Aidilfitri: Antara Ibadat Dan Adat Atau Maksiat
Mengetahui perbezaan adat dengan ibadat tersangat penting dalam Islam supaya tidak menjadi sesat walaupun pepatah Melayu ada mengatakan `Adat bersendikan Syariat. Syariat bersendikan tauhid. Tauhid bersendikan makrifat`.
Dengan Nama Allah Yang Maha pengasih yang Maha Penyayang.Segala puji dan puja hanyalah bagi Allah Tuhan Maha Pencipta samesta alam danserta Solawat dan salam kepada Sayyidina Muhammad s.a.w. Rasul teragong yang memberi pimpinan kepada seluruh manusia dan jin melalui Al-Kitab (Al-Quran) iaitu wahyu dari Allah SWT. Tuhan yang Haq dan Maha Esa Maha Perkasa, Maha Agong, Maha Indah lagi Maha sempurna dan kepada semua ahlul bait yang mulia serta kepada para sahabat sahabat baginda yang menjadi bintang pertunjuk kejalan yang haq agama islam yang maha suci sepanjang zaman.
Assalaamualaikum selamat sejahtera dan selamat menyambut hari raya aidilfitri yang mulia kepada sidang pembaca yang muslim semua.
Adat (kamus Dewan 1984) ditakrifkan sebagai peraturan yang diamalkan turun temurun dalam sesebuah masyarakat sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Ibadat pula di takrifkan sebagai bakti kehambaan terhadap Tuhan. Takrif ini menjelaskan bahawa sumber ibadat ialah Ilahi manekala sumber adat pula ialah wirathi iaitu berdasarkan amalan turun temurun.
Lantaran difinisi itu setiap ibadat hendaklah dirujuk kepada Al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w.untuk mendapat pengesahan. Tetapi adat adalah ciptaan manusia berdasarkan kepercayaan etika dan moral sasebuah masyarakat bangsa yang mana kadangkala adat menjadi kepercayaan yang sukar dikikis dan dilenyapkan walaupun datang aturan atau syariat agama yang haq untuk membetulkan jalan hidup manusia sebagai yang benar disisi Allah SWT.
Merujuk kepada masyarakat Melayu Nusantara penghayatan hari raya tidak dinafikan ada yang berunsur ibadat,ada yang berunsur adat yang tidak bercanggah dengan syariat(bersendikan syara`) tapi ada juga adat yang menjadi maksiat (bercanggah dengan syariat).
Dari segi ibadat perayaan umat Islam ialah diperintahakan pada malam nya dengan bersolawat,berzikir,sembahyang dan bertakbir dan lain lain ibadat sebanyak mungkin. Begitu juga pada pagi raya di suruh banyak berzikir takbir, berhubung silatur-rahim, menikmati sedikit makanan dan minuman pada awal pagi sebelum bersembahyang Hari Raya di Mesjid.
Ada pun ibadat sunat bertakbir ialah samaada bersendirian atau beramai ramai di Mesjid atau rumah. Jika hari Raya Aidilfitri waktu bertakbir bermula daripada masa terbenamnya matahari pada hari akhir Ramdhan hingga selesai solat hari raya. Bertakbir hari Raya Haji (Aidiladha) pula disunatkan pada petang hari Arafah atau 9 Zulhijjah dan pada hari hari Tasyriq iaitu 10,11,12 dan 13 Zulhijjah. Berakhir takbir sesudah solat asar pada penghabisan hari tasyriq. Sayogia diperbanyakkan takbir itu ketika ramai orang berkumpul, namun sesaorang boleh bertakbir ketika berjalan, duduk atau berbaring dan dalam perjalanan atau di atas tempat tidur.
Ada pun maksud utama bertakbir hari raya itu ialah untuk membesarkan syiar Islam kerana takbiran itu adalah termasuk syiar yang terbesar. maka takbir yang di kumandangkan di tempat salat dan dalam perjalanan yang menuju ke tempat salat termasuk sunnah.Inilah yang dilakukan Nabi s.a.w. bersama para sahabat sebelum menegrjakan salat Idilftri di lapangan terbuka, untuk menunjukkan syiar Islam dan memperlihatkan kekuatanya dan kesatuan ummah.
Selain dari itu ada yang berpendapat takbir raya juga di tuntut kerana menyatakan kesyukuran terhadap Tuhan yang telah memberi kemenangan dalam perjuanagan menentang nafsu makan dan minum disiang hari selama sebulan. Mengunci nafsu seks siang hari, mengawal nafsu sukakan hiburan yang tidak berfaedah dan melalaikan daripada bertaqwa dan melalaikan daripada mengingati Allah SWT.
Ada juga adat yang bukan sunnah tetapi dilakukan saperti sunnah iaitu takbiran berkelompok atau berombongan daripada rumah kerumah di dalam kampong (waktu malam raya) Ini adalah perbuatan adat setempat. Oleh itu baik buruknya hendaklah dilihat bagaimana ia berlangsung dan apa tujuannya bertakbir bergerak dari rumah kerumah dilakukan itu.
