Header Ads

Akhbar. Majalah. Filem Video Lucah. Seni Seks

Bismillahir Rahmani Rahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini masyarakat kita yang baik dan suci menjadi `KELEMASAN` kerana tersangat  banyak terdedah diri kepada lambakan akhbar, majalah, filem, video dan lain-lain alat media massa yang  mempamirkan cerita dan gambar-gambar mendedahkan aurat, aksi ghairah dan aksi asmara serta mementingkan berita tentang seleberiti bintang bintang filem dan drama. Malah hingga para seleberiti ini dipuja dijadikan idola dan ada di beri gelaran penghormatan negeri atau negara dan sebagainya [ini akan menjadi suatu galakan] walaupun terlibat dalam kerja kerja batil pada pandangan syariat. Aktiviti dari budaya `Hedonistisme` [faham memuja nikmat kenafsuan dan hiburan] ini sebenarnya tidak terlepas daripada hukuman syariat terhadap para pekerjanya yang terlibat dalam penerbitannya dan memasarkannya serta juga para pembelinya dan penontonnya atau para penggalaknya dalam masyarakat kerana hukum agama [wajib, haram, halal, makruh dan harus] itu adalah meliputi sekelian cara hidup dalam budaya dalam kehidupan atau ringkasnya dalam politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan.
Sebenarnya mengikut hukum bagi sesiapa  sahaja daripada golongan orang Islam tidaklah boleh [haram] menerbitkan akhbar, majallah, filem-filem, video-vide lucahan atau video-video pornografi dalam internate yang menampakkan gambar-gambar perempuan atau lelaki yang boleh  mengundang kesan negatif keruntuhan moral atau yang cenderung  menggalakkan masyarakat manusia  kepada perbuatan jenayah syariat seperti perogolan atau suka-suka berasmara [khalwat], berzina, homoseksual, lesbianisme, hedonisme, pelacuran, minum minuman keras, menghisap dadah dan pelbagai kekejian lagi dari segi perbuatan dan amalan yang mengajak kepada melakukan kebatilan pada pandangan syariat Islam. Maka tidaklah boleh pula seseorang itu menggalakkan, membantu penerbitkannya, tidak boleh juga bekerja dengan pehak-pehak penerbitan yang berkaitan perkara-perkara batil ini walaupun menjadi tukang memasarkanya. Kerana perbuatan sedemikian termasuklah dalam katagori tolong menolong dalam perlakuan dosa dan pelanggaran etika Islam serta menyebarkan perkara-perkara kearah kerosakan [maksiat] diatas muka bumi dan upaya-upaya yang merosakkan masyarakat serta menyebarkan perkara kehinaan dari sisi agama Islam yang suci. Yang haram tetaplah haram hukumnya tidaklah ada jalan untuk menghalalkan cara. Setiap orang yang berkaitan `yang terpalit` perlu bertanggungjawab setakat yang termampu kuasa dirinya membela agama Allah dan syariat-Nya.
Allah SWT berfiman  dalam Al-Quran yang ertinya:
`Dan tolong-menolonglah lamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran [maksiat].Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksaNya`. [Al-Maidah:2].
Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:
`Barangsiapa mengajak kepada petunjuk, maka baginya pahala seperti pahala yang mengikutnya tanpa sama sekali mengurangkan pahala orang yang mengerjakannya dan barangsiapa mengajak kepada kesesatan maka baginya dosa seperti dosa orang yang mengikutnya tanpa mengurangkan sama sekali dosa yang mengerjakannya.` [HR.Muslim]
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi bermaksud:
`Ada dua golongan dari ahli neraka,belum pernah saya lihat sebelumnya, para lelaki di tangannya ada cambuk seperti ekor sapi dipakai untuk memukul manusia dan wanita-wanita yang berpakain seperti telanjang [berpakain tetapi ketat yang menampakkan bentuk-bentuk kecantikan tubuh], sesat [perbuatan dan perlakuan menyalahi syariat agama]dan  menyesatkan, kepalanya seperti punut unta yang bergoyang-goyang. Mereka tidak masuk syurga juga tidak mencium bau syurga. Sesungguhnya bau syurga boleh dicium dari jarak sekian dan sekian`. [HR.Muslim].
Hadis yang lebih kurang sama maknanya seperti berikut:
`Ada dua golongan manusia yang termasuk ahli Neraka, saya belum melihatnya sebelumnya, para wanita yang mengenakan pakaian tetapi telanjang, sesat dan menyesatkan, di atas kepala mereka ada seperti punak unta yang miring. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak pula mencium baunya, dan orang lelaki yang memegang cambuk seperti ekor sapi, digunakan untuk mencambuk hamba-hamba Allah`.
Wanita berpakaian dan bertudung atau berjilbab tetapi hukumnya masih bertelanjang iaitu masih juga mendedah aurat seperti kerana mengenakan pakaian  nipis yang menampakkan kulit tubuh dan pakain sempit [ketat] yang menampakkan bentuk tubuh seperti bahagian dada, bahagian pinggang, bahagian punggong, peha, bahagian betis atau lengannya di khalayak umum melainkan jika untuk suaminya sahaja di rumah. Jika mendedahkannya pada khalayak umum ia adalah haram dan berdosa. Sesungguhnya pakaian wanita ialah yang menutup seluruh bahagian tubuhnya  seperti yang ditetapkan dalam syariat Islam dan tidak menampakkan bentuk tubuh dan ukuran badannya. Kainnya pula mestilah jangan menipis terbayang yang boleh nampak auratnya, tetapi mesti tebal tidak menampakkan kulit badan.
