Header Ads

Monolog Jiwa Kalimat Mulia Laailaaha illallaah

Bismillaahir Rahmaani Rahim
Ya Ilahi Ya Rabbi
Maha suci  Engkau ya Allah yang memiliki kesabaran yang sempurna
Rahmat Mu yang luas, kelembutan Mu Yang Agong, Maha Penerima Taubat.
Tika hati ini tidak tenteram dan fikiranku jadi kacau bilau
maka aku jadikan DiriMu sebagai penyelamat diriku
Oh Tuhan
dosa-dosaku sangat banyak, namun jika aku mengingatkan ampunan-Mu
maka aku dapati ampunanMu lebih besar dari dosa-dosaku.
Perlukah diriku ini menyebutkan keperluanku
atau hanya pujian terhadapMu cukup untuk memenuhi hajatku
kerana jika aku memanjatkan puji-pujian terhadapMu
tentulah mengikut sepertimana sabda Yang Mulia RasulMu :
`Sesiapa yang memuji kepadaMu maka dia menyimpan permintaan terhadapMu.`
sudah cukuplah kalimah Laailaaha illallah sahaja ku jadikan sebagai doa.
Sesungguhnya Kalimat Laailaaha illallah
sebaik-baik perkataan, seindah-indah ungkapan, seutama-utama ucapan
Ia bersumber dari Allah SWT yang diturunkan
kepada seluruh manusia melalui semua Rasul pilihan
dan ialah intipati dari semua Kitabullah.
Dengan kalimat inilah kewujudan syurga dan neraka
dan jambatan siraatal-mustaqim dibentangkan
lembaran catatan perbuatan manusia didedahkan
dengan timbangan neraca keadilan diletakkan
bendera-bendera jihad dijalan Allah dinaikkan
para pahlawannya rela mati berguguran
roh-roh para syuhada berterbangan mengecapi nikmat kurnia Tuhan
sebabnyalah para mujahid dan orang-orang sanggup bermatian di medan perang.
Walaupun dengan timbangan bumi dan langit diletakkan bersamaan
namun kalimat Laa Illaha Illallaah tidak akan terkalahkan
sekiranya kalimat ini masuk ke dalam besi maka besi akan hancur dan mencair
jika diletakkan di gunung-ganang, gunung-gunang akan bergegar-gegaran.
Ia  adalah kalimat terbaik untuk diucapkan oleh orang yang masih hidup
kalimat yang paling baik untuk dibawa oleh orang-orang yang sedang sekeratulmaut.
Sesiapa yang dengan makrifat  mengucapkan kalimat Laailaaha illallaah maka dia selamat
dengan kalimat ini seluruh jiwa raga akan menjadi damai tenteram
dengan menyebut-nyebut kalimatnya mendapat rahmat Tuhan semesta alam.
Dengan kalimat Laailaaha Illallah jua memancar episod kisah -kisah kehidupan
Ia memiliki kewibawaan di dalam hati dan keagongan di dalam jiwa kemanusiaan
pintu alam ghaib akan terbuka apabila dengan ikhlas diucapkan
segala dosa manusia akan diampunkan apabila kalimat ini dilaungkan
benteng-benteng musuh  akan tembus apabila  kalimat ini didengungkan
pedang-pedang orang yang sesat akan patah apabila kalimat ini dideraskan.
Kalimat agong dan mulia ini akan menjaga dan melindungi orang yang mengucapkan
dan menolong barangsiapa menolongnya pula dengan penuh keikhlasan
Ia tali penghubung yang kukuh, ungkapan yang amat baik di persada Rahman
pengubat hati, penyatu umat, pemula dan pengakhir doa, penawar rindu ketuhanan.
