Allah Nama Rasmi Ketuhanan Islam Sahaja
Bismillahir Rahmani Rahim. Alhamdulillahi Rabbil `Aalamin wabihi nasta`in walahaula wala quwwata illa billaahil `aliyyil adzim wasalallahu ala khairi khalqihi Muhammadin sayyidil ambiyaa i walmursalin wa ala aalihi thayyibin wa ashaabihi ajmain-Aamin.
Mengikut pedoman Al-Quran yang mulia dengan firman Ilahi `Allahu laa ilaaha illa hu` Ertinya `Allah, tiada Tuhan melainkan Dia`. Telah dengan resminya nama Tuhan bagi orang orang Islam ialah ALLAH. Dan satu lagi firman Allah: `Innani ana Llahu laa ilaaha illa ana` Ertinya: `Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tiada Tuhan selain Aku [QS: Thaha:14] Dan satu lagi firman yang mengkhususkan juga sebutan Allah itu hanya bagi orang beriman dengan agama Islam ia itu: `Ya ayyuhallazina aamanuz kurullaha zikran kathsyiran wassabihu hu bukratan wa ashiila` Ertinya: Hai orang-orang yang beriman {dengan Islam yang dibawa oleh Muhammad s.a.w}, berzikirlah kepada Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertashbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang` [Al-Ahzab:41-42]. Sila lihat Al-Quran jawi ayat ayat tersebut untuk membetuli bacaan arabiah.
ALLAH adalah nama yang menunjukkan di atas ketuhanan yang sebenar dan meliputi segala makna-makna bagi nama-nama Nya yang lain dengan lain kata bahawa lafaz ALLAH itu nama Yang Maha Besar yang menempati sekelian nama nama [Asma al-Husna-99 yang tersebut di dalam Al-Quran] dan sifat sifatNya. Contohnya memadailah kelebihan nama ini bahawa dikatakan Ar-Rahman itu daripada nama ALLAH dan tidak boleh dikatakan ALLAH itu daripada nama Ar-Rahman. Bahawa lafaz ALLAH adalah semulia-mulia nama yang terutama terpilih kerana menunjuk atas ZAT yan g mengandungi segala sifat ketuhanan. Ada pun nama nama yang lain daripadanya menunjuk akan juzu` daripada sifat maani jua seperti Ilmu Allah Taala, Perbuatan-Nya dan QudratNya.
Oleh kerana kelebihan dan keagongan dan kesempurnaan nama ketuhanan yang haq `ALLah` itu maka tiada boleh dipernamakan sesuatu pun yang lain [makhluk] dengan Dia [ALLAH]. Jika di pernamakan `yang lain` dengan nama ALLAH maka terimalah kemurkaan ALLAH `AZZAWAJALLA. Diceritakan ada riwayat bahawa seorang perempuan dahulu kala menamakan anaknya `ALLAH` maka turunlah api daripada langit membakar anaknya itu.
Nama `ALLAH` dikatakan `Al-Ismul-`Adhzam` [Nama Maha Agong] oleh sesetengah para ulama Islam. Lafaz Jalalah `ALLAH` ialah Sultanul-Asma` atau Raja bagi segala nama-nama. Dan Ia mempunyai kelebihan serta keutamaan daripada nama-nama Allah yang lain lagi [Asma al-Husna] kerana tiap-tiap juzu` daripada lafazul-jalalah `ALLAH` mengandungi makna ismul-jalalah `ALLAH`. Yakni bila diceraikan tulisan hurufnya [Jawi] menunjukkan juga huruf yang ceraikan itu atas nama ketuhanan ALLAH.
Mithalnya jika di ceraikan LAM yang pertama jadilah ia ILAHUN maksudnya `Tuhan` juga. Jika kedua LAM itu diceraikan jadilah AH maksudnya `Tuhan` juga. Jika LAM dan HA` diceraikan pun jadilah ia AL maksudnya Tuhan juga dalam bahasa Suriani. Jika diambilkan Ha` sahaja berbunyilah huruf itu HU pada sebutan dan ialah isim yang menunjukkan semata mata ZAT dan menghimpunkan segala NAMA- NAMA yang bergantung dengannya [ZAT].
