Kerjaya Politik Dan Pentadbiran Dari Perspektif Islam
Terkini [Fenomena semasa]
Perebutan dalam kerjaya politik dan perebutan menjadi pentadbir awam saperti menjadi wakil rakyat atau wakil parlimen atau pun menyandang pelabagai perjawatan dalam pentadbiran kerajaan merupakan fenomena biasa di mana mana pun pada zaman ini. Terkadang hinggakan berlaku rasuah atau pun melalui kabel kuasa bersifat keroni untuk menjawat sesuatu pekerjaan atau pun perjawatan. Malah sampai berlaku fitnah memfitnah memburukkan saingan kerana kempen untuk memenangi kuasa kepimpinan. Penulisan ini bermaksud memberikan suatu pandangan dari sudut kerohanian Islam dan perjalanan sunnah sebagai suatu nasihat untuk semua lapisan masyarakat terutama saudara saudari muslimin dan muslimat yang di kasihi sekalian.
Bismillaahir rahmaanir rahim.Alhamdulillaahi rabbil aalamin wabihi nastain wassalaatu wassalam ala rasuulihil karim waalaa aalihi wasahbihi ajmai`n. Assalaa mualaikum dan selamat sejahtera.
Sesaorang muslim atau muslimah boleh menjawat jawatan pegawai negeri atau negara atau pegawai syarikat swasta, wakil rakyat, ahli parlimen, menteri-menteri atau jawatan mana-mana jabatan kehakiman atau pemerintahan saperti presiden atau raja sebagai punca pendapatan ia itu selain daripada melakukan pekerjaan sendiri maka asalkan ia mampu melaksanakan dan menunaikan kewajipan tugas pekerjaannya itu. Namun demikian sesaorang tidak boleh mencalunkan diri atau berkempen untuk dirinya sendiri atau menjalankan pelbagai daya akhtiari untuk menyandang kerja sesuatu jawatan terbabit sedangkan dirinya tidak berkebolehan, tidak berdaya (sudah tiada tenaga yang sepatutnya misalnya kerana sudah lanjut usia pada hal ada orang lain boleh ambil alih tempatnya kerana lebih bertenaga dan berkebolehan), ketiadaan ilmu berkaitan dan tidak berkeahlian atau tidak berkemahiran pada pekerjaan atau jawatan yang dipikulnya. Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya: `Celakalah bagi para penguasa.Celakalah bagi para bendaharawan.Sesungguhnya besok pada hari kiamat akan ada orang orang yang menginginkan supaya kulit kulit mereka digantung di bintang yang tinggi,dihulurkan antara langit dan bumi,kerana mereka tidak mampu menguasai pekerjaannya (tugas jawatan pekerjaannya). [Dari Abu Hurairah .H.R. Ibnu Hibban dan al-Hakim].
Pada suatu riwayat dari Abu Dzar ra, beliau ada berkata: `Wahai Rasulullah,mengapa engkau tidak mengangkat aku untuk menjadi pegawai? Maka baginda menepuk pundakku dengan tangannya seraya bersabda, `Wahai Abu Dzar, sesungguhnya engkau lemah, sedangkan jabatan adalah amanat, dan kelak pada hari kiamat akan menyusahkan dan menjadi penyesalan, kecuali orang yang dapat menunaikannya secara benar dan dapat melaksanakan apa yang menjadi tugasnya.`[H.R.Muslim].
Rasulullah juga ada menyatakan mengenai hakim atau pun peguasa:
`Hakim ada tiga macam, yang seorang akan masuk surga dan yang dua orang akan masuk neraka. Hakim yang akan masuk surga ialah orang yang mengentahui kebenaran lantas memutuskan hukum dengan kebenaran itu. Dan orang yang mengentahui kebenaran tetapi dia menyeleweng didalam memutuskan hukum, maka dia akan masuk neraka. Dan orang yang memutuskan hukum di antara manusia berdasarkan kebodohan,maka dia akan masuk neraka.`
(H.R.Abu Daud,Tirmizi,Ibnu Majah)
Maka berlandaskan hadis-hadis di atas sebaiknya seorang muslim tidak perlu mengangan-angankan menyandang jawatan atau jabatan jabatan besar itu dan berusaha mencapainya miskipun ia mempunyai kemampuan. Apatah lagi dengan mengempen orang menyokongnya dengan ia mencalunkan atau menawarkan diri untuk merebut jawatan jawatan tertentu. Kerana barangsiapa yang menjadikan jabatan atau kedudukan jabatan sebagai majikan, maka jabatan itu akan menjadikan dirinya sebagai hamba. Dan biasanya barangsiapa menumpukan usaha gigih bagi memenuhi keinginannya untuk mendapat populariti atau pengaruh kuasa di atas muka bumi ini maka ia akan terhalang untuk mendapkan taufiq atau pertolongan dari langit.