Dengan kalimat Laailaaha illalaah setiap permasalahan akan dimulai dan diakhiri
dengan kalimat ini para pahlawan Islam menuju medan perang al-Badari
lalu menempa kejayaan perang gilang gemilang para pahlawan Islam pertama kali
di bawah naungan Laailaaha illalaah darah-darah para syuhada tumpah di medan perang Uhud
dengan kalimah inilah sayyidina Yahya disembelih dan Sayyidina Zakaria di bunuh
api Namrud dinyalakan kepada Sayyidina Ibrahim khalilullah dan Musa a.s. diusir dari mesir
Sayyidina Isa a.s. terselamat dari disalib di kayu palang  dengan Kebijakan dan Maha Kuasa Tuhan
dan Ia akan datang membawa  kalimah Lailaahaillallah jua bagi mengithbatkan keesaan Tuhan.
Dengan kalimah inilah `Singa Allah` Sayyidina Hamzah terbunuh syahid di medan perang
kedua-dua tangan pahlawan  Ja`afar terpotong ketika maju memegang bendera Islam ditangan
kepala pahlawan Mus`ab terpenggal dalam tempur ghairah menegakkan kalimah Allah
Maka lalu berfirman Allah SWT:
`Fa aata humullahu thawaabad-dunia wahusna thawaabil-aakhirah`
Ertinya: Kerana itu Allah memberikan kepada mereka pahala di dunia dan pahala yang baik di akhirat. (Ali`Imraan:148).
Ketika Abu Bakar membenarkan kalimat Laailaaha illalaah beliau dianugrahkan `Kebenaran`
darjat `al-Siddiq` yakni orang yang paling benar, saperti firman Allah:
`Wallazi jaa`a bis-Sidqi wasaddaqabihi ulaa `ikahumul muttaquun.`
Ertinya : `Dan orang yang membawa kebenaran [Muhammad saw] dan membenarkannya, mereka itulah orang-orang yang bertaqwa` [az-Zumar:33].
Sungguh celaka nasib Si Fir`un yang tidak  mahu memahami kebenaran kalimat
kalimat LAAILAAHAILLALLAH dan disangkanya dunia tidak akan kiamat
maka hidungnya disumbat dengan tanah liat.
Abu Jahal yang bongkak tidak mahu melafaz kalimat indah ini mayatnya dimasukan dalam perigi buta
Si Qarun yang angkuh mengigkari kalimat agong ini ditenggelamkan pula ke dalam perut bumi menyala
Musailamah al-Kazzab tidak mahu mengimami kalimat ini maka ia dicop sebagai pendusta
sehingga rakan rakannya pun terpalit dengan gelaran pendusta dan mati dengan terhina.
seperti firman Allah  yang kita baca:
`Nabtahil fanaj `al-la`natallaahi alaal-kaazibiina`
Ertinya:`Dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta` (Ali `Imraan:61).
Maka benarlah bahawa kalimat Lailaaha illalaah merupakan kalimah awal dan akhir
ialah asas kepada seluruh masalah dan penyelesaiannya
Apabila  Sayyidina Umar al-Khattab mendegar latunan kalimat ini yang ditakuti Syaitan
hatinya bergoncang,keyakinannya bertambah dan suaranya dapat mendiamkan para pembangkang
dengam kalimat ini Sayyidina Usman  bin al-Affan menafkahkan hartanya demi menegakkan agama Islam
dengan kalimat inilah sayyidina Ali menggunakan istillah kesufian
`Menyintai Allah dan Rasul-Nya dan dia pun dicintai Allah dan RasulNya`.
Dengan kalimat  Laailaaha illallaah Hamzah dimandikan di antara langit dan bumi
kerana kalimat Laailaaha illallah juga Anas bin al-Nadr berkata dan bersyuhud
`Saya tercium bauan syurga dari arah gunung Uhud`
dan Sayyina Ja`afar bin Abi Thalib bersyair `Wahai Syurga yang dirindui`.
Sungguh hebat pengaruh kalimah Laailaahaillallaah  ini
Ia juga berfungsi menafikan dan menetapkan Tuhan Ilaahi
yaitu menafikan sekutu bagi Allah samua makhluk samada manusia, kayu salib atau patung berhala
dan  maksud menetapkan ialah menetapkan Ketuhanan kepada Allah ialah Yang Maha Mencipta
dan Ia lah Yang Maha Hidup lagi Maha Berkuasa
Kalimat tersebut juga menetapkan bahawa ibadah serta keagongan
kesumpurnaan dan keindahan dan nama nama yang baik adalah milikNya belaka.