Ubay bin Ka`ab r.a. berkata: Kaum musrikin [kafir terhadap Islam] datang kepada Nabi s.a.w. dan berkata: `Ya Muhammad sifatkanlah kapada kami tentang Tuhanmu. Maka Allah menurunkan:
Qulhuwa Allahu ahad.Allahu shamad,lam yalid walam yulad.Walam yaqul lahu kufuan ahad.
Ertinya: `Katakanlah Dia lah ALLAH yang tunggal Esa. Allah itulah tempat pergantungan {yang dibutuhkan} oleh semua makhluknya. Tiada beranak dan tiada diperanakkan [dilahirkan]. Dan tiada baginya setara dari semua makhluk-Nya [Tiada yang menyamaiNya seseorang pun].'
At-Tirmidzi dan Ibn Jarir mengartikan Asshamad: ialah yang tidak beranak dan tidak diperanakakan. Tiada ada sesuatu yang setara dengan Dia, tiada sekutu, tiada bandingan dan tiada menyerupai dengan sesuatu apa pun dari makhlukNya. Ada yang mengertikan Al-Shamad berarti: Yang Maha sempurna dalam kemuliaan-Nya, keagungan-Nya, kesabaranNya, kebijaksanaanNya. Dialah yang tiada tara banding-Nya, tiada sekutu bagi-Nya. Dan Al Hasan mengartikan Al-shamad: Yang tetap kekal abadi sesudah lenyap semua makhluk. Yang tiada lenyap untuk selamanya. Arrubayyi` bin Anas mengatakan: Al-Shamad ialah yang tidak beranak dan tiada dilahirkan, seakan ayat berikutnya [dalam surah Al-Ikhlas itu] merupakan penjelasan baginya.
Ikrimah mengatakan:
`Orang Yahudi berbangga: Kami meyembah Uzair.
Orang Kristian berbangga: Kami meyembah Isa Al-Masih putera Allah.
[ kebiasaan panggilan kepada tuhannya: God- catatan penulis]
Orang Majusi berbangga: Kami meyembah matahari, bulan.
Dan kaum musrikin [lain-lain agama] berbangga: Kami menyembah berhala.
contoh: Arab musrikin: berhala al Atta Al-Uza. [catatan penulis]
Contoh orang agama Hindu kata: Tuhannya ialah Brahma Agong-Four-faced Buddha [catatan penulis].
Pernyataan ini bersesuaian dengan firman Allah:
Maksudnya: `Dan orang-orang Yahudi berkata:`Uzair ialah anak Allah` dan orang-orang Nasrani berkata:`Al-Masih ialah anak Allah`. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu, semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran? (Surah al-Taubah 9:30).
Dalam ayat ini, Allah SWT menegaskan bahawa orang-orang Yahudi dan Nesrani telah berpaling dari kebenaran dengan memfitnah Allah dengan menyatakan bahawa Allah mempunyai anak iaitu Uzair dan juga al-Masih. Bagi menolak kesesatan dan fitnah gulongan Yahudi dan Nasrani (Kristian) berasaskan ciptaan Paulus [Saul] ini (Bukan ajaran sebenar daripada Nabi Isa alaihis-salam- Lihat artikel berkaitan 17 jun 2009 bertajuk: Allah Yang Maha Esa Tuhan semesta Alam):
Maka ALLAH menurunkan Qulhuwallahu ahad kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk menegaskan bahawa ALLAH SWT bukanlah seperti yang didakwa oleh orang orang Yahudi dan Nesrani itu dan juga tuhan-tuhan agama lain lagi.
`Katakanlah hanya Dia Allah yang Maha Esa, tunggal yang tiada bandingNya, tiada pembantuNya, tiada yang menyerupaiNya, sebab Dia lah yang sempurna dalam semua sifatNya dan perbuatanNya dan ciptaanNya. Allahus-shamad: Yang dibutuhkan oleh semua makhluk-Nya dalam segala kepentingan mereka. Dialah yang sempurna dalam kemuliaanNya, kebesaran dan kebijaksanaanNya. Demikian lah keterangan Ibn Abbas r.a.`
Dalam kitab Sahih Bukhari: Rasulullah saw,bersabda: Laa ahada ashbaru alaa adza sam`ahu min Allahi, innahum yaj`aluuna lahu waladan wahuwa yazrzuquhum wayu`aa fihim`.
