Header Ads

Praduga Lailatul Qadar Malam Kemuliaan Dan Kebesaran

Ada yang mengatakan Nuzul al-Quran dari Baitul Izzati Langit Dunia  berlaku pada malam jumaat, 17 Ramadhan tahun ke-41 daripada tarikh kelahiran Sayyidina Muhammad Rasulullah S.A.W. yang membawa sinar kesejahteraan dan rahmat kepada seluruh ummat manusia [yang beriman ] yang ketika itu masih dalam kegelapan hidup budaya jahiliah kerana menjelaskan kepada manusia segala urusan agama, dunia dan akhirat. Tapi bilakah turunnya Al Quran dari Luhil Mahfudz ke Baitul Izzah? Maka malam turunnya  al Quran tersebut  itu di sebut `Lailatul Qadr`suatu hadiah agong dari Allah SWT kepada orang orang mukmin. Marilah kita mengkaji sejenak bilakah berlakunya malam Lailatul Qadar dalam sebulan bulan Ramadhan al-Mubarak untuk sama sama kita mendapat manfaat daripada limpahan rahmat Ilahi. Insya-allah.
Alhamdulillahi Rabbil a`lamin wabihi nasta `in wala haula wala quwwata illa billaahil aliyyil `adhzim wasallallaahu ala sayyidina Muhahammadin-Nabiyi rahmah wasyafii`il ummah yaumil qiamah waala aalihi wasohbihi ajma`in.Amin.
 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.Saudara saudari muslimin- muslimat , mukminin -mukminat yang dikasihi dan yang dimuliakan, sebelum saya melanjutkan pembicaraan tajuk yang amat berharga di atas terlebih dahulu  ingin saya terapkan lirik sebuah lagu Melayu `DOA`. Iaitu nyanyian seorang  biduanita  Melayu yang santun saudari Rahimah Rahim:
 
[DOA]
 
Hanya pada Mu aku meminta
sungguhnya Kau Pemurah
ampuni segala dosaku
kesejahteraan kedamaian
keimanan ketaqwaan
pinta ku dari Mu Tuhan
Selawat serta salam
buat Nabi junjungan
kepada muslimin dan
juga muslimat
Ya Allah ya Tuhan ku
aku mendengar seruan
dan hanya kepada -Mu
ku beriman
Kerana -Mu aku di sini
kepada-Mu aku kembali
apabila tiba masanya nanti
sehingga tiba
detik itu
ku bermohon hanya
dari-Mu
Engkau peliharalah
diriku
dengan Namamu
ya Allah yang Agong
Yang Pengasih
Yang Pengampun
kepada-Mu
ku berlindung.
Andainya  saudara saudari suka bolehlah gunakan lirik lagu yang syahdu itu buat munajat kepada Tuhan dalam mencari Lailatul Qadar tapi tidak usahlah menyanyikannya seperti nyanyian irama sedianya tetapi hanya lah disebut dalam nada biasa sebagaimana seseorang yang berdoa atau munajat  sudah mencukupi dan lebih sesuai. Kerana nada irama seperti nyanyian biasanya untuk makanan `hawa nafsu` tetapi nada doa adalah makanan jiwa-Rohaniah rabbaniah.
Dengan isnad yang sohih daripada Siti Aishah radhiallahu anha, dia berkata kepada Nabi (s.a.w);
 `Jika aku merasakan berada dimalam Lailatul Qadar, apa yang mesti aku ucapkan pada ketika itu? jawab beliau: Ucapkanlah doa ini:
Allahumma inna a`fuwwun tuhibbul `afwa fa`fu`anni`
Ertinya: Ya Allah, ya Tuhanku! sungguhnya engkau maha pengampun,suka mengampunkan, maka ampunilah aku!` (Riwayat Termizi, Nasa`i, Ibni Majah dan lain-lain).
Adalah dianjurkan kita supaya memperbanyakkan dari doa ini dan dianjurkan juga memperbanyak membaca al-Quran dan lain zikir serta doa yang dituntut membacanya pada tempat tempat mulia,yang mana semua ini diterangkan secara terperinci dengan berkumpul atau dengan terpecah pecah oleh ulama.Berkata Imam Syafi`e rahmatullah: `Aku menganjur supaya dia berusaha untuk mencari Lailatul Qadar itu siang harinya sebagaimana ia mencari pada malam harinya. Dan dengan ini katanya: `Dianjurkan supaya sesaorang itu memperbanyakkan doa doa untuk kepentingan kaum muslimin, kerana itu adalah syiar atau tanda tanda orang-orang yang solih dan hamba Allah yang arif dan kepada Allah kita memohon taufiq-Nya`.
