Allah. Tuhan. God. Rabbi. Apa bezanya
Bismillaahir rahmani rahaim.Alhamdulillahi Rabbil aalamin wabihi nastai`n walaa haulawalaa quwwata illa billaahil aliyyil adzim.Wassalaatu wassalam a`la sayyidina Muhammadin sayyidil mursalin walaa aalihi wasahbihi ajmain.
Salam sejahtera ,semoga selamat semua.Saudara saudari, sebelum meneruskan pembacaan artikel ini marilah bersama kita mengucapkan kalimat-kalimat ini:
Bismillahir Rahmani Rahim.
Hari ini Insa-Allah saya hidupkan hati rohaniah saya dengan senentiasa mengingati Allah
Hari ini saya padamkan setiap api kemarahan dan senentiasa dengan kesabaran bersama Allah
Hari ini saya padamkan segala rasa kegelisahan kerisauan dan saya bertawakkal kepada Allah
Hari ini saya mengucapakan syukur kepada Allah dan makhluk-Nya atas segala rahmat dan nikmatNya
Hari ini saya akan menjalankan segala tugas dan kebaktian saya dengan penuh kejujuran dan keikhlasan
Hari ini saya akan berlaku baik dan kasih sayang kepada sesama insan dan semua makhluk ciptaan Tuhan
Hari ini saya bersikap positif terhadap setiap kejadian dan redha dengan takdir Tuhan semesta alam.
Insa Allah terima kasih Tuhan ku penguasa sekelian alam.
MARI KITA MEMCARI PENGERTIAN:
Bahawa kalimat TUHAN itu asalnya didapati dalam bahasa Dayak Kuno,ialah TOHAN yang ertinya Zat Yang Menjadikan sekelian alam.Dan dalam pemahaman orang ramai masyarakat Melayu Islam Nusantara dan dunia Melayu Islam kalimat `ALLah` sama dengan kalimat `TUHAN`. Hal ini sangat penting dimengertikan kerana ia adalah mempengaruhi tauhid.
Sebab yang demikian lah dalam pengertian kalimah syahadah`Ashadu allaa ilaaha illal Laah`itu kalimat ALLAH boleh diganti dengan nama TUHAN.Kalau kalimat TUHAN wajib disebut dengan kalaimah ALLAH jua bermakna seseorang wajib kata `TIDA ALLAH MELAINKAN ALLAH`.Tetapi kalimat ILAAHA dalam kalimat syahadah itu telah diertikan dengan kalimat TUHAN karana maksud kalimat TUHAN bagi orang Melayu Islam ialah juga ZAT Yang Maha Esa seperti mana pengertiannya sama dengan pengertian kalimat ALLAH.Maka kalimat TUHAN yang dipakai oleh orang agama lain dari Islam ada lah berbeza konsep dan prinsipnya daripada Melayu Islam.[Lihat artikel yang berkaitan keluaran 17 jun 2009 berjudul:Allah Yang Maha Esa Tuhan Semesta Alam].
Oleh yang demikian sungguh pun perkataan TUHAN bukan lah perkataan Arab atau perkataan daripada Nabi Muhammad s.a.w. dan bukanlah ada tersebut dalam Al-Quran tetapi sepakat ulama mengatakan tidak dilarang oleh Islam bagi memakai kalimat TUHAN asalkan saja penegertiannya tentang Tuhan ialah dengan suatu PENGERTIAN TAUHID yang sebenar.Ia itu benar benar tidak ada Tuhan yang kita akui melainkan ialah Tuhan ALLAH.[Untuk pengertian kalimat `ALLAH`yang suci ini sila lihat artikel dalam web kami ini yang bertajuk `Kalimat Allah hanya untuk Islam`].Ia itu Tuhan Yang Esa dalam wujud,Esa dalam Zat,Esa dalam Sifat,Esa dalam Asma` dan Esa dalam Afa`al.Sekali kali tidak bersekutu Dia dengan yang lain.Maka boleh lah kita memakai namanya tersebut[TUHAN]di samping nama ALLAH dan juga nama nama NYA yang tersebut didalam Al-Quran yang 99 nama Nya itu asalkan dengan sadar akan TAUHIDNYA. Maka kalimat `TUHAN` adalah ekslusif bagi orang Melayu Islam di seluruh dunia dan berdasarkan hujjah ini penggunaanNya oleh orang orang agama lain dari Islam yang berbeza dalam akidah dan pengertian ketuhanannya terhadap kalimat TUHAN ini yakni tidak seperti mana fahaman orang Melayu Islam terhadap kalimat `Tuhan` ini boleh juga menimbulkan kekeliruan masyarakat Melayu Islam yang hidup dalam masyarakat berbagai anutan agama bilamana mereka terdedah kepada media elektronik,media massa atau ceramah ceramah berkaitan agama tapi menggunakan kalimat`Tuhan`ini.Oleh itu orang Melayu Islam mestilah meningkatkan pengentahuan tentang akidah ketuhanan ALLAH -TUHAN yang sebenar dalam Islam supaya dapat membezakan mana akidah yang benar mana akidah yang batil walaupun penggunaan kalimat `TUHAN` ini dipakai oleh penganut penganut agama lain dari Islam dalam penyebaran perkara hal hal keagamaan.