Ada pun adat yang bersendikan syara` iaitu adat yang tidak bercanggah dengan perinsip prinsip Islam bagi perayaan Aidilfitri ialah saperti memakai pakaian baru, membakar lemang, memasak ketupat, menyediakan pelbagai kuih-muih dan juadah istimewa untuk jamuan hari raya tanda kesyukuran dan kemesraan (Silatur-rahim)
Sesungguhnya malam raya mempunyai banyak fadhilat kelebihan apabila dihidupkan dengan melakukan amal ibadat saperti sembahyang sunat setelah melakukan sembahyang fardu berjumaah, bertakbir, memanjat doa atau minajat ke hadharat Ilahi dan lain-lain amal kebajikan lagi.
Imam As-syafie telah menyatakan bahawa malam lebaran itu adalah diantara malam-malam yang mudah diperkenankan doa: `Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam jumaat, malam lebaran idilfitri, malam hari raya Adha, awal malam Rajab dan malam nisfu Sya`ban.` (AL-Umm-Imam Syafie).
Teradisi menyambut malam raya dengan membakar mercun atau bermain meriam buloh adalah bukan dari tradisi Islam tetapi ia berasal dari budaya perayaan teradisi lain yang tidak sesuai dengan Islam kerana perbuatan itu dibimbangi memudharatkan tubuh badan atau nyawa dan harta benda maka ianya terlarang. Memasang api atau pelita sekeliling kediaman juga bukan dari tradisi Islam konon nya dengan berbuat begitu malaikat rahmat datang membawa rahmat kepada isi rumah. Padahal perbuatan memasang pelita sekeliling rumah lebih kepada menyerupai budaya orang agama Majusi yang memuja atau menyembah api.
Program hari raya saperti program ziarah kaum keluarga, sanak saudara, jiran, sahabat handai adalah digalakkan. Malah dalam hadis Rasulullah s.a.w. ada mengatakan amalan ini boleh membawa keberkatan dalam hidup dan memanjangkan umur (Banyak pahala dalam hidup walau pun hayatnya singkat-pendapat setengah ulama). Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari ada menyebut, Rasulullah s.a.w. menyatakan [Ertinya]:`Sesiapa mahukan rezekinya bertambah, usianya dipanjangkan, hendaklah ia menghubungi rahimnya (bersilatur-rahim).` Namun amalan ziarah `berkasta` tidak disukai dalam Islam tetapi ia telah menjadi saperti adat gulongan menengah atau atasan ia itu kawan atau kenalan ternama dan berpangkat diletak dalam senarai utama. Hal ini terjadi mungkin ada kepentingan-kepentingan sampingan yang bercorak `duniawi` sebagai maksud tujuan ziarah sedangkan kenalan kenalan rendah dan tidak berpangkat langsung diabaikan .
Adat mengadakan `Rumah Terbuka` sudah menjadi satu fenomena biasa sambutan hari raya terutama bagi warga kota dan juga oleh gulongan yang berada. Jika rumah terbuka menghadkan kepada gulongan kelas atasan sahaja VIP dengan mengenepikan orang biasa atau dipinggirkan walaupun jiran sebelah maka rumah terbuka yang tidak terbuka kepada gulongan biasa atau juga fakir miskin maka adat begini bukan lah dari peribadi mukmin dan ajaran Islam.
Kepada setengah orang hari raya adalah hari bersukaria tapi bukan bersukaria yang berlandaskan nafsu syahwat yang tidak mengambil kira had had syariat. Tetapi bersukaria berlandaskan kesyukuran dan taqwa kepada Allah. Bukan menjamu kehendak hawa nafsu dan perbuatan yang disukai syaitan. Beberapa jenis hiburan dimainkan saperti nyanyian yang disertai muzik bukan islamik saperti muzik barat atau video lucah yang memang boleh menggumbarkan hawa nafsu sex, pakaian pakaian penyanyi pentas atau TV atau teater yang bertelanjang (mendedahkan aurat ) dan seni kata pantun dan lagu atau sajak yang mengumbarkan hawa nafsu sex dan disukai syaitan adalah haram. sama ada ianya di dedahkan dalam media elektronik atau di atas pentas penta pertunjukan. Semua itu amat disukai oleh Syaitan dan haram kepada yang melakukan atau yang menonton. Hiburan yang boleh hanya lah nyanyian atau pantun atau sajak, nasyid, Qasidah dll. yang tidak diiringi cara muzik Barat dan jenis-jenis permainan hiburan yang ringan sahaja.