11.
Lailatul Qadri terdiri atas dua kata: Lailatun dan Alqadru. Lailatun artinya malam dan Alqadru bermakna `Assyaraful wal `idzamu` iaitu kemuliaan dan kebesaran. Jadilah makna pada lafaz keduanya ialah `Malam Kebesaran`. Dalam Tafsirul Munir diterangkan seperti berikut:
[Maknanya]: `Dan makna Al Qadri adalah Attaqdir,Dan diberinama Lailatul Qadri dengan demikian, kerana bahawasanya Allah Taala mentaqdirkan pada malam itu apa-apa yang dikehendaki-Nya dari penetapanNya sampai kepada yang seumpamanya dari pada tahun yang mendatang daripada maut, ajal, rezeki dan lain lainnya.`
Mengikut dalam Tafsir-Rushawi  juz IV, halaman 320 mengatakan:
[Maknanya]; `Maka jika engkau berkata :Sesungguhnya ditaqdirkannya segala perkara itu pada malam NISHFU SYA`BAN nescaya dijawab: Dengan bahawa permulaan TAQDIR adalah malam Nishfu Sya`ban dan diserahkannya kepada Malikat adalah pada Laitul Qadar.`
Sesungguhnya bahawa Lailatul Qadar itu adalah malam yang paling utama diantara malam malam yang ada dalam setahun sebagaimana firman Allah Subahanahu Wataala dalam Al Quran surah Al Qadr yang diturunkan sebelum hijrah ia juga disebut surat Makkiyah 5 ayat,30 kalimat dan 112 huruf .terjemahannya:
`Sungguh kami telah menurunkan Al Quran pada suatu malam yang mulia, yang sangat arti dan manfaatnya. Dan tiadalah kau ketahui apakah lailatul qadr yang sangat agong itu Malam lailatul Qadr itu nilainya lebih baik, besar dari seribu bulan. Pada malam itu itu turunlah Malaikat dan Ruh, dengan izin Tuhan untuk membawa berbagai urusan (wahyu). Selamat sejahteralah malam itu hingga terbit fajar subuhnya`.
Adapun seribu bulan samalah dengan delapan puluh tiga tahun  dan empat bulan. Sebutan tentang seribu bulan ini adalah sebagaimana ada diriwayatkan Mujahid berkata: Rasulullah saw. menceritakan seoarang dari Bani Israel memanggul senjata untuk berjihad fisabilillah selama seribu (1000 ) bulan, ceritera itu sangat mengagumkan kaum Muslimin, maka Nabi berdoa:
`Ya Rabbi ja`alta ummati aqsaral ummami a`maaran wa aqulluha a`maalan.`
Ertinya: Ya Tuhan ku, Engkau jadikan ummatku ummat yang paling pendek umur mereka dan paling sedikit amal mereka.
Maka tiba tiba dikurnia Allah kepada ummat baginda`Lailatul Qadri`dan ianya adalah khusushiyyat atau keistemewaan ummat Nabi Muhammad SAW. sahaja yang di dalam wahyu Ilahi itu menyatakan ibadah pada malam lailatul qadr lebih baik dari seribu bulan( Riwayat.Ibn Hatim).
Mujahid mengatakan bahawa dahulu di Bani Israel ada seorang yang biasa bangun malam beribadah hingga pagi,dan di waktu siang ia berjihad hingga malam,itu di lakukan selama seribu bulan, maka Allah menurunkan surat Al Qadri yang menyatakan bahawa bangun Ibadah pada malam Lailatul Qadr lebih baik dari seribu bulan itu.
Suyfan Attsauri meriwayatkan dari Mujahid: Bahawa Lailatul qadr yang lebih baik dari seribu bulan itu ialah beribadah pada padanya seperti puasa dan bangun malam.
Ami bin Qays juga mengatakan bahawa beramal ibadah di waktu lailatul qadr itu nilainya lebih baik dari seribu bulan.(R.Ibn Jarir). Dalam hal ini sama dengan sabda Rasulullah saw.