Al-Quran telah memperjelaskan bahawa tidak sedikit orang yang mengaku nama ALLAH sebagai Tuhan nya ketika ditanya siapakah Tuhannya.Dan mereka menjawab dengan tegas`ALLAH` tetapi pengakuannya di tolak oleh Tuhan kenapa? contohnya seperti ayat berikut:
Ertinya`Dan jika engkau tanyakan kepada mereka,siapa yang menciptakan semua langit dan bumi dan yang menyediakan matahari dan bulan;Mereka akan menjawab Allah! Maka bagaimanakah dipalingkan mereka?[akidah menjadi sesat] (surat 29,Al-`Ankabut:61)
Dan satu lagi wahyu, Ertinya:`Dan jika ditanyakan kepada mereka siapa yang menurunkan air dari langit,sehingga menjadi hiduplah bumi sesudah matinya,niscaya mereka akan berkata; ALLAH: Katakan,segala puji bagi Allah! Tetapi kebanyakan daripada mereka tidak mempergunakan akalnya`( QS.Al-Ankabut:65).
Banyak lagi ayat ayat yang lebih kurang sama bunyi dan maksudnya seperti diatas misalnya dalam surat ke 31,S.Lukman ayat 25.Surat 39 Az-Zumar ayat 38.Surat 43,Zz-Zulhruf:9 dan lain lain lagi.Isinya hampir sama,Jika ditanya siapa Pencipta seluruh alam,semua sama jawabannya,Penciptanya ialah ALLAH,tetapi mereka yang dimaksudkan dalam ayat ayat ini ialah yang pengakuannya lain daripada pegangan tauhid dan berlainan daripada akidah,iktiqad,perbuatan,amalan,kepercayaan Islam dan berlawanan atau tidak menurut sebagaimana Islam sejati yang dikehendaki Allah dan yang di pimpin Muhammah s.a.w.Rasulullah penutup sekalian Nabi -Nabi dan Rasul-Rasulullah hingga akhir zaman.
Batu bersurat Terengganu[Di Mazium Kuala Lumpur]di anggap pusaka suci Islam Malaysia bertarikh 22 hb.Febuari 1303 m bersamaan 702 Hijrah iaitu dianggap bermula nya pertama kali sebuah kerajaan pemerintahan Islam di Tanah melayu ada menyebut nama Tuhan Islam pada ketika itu ialah`Dewata Mulia Raya`yang terjemahan nya dalam bahasa Arab ialah Allah Subhanahu wataala(Tuhan yang Maha Suci lagi Maha Tinggi)pada muka pertama A batu bersurat tersebut . Penggunaan bahasa Melayu lama zaman pemerintahan Raja Mandalika itu seperti berikut:
RasululLah dengan yang arwah santabi mereka
Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam
Dengan benar bicara derma mereka bagi sekelian hamba Dewata Mulia raya
Benua ku ini penentu agama RasululLah sallalLahu a`laihi wasallama raja
Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata mulia Raya di dalam
Bumi penentuan itu fardu pada sekelian raja Manda
Lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar
Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri paduka
Tuhan menduduki tamra ini di Benua Terengganu adi pertama ada
jumaat di bulan Rejab di tahun Saratan di sasanakala
Baginda rasululLah telah lalu tujuh ratus tua.
