Header Ads

Apabila Diajak Berhukum Dengan Hukum Allah

Apabila saseorang berkata yang ia rela di hukum dengan hukuman Allah (syariat Islam) atau saseorang berkata mari kita pergi berhukum dengan hakim kaum muslimin atau kepada tuan mufti untuk memutuskan pertelingkahan yang ada di antara kita apakah pandangan sebagai seorang muslim?
Bismillahir rahmaanir Rahim. Alhamdulillahi Rabbil a`lamin wabihi nasta`in wassolaatuwas salam ala sayyidinaa Muhammadin syayyidas syaahidin waala aalihi wasahbihi ajmain.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua pembaca laman.
Andaikata jika saseorang muslim itu dikatakan kepadanya `Antara kami dan kamu ialah kitabullah dan sunnah Rasulullah saw. Atau pun apa yang dikatakan oleh para ulama kaum muslimin seumpama itu atau bila dikatakan kepadanya `Mari kita pergi berhukum dengan Hakim kaum Muslimin` maka hendak lah dijawab `Saya dengar dan  patuh atau dijawab` Dengan penuh kurniaan dan kemuliaan dipersilakan` Dan lain-lain perkataan saumpama itu. Sebab Allah SWT berfirman dalam Al Quran dalam surah an-Nur:
Terjemahan ertinya: `Hanya sanya perkataan kaum mukminin apabila diajak (berhukum) kepada Allah dan Rasul Nya untuk memutuskan perkara antara mereka, berucap `kami dengar dan kami taat` dan mereka itu lah orang orang yang beruntung.` [An-Nur:51].
Kenyataan di atas dan dalil-dalil yang lain seumpamanya nampaknya ada yang menentang dalam negara yang wujud pentadbiran secara syariah Islam misalnya di Malaysia di kebelakanagan ini. Mengikut lapuran media ada beberapa kumpulan manusia yang terang terang meminta undang-undang Islam  yang di bawah tadbir jabatan hal ehwal Islam  negeri negeri dalam persekutuan Malaysia dihapuskan. Pertubuhan pertubuhan itu ialah saperti Kumpulan bertindak Bersama Bagi Persamaam Gender (JAG), Pertubuhan Sisters in Islam (SIS) dan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO). Mereka ini mendesak kerajaan memansukhkan undang-undang jenayah syariah yang wujud di negeri-negeri di Malaysia. Perkara  desakan ini dibangkitkan mungkin ada berhubung kait dengan kes seorang model yang di tangkap oleh pehak berkuasa syariah kerana minum arak di khalayak lalu dijatuhkan hukuman sebat oleh mahkamah syariah dan beliau yang dijatuhkan hukuman itu pun rela dengan hukuman tersebut. Tetapi peristiwa ini  telah dieksploit oleh gulungan-gulungan tertentu yang mempunyai niat-niat tertentu. Antara kumpulan tersebut dilaporkan media (sabtu, 10 october) ada yang menghantar memorandum kepada Perdana Menteri (25 ogos) mendesak Kerajaan Persekutuan dan Negeri memansuhkan undang-undang jenayah syariah yang sudah lama diguna pakai dan berkuatkuasa dalam negara ini. Hal ini sebagai menggugat kedaulatan Islam sebagai agama resmi negara saperti yang termaktub di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan. Dan di anggap menghina kedaulatan Islam sebagai agama resmi negara dan negeri-negeri yang diberi kuasa penuh mentadbir hal ehwal Islam yang diwarisi oleh kesultanan Melayu atau Yang Dipertua Negeri Negeri dalam persekutuan. Hal penentangan ini terjadi belum lagi kerajaan pusat menjalankan undang-undang negara mengikut acuan pemerintahan negara Islam tulin. Jika gulungan penentang ini adalah anti Islam tindakan ini adalah suatu serangan awal seperti menanam jerangkap samarnya terhadap landasan perjuangan gulungan-gulungan yang mahu mendaulatkan hukum hakam Islam dalam negara.
