Peta Ringkas Perjalanan Thariqat Tasawuf
Bismillahir-Rahmani-Rahiim. Alhamdulillahi Rabbil aalamin wabihi nasta`in. Walaahaula walaa quwwataillaahil aliyyil adzim. Wasallallahu `ala sayyidina Muhammadin waala aalihi wasahbihi ajma`in. Assalamualaikum w.r.
Ada pun saekor harimau belantara atau harimau dusun apabila bertemu sebiji durian atau pun sengaja menunggu buahnya yang akan gugur dibawah pepohonnya dan akan mencengkam serta mengoyak buah durian itu mengikut pangsanya dengan sebaik mungkin lalu memakan isi durian yang lazat (raja sekelian buah) itu dengan lahapnya kemudian berlalu dengan tenang sesudah kenyang. Tetapi jika buah durian diketemui oleh haiwan lain seperti babi atau anjing ia hanyalah dapat mencium bau buah durian yang lazat itu tetapi tidak dapat memakan isinya lantaran ia tidak punya daya cengkaman kaki-tangan nya yang kuat dan kukunya pula tidaklah setajam seperti kuku harimau malah ia juga tidak mempunyai pengetahuan mengenai pangsa durian seperti mana sang harimau. Anjing menyalak atau sang babi mendengus hanya kerana terkena duri durian yang boleh melukakan mulutnya jika ia tidak berhati-hati tetapi ngauman harimau hanyalah tetakala jika ia diusik daripada menikmati rezeki yang lazat itu. Maka hanya sang harimau pahlawan rimba saja yang dapat menikmati isi durian tetapi sang anjing dan babi sama sekali tidak tahu menikmati isi durian malah ia menjadi anti kepada durian itu pula yang boleh melukakannya. Hakikatnya bukanlah salah buah durian [si raja buah] tetapi kerana ia bukanlah makanan yang sesuai untuk makhluk seperti anjing dan babi saja.... Hubaya-hubaya fikirkan. Wallahu`alam.
Thariqat ialah `perjalanan`. Berasal daripada perkataan Arab `Athariqah` ertinya `Jalan` iaitu orang yang berjalan [mengikut petunjuk peta-peta perjalanan kerohanian] yang dinamakan `Salik` iaitu kepada orang yang berjalan yang menuju kesuatu sasaran atau distinasi tertentu. Maka `athariq` bererti jalan-jalan yang dijalani [mengikut peta-peta] yakni kata jama` dari at-thariqat.
Di dalam Al-Quran terdapat beberapa perkatan yang di wahyukan Allah s.w.t yang memberi maksud yang sama dengan athariq dan athariqah seperti perkataan `assabiil`, `asshyirath`, almustaqim` yang bermaksud` jalan yang lurus yang di redhai Allah s.w.t.
Maka apabila digunakan perkataan athariqah dalam ilmu tasawwuf: Bermaksud perjalanan diatas landasan dan jalanyang benar {mengikut pertunjuk dalam peta -peta khas} yang membawa kepada makrifatullah dan menggapai keredhaanNya. Maka jalan lurus[betul dengan kehendak Allah] itu mestilah melalui landasan yang benar [haq] di redhai Tuhan dengan mendapat hidayat dan pertunjuk daripada Allah dengan berdasarkan al-Quranul karim dan sunnah Rasulullah dengan tujuan mencapai muhibbah dan musyahadah dan makrifatullah dan lain-lain yang berkaitan.
Adapun ilmu thariqat dan suluk itu ia itu method mengentahui ilmu-ilmu hakikat yaitu dinamakan juga `Ilmun-Naafi`u` yakni ilmu yang memberi mamfaat di dalam negeri akhirat dan dinamakan juga ilmu tasawwuf. Sebab itu kalau disebut ilmu thariqat dan hubungannya dengan ilmu tasawwuf di sebut ilmu thariqat tasawwuf.
Menurut istilah ulama`, tasawwuf bermaksud suatu corak kehidupan manusia yang senantiasa berlumba-lumba kearah kebaikkan dan berakhlak mulia seperti:
1.Bersegera menunaikan ibadat
2.kasih dan cintakan hikmah
3.berpakaian sederhana mengikut sunnah
4.bersifat zuhud dan seorang abid yang ikhlas
5.Ta=Taqwa .Sod=sabar.Wau=Wara`.Fa= Fakir.
Sheikh Junaid al-Baghdadi penghulu orang orang tasawwuf mengatakan:
`Tasawwuf ialah keluar daripada budi pekerti yang tercela [Mazmumah] dan masuk kepada budi pekerti yang suci terpuji [Mahmudah]`
Ada yang mengatakan tasawwuf itu ialah `Menyerahkan dan menghantarkan diri kepada Allah s.w.t. berdasarkan tuntunan dan kehendak Allah s.w.t.`
Dan sepertikata ariffinbillah:
`Mati kamu dahulu daripada mati kamu`. Yakni dapatlah kamu dengan izin Allah `Maqam as-Siddiq`
Kata Sheikh Abul-Wafa`ul ghanimi: `Tasawwuf merupakan falsafah hidup dan cara tertentu dalam tindak tanduk serta perjalanan hidup seseorang untuk sampai kepada kesempurnaan mengenal hakikat dan mencapai kebahagiaan ruhani`
Ringkas cakap kalau disebut thariqat, tasawuf, al-ikhsan, as-suluk, ilmul-bathin [rohaniah], ilmu at-taqwa, ilmu-an-nafi`u semuanya mempunyai tujuan yang sama dan berdasarkan kaedah yang sama untuk:
1. menuju kepada Allah Subhanahu Wataala
2. menuju makrifatullah
3. mencapai muhabbah [menyintai Tuhan]
4. bermusyahadah dan bermraqabahkan Allah.
