw, Berwasiatlah kepada ku, Beliau bersabda, Jangan marah, beliau mengulanginya {bertanya lagi} berkali-kali. Baginda [tetap menjawab] bersabda, `Jangan marah` [HR Bukhari}.
Wallahu a`lam.
Wabillahi taufiq walhidayah.Semoga Allah menjadikan kita orang orang yang bersabar dan jika kita marah biarlah kemarahan itu selari dengan kehendak dan keredhaan Allah. Insa-Allah.
Wassalam.
Tiada ulasan