Ertinya: Tiada yang lebih sabar daripada Allah yang mendengar lansung apa yang dikatakan oleh makhluk terhadap-Nya. Yaitu mengatakan ALLAH itu beranak, sedangkan ALLAH memberi rezeki kepada mereka menyejahterakan mereka` [Riwayat Bukhari].
Dalam sebuah hadis Qudsi Allah Taala berfirman:
Terjemahan: ANAK ADAM MENDUSTAKAN AKU, PADAHAL ITU BUKAN HAKNYA,
DAN MEMAKI AKU PADA HAL ITU BUKAN HAKNYA.
ADA PUN PENDUSTAANNYA TERHADAPKU IALAH KATANYA:
BAHWA ALLAH TIDAK DAPAT MENGEMBALIKAN KEJADIANKU
SEBAGAIMANA SEMULA,PADAHAL NYATA BAHAWA CIPTAAN
PERTAMA ITU TIDAK LEBIH RINGAN [MUDAH] DARIPADA MENGULANGINYA KEMBALI.
ADAPUN MAKIANNYA TERHADAPKU YAITU PERNYATAANNYA:
BAHAWA ALLAH BERANAK, PADA HAL AKULAH YANG ESA, TUNGGAL DAN DIBUTUHKAN
OLEH SEMUA MAKHLIK, TIADA BERANAK DAN TIDAK DIPERANAKKAN, DAN TIDAK ADA
SEKUTU, SETARA BAGIKU SEORANG PUN. [HR.BUKHARI].
Dari huraian diatas, agama yang selain agama Islam semenjak Nabi Muhammad s.a.w. adalah sudah meyeleweng mengenai ketuhanan ALLAHnya. Sungguhpun agama samawi yang di bawa oleh para Nabi dan Rasulullah terdahulu semenjak datuk nenek manusia Adam a.s. memakai nama Allah sebagai Tuhan Yang Maha Esa. Justeru atas alasan apakah hendak dihujjahkan bahawa `Penggunaan nama Allah adalah dibenarkan untuk digunakan oleh agama lain [yang mana akidah ketuhanan samawinya telah menyeleweng dari sebenar samawi?] Seperti kristian dan Yahudi yang tersebut. Contohnya di dalam kristian (ciptaan Paul-bukan dari Nabi Isa a.s) konsep Triniti adalah dasar dalam akidah ketuhanannya iaitu God the Father, God the Son and The Holy Ghost. Dengan konsep begini Sudah pastilah jika perkatan ALLAH ini dibenarkan atau diperbolehkankepada agama lain dari Islam dalam sebuah negara yang mengatakan agama resminya agama Islam dalam perlembagaan atau pun jika mana-mana masyarakat Islam yang merestuikan penggunaanNya oleh penganut agama lain dari Islam pastinya ia mengundang salah tafsir dan salah dalam `akidah` terutama di kalangan `yang bukan ahli` dalam akidah ketuhanan dalam agama Islam dan juga generasi Islam akan datang. Andai kata ada sebuah agama yang bukan Islam menolak konsep lama mengenai Ketuhanannya pun dan memakai konsep Keesaan Allah juga iaitu sama seperti konsep ketuhanan dalam Islam pada hari ini tetapi ia tidak memakai syariat Muhammad s.a.w maka agamanya itu juga tidak akan diterima oleh Allah. s.w.t. yakni tetap tertolak disisi Allah sebab berlaku kufur syariat. Sebab dalam al-Quran yang suci sebagai kitabullah yang terakhir untuk umat manusia disebutkan bahawa `agama yang diakui di sisi Allah (setelah datangnya risalat Muhammad s.a.w) ialah Islam [sahaja].
