Header Ads

Status Penyihir atau Pengubat

Bismillaahir Rahmaani Rahim. Alhamdulillahi Rabbil `aalamin wabihi nastain.Walaa haula walaa quwwata illaa billaahil `aliyyil adziim.wassalaatu wassalaam `alaa sayyidinaa Muhammadin wa`alaa aalihi wasahbihi ajmai`n.
Menurut Al-Alusy, jumhur ulma berpendapat bahawa sihir itu mempunyai hakikat, wujud eksistensi tersendiri dan bukan hanya khayalan sahaja. Dengan kelihaian sihirnya, ahli sihir memungkinkannya untuk terbang di angkasa dan berjalan di atas air demikian pula dapat membunuh manusia yang disihir atau merubah perangai manusia menjadi keldai. Tetapi sunnah Allah tidak memberi kemampuan ahli sihir untuk mampu membelah lautan, menghidupkan orang mati, membuat binatang ternak atau pokok berbicara seperti makjizat para rasul.
Pensihiran selalunya melibatkan jin dan syaitan sebagai pesuruh sihir. Ia di tugaskan oleh tukang sihir untuk menyakiti si korbannya dengan berbagai cara seperti sihir najis,sihir bayangan, sihir waswas dan kunci, sihir bisikkan atu sihir gila, sihir asmara, sihir pemisahan-pembencian, sihir rasukkan, sihir tuju-tuju atau santau, sihir pasung dan panah atau sihir ikat bungkus atau sihir simpul, dan pelbagai lagi jenis sihir. Antara sihir penyiksaan yang  dahsat ialah sihir tingkat tinggi seperti sihir tuju-tuju ilmu helang putih yang disebut peringkat  tinggi dalam ilmu sihir Siam. Sihir penyiksaan ini seperti boleh mewujudkan angin sihir jin dan iblis seperti getah skrap (tatar getah) yang amat panas-seperti rasa getah skrap terbakar dalam perut dan menikam melilit badan mangsa. Akibat daripada sihir  sihir jahat menimbulkan pelbagai jenis penyakit fizikal lain pula disebabkan darah daging  tulang dan urat seseorang tidak dapat berfungsi normal dalam diri seseorang. Sesuatu sihir penyiksaan yang kuat boleh menyebabkan kematian seseorang atau boleh menyebabkan penderitaan sakit yang berlarutan di tanggung oleh mangsa sihir hinggalah ke akhir hayat jika tidak dapat dipulihkan  atau diubatkan.
Manusia penyihir adalah memuja jin dan syaitan. Jin atas [di sebut  juga dewa  dan mambang  atau putar ranggas] dan jin kafir bawah (di bumi) pula di sebut Jin Tanah [berbentuk ular dan kala, kerbau, seladang, harimau, beruk dan kera atau gajah, babi, beruang dan pelbagai lagi]. Di kalangan bomoh atau dukun pengubat tradisional Melayu pula mengenali nama Iblis  atau jin  jin jahat dan kafir ini dengan berbagai nama misalnya seperti rangkaian kata -kata ini:
Tetakala ia di jadikan daripada nyalaan api Naris-Samun namanya Izrail
Tetakala keluar dari tapak tangan Jibril [semasa hendak memasukkan nyawa Adam] yang naik ke langit dan duduk bertapa di dalam baloh bulan namanya Siwang Siwang
Jikalau di dalam baloh matahari, Anak Jin Bara Api namanya
Jika menjelma turun di hanatun [tunggul dan batang kayu] yang reput jerai-berendam Sang Sirap nama nya.
Jika turun di laut Pusat Tasik Pauh Janggi [kawasan Lautan Tiga Segi Bermuda] Panglima Hitam namanya.
Jika duduk di beting [kawasan tepi laut yang berbeting] Janah namanya
Jika duduk di gigi air [ tepi pantai] Manah namanya
Jika duduk di olak-olak [olak air yang berombak] di bang-bang dusun Sang Raya Mambang Raya namanya
Jika duduk berterbangan di udara Mambang Dewa namanya...
Penyihir dan pengupah sihir adalah dilaknat dan di hukum kafir [derhaka] seperti ayat al-Quran surah al-Baqarah ayat 102:
Ertinya: `Dan mereka mengikuti apa yang dibacakan setan-setan pada masa kerajaan Sulaiman, padahal Sulaiman itu tidak kafir, hanya setan-setan itulah yang kafir dengan mengajar sihir pada manusia`.