5. mencapai kepada mertabat ihsan melalui ibadah
6. mencapai jiwa tenang [muthamainnah]
7. membersih jiwa dari sifat mazmumah [sifat jiwa tercela-yakni penyakit yang menguasai nafsu]
8. pengendalian diri daripada sebarang tindakan buruk dan yang tercela oleh syariat islam
9. berusaha mencapai akhlak mulia
10. Membentuk tingkah laku terpuji dan jiwa murni
11. membersih ruh dari setiap kekufuran dan kesyirikan
12. menjadi hamba yang de-facto di sisi Tuhan
13. Tulin dan sejati berakhlaq dengan akhlaq al-quran dan Muhammadiah.
14. Lain lain lagi yang berkaitan.
Perjuangan suci [jihad fi sabilillah] manusia berthariqat-tasawwuf ialah untuk mengalami kenaikan ketingkat nafsu yang ketujuh yang terpuji yakni daripada nafsu al-amarah bissui` kepada nafsu al-waamah, nafsu al-mulhimah, al-muthamainnah, ar-raadhiah, al-mardhiyyah dan yang ketujuh ialah nafsu al-kamilah.
Setiap makam[ tahap tingkatan]nafsu tersebut mempunyai peta perjalanan, alamnya, tempat, keadaan hal, warid [lintasan batin], cahaya dan sifat-sifatnya contohnya ialah:
1. Al-amarah: perjalanannya ilallah tempatnya dalam dada halnya cenderung kepada kejahatan, waridnya syariat sifat sifatnya jahil, kikir, haluba, pemarah, hipokrit dan sebagainya.
2. Lawamah: perjalanannya `Lillah` tempatnya dalam hati, halnya cinta, waridnya thariqat, sifat sifatnya mencela perkara kejahatan.
3. Mulhimah: perjalanannya `alallah`, tempatnya dalam ruh, halnya asyiq, waridnya makrifat, sifatnya pemurah tidak loba.
4. Muthamainnah: perjalanannya `maallah`, tempatnya dalam sirr, halnya tetap hati, waridnya rahsia syariat, sifatnya murah hati dan tawakkal.
5. Radhiah: perjalanannya fillah, tempatnya sirru-sirr, halnya fana fillah, waridnya haqiqat, sifat-sifatnya ikhlas .
6. Mardhiah: perjalanannya anillah, tempatnya khafi fi sirr, halnya hairan tercengang, waridnya hakikat-makrifat, sifatnya lemah lembut.
7. Kamilah: perjalanannya billah, tempatnya akhfa, halnya baqa`billah, waridnya semua yang tersebut, sifat sifatnya adalah semua sifat-sifat kesempurnaan [insanul kamil].
Ada pun zikir adalah suatu keperluan yang wajib tidak ditinggalkan oleh orang thariqat-tasawwuf. Sebab zikir adalah salah satu syarat yang utama untuk mendekatkan diri kepada Allah. Dan mengikut satu riwayat perkara yang paling dikesali oleh para penghuni surga di akhirat nanti ialah kerana ia mensia-siakan masa daripada berzikirillah semasa di dunia. Berkait dengan thariqat tasawwuf juga adalah:
Bersabda Nabi s.a.w. `Addu azkata abdaanikum biqauli Laa ilaa ha illa llah`
Ertinya; 'Supaya kamu memberi zakat badan kamu dengan mengucap tiada tuhan melainkan Allah`
Sebab itu ahli hakikat berkata makna ucapan Laa ilaa ha illa llah itu mengandungi isyarat-isyarat ucapan bagi tubuh dan ucapan bagi hati, ucapan bagi nyawa ucapan dan juga bagi rahsia [Sirr]. ia menjaga daging dan darah, menjaga urat dan tulang, menjaga otak dan sum-sum itu lah zakat badan dengan kalimah mulia yang dimaksudkan.
Tuhan ada berfirman didalam hadis al-Qudsi:
`Laa ilaa ha illa llaah qalami waana hua man qaalaha dakhala hishyinni waman dakhala hishyinni amina `iqaabi`
Ertinya:`Laa ilaa ha illa llaah sebagai kalamku dan orang yang mengucapkannya termasuk dalam penjagaan dan barang siapa yamg masuk dalam penjagaan ku maka selamat ia dari siksaan ku` [Riwayat Termizi].