Dari Abdur Rahman bin Samurah,dia berkata:
Ertinya: `Rasulullah saw bersabda kepada ku: Wahai Abdur Rahman, jangan lah engkau pinta kepimpinan. Kerana jika engkau diberinya tanpa memintanya, maka engkau akan diberi pertolongan didalam menanganinya. Dan jika engkau diberi jabatan kerana memintanya, maka engkau akan dibebaninya.
Dari Anas mengatakan baginda Rasulullah saw bersabda:
Ertinya: Barangsiapa mencari jabatan peradilan dan dia mencari pembela [penyokong] untuk mendapatkanya, maka hal itu akan dibebankan kepadanya. Dan barangsiapa yang dipaksa untuk menyandangnya, maka Allah akan menurunkan malaikat untuk meluruskannya (membimbingnya).
(H.R. Abu Daud dan Tirmizi).
Bagi orang orang yang berkuasa melantik sesaorang menjabat jawatan di jabatan-jabatan juga ia mesti menilai dengan benar akan kebolehan sesaorang yang hendak dilantiknya mengikut kriteria yang betul kalau tidak ia akan menanggung dosa yang sama jika melantik orang yang tidak layak. Begitu juga penyokong calun politik, kriteria kebolehan dan kepakaran,bertanggung jawab dan segala sifat yang baik sebagai pemimpin layak saperti jujur, amanah, bersih, ikhlas, tidak rasuah, tidak mementingkan diri dan kroni saja,bagaimana sikap perjuangannya untuk agama, masyarakat, bangsa dan negara semuanya mesti di teliti dan diambil kira kalau tidak sesaorang yang hanya menyokong membuta tuli sesaorang calun walau atas nama apa pun tiket parti yang di caluni pada hal calun yang disokongnya tidak mempunyai sifat sifat sesuai dengan kehendak perjalanan sunnah semuanya boleh membawa sengsara kepadanya diakhirat kerana bersekongkol dengan orang yang tidak amanah, tidak jujur, tidak adil, bersifat munafiq, tidak ikhlas, mementingkan dirinya sahaja lebih dari mementingkan tanggungjawabnya dan lain lain kriteria itu. Maka apa gunanya sesaorang bertempek melolong atau sampai `bergocoh` berkempen untuk sesorang yang pada hal ia mungkin seorang terkutuk disisi Allah? dan akan mengsensarakan penyokong itu dalam kira bicara di hadapan pengadilan Allah nanti? Sebenarnya dalam apa-apa tindakan biarlah sejalan dengan nasihat Nabi dan pimpinan Allah dan nasib di hari akhirat menjadi pertimbangan utama dalam segala tindakan di alam dunia ini. Maka hendaklah awas dan selalulah kita bersikap sederhana mudah mudahan selamat semuanya.
Jelas di sini bahawa mencalun diri, mengempen orang lain supaya menyokong atau mengundi dirinya ke jawatan jawatan tertentu adalah bercanggah dengan etika taqwa dalam Islam. Lebih lebih lagi dengan sikap rebut merebut jawatan, memfitnah orang lain supaya kalah dalam perebutan jawatan dengannya, menyuap penyokong, menakut nakutkan dengan ancaman kerosakan akidah dan balasan Tuhan dan sebagainya jika tidak menyokong atau tidak mengudinya maka perbuatan demikian menjadilah suatu perbuatan bidaah mengikut nafsu yang boleh membawa kepada penyelewengan dari jalan agama Islam yang lurus dan murni. Melampau berkempen diri supaya `di angkat` dalam merebut perjawatan adalah berasal daripada budaya kuffar yakni berdasarkan budaya barat iaitu daripada fahaman demokrasi dan sosialisme barat. Kaedah begini bukanlah dari budaya islam sejati yang berlandaskan taqwa dan sunnah Nabi saperti hadis hadis yang tertera di atas. Budaya kempen-mengempen melampau supaya mendapat sokongan ramai hingga berlaku banyak peristiwa pembunuhan pembunuhan kejam pada suatu masa dahulu selepas kewafatan Rasulullah saw ialah telah dimulakan juga oleh juak-juak yang menderhaka kepada kepimpinan khalifah Sayyidina Ali Karramallahu wajhahu terutamanya oleh puak atau gulongan khawarij yang terkeluar dari kumpulan ahli sunnah wal jumaah. Oleh kerana sistem demokrasi kebanyakan negara umat Islam meniru dari corak budaya politik demokrasi barat maka hendak lah jangan dicontohi semua gaya berpolitik ala barat itu. Mesti ingat orang Islam mesti tidak mengambil semuanya mana-mana cara yang bercanggah dengan ajaran Islam oleh itu mesti disesuaikan dengan corak hidup dan budaya Islam yang murni yang mementingkan dua dimensi iaitu kebahagian hidup di dunia ini yang tidak mengorbankan kebahagiaan hidup akhirat.
