Zhawq. Warid. Maqam. Hal
Zhawq * Warid * Maqam * Hal
Al-Dhawq itu dlm bahasa mudahnya ialah rasaan atau kecapan jiwa pada permulaan menerima manifestasi Ilahi yang berlaku ke atas kesedaran perhubungan individu dengan Ilahi. Al-Warid pula selalu berkait dengan amalan wirid atau zikir darajat (sesuatu zikir thorekat tasawuf diamalkan) maka terdapat pelbagai khatir yang terpuji (mahmudah) yang mendatangi hati tanpa sebarang usaha daripada pemilik hati tersebut. Selalunya istilah ini diguna untuk memberi makna kepada setiap apa yang mendatangi hati sebagai manifestasi daripada mana-mana Asma Allah.
Orang orang makrifat yg menceritakan tahapan yang mereka capai. Namun kerana bahasa hanya sesuai dengan tingkat pencapaian seseorang, justeru wajarlah kalau ucapan mereka sukar difahami orang. Secara tersurat kata kata mereka saling berbeza walau makna terdalamnya bertemu pada satu titik yg tampa diucapkan.
HAL dan MAQAM itu ada perbezaan dasar. Istilah Hal terkadang digunakan untuk mengertikan TINGKATAN JIWA atau jalan hidup secara umumnya dalam menempuh jalan kerohanian sufi. Adapun Maqam (pangkat) jika ia tetap dan bertahan disebut 'Tingkatan Jiwa' jika menghilang akan memberikan tempatnya (tingkatan jiwa) itu kepada (tingkat) yang lain pula dengan segera. Ada akhtiar yg diperlukan untuk memperoleh suatu MAQAM tapi watak hal sebagai kurnia Tuhan. HAL (AHWAL) adalah kurnia dari Tuhan sementara MAQAMAT diperoleh. AHWAL datang dari musim demi kemurahan Allah dan MAQAMAT dicapai melalui ikhtiar dgn izin Allah. Pangkat (makam) adalah 'darjat' seseorang dijalan Tuhan maqam pertama ialah Taubat kemudian penyesalan (inabah) kemudian penyangkalan (zuhud) kemudian semata percaya kpd Tuhan (tawakkal) dan seterusnya... tahap pendakian kemurnian ruhani mencapai darjat 'insan kamil' cermin Ilahi.
Tiada ulasan