Header Ads

KESUCIAN KALIMAT ALLAH HUBUNGANNYA DENGAN AKIDAH (METHODOLOGI SYARIAH)

Bismillahi Rahmani Rahim Alhamdulllahi Rabbil a`lamin wassalatu wassalam ala Rasulihil karim Sayyidina Muhammadin s.a.w. waalaa aalihi wasohbihi ajmain. Amma ba`du... Maha suci Allah yang memelihara namaNya Yang Mulia dan Suci dari fitnah lisan manusia yang seraqah, munafiq, kufur dan musyrik atau murtad melalui kitab suciNya (Al-Quran) yang benar serta sunnah rasulNya yang suci dan luhur dan juga melalui lisan dan tulisan hamba hambaNya yang jujur ikhlas membela syariahNya yang mulia dan sangat menyintai kesucian Zat, Sifat, Asma dan AfaalNya yang Maha Sempurna dan senentiasa berjihad menegakkan yang hak dan memusnahkan yang batil dalam masyarakat ummah Islam.. InsyaAllah.
Ini satu nasihat (addinu-nasihah) Awas dan hubaya-hubaya jika ada orang Islam yang berpendapat atau mengatakan atau dengan rela hatinya meredhakan atau bersekongkol dengan pendapat atau pun membolehkan seseoang atau satu golongan; baik dengan lisannya atau dengan perbuatannya atau menyokong dalam jiwanya bahawa kalimah nama `ALLAH` boleh digunakan dalam Bible (baik dalam bahasa Melayu atau bahasa apa pun) atau oleh orang agama-agama lain[dalam ibadah mereka]khasnya agama Kristian (Nasrani-i`tiqad Triniti) kini.. maka tidak syak dia (orang Islam itu) akan atau telah menjadi syirik, kufur, bidaah dhalalah atau boleh terus menjadi seorang itu murtad mengikut keadaan dan situasi pegangan dan lisannya dan hatinya. Nauzubillahi minzaalik. Maka kalau mereka ini insaf membaca tulisan ini hendaklah cepat-cepat mereka mohon ampun kepada Allah SWT dan hendaklah mereka bertaubat sebenar benar taubat kerana ia telah meredhakan atau bersekongkol malah menderhaka membuat fitanah ke atas Allah SWT. Yang Maha Suci.
Seseorang dan gulongan yang mengaku dirinya Islam tapi berpendapat `Kalimat Allah` boleh digunakan dalam Bible atau oleh orang agama lain khasnya kristian adalah di antaranya mereka yang mengambil dalil ayat Al-Quran Surah Al-Imran ayat 64 yang terjemahannya seperti berikut:
Ertinya: `Katakan hai Ahli Kitab, marilah kepada suatu kalimat(ketetapan)yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu,bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai Tuhan selain daripada Allah. Jika mereka berpaling maka katakan lah kepada mereka `Saksikanlah bahawa kami adalah orang-oarang yang menyerahkan diri (kepada Allah).`
Mereka (golongan yang tersebut di atas) telah tidak mentafsirkan ayat tersebut secara keseluruhan (Entah mungkin atas sebab atau kepentingan yang tidak untuk menegakkan akidah Islam) sebab itu mereka telah terpesong dari landasan Akidah Islam yang haq. Pada hal mengikut tafsiran penuh atau keseluruhan ayat al-Quran yang tertera di atas firman Allah itu sebenarnya tidak membenarkan sesiapa pun orang musyrikin menggunakan kalimat nama `Allah` itu sebagai tuhan mereka kecuali setelah mereka memeluk Islam dan meninggalkan agama musyrik mereka (melalui seruan Nabi Muhammad s.a.w) melalui wahyu Allah itu. Hujjah saya ini saya perkuatkan dengan tafsir Ibnu Kathir (Ringkasan: Jilid 2 ms,94) mengenai ayat al-Quran Surah Al-Imran ayat 64 tertera di atas katanya seperti berikut:
`Firman Allah ini mengenai umumnya ahli kitab dari orang Yahudi atau Nasrani (Kristian) dan orang-orang sekepercayaan dengan mereka. Sedang yang di maksud dengan satu `KALIMAT` dalam ayat itu ialah TIDAK MENYEMBAH SELAIN KEPADA ALLAH DAN TIDAK MENYENGUTUKAN KEPADANYA SESUATU PUN BERUPA ARCA, BERHALA, PATUNG, SALIB ATAU API tetapi mengkhususkan semua ibadah kepada Tuhan (ALLAH)Yang Maha Esa. Hal itu merupakan ajaran yang dibawa oleh semua rasul Allah....` (Dari semenjak datuk nenek manusia yang awal Adam a.s. termasuk lah Nabi Isa a.s. hinggalah ke Rasul terakhir Sayyidina Muhammad S.A.W.).
