Konsep Nasionalisme Melayu Sejati
Membetulkan Konsep Nasionalisme Melayu Sejati [Ideal].
Konsep ini penting difahami oleh semua orang bangsa Melayu yang cintakan agama, bangsa dan negaranya dan juga bagi seluruh rakyat Malaysia amnya.
Bismillahi rahmaani rahiim. Alhamdulilahi rabbil aalamin wabihi nastain. Wasallallahu ala sayyidina Muhammadin sayyidul ambia`i walmursaliin waala aalihi wasohbihi ajma i`n. Aamin.
Assalaamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Ada orang yang berpendapat: Usahkan komunisme, nasionalisme pun ditolaknya kerana pada pendapatnya orang nasionalis ialah orang yang menolak Islam yakni menolak Islam dengan maksud mengambilnya [Islam] separuh-separuh [tidak menyeluruh]... Bagaimana persoalan ini atau pun kata-kata ini dalam konsep membetulkan hala tuju perjuangan semangat nasionalisme bangsa dan negara? Pendapat ini bukanlah perkataan yang boleh dipandang enteng kerana ianya boleh membawa kesan terhadap akidah yang benar serta kecemerlangan agama bangsa dan negara jika tidak difahami dengan benar dan diteliti dengan saksama.
Komunisme ialah faham politik yang hendak menjadikan semua harta benda dan barang barang pengguna hakmilik negara atau hakmilik rakyat. Fahaman ini adalah ganti atau lanjutan daripada fahaman sosialisme. Nyata ianya bertentangan dengan faham kapitalisme. Namun kesemua fahaman tersebut di atas adalah bertentangan dengan corak hidup dan fahaman Islam sejati dalam banyak aspek.
Komunisme menjadi tentangan orang Islam [Di Malaya atau Malaysia `orang Islam` dirujuk kepada semua orang Melayu dan muslim daripada lain-lain bangsa] pertamanya kerana dalam komunisme pegangan penganutnya mempunyai dasar fahaman Atheisme [Tidak mempercayai kewujudan Tuhan Yang Maha Esa penguasa dan pencipta semesta alam]. Kepada mereka agama hanyalah suatu dogmatis yang menyekat kebebasan berfikir manusia semata-mata. Manakala anutan agama adalah yang melibatkan iman {mempercayai yang Ghaib} dan syariatnya ada lah suatu kewajipan. Bilamana akal terhijab maka wahyu Tuhan dan hadits Rasulullah s.a.w. adalah alat penolong dan penerangnya.
Penentangan rakyat yang kedua terhadap komunisme ialah kerana dasar `Anarkis`nya [Suka mewujudkan keadaan hura-hara dalam negara, perosakan harta benda awam dan kerajaan, menghalang pentadbiran dan pengendalian yang teratur berdasarkan undang-undang dan parlimen, mewujudkan kacau bilau, hura hara dalam negeri atau kawasan yang di kuasai]. Di Malaya pada era perjuangan komunis menubuhkan sebuah kerajaan bercorak komunisme di Malaya bermula saat penaklukan Jepun dan setelah penyerahan kuasa Jepun kepada Inggeris pada 1942 iaitu selepas tewasnya Jepun di tangan tentera berikat [tentera bersekutu] pada perang dunia pertama.
Penyertaan orang Melayu [istilah Melayu dulunya: `Tiap-tiap Melayu adalah Islam`] dalam perjuangan komunis di Malaya di zaman Jepun dan Inggeris kebanyakannya kerana semangat patriotisme ingin menghalau penjajah daripada tanah air dan inginkan kemerdekaan bangsa dan tanah air. Mereka ini niatnya benar tetapi diperalatkan oleh gulongan komunisme yang ingin menubuhkan sebuah negara komunis Malaya. Orang Cina Malaya yang menjadi anggota komunis di zaman ini kerana banyak faktor, pertama: Kerana ingin membalas dendam terhadap kekejaman Jepun terhadap bangsa Cina di Malaya. Kedua: Kerana terpengaruh dengan dakyah komunisme yang ada taliannya dengan gerakan komunisme negara Cina dan memikirkan suatu kepimpinan `Cina` akan wujud dalam pemerintahan Malaya. Ketiga Zaman Jepun hidup orang Cina di Malaya cukup susah dan miskin. Dakyah perjuangan komunis yang akan `menyama ratakan pendapatan negara untuk rakyat ` jika dapat menubuhkan pemerintahan komunis di Malaya menarik orang-orang cina ini untuk menyertai parti komunis melancarkan perang gerila di Malaya menentang Jepun. Setelah British menakluk Malaya semula 1942 orang-orang Cina mulai berharta dan kaya raya hidup selesa dan senang lenang dalam sistem kapitalisme pentadbiran British. Golongan Cina kapitalisme ini tidak lagi tertarik dengan dakyah dan kempen perjuangan Komunis