Header Ads

Rencak Politik Melayu Semasa

Bismillahir Rahmaani Rahim.Assalaamu a`laikum. Selamat sejahtera semua. 
Pertentangan politik di kalangan Melayu : Gulungan manakah yang mungkin akan menang memegang tampuk kekuasaan masa depan? Perkembangan kini ada lah penunjuk kepada  kedudukan masa depan. Pertentangan kelompok-kelompok politik yang ingin memegang kuasa dalam negara boleh diibarat bagaikan dua buah pasukan bermain bola yang bertarung di tengah padang. Menang dan kalah adalah perkara mesti yang akan diterima oleh salah satu daripada  dua pasukan yang bertarung.Bergantunglah bagaimana strategi serangan yang dibuat dan pertahanannya, kekuatan pertahanan, kelincahan, kelajuan dan kehandalan penyerang-penyerangnya yang dapat membaca kelemahan pehak lawannya serta semangat juang pemainnya juga bergantung kepada sokongan penuntun terhadap pasukannya itu dan lain lain faktor lagi. Andaikata pasukan telah menang dalam perlawanan ini ia haruslah pula  mempertahankan kejuaraaannya itu seberapa daya untuk terus mengungguli pada perlawanan dimusim yang akan datang.
Zaman ini adalah zaman pemerintahan demokrasi berparlimen dan bukanlah zaman pemerintahan tradisi yang autokrasi. Semenjak selepas zaman pemerintahan tradisi kelemahan Melayu dibidang politik terletak kepada pengelompokan pandangan dan sikap politiknya yang berbeza. Pertama: Golongan yang aktif disertai sikap menolak sebarang kerjasama dengan penjajah dizaman penjajahan. Mereka memperjuangkan kemerdekaan dan mahu mewujudkan sebuah negara Islam yang tulin.Golongan Kedua: Golongan yang memberi kerjasama terhadap  pehak penguasa semasa atau penjajah dizaman penjajah walaupun mereka juga berjuang menuntut kemerdekaan tanah air daripada penjajah. Ketiga: Golongan yang melihat Islam sebagai ajaran untuk masyarakat yang keterlibatannya dalam politik tidak perlu. Keempat: Golongan yang menolak sama sekali kaitan Islam dengan politik .Golongan ini ada juga  ada berselimut dalam kumpulan yang kedua diatas.Setelah negara mencapai kemerdekaan keempat-empat jenis rakyat golongan begini masih kekal ada dalam masyarakat hari ini. Dan mereka adalah pemilih pemilih kerusi kemenangan dalam pilihan raya umum dalam negara.
Selepas mencapai kemerdekaan golongan atau kelompok satu, dua dan tiga adalah yang lebih terserlah. Tetapi kelompok ketiga merupakan penentu menguatkan kelompok satu atau kedua. Jika mereka menyokong mana-mana kelompok satu atau kelompok dua maka kelompok yang disokongnya boleh menjadi kuat dan boleh membentuk kerajaan jika kelompok dari luar Melayu seperti Cina atau India menyokong mana-mana kelompok yang disokong oleh kelompok ketiga itu. Tanpa berselindung, kelompok satu yang dimaksudkan ia lahKMM (Kesatuan Melayu Muda) rentetan perjuangannya diwarisi golongan Parti PAS (pada hari ini) kelompok kedua ialah UMNO dan kelompok ketiga adalah dari golongan golongan serpihan daripada parti-parti besar yang ada contohnya seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Pehak pemerintah zaman Demokrasi Berparlimen dewasa ini tidak boleh lagi menggunakan teori Pemerintahan Tradisi yang boleh mengaplikasikan sistem  TEORI NICCOLO MACHIAVELLI (1469-1527) seperti pengajarannya dalam karyanya `THE PRINCE` [1513] yang mana dikatakan `His belief that adversity can be ablessing that not to been consider ....seterusnya....` atau maksudnya `Bagi mewujudkan pemerintahan yang mantap dan kuat dalam negara semua musuh-musuh politiknya perlulah di hapuskan kesemua sekali`. Tetapi hari ini sebab pengamalan sistem demokrasi kuasa rakyat yang melantik penguasanya [Pemerintah] dalam negara melalui undian rakyat  dan bukan lah penguasa yang mempusakai tahkta.