[Baca Sejarah Darul Iman- Oleh Dato`Setia Jasa- jika mahu tahu erti terjemahannya kebahasa Melayu moden [ms.63]
Dari bukti batu bersurat ini tahulah kita bahawa tentang Tuhan yang Esa dan Maha Kuasa yang kata asalnya ALLAH SUBHANAHU WA TA`ALA di salin ke dalam bahasa Melayu dengan `DEWATA MULIA RAYA`.Tetapi tidak ada ulama yang membantah,baik ketika mula menyalin ke bahasa Melayu atau pun sampai kini sebab difahamkan perkataan itu adalah menyamai perkataan ALLAH dalam bahasa Arab dan bersekali dengan akidah ketuhanan Islam.Andai kata pengertian DEWATA itu disamakan dengan pengertian Dewa dalam kepercayaan Hindu atau Buddha atau para Dewa Yunani kuno maka ianya tidak sah, batal, syirik, dan kufur bagi Islam.Begitu lah jika sesaorang Islam menggunakan perkataan `GOD` itu jika akidah dan iktiqadnya sama seperti ketuhanan agama kristian atau Yahudi masa kini maka menjadi kafirlah ia.Nauzubillahi minzaalik.Maka adalah di nasihatkan kepada sesiapa orang Muslim jangan lah suka menggunakan perkataan`GOD` dalam menggantikan perkataan Allah atau Tuhan dalam percakapan seharian takut kalau kalau terlupa konsep ketuhanan Islam sebenar ketika menyebutnya maka yang tinggal adalah pengertian perkataan`GOD`sebagaimana asal pengertiaan resmi sebutan ketuhanan oleh orang agama Keristian[Triniti] setelah hilang nya penyampain risalah Nabi Isa a.s.yang sejati maka rosak binasa lah diri.
Tentang kalimat Rabbi atau Rabba atau Rabbu atau pun Rabbun penafsir-penafsir mengertikanya sebagai Tuhan juga tetapi bersifat umum.
Ada kala di maksudkan Allah s.w.t. oleh orang Islam adakala dimaksudkan tuhan yang lain dari Allah oleh penganut agama lain atau kepercayaan lain.
Contoh nya ayat kedua permulaan pada surah Al-fatihah iaitu`Alhamdulillahi Rabbil a`lamin` Ertinya `Segala puji bagi Allah Tuhan (Rabbi) bagi semesta alam`maka Rabbi pada ayat ini tentu sekali di maksudkan Tuhan ALLAH SWT.Namun begitu kalimat ini umum. Ia boleh saja dimaksudkan yang lain.Contohnya orang Arab sendiri tidak akan merasa salah kalau mereka menyebut RABBUL BAITI yang maksudnya ialah TUAN YANG EMPUNYA RUMAH sebagaimana sebuah syair Arab berkata:
Izaa kaana rabbul baiti bidduffi mauli`an-fashyii matu ahlil baiti kulluhumur -raqsu.
Ertnya:`kalau tuan yang empunya rumah sangat gemar main genderang-maka kesukaan orang seisi rumah ialah menari`
Maka jelas sekali di sini bahawa Rabbu tidak berarti Tuhan-Allah,tetapi yang dimaksudkan ialah `Tuan` rumah.
Jadi kita tidaklah boleh menyalahkan orang yang memakai kalimat Rabbun yang bererti Tuhan itu kepada yang selain ALLAH atau TUHAN dalam bahasa Melayu.
Dalam ayat 33,surat ke 12-Al_Quran ,Nabi Yusuf berdoa kepada Allah:
`Qaala Rabbis sijnu ahabbu ilayya mimma yad uunani ilaihi (lihat Al-Quran -arabiah]
Ertinya`Ya Rabbi! Penjara itu lebih aku sukai daripada apa mereka ajak aku kepadanya!`
Disini Rabbi itu seruan kepada Tuhan yang sebetul betulnya ALLAH SWT.
Tetapi dalam ayat 43 Yusuf memakai lagi perkataan atau kalimat Rabbi tapi bukan maksud kepada Tuhan ALLAH.
