Berinabah Demi Keredhaan Ilahi
Bismillahir rahmaanir rahiim. Alhamdulillahi rabbil `aalamin wabihi nasta`in. wassolaatu wassalam ala sayyidinaa Muhammadin sayyidil mukminiin wa`alaa aalihi wasohbihi ajmain.
INABAH ertinya kembali menghadap jiwa kepada Allah SWT. Tidak akan berlaku inabah pada sesaorang hamba sebelum ia teguh pada maqam `taubat`. Allah SWT memerintah dan memuji hambaNya yang berinabah saperti firmanNya:
وأنيبوا الى ربكم
Ertinya; `Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat.` (Az-Zumar:54)
Ertinya; `Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat.` (Az-Zumar:54)
Ada pun berteguh pada maqam taubat itu mestilah mengrealisasi syarat-syaratnya. Syarat-syarat taubat ada tiga iaitu menyesal dengan sesungguh hati, meninggalkan yang terlarang (berdosa) itu dan i`tidzar (pembelaan diri). Jelasnya hakikat taubat itu ialah menyesali dosa-dosa yang telah terlanjur dilakukan, meninggalkannya serta merta, dan berazam untuk tidak mengulanginya pada masa akan datang. Ketiga-tiga itu berkumpul pada waktu yang terjadi padanya taubat, maka pada waktu itu dia menyesal, meninggalkan dan berazam. Ketika itu ia KEMBALI KEPADA UBUDIAH yang dia ciptakan dengannya dan RUJUK (KEMBALI-INABAH) ini adalah hakikat mengrealisasikan taubat.
Dalam surah Qaf ayat : 68, Tuhan berfirman:
`Maka tidakkah mereka memandang ke langit yang ada di sebelah atas mereka (dengan tidak bertiang) bagaimana kami membinanya (dengan rapi) serta kami menghiasinya (dengan bintang-bintang)... hingga firmanNya... (kami adakan semua itu) untuk menjadi perhatian dan peringatan, (yang menunjukkan jalan kebenaran), kepada tiap-tiap seorang hamba Allah yang mahu kembali kepadanya (dengan taat dan berbakti).'
`Maka tidakkah mereka memandang ke langit yang ada di sebelah atas mereka (dengan tidak bertiang) bagaimana kami membinanya (dengan rapi) serta kami menghiasinya (dengan bintang-bintang)... hingga firmanNya... (kami adakan semua itu) untuk menjadi perhatian dan peringatan, (yang menunjukkan jalan kebenaran), kepada tiap-tiap seorang hamba Allah yang mahu kembali kepadanya (dengan taat dan berbakti).'
Al-Inabah terbahagi kepada dua jenis:
1. Inabah kepada Rububiyah Allah s.w.t. iaitu inabah seluruh makhluk.
2. Inabah kepada Uluhiyah Allah s.w.t. atau inabah ubudiah-muhabbah.
Inabah terhadap Rububiyah Ilahi iaitu inabah `Seluruh Makhluk` yakni dikongsi oleh mukmin dan kafir sama ada yang berbakti atau pun yang derhaka kepada Ilahi contohnya sebagaimana firman Allah SWT:
`Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya,mereka segera berdoa kepada Tuhan mereka dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya`. (AR-Rum:33).
`Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya,mereka segera berdoa kepada Tuhan mereka dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya`. (AR-Rum:33).
Contohnya: Semenjak tahun 2006 hingga kini 27 mei 2009 berlaku krisis ekonomi dunia pengangguran menyeluruh terjadi maka berlakulah pelakuan manusia berinabah Rububiah saperti lapuran berikut:
`Ketika banyak syarikat mula mengurangkan pekerja dan kerajaan pula menyuntik dana untuk meransang ekonomi, warga Asia - dari Taiwan ke Thailand - memperuntukkan lebih banyak masa mendekati Tuhan. Sama ada di mesjid, kuil, gereja atau rumah ibadat lain, pemerhati berkata, jumlah kedatangan pengunjung bertambah ketika kegawatan ekonomi untuk mengadu dan mengharap keadaan bertambah baik. Pakar sosiologi Universiti Kebangsaan Singapura, Alexius Pereira, berkata orang ramai mungkin mengalami kemurungan serta masalah sosio - psikologi kerana bimbang hilang pekerjaan. `Justeru, mereka beralih kepada agama [Inabah kepada rububiah Ilahi-p] untuk mencari kekuatan,` katanya... (Metro, 27 mei 2009).