yang Anarkis. Maka golongan orang Cina komunis yang masih lagi kekal terus berjuang menentang kerajaan di malaya, Sabah dan juga Sarawak ialah golongan orang cina yang memang taksub dengan fahaman komunis yang ingin menubuhkan sebuah kerajaan komunis di Negara ini diketuai oleh Chin Peng. Bagi golongan Melayu yang terus juga berjuang bersama-sama komunis di zaman British ialah kerana ingin menghalau British yang dianggap penjajah tanah airnya dan ingin menubuhkan kerajaan Pan-Melayu Raya [Empire Melayu] sebagai kesinambungan daripada perjuangan para pejuang nasionalis Melayu masa lampau semenjak negeri-negeri Melayu dijajah oleh bangsa-bangsa asing mulai tahun Masihi 1511 apabila jatuhnya Melaka ketangan Portugis. Pada hakikatnya perjuangan mereka tidak berhasrat menyokong penubuhan sebuah kerajaan komunis Malaya. Mereka pula bukanlah `Kafir komunis`. [Setakat yang diketahui hingga hari ini tiada seorang pun` anggota komunis Malaya yang berbangsa Melayu` apabila mati dikebumikan di kuburan sebagai seorang `kafir komunis` melainkan dikebumikan di kuburan Islam juga - sebagai meninggalnya seorang yang muslim - Tetapi yang mati terbunuh di dalam hutan setelah bertempur dengan pasukan tentera kerajaan dan mayatnya dilarikan oleh rakan komunisnya tidaklah diketahui di mana kubur mereka itu - Wallahu a`lam].
Oleh kerana ada dua matlamat yang berbeza oleh dua gulungan [Melayu dan bukan Melayu] dalam gerakan parti komunis Malaya masa penakklukan Jepun dan semasa penjajahan semula oleh British [1942-1957] besar sekali suatu kemungkinan akan berlaku andai kata gerakan komunis berjaya menubuhkan pemerintahannya di Malaya atau [Malaysia hari ini] apabila dapat mengalahkan pemerintahan British maka peristiwa petempuran kaum yang lebih menyeluruh dan lebih dahsyat akan berlaku di Malaya dalam jangka masa yang lebih panjang dan dengan tidak lagi akan menunggu saat `bom jangka peristiwa 13 mei 1969-pergaduhan kaum itu` malah kemungkinan akan berlaku terlebih awal lagi sebagaimana telah ditunjukkan tanda-tanda awalnya apabila bermulanya peristiwa perang Melayu terhadap gulungan komunis iaitu `Perang Jihad Parang Panjang Panglima Salleh` di Johor dan juga peristiwa berdarah di Sungai Siput Perak yang terkenal dalam sejarah perjuangan nasionalis Melayu. Dengan ulasan tersebut di atas juga seseorang pejuang gerakan komunis di negara ini [Malaya atau Malaysia] yang berjuang menentang penjajah Jepun atau pun British dengan hasrat ingin menubuhkan sebuah `kerajaan negara komunis di Malaya atau pun malaysia` walaupun ia seorang kelahiran tempatan dia bukanlah hero negara dan bangsa tetapi Anarkis komunis yang ditolak perjuangannya oleh semua penduduk teras sejati anak watan Tanah Melayu atau Malaysia iaitu `Melayu-Bumiputera`. Maka semua pejuang gulongan komunis yang sebenar berfahaman komunisme yang diketuai oleh CHIN PENG adalah pengkhianat terhadap perjuangan nasionalime anak watan yang sejati dan pengkhianat terhadap negara ini.
Jelas sekali komunisme sebenarnya tidak bertapak langsung dalam jiwa bangsa Melayu kerana kalau disebut `Melayu` terkandunglah dalam jiwanya nur Islam [Namun bagitu hal melakukan perbuatan fasik, `asi dan maksiat serta dosa itu tidak boleh dinafikan ada berlaku di kalangan umat Melayu Islam malah orang-orang Islam daripada kalangan bangsa-bangsa lain pun dalam dunia ini tetap saja ada kerana yang bernama manusia biasa itu tidak adalah yang semuanya sempurna dan suci]. Sebabnya kalaulah ditanya kepada mereka tentang apakah jenis agama pegangannya maka mereka tetaplah menjawab `Islam`. Kalau mati pun tetap ditanam di kuburan Islam. Terkecualilah pada hari ini ada segelintir kecil Melayu yang memang sudah manjadi sesat `murtad` kerana dakwah kristian atau hindu budha dan ikutkan nafsunya serta hasutan syeitan]. Justeru jikalau Komunisme tidak langsung diterima oleh seluruh bangsa Melayu Malaya atau Melayu Malaysia [setelah bergabung Sabah dan Serawak 1963] hinggalah ke hari ini maka bagaimana pula kedudukan fahaman Nasionalisme di kalangan Melayu? Adakah nasionalisme juga bercanggah dengan islam?