Penyihir dan orang yang suka mengupah melalkukan sihir menjadi sumber ancaman dan bahaya kepada masyarakat sehingga beberapa orang sahabat Rasulullah s.a.w. [khalifah ar-Rashidin] membunuh ahli sihir atau di bakar [di zaman revolisi Perancis pula ramai ahli-ahli sihir yang dibakar oleh penguasa] kerana ia menyebabkan perbuatan-perbuatan kejam berdasarkan  sifat khianat, perasaan hasad dengki dan dendam kesumat dan suka melihat orang lain atau musuhnya mengalami hidup susah dan menderita atau  musnah. Dan musibah besar bahawa ianya dapat mengajarkan orang lain pula cara yang merugikan dan mengazab- sensarakan hidup  seseorang. Namun sihir bukan saja berlaku dalam mesyarakat sesebuah negara tetapi berlaku juga dalam perang. Contohnya sihir sangat hebat digunakan dalam perang kuasa kuffar Siam yang menyerang negeri-negeri Tanah Melayu utara zaman lampau. Penyihir  penyihir orang beragama Hindu-Budha memang kuat dengan menggunakan kekuatan para jin dan dewa kafir  menyokong dari belakang kepada bala tenteranya yang menyerang dan ramai tentera dan pendekar Melayu yang tewas disebabkan sokongan sihir. Orang-orang beragama hindu-budha  menggunakan khidmat jin dan dewa  ini. Namun ada yang dapat mempetahankan diri daripada  sihir ini bagi yang mempunyai kekuatan hikmat kebatinan yang tinggi  atau  yang mengamal bentengan diri dengan ayat ayat al-Quran yang pilihan dan agong. Misal nya dalam perang jihad para Wali Sembilan bagi mendirikan kerajaan kerajaan Islam di Pulau Jawa masa lampau yang mana mereka terpaksa berdepan dengan pukulan pukulan sihir penganut penganut Hindu di Tanah Jawa Maluku dan Bali dengan kebatinan tinggi dan keramat-aulia`. Al-Quran mengajar agar seseorang mukmin sentiasa memohon perlindungan kepada Allah dari kejahatan tukang-tukang sihir seperti dalam surah al-Falaq ayat 4:
ertinya:`Dan (aku berlindung) dari kejahatan tukang-tukang(sihir yang) meniup simpul.`
Meniup simpul adalah salah satu cara daripada banyak cara yang dilakukan oleh tukang tukang sihir, seperti sabda Rasulullah SAW:
`Man nafthsa fi uqdatin faqad sahara waman sahara faqad asyraka`
Ertinya: `Barangsiapa meniup simpul,maka sesungguhnya ia telah menyihir.dan barangsiapa yang menyihir maka sesungguhnya ia telah berbuat syirik`. [HR. Ath-Thabrani]
Rasulullah s.a.w. menganggap sihir sebagai salah satu dosa besar bagi orang Islam yang mengamalkannya kerana ia boleh merusak dan mempurak-purandakan  masyarakat dan bangsa. Ia juga boleh mencelakakan pelakunya sendiri di dunia sebelum di akhirat nanti. Sabda Nabi saw.
Ertinya: 'Jauhilah tujuh perkara yang merusak.` Mereka bertanya,`apa sajakah itu, wahai Rasulullah?` Beliau menjawab, `(1) Menyengutukan Allah (2) Sihir (3) Membunuh seseorang yang diharamkan Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar (menurut syariat) (4) Makan riba (5) makan harta anak yatim (6) Lari dari medan perang dan (7) menuduh berzina terhadap wanita yang baik-baik, terpelihara dan beriman` [Riwayat Bukhari dan Muslim].
Dan lagi sabda Rasulullah s.a.w.
Ertinya; `Bukan dari golongan kami orang yang melakukan tathayyur(merasa akan mendapat sial kerana sesuatu) atau orang yang minta di tathyyur (ditebak kesialannya kerana sesuatu) atau orang yang menenung (meramal perkara ghaib) atau meminta ditenung atau menyihir atau minta menyihirkan baginya` [HR.al-Bazzar]
Islam mengharamkan orang Muslim melakukan perbuatan sihir atau pergi kepada tukang sihir untuk mengobati penyakit yang menimpanya atau memecahkan problemnya. Jadi keharaman disini tidak terbatas hanya kepada tukanag sihirnya sahaja tetapi meliputi semua orang yang bersekongkol dengan ahli sihir atau mendorongnya dan membenarkan apa yang dikatakan tukang sihir. Lebih berat keharaman dan kejahatannya apabila sihir itu digunakan untuk tujuan tujuan haram seperti memisahkan suami isteri, menyakiti badan mangsa, atau membunuh dengan sihir dan pelbagai ragam perkara pemusnahan yang terkenal di kalangan tukang sihir.
