Halangan Mencapai Hidayatullah
Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillaahi Rabbil a`lamin wabihi nastai`n. Walaahaula wala quwwataillaa billaahil aliyyil adzim. Wassalatuwassalam ala Sayyidina Muhammadin Nabiyyil karim waala aalihi wasahbihi ajmain.
HALANGAN-HALANGAN.
Adapun halangan mencapai Nur hidaayatullah dalam kajian sains rohaniah ialah kerana hijab zulmat nafsani diri seseorang. Oleh itu walaupun seseorang tidak mendapat segulong ijazah pengajian islam atau pengajian akademik dari pusat pusat pengajian tinggi atau seseorang yang buta huruf sekali pun tetapi jiwanya mungkin lebih terang bercahaya kerana mendapat nur hidayatullah andainya hijab zulmat nafsani dirinya terangkat. Tetapi jika seseoramg yang masih terperangkap dengan hijaabun-nafsi nya walaupun pencapaian dalam dunia pembelajaran zahiriahnya [syari`e atau akademik] tinggi misalnya mendapat title Master, PHD. Dr. Professor atau apa-apalah lagi gelaran pencapaian akademiknya ia tetaplah dalam kejahilan dan kebodohan yang bangsa manusiawiah ia itu tidaklah ia berdarjat `De-Factor` di sisi Allah SWT.
Membuang zulmatun-nafsiyyah bukanlah dengan teori tetapi sekaligus hendaklah dengan praktikalnya. Seseorang itu harus mengikuti peta perjalanan penyucian rohaniah dengan bimbingan saorang syeikh Mursyid jika ia tidak berkuasa menerokanya sendiri. Ia jua mestilah mematuhi disiplin diri penyucian diri zohir dan batin untuk mencapai maqam khalish dan khawasul-khawas. Di sini tidak ada sijil dan title keilmuan yang dicarinya atau untuk dibanggakan kerana ia telah menjadi gulongan orang yang pecah hatinya kerana Allah sebab seperti wahyu yang terdapat dalam hadis al-Qudsi` Ana indal mungkasirati qulubuhum min `ajali` Ertinya; `Aku sentiasa berada bersama-sama orang berpatah-patah hatinya kerana Aku`. Terkadang ia menjadi orang yang tidak diendahkan dibumi ini tetapi menjadi terkenal dan sebutan dilangit dan jiwanya selalu dilimpahi Nur Hidayatullah.
ANTARA PERKARA ZULMATUN-NAFSI YANG PERLU DIBUANG (DISUCIKAN). IAITU PERKARA ASAS YANG MENGHALANGI SESEORANG DARIPADA DAPAT MENERIMA NUR HIDAYATULLAH IALAH:
1. Sifat bengis dan amarah serta menurut runtunan syahwat.
2. Bersifat suka hasad dengki, bohong dan fitnah.
3. Tamak haloba keduniaan dan jahil murakkab.
4. Sombong, takbur, keras hati dan berhati kering, tiada malu.
5. Mementingkan diri sendiri dan egoisme perwujudan diri.
6. Pendendam tidak suka bermaafan walaupun ada peluang berbuat demikian.
7. Sensitif mudah terasa walaupun terhadap kesalahan orang yang sedikit atau tidak tersengaja.
2. Bersifat suka hasad dengki, bohong dan fitnah.
3. Tamak haloba keduniaan dan jahil murakkab.
4. Sombong, takbur, keras hati dan berhati kering, tiada malu.
5. Mementingkan diri sendiri dan egoisme perwujudan diri.
6. Pendendam tidak suka bermaafan walaupun ada peluang berbuat demikian.
7. Sensitif mudah terasa walaupun terhadap kesalahan orang yang sedikit atau tidak tersengaja.
8. Suka kenyang,suka duniawi dan berhias -hias diri [Bangga diri].
9. Gila nama,gila glamour, gila title, gila kuasa , gila harta , gila cinta bertukar wanita[mata keranjang].
10. Sukakan pujian orang terhadap diri tapi suka mengeji mengumpat dan mengecam lawan.
11. Selalu bersangka buruk pada orang lain dan merasakan diri sempurna.
12. Bakhil dan kedekut tidak murah tangan kerana takut jatuh menjadi miskin.
13. Akhmaq,suka berkeras dengan pendapat sendiri tidak mahu menerima fikiran baik dari orang lain.
14. Sibuk dan leka dengan ghairullah dan putus terhadap zikirullah.
15. Segan dan malas terhadap amal ibadah dan suka cerewet dan banyak cakap daripada membuat.
16. Suka bermaksiat secara terang-terangan atau dengan cara bersembunyi-sembunyian.
17. Celupar mulut dan tidak beradab sopan sesama makhluk dan tidak tahu adab terhadap Tuhan.
18. Selalu bersikap negatif walaupun menghadapi kebenaran sebagaimana sikapnya Iblis laknatullah
19. Tidak mahu bertobat dari segala kesalahan dan dosa walaupun peluang terbuka.
20. Meringan- ringankan dan memperlekehkan perkara perkara agama atau pendapat para ulama`
21. Lain lain sifat mazmumah [sifat sifatkeji ]bangsa zahiriah dan batiniah............!
Segala sifat mazmumah tersebut walaupun diketahui oleh seseorang melalui pengajian atau pengalaman ia tetap menakluki jiwa dan menjadi hijab selagi ianya tidak di angkat oleh Tuhan yang salah satu kaedah membuka hijab ini ialah dengan memlalui thoriq tertentu sebagaimana yang di alami oleh Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali apabila beliau berundur daripada menjadi mahaguru [Professor] Universiti An-Nadzamiah Baghdad yang masa itu ia adalah seorang jaguh ilmu pengentahuan yang sukar ditandingi tetapi telah terjun diri kedalam dunia thariqat-tasawuf untuk mendapatkan pencerahan [Enlightenment-Nurhidayatullah].
JALAN [Thoriq]
Bahawa salah satunya cara atau jalan dapat membawa seseorang itu mendapat nur hidayatullah ialah dengan method:
Ia itu penyucian rohaniah. Kerana jiwa manusia yang bersinar hidayah merupakan refleksi atau pancaran dari Dzat Ilahi Yang Suci.Segala sesuatu itu harus sempurna dan suci. Untuk mencapai tingkat kesempurnaan dan kesucian jiwa, rohaniah memerlukan perlatihan (kaifiat-methode khas) dan perlatihan mental yang panjang.Oleh yang demikian pada tahap pertama teori dan amalan tauhid - tasawwuf difomalasikan dalam bentuk pengaturan sikap mental dan pendisiplinan tingkah laku jiwa dan fizikal yang ketat. Untuk berada `di hadhirat Allahh` (hadhiratul-Quds) dan sekali gus menerima pancaran Nur Hidayatullah seseoarang mestilah terlebih dahulu mengidentifikasikan eksistensi dirinya dengan penyucian jiwa-raga yang bemula dari pembentukan peribadi yang bermoral paripurna dan juga berakhlak mulia sepertimana pembawaan jejak-jejak penghulu Insanul kamil iaitu Sayyidina Muhammad s.a.w.
A Muslim by following the laws of `Shariath` may reach his objective. But the revelation of Allah, getting a glimpse of the Reality and attainment of enlightenment and nearness to God can be only through the guidance of a `Peer` or `Shaikh`.
The Prophet appeared in this world for the propagation of Divine Faith and to show the world the ways of approaching Him.Sticking on to the `Shariath` (the ordinances of Islam) is remaining stationary at the threshold of the goal. `Shariath` is the initial stage.But to call `Shariath` as final, discarding `Thariquathh` (renouncing things other than God) `Haquiquath` (the reality) and `Marifuth` (gnosis), is sheer ignorance. The word `Sabilihi` [Holy Quran 5:35] indicates gnosis, the knowledge of which is only with the Peer or Shaikh. `As-Syaikhu fi qaumihi kan-nabiyyi fi ummatihi `that means` A Shaikh among his disciple is very much like a Prophet among his people`.
`Thobaa liman sadaqa bi ainihi`
Maknanya: Bahagialah siapa yang dapat melihat dengan pandangan yang benar` [al-Hadis].
Sebuah hadis lain yang mendekati hadis ini ialah:
`Thobaa liman tarakal jahla wa `aataa bilfadhli wa `amila bil `adli`
Ertinya: 'Bahagialah siapa yang dapat meninggalkan kejahilan, memberi dengan sifat kelebihan [seperti memberi kepada orang yang tak pernah berbudi kepadanya] dan melaksanakan keadilan.` [HR.Abu Nu`am menerusi Zaid bin Aslam secara Mursal].
Wallahu a`lam
Wassalam.
Al Fakir Ilallah
As-shyathari al- Amfasi
Tiada ulasan