Persoalan Ibadah Bulan Rejab Dalam Islam
Adakah benar bulan Rejab sebagai salah satu bulan pilihan yang disyiarkan Islam untuk bertaqarrub (mendekati diri terhadap Allah SWT)?
Bismillahir rahmaanir rahiim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Semoga selamat sejahtera kepada semua.
Sesungguhnya ada berpuloh hadits yang menyatakan tentang kelebihan pahala beribadat pada bulan Rejab. Namun kebanyakkan hadiths tersebut tidak disebut perawinya atau pentakrijnya oleh pengarang kitab-kitab mengenai peramalan ibadah di bulan Rejab. Sebenarnya mengikut kajian hadiths oleh pakar didapati hadiths-hadiths mengenai pahala-pahala yang berganda di bulan Rejab tidak lebih dari hadiths-hadiths Maudhu` atau hadiths-hadiths bathil yang boleh mengacau bilau akidah Islam dan kesucian sunnah Rasulullah s.a.w. Mengikut kajian ahli hadith dan para ahli tahqiqi tidak ada sebuah hadiths pun yang sah mengenai keutamaan-keutamaan bulan Rejab selain ia hanya salah satu dari bulan-bulan haram. Dan tidak ada sebuah hadiths pun yang sah dari Rasulullah s.a.w. mengenai amalan-amalan khusus sepanjang bulan Rejab saperti puasa, solat, zikir, istigfar dan lain-lain. Oleh itu semua amalan yang dikerjakan ATAS NAMA FADHILAT BULAN REJAB baik pada hari-hari dan malam-malamnya yang tertentu bagi bulan Rejab adalah sebagai amalan bid`ah semata-mata. Di antara bidaah yang mereka ada-adakan pada bulan Rejab dan Sya`ban ialah mereka bersungguh-sungguh mengerjakan peribadatan dalam bulan Rejab dan Sya`ban sahaja sedangkan mereka meninggalkan amalan-amalan itu pada bulan-bulan yang lain atas sebab amalan-amalan itu adalah `hak kepunyaan bulan Rejab dan Sya`ban saja`. CONTOH;
1. Mereka beramal istighfar bulan Rejab dibaca pagi-pagi tujuh puluh kali dan petang-petang tujuh puluh kali sambil mengangkat kedua dua telapak tangan: `Allahummaghfirli warhamni watub`alayya`.
2. Amalan tasybih bulan Rejab pula diamalkan tiap-tiap hari dari 1 hb. Rejab hingga sepuluh Rejab: Subhanallahil hayyil qayyum... 100 kali.
3. Mulai tanggal 11 hingga 20 Rejab dibaca tiap hari: Subhanallahil ahadis somad... 100 kali.
4. Dari tanggal 21 Rejab sampai 30 Rejab dibaca setiap hari: Subhanallahir Rauf... 100 kali.
5. Pada tanggal 27 Rejab dibaca doa ini: Allahumma bimushaahadati asraaril muhibbin.wabilkhalwaatil latii khasasta biha sayyidil mursalin.Hiina asraitabihi lailatas saabi` walisyriin.Antarhama qalbil haziin.watujiiba da`wati ya akramal akramiin... Beberapa kali yang ikhlas.
Sesungguhnya lafaz-lafaz amalan yang tersebut adalah lafaz-lafaz suci yang mulia tetapi adakah ianya diperuntukkan amalannya `atas Nama Bulan Rejab` Sahaja? dan dikatakan mempunyai beberapa fadhilat khusus kerana beramal di bulan Rejab? Perkara ini adakah ia daripada hadiths Rasul dan daripada perawi yang sahih? atau ianya hanya suatu ciptaan baru dalam peribadatan Islam?
Mengenai Puasa, Zakat dan Umrah:
Asy-Syaukuni menyebutkan dalam bukunya al-Fawaid;
`Dalam satu risalahnaya Ali bin Ibrahim Al-~Athar berkata: `Apa yang diriwayatkan mengenai keutamaan puasa Rejab pula semuanya Maudhu` dan dhaif tidak berasal. Katanya lagi: Abdullah Al-Ansari tidak berpuasa Rejab dan beliau melarangnya dan berkata: Tidak ada satu hadiths pun yang sah dari Nabi mengenainya. Apa yang dilakukan orang pada zaman ini iaitu mengeluarkan zakat pada BULAN REJAB, BUKAN PADA BUALAN LAIN ADALAH TIDAK BERASAL. DEMIKIAN PULA PERIHAL PENDUDUK MEKAH yang banyak membuat UMRAH pada bulan Rejab, tidak di bulan lain adalah tidak berasal menurut pengetahuanku. Dan di antara bid`ah yang dilakukan orang awam ialah puasa pada hari khamis awal bulan Rejab, semuanya adalah bid`ah.`
`Dalam satu risalahnaya Ali bin Ibrahim Al-~Athar berkata: `Apa yang diriwayatkan mengenai keutamaan puasa Rejab pula semuanya Maudhu` dan dhaif tidak berasal. Katanya lagi: Abdullah Al-Ansari tidak berpuasa Rejab dan beliau melarangnya dan berkata: Tidak ada satu hadiths pun yang sah dari Nabi mengenainya. Apa yang dilakukan orang pada zaman ini iaitu mengeluarkan zakat pada BULAN REJAB, BUKAN PADA BUALAN LAIN ADALAH TIDAK BERASAL. DEMIKIAN PULA PERIHAL PENDUDUK MEKAH yang banyak membuat UMRAH pada bulan Rejab, tidak di bulan lain adalah tidak berasal menurut pengetahuanku. Dan di antara bid`ah yang dilakukan orang awam ialah puasa pada hari khamis awal bulan Rejab, semuanya adalah bid`ah.`
Sedikit pandangan penulis di atas bukanlah bermaksud menyekat seseorang dari untuk beribadat. Tetapi untuk membetuli dimensi peribadatan dalam Islam. Jikalau pendapat ini benar hendaklah diambil iktibar. Jika ianya salah dengan ada bukti yang sah berdasarkan perintah dari Al-Quran dan hadiths yang terbukti sahih dari Rasulullah s.a.w. hendaklah dibangkang tulisan ini kerana apa yang dikehendaki dalam ilmu dan peramalan adalah kebenaran di sisi Allah SWT dan Rasul-Nya dan diterima Allah SWT segala peramalan kita.
Wallahu a`lam.
Wabillahi taufiq walhidaayah. Wassalam.
Wabillahi taufiq walhidaayah. Wassalam.
1 Rejab bersamaan 24 Jun 2009.
Tiada ulasan