Dengan pernyataan ini maka apabila pemuka -pemuka agama lain atau penulis penulis bukan islam memakai nama ALLAH dalam sebutan terhadap tuhan-Nya dalam buku-buku, akhbar-akhbar, majalah-majalah, risalah-risalah, ceramah-ceramah, artikel-artikel dalam Internate, wayang-gambar dan sebagainya lagi dan apabila ianya beredar dan tersebar dengan bebas dan meluas tampa sekatan dalam masyarakat negara atau dunia lalu ditatap dibaca dipelajari oleh anak-anak dan orang orang Islam yang masih cetek atau masih mentah pengentahuan agama Islamnya terutama mengenai akidah ketuhanan, tatacara beragama atau pandangan hidup agama [tasawwur] maka akibatnya boleh rosaklah akidah umat Islam tersebut atau akan menjadi kacau-bilaulah pegangan dan peramalan agama serta akidah ketuhanannya apabila fahaman kufur itu boleh saja dianggap itulah sebenar pegangan Islam atau pun yang sebaliknya yang benar benar Islam boleh ditersalah anggap bahawa itu bukanlah daripada Islam. Jadi nama ALLAH amat penting dan wajib dipeliharakan oleh setiap umat Islam tidak boleh menyokong orang agama lain memanipulasikan nama `Allah` yang boleh merosakkan agama dan umat Islam.
Maka dengan hujjah berdalilkan Quran dan hadits tersebut diatas barangsiapa orang Islam yang mengrestukan atau menyokong penggunaan nama ALLAH oleh orang-orang agama lain daripada Islam maka ia adalah manusia betul- betul `BINGUNG AGAMA-lost in thought` dan `PENGKHIANAT -betrayal` kepada Allah dan AGAMA ISLAM dan KEPADA UMATNYA dan ia bukanlah membela agama Allah[Islam] walaupun ia seoarang pemuka Islam berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. dan firman Allah SWT seperti hadis Al-Qudsi di atas. Oleh yang demikian barang siapa yang menjual agamanya kerana `DUNIA` dan bersekongkol dengan musuh-musuh Allah yang ingin merosakkan agama Allah dan akidah umat Islam maka ia juga adalah MUSUH ALLAH dan TERKUTUK di dunia dan akhirat. Nauzubillahi minzaalik.
Jelas disini tindakan mana mana pehak yang menyamakan `ALLAH` dengan mana mana Tuhan agama yang lain walaupun ia merubah menyeru nama tuhannya dengan nama `Allah` namun AKIDAHNYA tetap tidak sama dengan Islam agama tauhid. Dan perbuatan orang agama lain sesesudah kedatangan Islam oleh Muhammad s.a.w yang ingin merubah panggilan tuhannya kepada nama Allah itu hanyalah boleh menimbulkan salah faham dan perbalahan yang berpanjangan antara penganut agama. Sebenar nya jika KEPINGIN sangat menyeru nama tuhan nya `ALLAH` oleh penganut agama lain,senang saja.....` Jadi lah diri kamu itu muslim seluruhnya `kerana Islam ialah agama yang haq dan paling sempurna yang sesuai dengan tuntutan fitrah kemanusiaan zahir dan batin dan agama inilah sesungguhnya anutan Sayyidina Adam a.s. bapa pertama kita manusia kemudian di bawa pula oleh seluruh Rasul-Rasulullah hinggalah kepada Nabi Agong penutup daripada sekelian Rasul-Rasulullah iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Dan ia menjamin selamat dan kebahagiaan abadi di akhirat kerana ialah agama yang diredhai di sisi ALLAH iaitu Tuhan yang paling berhak diseru dan disembah atau diubudiahkan oleh seluruh umat manusia dan sekelian makhluk-Nya. Maka ucapakanlah `Asyhadu anllaa Ilaa ha Illallah wa asyhadu anna Muhammadar Rasuulullah` Ertinya Aku bersaksi bahawa sanya tiada sebenar benar Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa sanya Muhammad itu adalah Pesuruh Allah` dengan ikhlas dan keimanan yang benar maka jadilah ia Muslim yang sah. Sebaik baiknya hendaklah disaksikan [ucapan itu] oleh paling tidak seorang muslim lain yang sempurna dalam ilmu dan peramalan terhadap agamanya [Islam].