Tindakan begini adalah umum bagi setiap orang berdoa apabila ditimpa kemudharatan sepertimana yang terjadi. Maka `inabah` begini tidak menghendaki Islam, bahkan ia menghimpun syirik dan kufur, sepertimana firman Allah pada jenis mereka ini:
`Kemudian apabila Allah memberi mereka merasai sesuatu rahmat daripadaNya, tiba-tiba sebahagian dari mereka mempersekutukan yang lain dengan Tuhan, Dengan sebab itu, mereka mengingkari nikmat-nikmat yang telah kami berikan kepadanya.`(Ar-Rum:33-33).
`Kemudian apabila Allah memberi mereka merasai sesuatu rahmat daripadaNya, tiba-tiba sebahagian dari mereka mempersekutukan yang lain dengan Tuhan, Dengan sebab itu, mereka mengingkari nikmat-nikmat yang telah kami berikan kepadanya.`(Ar-Rum:33-33).
Inabah ubudiyah dan Mahabbah atau inabah wali-waliNya iaitu inabah kepada UluhiyahNya. Ia merangkumi empat perkara:
1. Mahabbah-Cinta kasih kepadaNya
2. Tunduk-patuh kepadaNya
3. Menghadap kepadaNya
4. Berpaling daripada selainNya.
Jika berkumpul pada sesaorang empat hal ini maka berhaklah sesaorang itu dinamakan ahli inabah atau AL-MUNIB yakni orang yang kembali kepada Allah SWT.
Dalam lafaz Al-Munib mengandungi makna bersegera, rujuk dan maju dan orang yang kembali kepada Allah dan bersegera kepada keredhaanNya, kembali kepadaNya setiap waktu dan maju kepada muhabbahNya. Inabah dalam erti yang ringkas ialah `kembali kepada kebenaran sejati`
Ada tiga maksud kembali:
a. Kembali kepada kebenaran dengan perbaikan sebagaimana kembali kepadanya dengan meminta kemaafan.
b. Kembali kepadanya dengan perlaksanaan sebagaimana kembali kepadanya dengan perlaksanaan.
c. Kembali kepadanya dengan keadaan sebagaimana kembali kepadanya dengan pengabulan.
1. Kembali kepada Allah dengan meminta kemaafan dan meninggalkan maksiat, maka kesempurnaan yang demikian hendaklah kembali kepadaNya dengan ijtihad dan ikhlas dalam ketaatannya. saperti firman Allah s.w.t.:
`Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal baik.` (Al-Furqan:70)
`Kecuali orang orang yang bertaubat,dan memperbaiki (amal buruk mereka)'. (Al-Baqarah:160)
Maka tidak berguna taubat dengan pengangguran, oleh itu taubat dan amal soleh mestilah meninggalkan apa yang dibenci dan melakukan apa yang wajib, meninggalkan maksiat dan melakukan ketaatan kepadaNya.
11.`Kembali kepadaNya dengan pelaksanaan` setelah sebagaimana anda kembali kepadanya ketika Dia mengambil perjanjian atas mu, maka yang pertama anda kembali kepadaNya dengan masuk di bawah perjanjianNya, kemudian yang kedua hendaklah anda rujuk dengan pelaksanaan dengan apa yang telah dijanjikan atasmu, dan agama seluruhnya: Perjanjian dan perlaksanaan. Maka sesungguhnya Allah mengambil perjanjianNYa atas kesemua mukallaf agar mentaatiNya.
a. Allah mengambil perjanjianNya atas nabi-nabi dan rasul-rasulNya atas lisan malaikatNya atau daripadaNya secara langsung kepada Rasul tanpa perantaraan sebagaimana Dia berkata-kata dengan Musa a.s.
b. Allah mengambil perjanjianNya atas umat-umat dengan perantaraan rasul-rasul.
c. Allah mengambil perjanjianNya atas orang orang jahil dengan perantaraan ulama dengan pembelajaran.
d. Maka Dia mengambil perjanjianNya atas ulama ini dengan ta`lim (pengajaran) mereka .
