Fungsi Kepala Dan Kebahagiaan Silaturrahim
Alhamdulillah. Salam Sejatera dan kasih mesra semua.
Ada pun belahan kepala manusia kita mempunyai lima fungsi. Bagaimanapun ia tetap berkait dengan jiwa (nyawa) dalam kelangsungan penghidupan. Jika kita mengentahui lima jenis fungsi asas belahan kepala kita maka kita sedar akan kasih sayangnya Tuhan terhadap kita kerana kurnia Nya suatu kehidupan daripada ketiadaan kita ke alam perwujudan ini.Ada pun lima fungsi asas belahan kepala kita itu ialah:
1. Bahagia atas kepala berfungsi dalam penyerapan unsur
2. Bahagian kanan kepala berfungsi dalam kemahuan
3. Bahagian kiri kepala berfungsi dalam tafakkuran
4. Bahagian belakang kepala berfungsi dalam kesedaran
5. Bahagian depan kepala berfungsi sebagai akal ta`kulan.
1. Bahagia atas kepala berfungsi dalam penyerapan unsur
2. Bahagian kanan kepala berfungsi dalam kemahuan
3. Bahagian kiri kepala berfungsi dalam tafakkuran
4. Bahagian belakang kepala berfungsi dalam kesedaran
5. Bahagian depan kepala berfungsi sebagai akal ta`kulan.
Maka kerana lima fungsi belahan kepala itulah membezakan kita dengan haiwan dan syaitan yang hanya banyak bergantung pada gerak nalurinya sahaja.
Sebagai insan, manusia sejati cintakan kebahagian hidup. Kebahagian hidup dalam dunia ini sangat bergantung kepada bagaimana bagusnya hubungan sesama manusia itu sendiri (hablun minannas). Andaikata hubungan itu baik maka berbahagialah suatu penghidupan sebagaimana bahagianya sesaorang andainya hubungan dengan Tuhan nya baik [Menjadi ahli taqwa]. Kebahagiaan manusia dalam hubungan kemanusiaan sama ada dengan anak isterinya atau kaum kerabatnya atau dengan sesiapa saja manusia lain dipengaruhi oleh sepuloh perkara utama dalam tindakan dan juga pembawaan keperibadian manusia itu sendiri iaitu:
1. Berkasih sayang kerana Allah.
2. Ada sikap bertoleransi dan harga diri
3. Bersikap ramah mesra dan penyantun
4. Bersikap saling memahami [persefahaman]
5. Bersikap adil-Tidak pentingkan diri sendiri
6. Kesetiaan dan amanah serta sentiasa ikhlas
7. Kejujuran dalam percakapan dan tindakan.
8. Saling mendoakan untuk kebaikan.
9. Saling hormat menghormati.
10. Saling bertolong tolongan.
1. Berkasih sayang kerana Allah.
2. Ada sikap bertoleransi dan harga diri
3. Bersikap ramah mesra dan penyantun
4. Bersikap saling memahami [persefahaman]
5. Bersikap adil-Tidak pentingkan diri sendiri
6. Kesetiaan dan amanah serta sentiasa ikhlas
7. Kejujuran dalam percakapan dan tindakan.
8. Saling mendoakan untuk kebaikan.
9. Saling hormat menghormati.
10. Saling bertolong tolongan.
Jika saudara kita di sini atau di seberang sana menghadapi malapetaka alam misalnya maka atas dasar iman dan perikemanusiaan hendaklah kita membantu sedaya upaya kita dengan ikhlas hati. Ada pun jika kita memberi atau membantu kerana Allah dan kerana memunaikan hak manusia kerana Allah semata mata, maka etika terhormat bagi siapa yang menerima telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW.sebagaimana Sabdanya:
Ertinya: `Barangsiapa yang diberi sesuatu pemberian[pertolongan tenaga atau kebendaan-p],maka hendaknya ia membalasnya,kalau ada,kalu tidak ada,maka hendaknya ia memujinya[menyampaikan terima kasih]sebab barangsiapa yang memujinya bererti mengucapkan terima kasih kepadanya dan barangsiapa menyembunyikannya[tidak berterima kasih-tidak menghargainya]bererti ia menginkarinya`. (H.R.Abu Daud).
Dan Rasulullah SAW. ada bersabda lagi. Ertinya: `Barangsiapa yang tidak mahu mensyukuri manusia,bererti tiada mensyukuri Allah`. (H.R.Tirmidzi).
Maka jika tidak mensyukuri Allah apakah natijahnya? Kerana tiap tiap sesuatu itu adalah dari Allah hakikatnya. Kerana teks dalam dalam al kitab ada mengatakan: Qul kullun min indillah.
Akar keturunan manusia ada lah daripada dua orang saja iaitu Adam dan Hawa bukan dari evolusi monyet-monyet saperti teori Darwin. Inilah asas kesedaran kasih sayang persaudaraan kita umat manusia tidak kira apa bangsa pun kerana firman Tuhan dalam al-Quraan:
Ertinya: `Hai ,manusia,sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, dan Kami jadikan kamu beberapa bangsa dan suku suku kaum supaya kamu mengenal satu sama lain [bukan perbezaan itu untuk bermusuhan dan penindasan satu sama lain]. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu dalam pandangan Allah ialah yang lebih bertaqwa [memelihara diri dari berbuat jahat dan zalim]. Sesungguhnya Allah itu Maha tahu dan mengerti`. (Al- Hujurat:13).
Menyedari perintah itu maka nyatalah perpecahan dan pertikaian serta pepperangan hanyalah menjerumuskan manusia itu sendiri ke lembah sengsara kerana berlaku kerosakan dan kehancuran dan inilah yang amat di sukai oleh Iblis dan syaitan terhadap umat manusia lantaran manusia tidak mempedulikan amanat Allah SWT di dalam Al -Kitab saperti berikut:
Ertinya: `Manusia adalah umat yang satu,maka Allah mengutus para Nabi sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab dengan benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan...' (Al-Baqarah:213).
Dengan Kitab Allah para nabi dan Rasul melaksanakan tugas misi mengajak dengan mengingatkan kembali manusia untuk kembali bersatu sebagai satu umat dengan kasih sayang dan mencegah dari perpecahan saperti firman Allah dalam Al Quran:
Ertinya: `Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai berai`. (Ali Imran:103)
Ertinya: `Barangsiapa yang berpegang teguh kepada agama Allah,maka sesungguhnya ia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus.' (Ali Imran:101).
Kasih sayang berdasarkan `Tali Allah` adalah suatu keindahan dalam kehidupan kurniaan Tuhan. Dengan ini marilah bersama kita menunaikan amanat Ilaahi dan menjauhi khianat, menunaikan janji dan jangan melakukan pelanggaran akhlak kerana akhlak yang buruk itu tanda iman yang lemah. Hendaklah kita bermurah hati serta sabar dan jauhilah sifat dengki serta dendam dan kesombongan. Firman Allah SWT dalam al Quran yang mulia:
Ertinya:`Dan janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan sombong,kerana engkau tidak akan menembus bumi ini,dan engkau tidak lah akan sampai setinggi gunung`. (AL-Isra :37).
Wallahu a`lam.
Dari Jendela hati PSSGSPM.
Tiada ulasan