Ada orang bukan Islam yang mendakwa perkataan `ALLAH` bukanlah eksklusif kepada agama Islam. Kenapa tidak eksklusif , pada hal contohnya dalam negara Malaysia daripada artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan mengatakan adalah satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan kalimah Allah kepada orang Islam untuk menyebar luaskan agama [lain dari Islam] tetapi ia bukan satu kesalahan bagi bukan Islam mengguna kalimah itu kepada bukan Islam bagi tujuan agama... Itu pernyataan dari segi perlembagaan Negara yang dibuat masa dulu yang mana di masa itu persoalan agama dan keadaan politik dalam Negara sangat berbeza dengan hari ini. Lagi pun pemimpin pemimpin agama bukan Islam pada masa itu tidak terketit pun untuk menggunakan nama Allah dalam hal ehwal agama mereka dan budaya hidup mereka malah mereka bangga dengan panggilan tuhan mereka dengan nama nama yang lain itu dan mereka `Tidak ada agenda dalam negara ini` jadi tidak membimbangkan pemimpin Islam ketika itu semasa membuat draf perlembagaan Negara. Jika dilihat dari segi Agama Islam sendiri tentulah jika sesuatu perkara seperti persoalan nama ALLAH yang di gunakan oleh seseorang atau agama lain itu bercanggah dengan Akidah Islam sendiri seperti ini samasekali tidak bolehlah berkompromi demi penyelamatan agama dan umat Islam seluruhnya.
`Surely Allah forgives not that a partner should be set up with Him, and forgives all besides that to whom He pleases. And whoever sets up a partner with Allah, he devises indeed a great sin.` - Holy Quran 4:48
`Ascribe no partner to Allah. Surely ascribing partners to Him is a grievons iniquity` - Holy Quran 31:13
To consider either devotion to or love of or existence of any other in equal terms with `Allah` is `Shirk` (Conjoining a partner with Allah). It is of two kinds `Shirk-e-Jali (Plain) and `Shirk-e-Qafi` (Hidden).
`In the name of Allah,Most Gracious,Most Merciful. Say: He is Allah, The One and Only, Allah, the Eternal, Absolute, He begetteth not, Nor is He begotten And there is none Like unto Him`- [QS:Al-Ikhlas:1-4]
`In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful. Say: O ye, That reject Faith! I Worship not that which ye worship, nor will ye worship, That which I worship. Anda I will not worship, That which ye have been wont to worship, Nor will ye worship, That which I worship, To you be your way, and to me mine` - [QS: Al Kafirun.1-6]
Benarlah Allah yang Maha Suci dan Maha Agong.
akhir kalam:
Salam kasih dan hormat kepada seluruh muslimin muslimat dan mukminin mukminat ingatlah: Selagi ajaran Islam dapat bergerak seiring dengan kekuatan kerohaniannya yang tidak menipis maka Islam tidak akan tewas terhadap ajaran agama yang kerohaniannya makin menipis dan ajaran akidah ketuhanannya yang longgar dan batil yang tidak sesuai dengan fitrah kemanusiaan sejati yang senentiasa memerlukan kesempurnaan kepada tiga dimensi kemanusian iaitu jasmani, akal dan rohani dan satu dimensi hubungan spritualnya yang utuh ia itu ketuhanan yang haq ya`ani tumpuan kepada Allah SWT yang maha Esa dan Sempurna. Hal ini Sesuai dengan wahyu Allah `Tidaklah Ku jadikan jin dan manusia melainkan kerana beribadah kepada ku` [terjemah QS:Al-Zariat.56].
PERINGATAN KEPADA SEMUA: `Bila bercakap atau menulis mengenai agama ALLAH `jangan main guna kepala hotak kamu [otak] saja` tanpa berdalilkan Al-Quran dan hadiths Rasulullah s.a.w. dan ijmak dan kias ulama` [Empat mazhab] dan para imam mujtahid yang muktabar dalam dunia Islam. Jika tersilap nanti menjadi rosaklah agama yang benar dan kamu akan di Murkai Allah SWT. Marilah kita senentiasa bertaqwa kepada Allah dan bercakap atau menulis perkara yang benar sahaja mengikut apa yang selari dengan kehandak Allah dan Rasulullah s.a.w. Insya-Allah.
Wallahu a`lam. Wabillahi taufiq walhidayah. Wassalam.
Dari: Secebis perjuangan di jalan Allah.
Tiada ulasan