Tarian dan seni seks:
Islam menolak pertunjukkan berupa tarian erotis dan pekerjaan apa pun yang dapat membangkitkan nafsu, seperti nyanyian porno dan sinetron yang hanya berisi senda gurauan [omongan percintaan] dan semua pekerjaan yang tidak ada mamfaatnya, meskipun oleh sebahagian orang mengatakan SENI dan oleh sebahagian yang lain dikatakan KEMAJUAN MODEN atau dengan istilah-istilah lain yang menyesatkan jalan kesucian Islam. Islam mengharamkan semua segala macam hubungan lawan jenis di luar batas perkahwinan. Islam mengharamkan setiap perkataan atau perbuatan YANG DAPAT MEMBUKA PINTU HUBUNGAN YANG HARAM INI. Ini adalah rahsia AL_Quran yang mulia di dalam mengungkapkan larangan berzina dengan kalimat yang tegas Ertinya:`Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.`(al-Isra`:32). Al-Quran tidak hanya melarang berzina, bahkan mendekati zina pun dilarang, Semua yang disebut ini ada apa saja yang dikenal masyarakat DAPAT MENIMBULKAN NAFSU SYAHWAT adalah perbuatan mendekati ZINA bahkan sebagai katalis dan mendorongnya.
Ayat -ayat Al-Quran yang semakna dengan larangan-larangan tersebut diatas sangat banyak. Marilah kita berdoa kepada Allah s.w.t.agar memberi keinsafan, taufiq dan hidayah kepada kaum muslimin untuk mengerjakan sesuatu yang ada maslahat buat mereka dan keselamatan mereka serta memberi keinsafan, taufik dan hidayah kepada orang-orang yang bekerja di media massa baik yang berkerja di media cetak atau media elektronik atau penyumbang-penyumbang  video di internate  untuk berbuat sesuatu yang menyelamatkan masyarakat  manusia dan dunia  tetapi bukanlah yang berbuat  atau mendedahkan sesuatu yang merosakkan akidah, masyarakat, kemanusiaan dan menjahanamkan dunia ini. Semoga Allah SWT. melindungkan kita serta menyelamatkan kita semua dan mereka yang terlibat dalam kesesatan nafsu [maksiat pelanggaran aturan syariat Islam] juga yang terkena tipudaya syaitan ini daripada kebinasaan dek kemurkaan Allah SWT. Sesungguhnya Dia Maha Baik dan Maha Mulia.
Hendaklah kita setiap muslim lagi mukmin tunduk terhadap titah perintah Allah dan Rasul-Nya, baik seseorang itu mengerti hikmah dari perintah tersebut atau tidak, sebab ketundukkan [mentaati perintah] itu sendiri mempunyai hikmah kerana Allah SWT telah berfirman yang ertinya:
`Bagi seorang laki-laki dan seorang perempuan yang beriman, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan sesuatu ketentuan [keputusan], mereka tiada boleh memilih kemaunnya sendiri dalam urusan mereka. Dan siapa yang tiada mematuhi Allah dan Rasul-Nya, sesungguhnya dia telah sesat jalan yang seterang-terangnya`. [Al-Ahzab:36].
Dan lagi firman Allah:
Ertinya: `...laki-laki dan perempuan yang menjaga kehormatanya [kesuciannya dengan mematuhi syariat], dan lelaki dan perempuan yang ingat selalu kepada Allah [dengan mematuhi segala titah perintah-Nya], untuk mereka itu telah disediakan oleh Allah ampunan dan pahala yang besar` [Al-Ahzab:35].
Tip Menambah pembaikan diri  dalam bersahabat:
1. Bersahabat dengan Allah SWT: ialah dengan cara beradab bagus, selalu merasa takut (tunduk) kepada-Nya dan selalu muraqabah(merasa di awasi).
2. Bersahabat dengan Rasulullah s.a.w: yaitu dengan jalan mengikuti sunnahnya dan komitmen kapada ilmu yang bersifat lahir.
3. Bersahabat dengan para wali Allah: yaitu dengan jalan menghormati dan berkhidmat atau menjdi murid kepada mereka.
4. Bersahabat dengan keluarga: yaitu  dengan jalan berakhlak baik kepada mereka.
5. Bersahabat dengan para ikhwan[saudara] yalah dengan jalan selalu mempergauli mereka [Bersilaturahim] selama bukan dalam perkara berbuat dosa.
6. Bersahabat dengan orang awam {umum] yalah dengan jalan menghormati dan menyempurnakan hak hak mereka.
7. Bersahabat dengan orang orang bodoh: Yaitu dengan mendoakan dan berbelas kasih kepada mereka.
Barangsiapa menjadikan sunnah berkuasa atas dirinya, baik dari segi perkataan atau tindakan, maka berarti ia berbicara dengan hikmah, Sedangkan orang yang menjadikan hawa nafsunya menguasai dirinya, baik dari segi ucapan maupun tindakan, maka berarti ia telah berbicara dengan bid`ah. Allah berfirman:
`Apabila kamu sekelian ta`at kepada-Nya, maka kamu sekelian akan mendapat pertunjuk.`(an-Nuur:54).
Saudara saudari marilah bersama kita bermuhasabah diri pagi dan petang
Jangan kita menjadikan adab yang jelek sebagai suatu keikhlasan
Jangan kita menjadikan kejahatan nafsu sebagai suatu  kesenangan
Dan janganlah kita menjadikan keinginan yang hina sebagi suatu kekuatan.
Sekian.
Wallahu a`lam.
Wassalam.
Al-Fakir IlaLlah.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.