Demi kalimat Mulia dan Agong ini Malaikat Jibrail turun ke bumi dengan perintah Allah
Nabi Musa a.s. membawa kalimat tersebut kepada Fir`un hingga Fir`un kalah
Nabi Muhammad menjelaskan dan memperdengarkannya dari atas bukut Shafa yang merendah
dengan kalimah inilah para Nabi dan para Rasul berdakwah
dengan kalimat ini jugalah para wali Allah, solihin, mukminin, muslimin menentang musuh Allah.
Wahai teman, wahai sahabat, wahai semua hamba-hamba Allah
marilah selalu kita mengucapkan kalimat Laailaaha illalaah
ucapkan ia diwaktu pagi semoga hari mu  akan terus menjadi cerah
semua urusan mu menjadi mudah
rezeki mu bertambah.
Ucapakan kalimah Laailaaha illallaah waktu petang
agar jiwamu menjadi tenang tenteram diwaktu malam
Allah peliharakan dari malapetaka  sebarang kejahatan
yang datang merayap atau terbang dalam kegelapan malam.
Ucapkan lah selalu kalimat agong dan mulia itu dalam semua situasi dan keadaan.
Ucapakan ketika dikau memandang langit terbentang luas tidak bertiang
ucapkanlah ketika memandang bumi terhampar dengan segala keindahan
ucapakanlah ketika engkau melihat gunung-ganang bukit bukau tinggi menjulang berderetan
ucapkanlah ketika engkau melihat lautan biru terbentang ombak bergulung berdeburan
ucapkanlah kalimat sakti ini walaupun masa dan zaman terus berganti
tika penguasa menindas kehidupan rakyat dan rakan mu menjauh diri
agar engkau tetap merasa aman dan tenteram.
Ucapakanlah kalimat ini ketika diri mu dalam kegelapan
walaupun dalam menderita atau kesakitan yang memanjang
agar engkau kan merasa  kedamaian dan kebahagiaan
Ucapkanlah kalimah suci ini seikhlas hati ketika engkau dalam kesempitan
ketika pelbagai masaalah menghadang
ketika urusan dalam  sangat kesukaran
mudah -mudahan dengan berkat kalimah thoyyibah
semua masaalah dan kepayahan dapat diatasi dan lepas bebas
dengannya engkau mendapat cahaya pertunjuk dan kemenangan
hidupmu  akan bahagia dan jiwa mu akan tenang
Ucapakan lah kalimat perjuangan suci ini walaupun engkau diseksa dimuka bumi
atau ketika disebat oleh para penguasa atau orang yang memusuhi
atau ketika anda terkurung dalam penjara
mudah-mudahan anda merasa bebas secara kejiwaan
dan anda akan mengerti apakah makna kemanusiaan
serta apakah rahsianya kehidupan.
Allah SWT barfiraman:
Afaman syarahallaahu shadrahu lilislami fahuwa `ala nuurin minr-rabbihi fawailun lilqaasiyati quluubuhum min zikrillahi ulaa ika fii dhalaalinm-mubiin.` [Sila lihat Jawi-Al-Quran]
Ertinya:`Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang membatu hatinya?) Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang telah membatu hatinya untuk mengingati Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata. [az-Zumar:22].
Ucapkan lah terus kalimat Laailaaha illallaah ketika anda dalam kelaparan
ketika anda dalam keputusasaan, kemiskinan dan kekurangan
ketika anda menangis kerana musibah
ketika tidak lina tidur kerana duka lara dan derita jiwa
semoga Allah menggantikan segala kesusahan dengan kemudahan
segala ketakutan berganti dengan keamanan, ketenangan dan kedamaian.
seperti silih bergantinya siang dan malam
begitu juga datang masa aman dan hura hara perang
semua tertakluk dibawah takdir Tuhan.