Sebahagian fuqaha menganggap sihir dan bersekongkol dengan perbuatan sihir sebagai kekafiran atau boleh membawa kepada kekufuran. Sebahagian mereka berpendapat bahawa tukang sihir tidak kira Islam atau kafir wajib dibunuh sahaja demi membersihkan (menyelamatkan) masyarakat dari kejahatannya. Zaman sahabat ada yang menghukum bunuh ahli ahli sihir. Contohnya ketika salah seorang pembantu Hafsah [ummu al-mukminin] menyihir beliau r.a. lalu di ketahui oleh Sayyidina Omar bin Khatthab r.a. maka beliau menyuruh Abdur Rahman bin Zaid untuk membunuhnya. Dalam satu riwayat disebut bahawa Omar bin Khatthab dengan tegas pernah menyuruh bertindak terhadap para tukang sihir, dia berkata, `Bunuhlah setiap tukang sihir, laki-laki atau pun perempuan.`  Lantas ada tiga orang tukang sihir yang dibunuh.
Sebuah negara yang betul-betul perihatin terhadap kerukunan dan kesejahteraan hidup rakyatnya sepatutnya menghukum bunuh sajalah kepada tukang tukang sihir yang dapat dikesan  ada dalam  negara sebagimana perihatinnya Sayyidina Omar Al-Khatthab r.a. Sebenarnya sihir atau ilmu hitam yang menggunakan jin setan iblis ada kepada kebanyakan suku bangsa didunia  ini baik di utara, selatan, timur dan barat dunia. Praktik sihir dengan seluk-beluknya terkenal sejak zaman para nabi terdahulu-Sejak zaman Nabi Sulaiman a.s. hingga zaman Nabi Besar Muhammmad s.a.w. dan hinggalah ke zaman kita ini dan seterusnya.
PERAWAT (AHLI RUKYAH)
Jika seseorang menjadi perawat atau di sebut ahli Rukyah Al-Quran pada hakikatnya ia sedang berjuang menghadapi sebuah alam lain, iaitu roh-roh yang berbeza tabi`atnya dengan alam manusia iaitu jin, syaitan dan iblis yang mereka ini diciptakan Allah dari percikan api yang panas memberikan mereka kemampuan mengubah bentuk mereka dalam rupa yang bermacam-macam yang mana mereka mampu melihat manusia tetapi manusia tidak mampu melihat mereka. Lihat Qs.al-A`raf:27. Ada satu doa yang di warisi orang mukmin untuk mohon kepada Tuhan bagi melindung diri dari kejahatan Iblis, Jin dan Setan ini yaitu:
`Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau telah kuasai ke atas kami satu musuh yang mengentahui segala keaiban kami, mereka dan kumpulan mereka melihat kami sedangkan kami tidak mampu melihat merek. Ya Allah Ya Tuhan kami, kecewakanlah ia seperti mana Engkau telah mengecewakannya dari rahmat Mu, putuskanlah harapan mereka sepertimana Engkau telah memutuskan harapan mereka dari keampunan Mu dan jauhilah ia daripada kami seperti mana Engkau telah menjauhkannya dari rahmatMu. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu`.
Seorang ahli Rukyah akan berhadapan dengan dengan berbagai jenis jin,sebagaimana yang disabdakan Rasulullah saw:
`Allah telah menciptakan jin dalam tiga jenis, iaitu (i) jenis ular, kala jengking, serangga tanah (ii) jenis seperti angin pada udara dan (iii) jenis atas mereka hisab dan siksaan`(HR. at-Tirmizi)
Pada alam jin, terdapat diantara mereka yang mampu menembus angkasa luar, berjalan dari satu negeri ke suatu negeri lain dalam beberapa detik, menyeberangi lautan samudera. Yang lebih menakjubkan lagi di antara mereka ada yang mampu mengubah dirinya menjadi suatu energi  yang amat panas  atau hembusan udara untuk merasuk kedalam tubuh manusia dan berjalan dalam tubuh manusia melalui jalan urat darahnya.