Akibat sistem pendidikan yang maju dalam negara juga pengentahuan tentang dunia dan politik, economi dan sosial global maka rakyat menjadi celik, cerdik dan peka. Mereka bukan lagi memahami dirinya berstatus `Hamba Rakyat Kebawah Duli` yang hanya layak berkata `Ya Tuan ,hamba taat segala perintah`. Tetapi mereka merupakan anggota masyarakat atau rakyat negara bangsa yang akan berkata `Tidak kawan,jika kamu salah kami akan bantah` Pengisian kemerdekaan menjadikan rakyat hidup lebih selesa dalam ekonomi dan `social life`. Mereka lebih suka berdikari dalam menentukan hala tuju pemerintahan negara.Keseluruhan rakyak yang cerdik dan patriotis ketika ini  lebih mendambakan sebuah negara `Balatun  thayyibah wa rabbun ghafar`. Ertinya amanah, keadilan, membela yang lemah, satu kata dengan perbuatan, jujur, ikhlas dan beberapa sifat yang berkualiti lagi.
Maka  pertandingan `Bola Sepak Politik Negara` musim-musim akan datang yang bertulang belakangkan kekuatan politik Melayu di  Malaysia akan berpehak kepada mana-mana saja pasukan yang mempunyai qualiti-qualiti seperti di bawah ini dan pasukan yang tewas juga bergantung kepada faktor  saperti yang tersebut di bawah ini maka masing-masing perlulah memikirkan tindakan dan strategi yang boleh menyebabkan menang atau kalah dalam `Percaturan politik` ini dimasa depan.
1. Pengutamaan sifat amanah dan kejujuran adalah faktor penting mendapat sokongan majoriti dan dapat bertahan takhta kuasa. Sebaliknya jika lebih mementingkan diri, kroni dan raswah dan bersifat licik serta hipokrit merupakan faktor kejatuhan atau tidak mendapat sokongan rakyat jelata.
2. Jika dapat mengrekrut ahli atau sokongan daripada golongan profesional saperti peguam, dokter, pakar-pakar motivasi, para cerdik pandai atau yang berpengalaman dalam bidang politik dan lain-lain profesional lagi kepada mana-mana parti ada harapan kelompok parti itu  akan bertambah perkasa  dan popular menekala kelompok parti yang statis yang makin kurang ahlinya atau tokoh-tokoh kepimpinannya daripada kalangan orang-orang profesional dan idealis alamat akan tewaslah dan tidak akan popular lagi.
3. Para pengundi bertambah matang, hidup semakin  stabil dan berdikari mereka yang lebih peka dan cerdik berfikir mahukan satu perjuangan yang berperinsip, misalnya akan menegakkan sebuah kerajaan adil dan saksama mengikut model negara Islam atau lain lain yang idealis sesuai untuk kebahagiaan hidup dunia dan juga akhirat. Kesedaran keagamaan yang semakin meluas dalam masyarakat lebih menyokong perjuangan yang mempunyai dua matlamat ia itu satu untuk mencapai kebaikan didunia dan yang satu lagi untuk kebahagiaan diakhirat.
4. Para pemimpinnya lebih bersikap toleransi atau mengamalkan prinsip ketebukaan dan demokratik. Bersikap lapang dada terhadap segala teguran rakyat dan berkebajikan ada lah lebih mendapat perhatian dan sanjungan. Jika hanya menjeguk si miskin atau sipenderita hidup seorang dua dan hanya ketika di musim mengundi  lalu di war-warkan dalam media massa atau media elektronik terkadang boleh menimbulkan rasa mual dan walaupun ikhlas dianggap satu gimik yang lucu musim pilihan raya `satu tektik yang sudah dipandang lapuk`.
5. Kesenangan hidup materialisme yang dialami oleh penduduk memerlukan satu perjuangan yang boleh memberi kepuasan jiwa pula baik kepada pejuang-pejuang dalam kelompok  parti  tertentu dan juga pengundi-pengundi nya adalah juga satu faktor penting untuk menang bagi memegang tampuk kuasa dalam negara.
6. Mempertahankan hak kedaulatan dan kebajikan Melayu dan Islam serta berbaik-baik dan bertoleransi dengan penduduk kaum lain dalam negara ini juga akan memberi impak kuasa yang berkesan bagi memenangi undian pengundi-pengundi Melayu dan bumiputera lain serta pengundi kaum lain dalam negara.
7. Allah jua lah yang memberi pertunjuk  kepada orang yang jujur dan benar dalam perjuangan untuk rakyat dan negara.
Wallahu `alam.
Al-fakir IlaLlah.
Note: Kesinambungan dari tajuk semanagat nasionalisame Melayu dan patriotisme Melayu.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.