Header Ads

Teknologi Jin, Malaikat, Manusia?

Bismillahi Rahmanir Rahim. Assalamualaikum salam sejahtera  semua

Pak Guru saya ada menceritakan kepada saya suatu kisah semasa arwah salah seorang gurunya masih hidup yang nama  dan gelarannya  ialah Pak Mat Tok Penyadat iaitu seorang pengamal salawat Tafrijiah secara bersuluk [Pernah bersuluk di gua Panching, Pahang] hingga menzahirkan khadamnya.

Suatu hari dalam suatu perbualan Pak guru dengan gurunya, gurunya ada menyatakan `Jika kamu mahu melihat kecepatan kerja teknoloji khadam salawat ini cuba kamu lemparkan cincinku ini sekuat tenaga mu` Sambil guru kepada Pak guru mengeluarkan satu bentuk cincin berpermata akid daripada dalam sarungan kain kuning kecil daripada dalam kilas kain pakainnya.

`Betul ke guru suruh ni! Nanti hilang dalam semak sana....` Kata Pak Guru kepada gurunya.
`Iss.... tak apa... tak hilang.. lemparlah sekuat tenagamu.... cubalah!` Kata Gurunya.

Pak Guru pun lalu mengambil cincin yang permatanya sebesar hujung jari manisnya itu  di kepal-kepalnya beberapa kali kemudian lalu menarik nafas panjang dan dalam serta tahan.... lalu di lemparkan cincin perak itu ke arah semak samun berhadapan dengan lamburan rumah kayu gurunya di mana tempat mereka berdua berbual-bual itu... ya sekuat tenaganya dipetongnya [dilempar sekuat tenaganya] dan dia memang nampak cincin itu melayang jauh melalui atas pucuk dedaunan anak pokok kelapa di hadapan rumah gurunya itu tetapi secepat cincin yang di lemparkannya itu hilang dari pandangan matanya dan secepat itu pula Pak Guru melihat pada gurunya. Didapati seketika itu juga gurunya telah menunjuk kepada Pak Guru bahawa cincin itu telah pun berada semula dalam sarungan kain kuningnya.` Cepatnya proses masa adalah seperti senggang antara pejam dan celek mata sahaja`. Terang Pak Guru.

Pak Guru tidak puas hati lalu dimintakan untuk dilemparkan sekali lagi. Tetapi setelah diizinkan kejadian serupa saja seperti yang pertama itu. Bahawa kejadian ini sekali-kali bukanlah suatu sihir dan bukan kepandaian silap mata ianya memang benar-benar terjadi ia itu suatu realiti dalam kecepatan kerja khadam malaikat penjaga salawat Tafrijiah itu.

Saya menurunkan kisah Pak Guru di atas untuk membicarakan tentang kebenaran dan kecepatan yang terjadi proses perpindahan `Singgahsana Ratu Balqis` dari Istananya di negeri Saba` ke Istana Nabi Sulaiman beribu-ribu kilometer jauhnya di Palestin atau pun Negara Israel sekarang. Mungkinkah yang melakukan pergerakan ini ialah Jin Ifrit atau lain-lain daripada gulungan bangsa Jin atau pun gulungan malaikat khadam?

Ayat Al-Quran yang mengesahkan peristiwa ini antaranya adalah seperti berikut:
Terjemahannya:
`Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari Al-Kitab: `Aku akan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum matamu berkedip` Maka tatkala Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di hadapannya, iapun berkata: `Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencuba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari(akan nikmatnya)... `[An-Naml:40].

Ada pun ayat-ayat Al-Quran yang diterjemahkan diatas tidak menyebutkan identiti [jatidiri] orang yang memiliki pengentahuan daripada Al-Kitab itu apakah ia berasal daripada gulungan Jin atau pun Manusia yang dikhidmati oleh Malaikat-Khadam terhadapnya. Dalam banyak tafsir disebutkan bahawa yang memindahkan singgahsana Ratu Balqis tersebut berasal daripada golongan manusia [keturunan Adam a.s] dan namanya ialah Asyif bin Barkhiya`. Ia memiliki pengentahuan mengenai Ismullaah-ul-`Adzam [Nama Nama Allah Yang Teragong] yang jika dengannya ia berdoa [berkehendak apa-apa] pasti akan di kabulkan Tuhan.Ada ulama` yang mengatakan ismul-`adzam yang diamalkan oleh pendita Asyif bin Barkhiya ialah `Ya Hayyu Ya Qayyum Ya ilaa hana Wailaahakulli syai`in ilaa han wahidanllaa ilaa ha illa Anta`. Maka apakah Malaikat khadam Ismullah inilah yang melakukan pergerakan ini? Wallahu`alam.

Ada andaian penafsir moden contohnya Dr. Yahya al-Mahjari [Al-Ayat Al-Quraniyah fi Misykah al-`Ilm] berpendapat bahawa kemungkinan kerja pemindahan sanggasana Puteri Balqis ini adalah dilakukan oleh Jin Ifrit dengan pengetahuan dan kemampuan salah saorang daripada golongan jin yang berkhidmat kepada Nabi Sulaiman a.s. pada masa dua ribu tahun dahulu itu dengan kecanggihann teknolgi jin yang di anggap melebihi pencapaian pengetahuan dan kemampuan teknoloji yang dicapai oleh manusia hari ini. Bersabit dengan cerita saya tadi berkaitan peristiwa Pak Guru dengan gurunya pula, jikalau Asyif bin Barkhia`itu adalah seorang manusia seperti kita [bukan dari golongan jin] kemungkinan besar dia mendapat khidmat teknoloji `Malaikat Khadam` daripada ismul-`Adzam  yang tersebut itulah untuk memindahkan singgahsana Ratu Balqis itu ke Istana Nabi Sulaiman.a.s.