Sesungguhnya dengan berkat kalimat Laailaaha illallah
bumi perputar matahari beredar bulan mengambang
panas  dan hujan angin berhembus bumi menumbuhkan dan pokok berbuahan
Perhatikanlah keindahan bumi setelah di sirami air hujan
perhatikan cahaya mentari petang ketika ia memasuki gerbang malam
pehatikan kaki langit ketika lautan tenang
telitikanlah biji-bijian, dedaunan, cahaya bulan ketika terang
atau perhatikan ketika kegelapan dan heningnya malam dan sunyinya kuburan
atau ketika negara menyambut kemerdekaan daripada penjajahan
atau ketika manusia bebas dari perhambaan lalu bersukariaan
atau ketika matahari atau bulan kegerhanaan
semuanya dengan ciptaan dan takdir Tuhan bergiliran dalam kehidupan
Kehebatan keagongan kalimat Laailaahaillallaah membuatkan rasa keterpesonaan
apabila kau dengar laungan nya dalam azan di pelantaran teratas masjidil Haram
kau dengarlah dikala solat malam memecah kesunyian dan juga  tika siang  panggilan sembahyang
Inilah kalimat mulia nan agong jika dibawa  tawaf mengelilingi kaabah engkau pasti dipermudahkan
jika engkau membawanya bertafakkur wukuf di Arafah engkau adalah gulongan ahliLlah
jika kau bawanya semasa dalam melontar jamrah nescaya jiwa mu akan  disucikan Allah
jika engkau membawanya tika bersaie antara Safar dan Maruah engkau  akan mencapai rahmat Allah
jika engkau membawanya ketika berkorban dan bercukur engkau telah mencapai  redha Allah.
Maka mari lah kita ucapkan Laa ilaaha illallaah
dalam segala situasi dan dalam segala apa juga keadaan
sama ada pada lisan kita atau pun di batin kita yang terdalam
atau melalui keluar masuknya nafas kita selagi hayat dikandung badan
mudah mudahan kita  termasuk dalam gulongan yang di maksudkan Tuhan:
`Falanuhyiyannahu hayaatan thayyibatan walanajziyannahum ajrahum biahsani ma kaanu ya`maluuna.` [Sila lihat jawinya al-Quran]
Ertinya: `Maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.` (an-Nahl:97).
Sebab itu Allah swt berfirman:
`Fa`lam annahu Laa ilaaha illallaah.
Ertinya:`Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah (Qs.Muhammad:19).
Dan dalam sebuah hadits Rasulullah saw bersabda:
Ertinya: `Sebaik baik perkataan yang diucapkan oleh aku dan para Nabi sebelum aku pada hari Arafah adalah: Laailaaha illallaah, wahdahu lasyarikalah, lahulmulku, walahulhamdu, wahuwa`alaakulli syaiin qadir`. [Tiada tuahan melainkan Allah, Dia Esa dan tida sekutu bagiNya, Dia memiliki Kerajaan dan segala puji adalah untuk-Nya, dan Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu]. (Al-Tirmizi).
Telah sahlah hadits dari Rasulullah s.a.w. bahawa baginda bersabda:
Ertinya: `Sesiapa yang naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah maka Allah akan mengharamkan neraka ke atasnya.` [Sahih Muslim]
Nabi Nuh a.s. telah meninggalkan wasiat kepada anak-anak baginda:
`Hendaklah kalian mengimani dengan iman yang kukuh akan kalimat Laailaaha Illallaah. Demi zat yang jiwaku berada dalam kekuasaanNya, apabila kalimat Laailaaha illallaah berada dalam lingkaran besi yang besar maka kalimat Laailaaha illallaah akan membelah linkaran besi tersebut.` [al-Bukhari]
Dan Rasulullah s.a.w.Bersabda:
Ertinya: `Saya naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa saya adalah pesuruh Allah. Kalimat tersebut apabila diucapakan oleh seorang hamba tanpa keraguan [dengan iman dan yakin] maka dia tidak akan berjumpa dengan Allah melainkan dia akan masuk ke dalam syurga`. [Shahih Muslim].
Wabillaahi taufiq walhidaayah.Wallahu a`lam.
Al-Fakir Ila Rahmatillah.
PIFKI
Sempana menghormati kepulangan para jemaah haji 1430 H/2009 M. semoga semua mendapat haji mabrur.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.