`Berjaga di garis depan dalam jihad fisabilillah lebih baik dari seribu malam di tempat lain.`
Selain dari itu Rasulullah SAW ada juga bersabda tentang kebesaran Ramadhan:
`Sekiranya umatku mengentahui kebaikan di dalam bulan Ramadhan nescaya mereka menginginkan agar sepanjang setahun semuanya menjadi Ramadhan.`
Abu Hurairah ra. berkata: Ketika hampir tiba bulan Ramdhan, Rasulullah saw. Bersabda: Kini telah tiba padamu bulan Ramdhan, bulan yang diberkahi, Allah mewajibkan atas kamu berpuasa, dibuka semua pintu surga dan di tutup pintu pintu neraka, dan dibelenggu setan setan. Dalam bula Ramdhan ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, maka siapa tidak mendapatnya berarti telah kecewa.`(Riwayat Ahmad Annasa`i).
Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. bersabda: Man qaa ma lailatal qadri imaanan wahtisaa ban ghufira lahu maa taqaddama min dzanbihi`. Maknanya: Siapa yang bangun pada malam lailatul qadr (Untuk beribadat-sprt: solat, zikir,baca quran, solawat,berdoa, munajat dll) terdorong oleh iman dan mengharap pahala, maka akan diampunkan baginya dosa-dosa yang telah lalu. (R. Bukhari,Muslim).
Maksud Salaa mun hiya hatta math la`il fajr, ialah selamat sejahtera sehingga setan tidak dapat berbuat kejahatan d dalamnya atau mengganggu.Asy-Sya`bi berpendapat:Salam yang di berikan oleh Malaikat kepada orang orang yang di masjid hingga terbit fajar.
III.
Ibnu Abbas r.a. berkata :Al Quran diturunkan dari Lauh Mahfuzdz ke Baitul Izzati di langit dunia sekaligus. Kemudian diturunkan kepada Rasulullah Saw. terperinci dalam masa dua puluh tiga tahun dari ayat pertama hingga ayat terakhir.
Jika dalam surah itu Allah menyebut turu Al Quran pada malam lailatul qadr. Dalam surah Addukhan disebut malam itu malam berkat. Dalam surah Al Baqarah disebut: Turunnya Al Quran pada bulan Ramadhan. Kemudian dalam surah Al-Anfal menyebutkan turunya bertepatan pada hari pertemuan antara dua pasukan perang iaitu pasukan Islam melawan tentera kafir di waktu Perang Badar.
Abu Hurairah ra. berkata:Rasulullah saw. bersabda: Lailatul qadr ini terjadi pada malam yang ganjil 21-23-25-27-29. Dan para Malaikat di bumi lebih banyak dari bilangan kerikil (batu batu kecil). (Riwayat Ahmad).
Rasulullah saw. bersabda: `Tanda malam lailatul qadr, suasana malam bersih hening terang seakan akan ada bulan, tidak terasa dingin atau panas, tidak ada bintang yang dilemparkan kepada setan hingga fajar dan paginya matahari terbit tiada bercahaya panas tajam seakan-akan bulan purnama.`
Ubadah bin Asshamit ra. berkata: `Pada suatu malam Rasulullah saw. keluar untuk memberi tahu kepada kami tentang Lailatul Qadr, tiba tiba ada dua orang yang bertengkar,maka nabi saw. bersabda:
[Ertinya] Saya keluar untuk memberitahu kepadamu malam lailatil qadr, tiba-tiba ada dua orang yang bertengkar, maka di angkat daripadaku (ketentuan malam lailatul qadr) pengentahuannya, semoga akan menjadi kebaikan untuk kamu, kerana kamu cari lailatul qadr dalam malam-malam 29-27-25. `(Riwayat Bukhari).
 A`isyah ra. berkata: Adanya Nabi saw. jika masuk malam-malam yang akhir (21-23-25-27-29) dari malam 21-30. Bangun semalam suntuk dan membangunkan isteri-isterinya, dan mengeratkan ikat pinggang. A`isyah ra. berkata: Biasa Rasulullah saw.lebih rajin ibadahnya pada malam likuran bulan Ramadhan lebih dari lain-lainnya.(R.Muslim).
IV.