Andaikata bukan dengan teknoloji jin atau malaikat khadam  yang memindahkan singgahsana Puteri Balqis itu yang kelajuan perjalanannya seperti melebihi daripada kelajuan cahaya [`sebelum mata mu berkedip`] tentulah teknoloji manusia itu sendiri yang sungguh hebat [jika Asyif itu sendiri adalah manusia] Andainya benarlah begitu tentulah teknologi manusia zaman Nabi Sulaiman as. berganda-ganda hebat dan maju daripada pencapaian teknoloji manusia hari ini seperti mana andaian oleh Dr.Yahya al-Mahjari katanya seperti berikut ini:
`Kapasiti ilmiah (teknik) dan kemampuan praktis manusia sekarang ini dalam masalah  tersebut masih seperti anak-anak yang sedang belajar membaca. jika pada suatu hari nanti manusia dapat mengubah bahan menjadi tenaga dan sebaliknya dengan mudah, maka hal itu pasti akan menimbulkan perubahan radikal, bahkan berubah besar-besaran dalam soal gaya hidup sehari-hari. Salah satu sebabnya, tenaga dapat dikirim secepat cahaya dalam bentuk gelombang-gelombang mikron ke tempat mana pun kita inginkan dan kita dapat mengubahnya kembali menjadi bahan.`

`Kini manusia telah berjaya mengubah  bahan menjadi tenaga dengan proses reaksi atom yang dapat menghasilkan tenaga elektrik... sebaliknya manusia juga telah berjaya mengubah tenaga menjadi bentuk bahan, walaupun masih sangat minimum. Proses ini dilakukan dengan article accelarator, walaupun sampai saat ini hanya baru boleh diubah menjadi sebatas partikel-partikel`.

`Dengan teknoloji ini [akan datang] kita dapat mengirim perabut apa pun [sebagaimana mengirim singgahsana Balqis dari Saba` ke Palestin-Penulis], bahkan rumah dengan segala isinya sekalipun, ke satu tempat yang kita pilih. baik di seluruh penjuru bumi ini, di bulan, ataupun di plenet Marikh, dalam hitungan waktu yang kurang dari satu detik`.

`Kesulitan paling mendasar yang dilihat para pakar fizik untuk mewujudkan impian ini terletak pada kesulitan menyusun kembali partikel atau atom-atom bahan dalam bentuk aslinya secara sempurna. Semua atom harus berada pada kedudukannya semula sebelum diubah menjadi tenaga agar dapat menjalankan fungsinya yang asli.`

Jika  Asyif bin Barkhiya` atau siapa orang yamg memindah singgahsana Ratu Balqis dari negeri Saba` ke istana nabi Sulaiman a.s. di Juruselam itu ialah manusia anak Adam tanpa perantaraan khadam ayat atau ismullah-al-Adzam tetapi atas kepandaian teknologi  oleh manusia sepertimana ciptaan teknologi oleh manusia hari ini maka proses kejadian pemindahan singgahsana Ratu Balqis itu adalah seperti berikut:

1. Mula-mula merubahkan singgahsana Ratu Balqis menjadi sejenis tenaga yang tidak semestinya berbentuk tenaga panas seperti yang dihasilkan daripada reaksi nuklear masa kini, melainkan boleh berbentuk suatu tenaga yang menyerupai tenaga elektrik atau tenaga cahaya yang dapat dikirimkan melalui gelombang elekromagnetik.

2. Langkah kedua yang ia lakukan adalah mengirim tenaga ini daripada negeri Saba` ke istana Nabi Sualaiman a.s. Mengingat kecepatan pengiriman gelombang elekromagnetik sama dengan kecepatan pengiriman cahaya (300.000 km/detik) maka jangka waktu yang di perlukan untuk sampai ke istana Nabi Sulaiman a.s. adalah untuk sejauh 3,000 KM sahaja.

3. Langkah terakhir ialah mengubah tenaga yang telah sampai menjadi bentuk bahan semula yang sama seperti dengan bentuknya yang asal [ia itu singgahsana ratu] yang mana semua partikel dan atom-atom daripada singgahsana itu disusun kembali seperti sediakalanya.

Sesungguhnya manusia abad ke 20/21 ini belum mampu melakukan pergerakan yang seperti yang dilakukan oleh orang berilmu di masa Nabi Sulaiman a.s. dua ribu tahun lebih yang silam itu kerana prestasi yang berjaya dicapai manusia abad ke 20/21 ini hanyalah baru sebatas mengubah ion bahan-bahan unsur berat seperti uranium menjadi tenaga melalui proses pembelahan atom unsur-unsur ini. Ada pun reaksi-reaksi nuklear lainnya yang dilakukan dengan proses fusi atom unsur-unsur ringan seperti hidrogen dan helium yang menghasilkan tenaga matahari dan bintang masih belum terjangkau oleh kemampuan manusia setakat ini. Mungkinkah seribu tahun lagi?

Wallahu`alam.
Wassalam.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.