Melalui hujjah ringkas ini jelas ada gulongan orang Islam yang melakukan penyelewengan tafsiran ayat al-Quran dari akidah tauhid yang sebenar ini boleh jadi atas sebab kejahilan, kelalaian atau mengambil hati sesuatu gulongan yang ada kepentingan tertentu dan sebagainya lagi.. hanya Allah yang lebih tahu. Namun kata kata hikmat berikut hendaklah di fikirkan`Barangsiapa makan melebihi batas, berarti ia menggali kubur dengan giginya sendiri`. Maka jika seorang pemimpin (Alim) masyarakat atau pemimpin kepada orang-orang golongan penyokong perjuangannya maka ia mempunyai tanggung jawab besar kerana dia adalah menjadi teladan dan ikutan apa yang di pegangnya dalam akidah, tindakan dan amal perbuatannya kepada pengikutnya yang ramai maka takutlah seperti kata kata hikmat ini.. Izaa zallal aalimu zallal ghaalamu.. ertinya: `Apabila si alim(pemimpin) tergelincir,maka masyarakat pun turut tergelincir pula.`
KEMURKAAN ALLAH SWT jelas terhadap orang beragama Kristian Triniti yang menggunakan nama `ALLAH` sebagai tuhan mereka terdapat dalam surah Al-Maidah ayat 73 yang ertinya: `Sesungguhnya kafirlah orang yang mengatakan bahawasanya Allah salah seorang dari yang tiga, padahal sekali-kali tidak ada Tuhan selain Tuhan Yang Esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang yang kafir di antara mereka akan di timpa siksaan yang pedih`.
Terjemahan ayat Al-Quran di atas jelas memberi tahu akan kemurkaan Allah kepada orang kafir (atau siapa pun yang bersekongkol menyokong, meredha mereka mengata atau menuls dalam kitab Bible mereka.. etc) yang mengatakan Allah adalah seorang dari yang tiga (Trinity) yaitu tuhan anak, tuhan bapa dan rohul-quddus di dalam kitab Bible. Sebagaimana kalau di terjemah pula ke bahasa Melayu misalnya pada ayat dalam Bible bahasa Inggeris yaitu misalnyanya pada ayat yang berbunyi `Truly you are the Son of God` yang mana kalau diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan dengan menterjemahkan atau di gantikan kalimat `GOD` itu kepada kalimat`ALLAH` maka akan terbinalah ayat terjemahannya begini `Sesungguhnya engkaulah anak kepada Allah` Maka dengan terjemahan yang sebegitu akan memasukkan kalimah Allah pada tempat itu lantas menyebabkan makna `Allah` itu amat menyalahi makna ` Allah` dalam akidah ketuhanan orang Islam dan amat bercanggahlah dengan maknaNya dalam kitab suci Al-Quran yang merujuk Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa.
Gulongan yang mengatakan boleh kalimat Allah diterjemah ke dalam kitab Bible juga mengambil alasan sejarah kononnya orang Arab jahiliah (sebelum kedatangan dakwah Islamiah oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan juga semasa hayat Baginda) memanggil nama Tuhannya juga dengan sebutan `Allah`... tetapi ketahuilah bahawa orang Arab jahiliyah itu ibadat mereka ada yang menyembah malaikat dan jin yang mereka anggap sebagai `puteri-puteri Allah` (Mahasuci dia). Sebahagian lagi tergolong kaum Shabiin yang menyembah plenet-plenet. Mereka mereka Arab jahiliyah ini juga adalah penyembah berhala berhala dengan menganggapnya sebagai pemberi syafaat di sisi Allah.... padahal ayat ayat al-Quran mengandungi kecaman keras terhadap keberhalaan dan ditujukan kepada orang-orang Arab Jahiliyah yang memeluk berbagai kepercayaan anika ragam itu. [lihat ayat QS 21:36,QS 21:43,QS 6:100 dan QS 53:20 dll banyak lagi]. Kebanyakan mereka juga mempercayai berhala-berhala itu sebgai pemberi syafaat, dan bahawa mereka itu adalah `tuhan-tuhan kecil` yang menyengutukan keesaan Allah SWT.. jadi apabila mereka menyebut Allah bukanlah Allah Yang Maha Esa semata tetapi Allah yang mempunyai sekutu-sekutunya [Maha Suci Allah dari mempunyai sekutu]. Maka hujjah gulongan yang menyokong Nama Allah di tulis dalam Bilble dan di guna pakai oleh orang orang agama lain dalam ibadat mereka menunjukkan sikap dan hasrat mereka semacam merelakan `Pluralisme agama` dalam negara atau dalam dunia maka sikap dan pendapat semacam ini hendaklah di tolak (jangan bersekongkol) oleh umat Islam sejati yang cintakan Allah Yang Maha Esa yang tiada sekutu bagiNya. Kerana jelaslah terlarangnya `seruan` yang bersifat ibadah yang biasa dilakukan oleh kaum musyrikin di hadapan patung-patung Lata, Uzza dan Manah atau bintang-bintang dan benda benda langit atau pun malaikat dan jin. Seakan akan ayat ayat dalam surah surah tersebut mengatakan `Janganlah kamu menyembah siapa pun di samping menyembah Allah`. Namun jika orang kafir (orang agama lain dari Islam nak sebut juga dan nak tulis juga kita nak buat macam mana? tak dapat lah kita rakyat biasa nak kekang mulut dia dan nak ikat tangan mereka supaya jangan `menulis` namun hati kita mesti tidak suka dan tidak rela dan tidak redha perbuatan mereka itu terhadap nama Allah Tuhan kita Yang Maha Suci dari sekutu. Penguasa agama negara Islam bolehlah dan sepatutnyalah membuat tindakan apa apa mengikut bidang kuasa mereka mengekang perkembangan agama kuffar kepada umat Islam (melalui penulisan kalimat Allah dalam Bible) dan menghalang penggunaan nama Allah Yang Maha Suci daripada di cemarkan dengan akidah agama kuffar (ugama lain dari Islam).