[lihat teks Al-Quran-Jawi] terjemahan ayat itu adalah seperti berikut:
`Dan berkatalah dia kepada yang dia sangka bahawa dia dari mereka berdua akan selamat(dari hukum),`Ingatlah aku di sisi TUAN ENGKAU`[inda rabbika],Maka melupakanlah akan dia oleh syaitan mengingatkan kepada TUAN NYA[zikra rabbihi],maka tinggallah dia dalam penjara beberapa tahun`.
Dalam ayat ini kita dapati Al-Quran memberi tauladan yang fleksible dalam pemakaian bahasa miskipun rabbu bererti pada umumnya ialah Tuhan.Tetapi Al-Quran membolehkan memakai kalimat rabbu untuk manusia didalam pemakain bahasa Al-Quran,sehingga tidak diharamkan penggunaan rabbika dan rabbhi yang diartikan tuan engkau dan tuannya.Dan apa apa lagi yang di panggil dengan kalimat rabbi atau rabb ini dalam Al-Quran antara contohnya ialah:
`Mereka menjadikan orang-orang alim mereka dan rahib-rahib mereka sebagain Tuhan selain Allah,dan[juga mereka mempertuhankan] Al-Masih putera Maryam. [Al-Quran 9:31].
`........Dan jangan lah kamu mengadakan Tuhan yang lain di samping Allah yang menyebabkan kamu dilemparkan ke dalam neraka dalam keadaan tercela lagi dijauhkan[dari rahmat Allah] (Al-Quran 17:22)
`Dan barangsiapa diantara mereka mengatakan:`Sesungguhnya aku adalah Tuhan selain dari Allah,maka orang itu kami beri balasan dengan jahannam........(Al-Quran: 21:29)
`Atau adakah mereka mempunyai tuhan-tuhan yang dapat memelihara mereka dari(azab) kami.Tuhan-tuhan itu tidak sanggup menolong diri mereka sendiri dan tidak(pula) mereka dilindungi dari(azab) kami itu(Al-Quraan 21:43).
`Kemudian mereka mengambil tuhan-tuhan selain Dia(untuk di sembah) yang tuhan -tuhan itu tidak menciptakan apa pun,bahkan mereka sendiri diciptakan,`(Al-Quran:25:3)
Akhir kata marilah sama sama kita memelihara nama `ALLah` dan Perkataan `TUHAN ` dalam bahasa Melayu kita sebagai kalimat suci dengan sempurna akidah dan keyakinan Islam yang sejati.
Wallahu `alam
Catatan peringatan:
1.Dalam Surah Al-Baqarah ayat 256 Allah s.w.t. berfirman:`Tidak ada paksaan untuk(menganut) agama (Islam),sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah[jalan engkar,kufur,kafirdan syirik]`.
2.Firman Tuhan Surah Al-Kahf ayat 29:`Dan katakanlah kebenaran itu datang daripada Tuhan mu,maka sesiapa yang ingin beriman,hendaklah ia beriman dan SESIAP YANG INGIN(kafir)BIARLAH IA KAFIR`
3.Dalam Perlembagaan Malaysia melalui perkara 11 dan 12 antara lainnya menyatakan,`Tiap tiap orang berhak memeluk dan mengamalkan agamanya`Juga ada tertera kalimat`Setiap rakyat berhak menguruskan dan menyelenggarakan yayasan untuk agamanya dan berhak memiliki harta dan mentadbirkan harta itu.`
4.Hadis Rasulullah s.a.w. `Sesiapa yang menzalimi seorang mu`ahad(orang bukan Islam yang membuat perjanjian) atau melanggar haknya atau membebankanya atau merampas apa saja daripadanya,aku sendiri akan menuntut keadilan bagi orang yang tertindas itu pada hari pembalasan`[HR.Abu Daud).
5.Firman Allah s.w.t. `Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang orang-orang yang bersamanya adalah keras terhadap orang-orang kafir[yang menentangnya atau memusuhi Islam]tetapi berkasih sayang sesama mereka......`
[QS.al-Fathir:29].
la fatta illa a`liyyun walaa saifan illa zulfaqar
Wassalam.
Tiada ulasan