Dari sudut yang haq, jika sesaorang itu mengentahui dengan pasti bahawa tidak ada lagi orang lain selain dirinya yang paling layak mengisi kekosongan jabatan itu, sedangkan jika dia tidak berani memajukan dirinya untuk memegang jabatan tersebut nescaya kemeslahatan umat akan terabaikan dan urusan menjadi kacau bilau serta hura hara maka hendaklah ia menerima jabatan itu jika ia dipilih dan dipersetujui umum. Lalu hendaklah ia komitmen dengan tuntutan islam dalam menanggung amanah tanggugjawab kerjanya. ia mestilah seorang yang ikhlas, amanah, jujur, adil, tidak zalim, tidak rasuah tidak menyeleweng dan sebagainya lagi dengan kualiti yang baik dari pandangan Tuhan dan umat. Ia mestilah menerima jabatan yang diberikan kepadanya itu sebagai amanah umat dan Tuhan. Sebab jikalau jabatan-jabatan itu dijabat oleh bangsa lain yang tidak beragama Islam dalam sebuah negara yang rakyatnya pelbagai kaum dan agama lebih lebih lagi jika terjatuh jabatan itu ketangan musuh musuh Islam maka amatlah membahayakan agama dan umat Islam dalam negara yang penduduknya majoriti Islam itu andaikata jika tiada seorang pun yang sanggup menjabat jawatan tertentu dalam pentadbiran negeri atau negara kerana bersifat `wara` tersebut ia itu tidak mahu menerima cadangan perlantikannya memegang jawatan-jawatan tertentu. Maka hendaklah ada yang paling berkebolehan menerimanya dan Insaallah `Allah akan menurunkan malaikat untuk meluruskannya` saperti hadis Rasulullah SAW dari Sayyidina Anas tersebut.
Suasana dalam sebuah negara moden POLITIK menentukan segalanya kerana kuasa politik menyangkut kekuasaan dalam semua bidang kehidupan dalam sasebuah negara. Apabila saseorang berkuasa dalam bidang politik maka ia mempunyai tanggungjawab besar dalam hubungannya dengan manusia dan hubungannya dengan Allah. Ditangan mereka inilah terletak teraju kearah mana pembawaan negara. Semaksima manakah perjuangannya menegakkan syariah Islamiah? dan dakwah Islamiah dalam negara kepimpinannya? Insa-Allah semua akan di tanya kelak di akhirat termasuklah hal-hal lain dalam pentadbirannya saperti keadilan ,pendidikan, kewangan, pembagunan, amar makruf nahi mungkar dan sebagainya lagi. Oleh itu kalau umat Islam bersatu dan memegang kekuasaan dalam negara (eksekutif dan legislatif) bererti syariah Islam akan dapat tegak sekiranya pemerintah menjalankan etika yang benar dari segi Islam kepada umat Islam dan terhadap yang bukan Islam dalam negara.
Wallahu a`lam.
Note:
Cintailah agama, bangsa dan negara berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.
Sila baca tajuk Nasionalime Melayu dan tajuk Semangat patriotisme Melayu sebagai suatu kesinambungan terhadap tajuk di atas. Dan sila lihat tajuk `Etika Islam terhadap penduduk bukan Islam ` Jika telah terbit. Wassalam.
Al-Fakir Ila Rahmatillah. PSSGSPM.
Malam jumaat 19 syawal 1430/8 oct. 2009.
Tiada ulasan