KEMURKAAN ALLAH kepada gulongan Kristian Trinity ternyata lagi mengikut satu Hadis Qudsi seperti berikut, ertinya: `Anak Adam mendustakan Aku, padahal itu bukan haknya, dan memaki Aku pada hal itu bukan haknya, ada pun pendustaan terhadapku ialah katanya:Bahawa Allah tidak dapat mengembalikan kejadianku sebagaimana semula, padahal nyata bahawa ciptaan pertama itu tidak lebih ringan(mudah)daripada mengulanginya kembali. Adapun makiannya terhadap-Ku yaitu pernyataannya: Bahawa Allah beranak,padahal Akulah Yang Esa, Tunggal dan diperlukan oleh semua makhluk, tiada beranak dan tidak diberanakkan, dan tidak ada sekutu setara bagiku seorang pun. (HR.Bukhari). Maka dalam kitab sahih Bukhari juga Rasulullah s.a.w. bersabda, ertinya: `Tiada yang lebih sabar dari Allah yang mendengar langsung apa yang dikatakan oleh makhluk terhadap-Nya.Yaitu mengatakan bahawa Allah itu beranak, sedang Allah memberi rezeki kepada mereka mensejahterakan mereka.(HR.Bukhari). Maka kemurkaan Allah kepada orang Kristian Trinity dan juga agama agama penyembah berhala lain tentulah terkena juga kepada sesiapa yang secara sengaja atau pun `bermuslihat` menyokong, meredhakan, bersekongkol dengan mereka apabila mereka mahu menggunakan kalimat Allah dalam kitab agama mereka yang menyengutukan Allah itu dan nantilah balasan azab kemurkaan Allah di alam abadi dan kerana perbuatan itu juga seorang Islam bolih menjadi berdosa, syirik dan kufur malah juga murtad... Nauzubillahi min zaalik.
Dalam kitab-kita fekah masalah kufur dan murtad ini di bahas secara terperinci, terutama kufur dan murtad yang disebabkan ucapan dan konsekwensi yang di timbulkannya. Hal ini mengingat kita bahawa`ucapan yang menjadi kufur dan murtad ini lah yang paling banyak terjadi dan meluncur dari lisan seseoarang tanpa tersedarinya. Demikian juga mereka tidak menyedari bahawa ucapannya itu menakibatkan akad nikahnya menjadi batal dan isterinya tertalak sehingga tidak halal baginya lagi, kecuali setelah ia memperbaharui Islamnya dengan membaca shahadat dan dengan nikah yang baru pula menurut gulongan Hanafi. Tetapi menurut Shafi`iah, dalam hal ini cukup dengan rujuk bila masa `iddah` belum habis. Perbuatan kufur dan murtad dapat menghapus semua amal.. Nauzubillahi min-zaalik sebagaimana firman Allah; ertinya:`...Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), niscaya akan hapuslah amalmu....` (QS az-Zumar[39]:65). Wallahu a`lam bissawab.
Sempena maulidurasul pada 24 Jan 2013/12 R`awal 1434 H semoga polimik mengenai kalimah suci Allah [Di Malaysia dan Nusantara Melayu] difahami oleh kita semua orang Islam bahawa kalimah ALLAH hanya semata-mata sah sebagai nama Tuhan untuk orang Islam dan agama Islam yang maha suci sahaja dan tidak sah kegunaannya bagi orang agama lain. Akhir kata, mana yang benar dan baik adalah dari Allah SWT dan mana yang salah dan tidak baik itu adalah dari saya yang dhaif dan fakir terhadap Allah lalu saya mohon ampun kepada Allah yang Maha Pengampu dan Maha Pengasih. Terima kasih dan Assalamualaikum Wr. Wb.
Rujukan:
1. Al-Quran -Cordoba-The amazing
2. Tafsir Ibnu Kathir jilid 8&9
3. Tauhid dan Syirik--Syaikh Jaafar Subhani
4. Salat Empat Mazhab-Abdul Qadir ar-Rahbawi.
Syeikh Wan Ismail Assyathori al-Jamadil KubrawiB.A. (Hons) History/Islamic Study.MSc. Human RelationSyeikh Thoriqat Syathoriyyah Neosufisme (TSN)Guru Utama Pertubuhan Seni Silat Gerak Sejati Panca Murni (M).

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.