Semasa saya kecil dahulu pernah saya dengar ayah dan ibu saya mengatakan`Ini Malam tujuh likur Awang, pasanglah pelita depan rumah kita untuk sambut Para malaikat turun membawa rahmat! `Saya pun bermainlah pasang-pasang `pelita buluh` dengan kakak -kakak saya dihalaman rumah  kami. kalau ada bunga api kami pun bermainlah berkeliling halaman rumah kami dan jiran. Sungguh riang dan girang sekali kami.Tetapi saya tidak memahami  apa maksud kata `malam tujuh likur `oleh ibu dan ayah saya yang saya fahami ialah itulah  alamatnya untuk memulakan bersukaria sebab dah hampir suasana hari raya. Pada malam itu bermula lah kami sekeluarga membuat kuih muih untuk sambutan Hari Raya. Zaman 1950an memang tidak ada jualan kuih kuih raya di pasaran seperti zaman ini.Kami memang membuat kuih muih tradisioanal sendiri tidak ketinggalan Tapai Pulut .Pada malam tujuh likur ini pastilah tapai pulut atau tapai ubi kayu mula diperam kalau tidak  ia tidak akan cukup manis pada hari raya selama tiga hari lagi.
Setelah dewasa, ada sedikit pengentahuan agama barulah saya faham maksud kata malam tujuh likur itu iaitu yang di maksudkan malam ke 27 dari lengkaran  10 malam terakhir bulan Ramadhan yaitu bermula dari malam 21 Ramadhan yang mana dalam lengkaran (likur) hari hari yang sepuluh terakhir itu ada haribulan ganjilnya: 21-23-25-27-29. Sudah menjadi adat rupanya Malam Tujuh Likur, malam ke 27 puasa(malam ke tujuh daripada sepuloh malam terakhir Ramadhan) amat penting bagi seluruh masyarakat Melayu Islam tradisi kerana kebanyakan mereka menganggap malam itu lah  malam `Lailatul Qadr`. Sebab itulah  malam itu yang sangat lebih dihormati dan dibesarkan daripada malam malam Ramadhan yang lain.Sebab itu lah juga barangkali yang di maksudkan oleh ayah dan ibu saya menyuruh saya memasang pelita di halaman rumah .Perkara begini masih  menjadi tradisi masyarakat Melayu kampung hingga hari ini.
Dengan cerita zaman kanak kanak saya itu adakah betul  andaian (praduga) dibuat bahawa malam 27 Ramadhan itu malam `Lailatul Qadr?
Diriwayatkan dari ibnu Umar ra. berkata ia: `Telah bersabda Rasulullah saw:[Ertinya]: Barangsiapa yang berusaha menuntutnya, maka hendaklah dituntutnya ada malam dua puluh tujuh.`(HR.Ahmad).
Ada pula riwayat:Bahawa Sayyidina Umar ra. pernah bertanya kepada para sahabat tentang Lailatul Qadr.
`….Maka berkatalah Ibnu Abbas: Bilangan yang paling disukai Allah adalah ganjil. Dan yang paling disukai diantara yang ganjil itu adalah angka tujuh. Maka disebutnya lah langit yang tujuh, bumi yang tujuh, hari yang tujuh, tingkatan tingkatan neraka, bilangan-bilangan tawaf dan anggota anggota tujuh. Maka menunjukilah bilangan-bilangan itu bahawa Lailatul Qadar di malam yang kedua puluh tujuh.`
Satu talwih yang halus terdapat jika diteliti dari kitab suci Al Quran pada suratul Qadar. Yaitulah Surah ini mempunyai 30 kata. Dan kata yang ke dua puluh tujuh adalah HIYA, suatu dzamir muannats yang kembali kepada kata Lailatul Qadr itu. Yaitulah: Salaamun hiya. Tambah lagi lafadz Lailatul Qadr itu Jumlah hurufnya (Jawi-arab) ada sembilan huruf dan dia disebutkan tiga kali dalam Al Quran yaitu hanya sahaja dalam suratul Qadr itu.Jadi sembilan di dharabkan dengan tiga maka jawabnya samalah dengan bilangan 27.