Jika gulungan penentang ini adalah yang mengaku dirinya Islam mereka harus sedar bahawa setiap tindakan dan perkataan mereka akan dicatat keatas diri mereka dan akan dibicarakan oleh Allah. Baca lah firman Allah dalam al Quran:
Ertinya: `Ingatlah hari dimana setiap jiwa akan mendapati apa yang dilakukan dari kebaikan tersedia di hadapannya`. [Al-Imran:30]
Dan firman Tuhan:
Ertinya: `Takutlah kamu akan hari di mana kamu sekelian akan dikembalikan kepada Allah`. [Al-Baqarah:281]
Sesungguhnya kebanyakan orang dalam sesuatu hal berbicara dengan kata kata yang tidak layak dan tidak ada pertimbangan, sehingga ada yang boleh membawa kepada akibat kufur. Jika apa apa yang dilakukan sangat bertentangan dengan hadis Rasulullah saw atau yang seumpama itu jangan sampai ia menjawab `Saya tidak tertakluk dengan hadis Nabi atau saya tidak semesti ikut atau tunduk kepada yang disebut oleh hadis Nabi hal ini boleh membawa kekufuran. Misalnya jika ada yang mengatakan `Hukuman yang dikenakan Mahkamah Syariah meninggalkan kesan psikologi` dengan maksud mahu menolak undang-undang jenayah Syariah maka Wajib ia Taubat  dari kata-kata demikian.
Hukum hudud dari sudut bahasanya ialah bermakna garis pemisah antara dua perkara. Dari segi syarak ia adalah satu hukuman dalam kadar yang tertentu yang ditentukan oleh syariat sebagai peringatan untuk tidak melakukan lagi maksiat atau jenayah. Jadi sama lah ia dengan mana-mana pun tujuan hukuman di dunia ini yang memang bertujuan `memberi peringatan` Tetapi peringatan [hukuman] tidak memberi kesan jika hukuman tidak berkesan terhadap jiwa [psikologi] pesalah sebab tujuan memberi kesan jiwa daripada hudud itu ialah supaya pesalah tidak mahu mengulangi kesalahannya saperti itu lagi di masa muka serta menjadi teladan [supaya tidak melakukan kesalahan yang serupa itu] kepada masyarakat seluruhnya.
Sesunggguhnya kemaslahatan adalah objek  atau maksud utama yang ingin dicapai oleh setiap hukum Islam. Sesuatu perkara yang disyariatkan itu tidak sekali kali disyariatkan [samada melalui Al-Quran dan As-Sunnah] melainkan ianya mengandungi maslahat yang hakiki. walaupun maslahat itu kelihatan samar samar pada sebahagian orang yang telah tertutup pengertiannya oleh sebab dipengaruhi hawa nafsunya.
Adapun maslahat yang dikehendaki oleh Islam bukanlah maslahat yang seiring dengan keinginan hawa nafsu manusia. Akan tetapi, maslahat yang hakiki yang berkaitan dengan kepentingan umum,bukannya kepentingan khusus pehak tertentu. Ada pun maslahat yang diakui [mu`tabarah] yang wujud melalui hukum hakam Islam dan telah sepakat ulama bahawa ia ditetapkan berdasarkan nas-nas agama Islam adalah maslahat hakiki. Maslahat ini dihalakan kepada pemeliharaan lima perkara yang asas iaitu;
1. Memelihara agama 
2. Memelihara jiwa 
3. Memelihara harta 
4. Memelihara akal 
5. Memelihara keturunan
Hal ini adalah disebabkan dunia yang menjadi tempat kehidupan manusia sejagat ditegakkan di atas kelima-lima tonggak tersebut. Apabila terpelihara kelima lima perkara itu maka kehidupan manusia menjadi luhur dan dapat membina hidup bermasyarakat yang sejahtera dalam sebuah negara.
Sesungguhnya Islam itu syumul dan cantik.
Wallahu a`lam
Wassalam.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.