Bagi para ahli hakikat mengatakan pada kalimat-kalimat Laa ilaa ha illa llah itu semasa di zikirkan ia mempunyai qiblatnya ] yaitu:
Qiblat kepada Baitullah, Qiblat kepada Baitul makmur, Qiblat kepada Aras-Allah dan Qiblat terhadap Zat yang Laisa kamislihi syaiu`n [bertanya lah guru yang arif mengenai perkara ini untuk keterangan lebih jelas]
Maka mengikut thariqat-tasawwuf:
Zikir `Laa ilaa ha illa llah` itu bagi orang yang hendak selesaikan daripada alam nasut yakni alam al-mulki atau alam syahadah.
Ada pun musyahadahnya` Ha-Hu` itu supaya selesainya ia daripada tahaiyur [yakni tercengang-hairan] yang hasil ia daripada muqabalah dengan cermin alam malakut dengan menafikan ghairullah dan mengithbatkan Ain-al-Mahd [asal sesuatu kejadian].
Ada pun Zikir `Ismus-Zat` itu menghasilkan mertabat alam jabarut dan berperangai ia dengan peragai Allah [yakni berkelakuan baik-baik yang diredhai Allah]
Ada pun musyahadah `Hua-Allah` itu kerana menghasilkan mertabat alam lahut yakni musyahadah `kaanallahu lam yakun maahu syai`un` ertinya ada Allah dan tiada ada sertanya sesuatu`
Ada pun musyahadah `Hua-Hayyun` itu bagi menghasilkan musyahadah yang ghaibiah.
Musyahadah `Fani-Baqi` itu kerana memfanakan mumkinul-wujud yakni selain daripada Allah dan mengekalkan wajibal-wujud semata-mata.
Musyahadah `Azzohiru hual baatin` itu kerana mengangkatkan isthnainiyyah dan melihat yang ghaibnya seperti syahadah.
Dan musyahadah` Hual- Awwalu Hual -Aakhiru` adalah kerana menambatkan azaal serta abaad [kekal selama lamanya.
Jika dibuat pembahagian gulongan orang yang berzikirillah secara mudah bolehlah pula kita bahagikan kepada empat gulongan sahaja ia itu seperti berikut:
1.Gulongan orang awam: pada ketika berzikir sahaja jiwa merasa dekat dengan Allah.Apabila selepas melakukan zikir dan berada bersama anak isteri atau sawah ladang atau projek-projek ekonominya atau jabatannya telah menghapuskan semua ingatan zikirullah dan lupakan mati, surga dan neraka atau kehidupan akhirat kembali kedalam tawanan kumpulan nafsu al-amara bissu`i.
2.Zikir gulongan makam thariqat: Di saat berzikir jiwanya dekat dengan Allah dan mengingati kehidupan akhirat tetapi apabila kembali kepada kehidupan urusan dunia terbuai pula oleh kelalaian. Tetapi apabila ia menyedari kelalaiannya itu ia menggoreskan sebuah kesedihan. Sedangkan nabi s.a.w . ada bersabda `Seandainya hati kamu senantiasa dapat bertahan seperti pada saat melakukan zikir nescaya para malaikat akan memegang tangan kamu hingga mereka mengucapkan salam kepada kamu dijalan` Ini kumpulam nafsu lawamah [mengkritik diri] dan nafsu Mulhimah [mempunyai ilham kebajikan]
3.Zikir gulongan hakikat [hasil kemajuan maqam dalam thariqat-tasawwuf]: Orang yang berzikir lisan dan hati yang selalu merindukan saat saat dimana jiwa nya dekat dengan Allah selalu. Ia sanggup hidup walaupun dalam keadaan derita dan serba dalam kesusahan asalkan selalu `berdekatan dengan Allah` dan ia selalu menghadirkan kedalam hatinya suasana majlis zikir [musyahadah dan muraqabah] dan tetap tertanam dalam jiwanya hingga terkadang ia dalam fana fillah. Ini termasuk kumpulan nafsu Mulhimmah dan Muthamainnah [tenang damai]
4. Zikir gulongan makrifat [hasil dari kamajuan thariqat tasawwuf dan dari alami minuman hakikat] Ini adalah gulongan yang dapat mewarisi hati para nabi. Sayyidina Ali karramallahu wajhahu ada mengatakan mengenai darajat orang yang mulia di sisi Allah lantaran zikirillah yang terbaik iaitu `Badanya bersahabat dengan dunia sementara ruhnya bergantung pada ketentuan Yang Paling Tinggi` Beginilah hati para nabi kerana Rasulullah sendiri pun pada saat melakukan zikir berubah dengan seketika keadaannya namun setelah selesai melakukan zikir dan kembali bergaul dengan umat serta melaksanakan hak-hak mereka namun begitu baginda tetap dalam baqa`billah. Ini lah jiwa yang dalam kumpulan muthamainnah, radhiah, mardhiah dan kamilah.
Wallahu a`lam
Sempena tahun baru [2010M] semoga jiwa kita semua bertambah baik dari tahun dan hari semalam 2009.
Dari ku yang hanya lah sebutir debu ditelapak kaki Nabi. Wassalam.
Tiada ulasan