Zaman moden ini di hari raya ada orang berhibur menyaksikan pelbagai filem, teater dan mendengar lagu. Sekiranya apa yang disaksikan atau didengar itu mengandungi perkataan yang batil atau boleh membawa kepada haram atau boleh melalaikan kewajipan seorang muslim dan orang yang berlakon itu meminum arak, berjoget, mendedah aurat percampuran bebas dengan mendedahkan babak-babak asmara dan `adegan ranjang` maka haram lah hukumnya. Justeru jikalau berhari raya dengan menonton hidangan nafsu pancaindera begitu maka bukan budaya hari raya orang Islam tulen ianya adalah tiruan dari budaya atau agama lain yang batil disisi Islam sejati. Maka hendak lah di jauhi. Jangan memulakan hari hari kita selepas berpuasa ini (hari raya) dengan perbuatan perbuatan maksiat. Andaikata hiburan yang tidak ada unsur unsur saperti yang tersebut ianya dibolehkan namun jikalau terlampau banyak berhibur dan asyik hingga boleh melalaikan hati terhadap Allah ia menjadi makruh dan jika sampai melalaikan kewajipan seoarang muslim misal nya menyebabkan meninggalkan sembahyang fardhu maka ianya adalah haram.
Di hari baik bulan baik ini sambil bergembira wajiblah diingatkan juga pesan (wahyu) Allah dalam Al Quran yang suci:
`Ya ayyuhallaziina aamanu quu anfusikum wa ahlii kum naaran waquuduhan naasu wal hijaaratu a`laiha malaaikatun ghilaa zhun shidaadun......`
Ertinya: `Wahai orang orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala) sedang penjaganya malaikat yang kasar lagi keras...` (At-Tahrim:6)
maksud `pelihara` dalam ayat itu ialah dengan memberi pendidikan dan pengajaran agama,menyuruh mentaati Allah SWT dan Rasulnya dan cegah daripada berbuat dosa dan maksiat.
Peringatan daripada sebuah hadith Rasulullah saw.pula:
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a. dalam hadith yang panjang ia berkata, `Rasullah saw. bersabda: Dua jenis manusia penghuni neraka yang tidak pernah kulihat: (pertama) Orang-orang yang senentiasa membawa cemeti saperti ekor lembu, yang dengannya mereka merotan orang-orang. (kedua) Wanita-Wanita yang berpakaian tetapi telanjang (nampak bentuk tubuh-pakaian ketat walaupun bertudung kepala) berperilaku menyimpang dari agama dan tata susila (Islam), sekali gus mengajak orang lain untuk meniru dirinya, dandanan rambut kepala mereka bagaikan bongol unta yang bergoyang ke kanan dan kiri. Mereka tidaklah masuk syurga dan tidak pula dapat mencium wanginya. Sesungguhnya wangian syurga itu dapat dihidu dari jarak sebegini dan sebegini.` (HR.Muslim)
Dan lagi peringatan dari Rasulullah saw:
`Sesungguhnya syaitan sudah pun putus asa bahawa berhala disembah orang di negeri Arab, tetapi ia rela yang selain demikian bagi kamu pada hari kiamat, berupa pelbagai perbuatan maksiat.` (Riwayat Tabrani).
Berziarah kuburan dipagi raya atau hari raya sebenarnya bukanlah satu sunnah ia hanya adat sahaja. Hari raya adalah hari bersyukur, hari banyak memuji Ilahi dan bergembira kenapa mesti menziarahi kubur tempat mengingati mati bukan tempat bergembira? Kerana ziarah kubur ialah bertujuan mendapat pengajaran yang melembutkan hati dengan mengingati mati dan hari akhirat yang bakal dihadapi.
Para ulama menjelaskan, tiada waktu yang tertentu bagi kita menziarahi kuburan. Ia boleh diziarahi pada bila-bila masa sahaja.Sesetengah ulama memilih hari hari khamis dan jumaat sebagai afdhal bagi tujuan ziarah kuburan. Justeru tiada masa tertentu [bukanlah semesti hari raya] bagi menziarahi kuburan, namun tidaklah terlarang jika menziarahi kubur pada hari raya lebih-lebih lagi jika ziarah itu ada lah hanya suatu peluang untuk berziarah kuburan ayah-ibu atau nenek- moyang yang ada kerana `Balik raya di kampung` yang ditinggalkan setelah individu itu berkerja dikota atau bermastautin di perantauan.
Kebanjiran balik kampung dari kota atau perantauan untuk berhari raya di kampung halaman bersama ayah bonda, kaum keluarga, sahabat handai yang lama ditinggalkan adalah suatu fenomena biasa untuk berhari raya di zaman kita ini. Fenomena hebat yang sungguh riang diiringi `lagu lagu raya` dalam perjalanan pulang di lebuh raya atau di jalan jalan raya itu terkadang berganti duka nestapa jika berlaku `kemalangan jalan raya`. Oleh itu hendaklah berhati-hati ketika memandu kenderaan dijalan raya serta berhemah. Jagalah etika memandu di jalan raya supaya tidak menyakiti pemandu yang lain yang sama sama ingin pulang beraya dikampung halaman masing masing. (Sila lihat artikel perutusan guru utama pada page~`Perutusan Guru Utama` iaitu perutusan 2 berkenaan `cara pemamanduan yang boleh menyebabkan sakit hati pemandu lain`.
Wallahu a`lam.
Al-Fakir IlaLlah.
Sempena menyambut Aidilfitri 1430/2009.
Tiada ulasan