Ada satu riwayat bahawa Utsman bin Abil Aash ada seorang hamba. Sekali suatu peristiwa berkatalah hambanya itu kepadanya:
`Ya Tuanku,sesungguhnya air laut tersa tawar pada suatu malam daripada suatu bulan.Katanya: Jika terdapat malam itu, beritahu aku. Maka ternyata malam itu adalah malam kedua puluh tujuh.`
Untuk menghasilkan inkisyaf (terbuka hijab) dari alam Malakut pada malam yang penuh barokah ini dikemukakan pendapat Hujjatul Islam Al ghazali dari kitab Ihya Ulumuddin:
Ertinya: `Dan Lailatul Qadar itu sebutan untuk suatu malam yang terbuka nyata padanya sesuatu dari alam Malakut dan yaitulah yang dimaksud dengan firman Allah:`Sesungguh nya aku turunkan dia pada Malam Kemuliaan`. Dan barang siapa yang menaruhkkan di antara hatinya dan dadanya,kantung dari makanan,maka ia itu terdinding(terhijab) daripadanya. Dan orang yang mengosongkan perut besarnya pun,belum memadai yang demikian itu untuk mengangkatkan hijab, sebelum dikosongkannya gerak hatinya dari selain Allah azza wajalla.
Sepintas pandang kata kata Imam Al-Ghazali itu bagai memberi tahu bahawa Lailatul Qadar itu ada lah satu fenomena pengalaman spiritual yang abstrak dan bukanya peristiwa alam yang nampak yang melintas batas waktu,tempat mahu pun garis sempadan geografi tetapi ialah yang bersifat metafizik yang immaterial.
suatu kontrovesi boleh di lihat terhadap pendapat bahawa lailatul qadar itu bukan perkara peristiwa alam ,contohnya diseluruh dunia menerima malam tidak serentak begitu juga siang.Andaikata Lailatul kadar itu jatuh pada malam 27 Ramadhan di Arabia tetapi ketika malam itu ada lah siang hari 29 Ramadhan di Japan. Maka bagaimana orang Islam di Japan untuk mendapat rahmat Lailatul Qadar sebab mereka telah terlepas malam Lailatul Qadar yang orang Arabia baru terima pada malam 27 Ramadhan mengikut waktu di negara mereka?Sebab itu Imam As Syafie menyatakan Lailatul Qadar itu boleh jadi saja sama ada siang atau pun malam saperti diawal artikel ini.
Oleh yang demikian untuk difikirkan bersama saya memetik pendapat Syaeikh Ibnu al-Arabi sampai kepada kesimpulan`al-shahih annaha la tu `lam` yang sebenar katanya:
`Lailatul Qadar tidak dapat di ketahui berdasarkan hitungan waktu tertentu. Sehingga tidak lah perlu menunggu waktu untuk mendapatkan lailatul qadar. Tetapi persiapkanlah jiwa mu pada bila pun dan dimana pun. Sebab ia hadir di dalam jiwa spiritual dan tidak terikat oleh waktu dan tempat tertentu. Jadi pada bila bila sahaja dan dimana saja dengan rahmat Tuhan sesaorang boleh meraih pesona Lailatul Qadar….`
Wallahu a`lam.
Semoga anda pembaca dan saya di kurniai Allah mencapai barokah Lailatul Qadr yang mulia itu pada Ramadhan ini dan  juga akan datang setiap Ramadhan al mubarak. InsyaAllah.
Suatu pengalaman spiritual sebagai contoh:
 Jam 1o tengah hari. Ketika  menyatu mata zahir dan batinnya seseorang telah diberi `pandangan sesuatu` yang mana kelu lidah nya untuk berkata  kerana tiada kata kata yang boleh mengggambarkan nya untuk di terangkan kepada syeikh nya akan `perkara yang telah tersingkapkan itu` kepada  nya tetakla menerima ijazah zikir Latifatul al-ghaibiah tarikat Amfasiah iaitu menerima suatu tajalli dan pengertian (pencerahan). tempat  yang disingkapkan pandangan itu hanyalah di atas puncak sebatang pokok kelapa yang subur berbunga dan berbuah. Apabila dia mengatakan dia meraih sesuatu pandangan dan pengertian yang tidak dapat hendak digambarkan dengan kata-kata, Syeikhnya telah mengatakan `telah benar lah apa yang kamu dapat itu` ertinya dia telah makrifat perkara yang haq. Ada kah itu Lailatul Qadr bagi nya? MasaAllah, Tuhan lah yang Maha memberi Rahmat dan Yang Maha mengentahui zahir dan batin awal dan akhir perkara yang haq dan perkara yang batil.
Wallaahu a`lam.
Malam Isnin 17 Ramadhan 1430/7 september 2009.
Al Fakir Ila rahmatillah.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.