Allah memuji orang orang yang menepati perjanjiannya dan membertahu bahawa mereka akan beroleh pahala di sisiNya seperti firman Allah:
`Dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah,maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar.` (AL-Fath:10)
`Dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan manusia),sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya`. (Al-Isra`:34)
`Dan perbuatan orang orang yang menyempurnkan janjinya apabila mereka membuat perjanjian.` (AL-Baqarah:177)
Kesemua pernyataan di atas merangkumi perjanjian mereka yang berkaitan bersama Allah agar disempurnakannya dengan penuh keikhlasan, keimanan dan ketaatan, dan perjanjian mereka bersama makhluk. Nabi s.a.w. memberitahu bahawa diantara tanda tanda munafiq `Berkhianat setelah membuat perjanjian` (Lihat : HR . Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Amru). Maka tidak kembali kepada Allah orang yang mengkhianati perjanjiannya dan menyalahinya, sebagaimana tidak kembali kepadaNya orang yang tidak masuk di bawah perjanjianNya, maka INABAH TIDAK DIREALISASI kecuali menepati perjanjian dan menyempurnakannya.
111. Pernyataannya `dan kembali kepadanya dengan keadaan, sebagaimana kembali kepadanya pengabulan` Ertinya bahawa Allah s.w.t. menyeru anda lalu anda menyambutnya dengan Labbaika wa sa`daika dengan perkataan, maka ia mesti disertai pengabulan dengan keadaan yang membenarkan perkataan itu, maka sesungguhnya keadaan keadaan membenarkan perkataan-perkataan atau mendustakannya, dan setiap perkataan maka kebenaran dan kedustaannya disaksikan dari keadaan anda yang mengatakannya. Maka sebagaimana kamu kembali kepada Allah sebagai pengabulan dengan perkataan, maka kembalilah kepadaNya dengan pengabulan keadaan. Sesungguhnya kata Al Hasan: `Wahai anak cucu Adam, bagimu perkataan dan amalan, dan amalanmu lebih utama denganmu daripada perkataanmu, bagimu sembunyi-sembunyi dan terang-terangan, dan sembunyi-sembunyimu lebih berkuasa denganmu daripada terang-teranganmu.'
Syarat Syarat Inabah untuk menggapai keredhaan Allah.
Sesungguhnya rujuk (Inabah) kepada Allah dengan perbaikan hanya terlaksana dengan tiga perkara:
1. Bertaubat dari dosa dosa.
11. Merasa sakit dengan tergelinciran-ketergelinciran.
111. Membetulkan perkara perkara yang telah luput.
Bertaubat dari dosa iaitu bertaubat dari dosa-dosa yang terjadi antara hamba dengan Allah, dan menunaikan hak-hak makhluk yang ada atasnya.
Merasa sakit dengan ketergelinciran - ketergelinciran mengandungi dua perkara:
a. Merasa sakit dengan ketergelincirannya apabila ia tergelincir, lalu hatinya merasa sakit dan retak, dan ini dalil atas rujuknya kepada Allah, kebalikan dengan orang yang tidak merasa sakit hatinya dan tidak retak dari ketergelincirannya, maka ia dalil yang menunjukkan atas kerosakkan dan kematian hatinya.
b. Merasa sakit dengan ketergelinciran saudaranya yang mukmin apabila dia tergelincir,sehingga merasakan seakan-akan dia yang tergelincir dan tidak bergembira dengannya, maka ia dalil yang menunjukkan atas kelembutan hati dan hasil berinabahnya.