Nasionalisme ertinya `Semangat kebangsaan yang memiliki semangat patriotisme iaitu semangat cintakan bangsa dan tanah air'. Maka maksud nasionalis ialah orang yang menyintai bangsanya dan tanah airnya. Orang sebegini jika berserta pula dengan usaha dan gerak kerja perjuangannya boleh digelar satria bangsa [Patriot].
Semangat Nasionalisme yang melibatkan rasa bangga individu atau umum terhadap jejak generasi silam dalam membina tamadun hidup yang cemerlang, dihormati, miliki keyakinan tinggi dan menjadikan mereka sebagai contoh yang baik adalah perkara tidak terlarang dalam agama. Misalnya kegemilangan seorang bapa menjadi kebanggaan kepada anaknya lantaran berguna menjadi pembakar semanagat dan perangsang kepada kecemerlangan si anak demi satu tujuan hidup yang baik. Sama jugalah jika digunakan sebagai usaha membangkitkan hemah generasi masa kini dengan mencontohi kehebatan generasi masa silam sebagaimana saranan nabi yang mengatakan semua para sahabat baginda adalah saperti bintang-bintang petunjuk. Al Quranul karim juga ada menggunakan sejarah kehebatan iman generasi silam sebagai contoh untuk dicontohi oleh generasi Islam kemudian. Nabi s.a.w. ada bersabda:
الناس معادن خيا رهم في الجا هلية حيا رهم في الاسلام اذا فقهوا
Ertinya: 'Manusia itu seperti logam, orang yang terbaik di zaman jahiliah adalah orang yang terbaik di zaman Islam, jika mereka memahami`.
Oleh itu Islam tidak menolak semangat nasionalisme jika ia membawa maksud yang baik dan mulia demi agama bangsa dan negara.
Jika perjuangan nasionalisme ditujukan untuk keluarga atau ummah maka orang yang paling utama untuk menerima layanan baik dan orang yang paling utama patut dilimpahkan segala sumbangan dan jihad ialah keluarga atau ummah [Melayu yang dalam dadanya terisi iman dan islam adalah keluarga atau ummah dalam konteks negara ini] maka kata kata hikmat ulama ini tidak patut dikesampingkan iaitu:
'Demi sesungguhnya, keluarga tetap lebih berharga bagi seseorang walau seluruh manusia telah tunduk kepadanya.`
Oleh kerana itu natijah pernyataan nasionalisme ummah ini adalah menjadi kewajipan setiap pihak supaya berusaha mencapai matlamat murni membina kecemerlangan bangsa dan negara dalam ruang kebebasan dan kemerdekaan yang sedang dinikmati kerana nasionalisme corak ini tidak dilarang oleh Islam.
Andainya apa yang dimaksudkan dengan nasionalisme untuk menghidupakan kembali budaya jahiliyah yang telah pupus. Mewujudkan semula sejarah agong yang batil yang telah lenyap dengan mengenepikan tamadun [Islam] yang baik yang telah bertapak kukuh, membuang semua atau mengambil separuh-separuh perkara yang ada kaitan dengan Islam yang syumul semata-mata kerana semangat nasionalisme sehingga menghancurkan syiar Islam kerana menghidupkan budaya jahiliyah yang bertentangan dengan agama kerana sebab bertoleransi kaum atau merestui sebarang `isme` yang lain dari Islam maka nasionalisme seperti ini adalah karut, nasionalisme batil yang membawa kesan buruk dan membawa kerugian sangat kepada ummah dan terjauh daripada membawa hidayah. Maka hilanglah keistimewaan Ummah dan merobek kesucian agama dan merendahkan kedudukan atau mertabat ummah yang sepatutnya dipandang tinggi di tanah air sendiri.
Namun begitu jika yang dimaksudkan dengan nasionalisme ialah berbangga dengan bangsa sendiri hingga ketahap merendahkan bangsa yang lain sebagaimana nasionalisme bangsa Yahudi dan memusuhi serta memanipulasi bangsa lain demi mengangkat mertabat bangsa sendiri sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Jerman dan Itali atau fasis jepun pada satu masa yang lampau begitu pun juga puak Arab Quraisy zaman sebelum Rasulullah s.a.w. diangkat menjadi utusan Allah SWT atau mana-mana bangsa lagi yang mendakwa mereka lebih istimewa berbanding bangsa lain maka maksud nasionalisme saperti ini adalah keji dan bercanggah dengan nilai agama dan peri kemanusiaan maka ianya bukanlah suatu kebaikan. Kerana hal sapert ini Rasulullah s.a.w. ada bersabda:
Ertinya; `Allah telah membersihkan kamu daripada nilai jahiliyyah dan budaya berbangga dengan nenek moyang. Seluruh manusia berasal dari Adam dan Adam dari tanah. Tiada kemuliaan bagi Arab berbanding bukan Arab kecuali dengan ketakwaan`.