Maka menghadapi alam yang sangat sulit dan misteri (persihiran-jin-syaitan-iblis) seperti ini memerlukan pengalaman dan syarat-syarat yang harus dipenuhi oleh orang yang melawannya (berperang dengan mereka) baik dalam bermuamalah dengan mereka atau dalam mengalahkan mereka atau mengusir mereka hendaklah mempunyai iman yang kuat  terhadap Allah, bertaqwa, mempunyai keperibadian tinggi, tujuan ikhlas dan baik, melaksanakan ilmu agamanya dan mempunyai kaedah membenteng dirinya yang kuat yang meliputi zikir-zikir dan doa-doa selain ayat-ayat agong pelinding dari serangan jin, setan dan iblis. Ia juga perlu dalam berwudhu`, tawadhu` dan istighfar dan banyak lagi syaratnya. Kerana jin, setan, iblis akan memberi penentangan hebat, menyebak dan menyebal dan sebagainya kepada beliau.
Ibnu Qayyim berkata tentang ahli rukyah, `Kekuatan jiwa dan ketulusan kepada Allah Pencipta roh-roh ini dan permohonan perlindungan yang benar yang terpadu antara lidah dan hati adalah inti perlawanan pejuang terhadap roh-roh jahat tersebut.Seorang pejuang tidak akan mampu menggunakan senjatanya dalam melawan musuhnya kecuali dua hal yaitu (1) adanya kekuatan jiwa penegak kebenaran sebagi senjata batin (11) adanya kekuatan zahir yang terpancar dari kekuatan jiwa. Dan apabila salah satu dari dua senjata ini tidak terdapat pada diri seorang pejuang, maka senjatanya tidak akan dapat berbuat banyak, nah bagaimana jadinya bila kedua senjata tersebut tidak terdapat pada penakluk jin? Tentu hatinya akan kosong dari tauhid, takwa, tawakkal, dan penghadapan diri kepada Allah SWT, dengan demikian, maka dia tiada mampu dan tidak mempunyai senjata apa pun yang berkesan`.
Pengobat penyakit kerana sihir dan lainnya dengan Al-Quran, zikir dan doa atau ahli rukyah adalah bagaikan seorang mujahidin (tentera pejuang) di jalan Allah SWT. Mereka menjadi penyebab keselamatan hidup banyak orang dari gangguan jin, setan dan iblis. Syaikhul Islam Ibnu Taimiah ada menyatakan dalam hal ini ada berkata:` Juga padanya terdapat  usaha melepaskan  kesusahan orang yang dizalimi.`
Dalam hadith Rasulullah saw ada bersabda:
Ertinya: `Barangsiapa yang melepaskan dari seorang Mukmin suatu musibah dunia,maka Allah akan melepaskan padanya suatu musibah hari kiamat, dan barangsiapa yang memudahkan kesulitan seorang yang dalam kesulitan, maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat, dan barang siapa yang menutup aib atau keburukkan seorang Muslim maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat, sedangkan Allah akan selalu dalam menolong seorang hamba, selagi hamba tersebut menolong saudaranya.` [HR.Muslim].
Perawat atau ahli rukyah (jampi dan doa), ta`awwudzat (zikir perlindungan) tahashunat (benteng diri) dan tahaffuzhat (zikir penjaga) sangat besar jasa mereka dalam memberi pertolongan kepada mangsa atau korban sihir dan terkadang diri mereka sendiri menjadi medan tempur antara amal baik dan  serangan jahat mereka adalah pejuang-pejuang jihad di jalan kebenaran. Semoga semua para perawat atau ahli rukyah yang ikhlas dikurniai perlindungan dan pertolongan oleh Allah SWT dari sebarang mala-petaka dan ketewasan  dalam usaha-usaha mereka yang memberi pertolongan atau merawat kepada orang orang yang menderita oleh perbuatan sihir atau yang menjadi korban sihir jahat. sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah:257 berikut:
`Allah pelindung (wali) orang-orang yang beriman,Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman) dan orang orang yang kafir, pelindung-pelindungnya adalah setan-setan yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan (kekafiran). mereka itu adalah penghuni neraka. Mereka kekal di dalamnya.`
Wabillahi taufiq walhidaayah. Wallahu a`lam.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.