Apabila mencapai maqam (b ) seperti di atas ia telah mencapai maqam AKHLAK yang baik (Akhlak Mukmin). Rasulullah saw. ada menggambarkan orang mukmin dengan berbagai sifat yang mana sifat-sifat yang digambarkan itu adalah mengisyaratkan tentang akhlak yang baik. Rasulullah saw. ada bersabda:
Ertinya: `Demi yang diriku ada di Tangan-Nya, tidaklah seorang hamba itu disebut beriman sehingga dia mencintai bagi saudaranya apa yang dia cintai bagi dirinya sendiri.`(R.Bukhari dan Muslim)
Disebut dari hadits Abu Hurairah ra.Rasulullah saw.bersabda:
Ertinya: `Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia menghormati tamunya, dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia tidak menyakiti tetangganya (lisan dan perbuatan-p) dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah mengatakan yang baik atau hendaklah dia diam sahaja.`(R.Al-Bukhari dan muslim)
Dan lagi sabda rasulullah saw.
Ertinya: `Orang Mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya diantara mereka`. (R. At-Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Al-Hakim)
Antara berakhlak baik itu ialah sabar diatas segala gangguan dan rela memaafkan kesalahan orang walaupun berhak untuk membalasnya setimpal mengikut syariat islam.
Sebagai contoh dari beribu contoh manusia Awbah (Berakhlak baik sesama manusia dan ikhlas serta taqwa dan redha terhadap Allah) adalah saperti berikut:
Suatu ketika Ibrahim bin Adham keluar ke suatu lembah. Seketika kemudian beliau berpapasan dengan saorang hulubalang perang. Perajurit itu bertanya beliau, `Dimanakah tempat yang baik?` Lalu Ibrahim menunjukkan ke arah satu kuburan di dekatnya. Perajurit itu lantas memukul kepala Ibrahim kerana geram dengan jawapan itu [Jawapan yang sungguh tulus mengikut pandangan ruhaniah Ibrahim ketika itu tetapi jawapan itu dianggap sinis oleh si perajurit]. Seseorang lain telah memberitahu perajurit itu bahawa orang yang dipukulnya itu tadi adalah Ibrahim bin Adham, maka perajurit tersebut terus pergi memeluk tangan dan kaki Ibrahim dan menyatakan kekesalan tindakannya dan perbuatan panas barannya tadi. Ibrahim barkata, `Ketika kepalaku dipukul, aku memohon syurga bagi orang ini kepada Allah. Aku sudah memperingatkan diriku saat aku dipukul, bahawa jangan sampai aku mendapat kebaikan kerana kejadian ini, sedangkan dia yang memukul aku mendapat akibat yang buruk.` Inilah gambaran jiwa awbah setelah benar-benar berinabah. Bahawa akhlaknya sungguh murni batinnya tidak terkecoh lalu menghasilkan keridhaan terhadap takdir Ilahi. Masya`allah.!
Dengan membetulkan perkara-perkara yang telah luput: ialah membetulkan apa yang telah luput baginya dari ketaatan dan inabah dengan melakukan seumpamanya atau lebih baik daripadanya terutamanya pada saki baki umurnya, sebelum pemergianya menemui Ilahi Allah Zat Yang Maha Suci. Firman Allah kepada ahli Inabah:
Ertinya: `Dan (ingatlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang orang yang betaqwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka). (Serta dikatakan kepada mereka): Inilah yang dijanjikan kepada kamu, kepada tiap tiap hamba yang senentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah). (Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Allah, serta ia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat. (Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): Masuklah kamu kedalam surga dengan selamat sejahtera.` (Qaf:31-34)
Dan lagi firman Allah:
والذين أجتنبوا الطاغوت أن يعبدوها ونا بواالى الله لهم البشرى
Ertinya: `Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari menyembah atau memuja Taghut serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang menggembirakan (sebaik-baik sahaja mereka mulai meninggal dunia)`. (AZ-Zumar:17).
Akhir kalam: Segala puji bagi Allah tuhan seru semesta alam. Semoga selawat dan salam terlimpah kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga, sahabat dan seluruh orang yang memperjuangkan syari`atnya sampai hari kiamat. Amin ya Ilaahal `alamin.
Wallahu a`lam. Wassalam.
Al-Faqir Ila rahmatillah
Tiada ulasan