Jelas di sini semua manusia tidak kira apa bangsa, bahasa dan warna kulit adalah semuanya dari zuriat Adam a.s. Oleh kerana itu semua manusia setaraf dari segi kemanusiaan. Manusia hanya berbeza berdasarkan amalan dan perbuatan mereka. Namun kita tidak boleh menolak terus keistimewaan yang semulajadi yang dimiliki oleh sesuatu bangsa yang mana setiap bangsa ada dikurnia Tuhan memiliki keistimewaan dan kelebihan tersendiri. Namun keistimewaan yang ada bukanlah untuk bermusuh atau merendahkan kemanusiaan yang lain. Begitulah pengurnian awal pendudukan [Kawasan tanah air] sesuatu puak atau bangsa kaum atas bumi dunia ini yang menjadi hak keistimewaannya.
Dalam Nasionalisme bangsa Melayu ada terkait rapat dengan akidahnya. Oleh itu nasionalis bangsa Melayu [muslim] boleh melihat manusia dalam negara bangsanya terbahagi kepada dua gulongan. Satu gulongan ialah golongan yang mempunyai keyakinan dan akidah yang sama dengan mereka yaitu meyakini bahawa agama Allah[Islam yang suci], Kitabullah [Al Quran] meyakini Muhammad s.a.w. sebagai utusan Allah SWT.terakhir penutup sekelian nabi dan rasul rasul dan meyakini semua risalah yang dibawanya adalah benar perintah dari Allah s.w.t. Maka gulungan ini [iaitu Melayu dan kaum lain yang muslim] mempunyai ikatan yang amat suci iaitu ikatan akidah yang lebih suci dari ikatan darah daging. Maka rasa bersimpati dengan nasib sesama mereka dalam semangat nasionalisme ini lalu bekerja dan berusaha bersama [bukan perpecahan berpuak berbanyak parti dan berbalahan mengusung fitnah sesama bangsa sendiri demi kuasa, pangkat dan harta benda dan nafsu duniawi dan lain-lain] berkhidmat serta mempertahankan serta berjuang atau berkorban harta dan nyawa demi kesejahteraan bersama dan ikhlas kerana Allah dan kehormatan beragama serta kemanusiaan adalah terpuji dalam semangat nasioanlisme saperti ini dan ianya tidak bertentangan dengan agama sebagaimana firman Tuhan:
انما الموءمنون اخوة فأ صلحوا بين أحويكم
Ertinya: `Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah itu) itu.' [Al-Hujarat:10].
Maka adakah sudah tercapai jenis nasionalime Melayu sejati seperti golongan pertama tersebut itu dewasa ini di Malaysia? Renung-renung dan fikirkanlah sendiri keadaan semasa dan sejarah perjuangan nasionalisme bangsa dan negara yang kita tempuhi selama ini hingga kini. Kalau masih belum tercapai bilakah akan wujudnya saorang Wira Sejati yang dapat mengrealisasi seperti saranan Ilahi itu setelah terdedahnya kebenaran sejati dan kesedaran ini? Maka apakah pula tindakan kita individu terhadap perintah Ilahi ini? Sesungguhnya setiap kita ada tanggungjawab terhadap semangat nasionalisme bangsa yang sejati saperti ini.
Satu golongan lagi penduduk yang berbeza iatu kita tiada ikatan bersamannya saperti ikatan yang tersebut di atas. Tetapi wajiblah berdamai dengan mereka jika mereka berdamai dengan kita. Kita mesti juga berbaik dengan mereka jika mereka tidak memusuhi kita. Tetapi nasionalis muslim sejati mestilah bersikap baik dengan mereka dalam hubungan dakwah. Kerana menjadi tanggungjawab kita menyeru mereka bersama kita kerana apa yang kita miliki adalah yang terbaik untuk seluruh bangsa manusia. Tetapi jangan terkalah dengan tekanan-tekanan dari mereka demi syiar agama, kedamaian serta kemajuan bangsa dan negara. Firman Allah s.w.t.
Ertinya: `Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu daripada kampung halaman kamu, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu`. (Al-Mumtahanah:8-9).
simfoni Artikel
Suatu Peringatan buat bangsaku sempena bulan Mei yang bersejarah di tanah air tercinta.
Wabillahi taufiq walhidayah. wassalam.
Al Fakir IlaLlah.
Tiada ulasan