Tarikat Muktabar dan Peranannya
TARIKAT-TARIKAT MUKTABARAH DAN PERANANNYA DALAM DAKWAH DI ASIA TENGGARA
بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdullihi Rabbil `alamin wabihi nastain wala haula walaa quwwata illa billahil `aliyyil`adzim wassolaatu wassalam `ala Sayyidina Muhammadin sayyidil mursalin wa sayyidil mursyidin wa `ala aalihi wasohbihi ajmain. Amin.
Alhamdullihi Rabbil `alamin wabihi nastain wala haula walaa quwwata illa billahil `aliyyil`adzim wassolaatu wassalam `ala Sayyidina Muhammadin sayyidil mursalin wa sayyidil mursyidin wa `ala aalihi wasohbihi ajmain. Amin.
Apabila kita membicarakan sejarah perkembangan Islam di Nusantara dan dunia amnya kita tidak dapat menafikan bahawa tasauf atau sufisme dengan berbagai jenis tarikatnya turut di bicarakan. Tarikat-tarikat itu menurut jumhur ulama ada yang mu`tabarah dan ada juga yang tidak. Thoriqat yang mu`tabarah ialah yang di anggap benar-benar mengikut ajaran Islam murni yang tidak ragu boleh diamalkan oleh semua orang Islam. Namun ada tarikat tarikat yang dianggap pengajarannya menyeleweng daripada ajaran Islam yang sejati berdasarkan beberapa kayu ukur oleh yang ahli. Sebenarnya tariqat tasauf atau sufisme bukan lah sesuatu yang tumbuh di luar Islam juga bukan bidang yang muncul pada era tertentu dalam sejarah Islam bahkan wujudnya sufisme tersembunyi dan tersirat dalam wahyu (Al-Quraan) Islam. Ketika ia menjadi dikenali dan berkembang sejauh tertentu kepada cara pelaksanaan Islam yang berotonomi (pemerintahan Negara Islam tulin) telah berpadu dalam kehidupan spiritual, intelektual, sosial bahkan dalam politik ummat Islam di mana-mana negara Islam dunia termasuklah di negeri-negeri umat Islam alam Melayu Asia Tenggara suatu masa yang lampau.
Tarikat tarikat yang mu`tabarah di dunia Melayu-Nusantara telah diajar serentak dengan kemasukan Islam di Nusantara oleh para ulama dan pendakwah. Kenyataan ini dapat di buktikan dengan penulisan penulisan ulama-ulama kita abad ke 16-17 Masihi, baik ulama-ulama yang muncul di Acheh mahupun di Fatani dan negeri Nusantara yang lain termasuklah ulama-ulama yang berasal dari India dan negara Arab. Namun begitu amalan tarikat-tasauf tidak terus menerus diamalkan sebagai pusaka warisan ulama-ulama ini oleh umat Islam seluruhnya pada hari ini (artinya dipinggirkan) bersama amalan syariat mereka lantaran banyak sebab-sebabnya antaranya ialah:
1. Faktor sejarah
Penguasaan barat keatas negara negara Islam sedunia beberapa abad telah mempengaruhi budaya Islamiah tulin penduduk dunia Islam. Budaya secularisma dan sosialisma dan hidonisma barat telah memberi impak yang amat kuat melenyapkan method `pencarian spritual` ummat Islam secara menyeluruh seperti zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.
2. Faktor zaman
Umumnya zaman selepas salaf as-soleh hingga ke zaman ini ada lah zaman yang semakin kurangnya orang mementingkan kehidupan ukhirawi lantaran kehidupan duniawiah semakin kompleks. Manusia rata-rata berjuang - berusaha berlomba mendapatkan taraf kehidupan yang lebih selesa menyebabkan masa penumpuan kepada dimensi terdalam atau inti spiritualnya di abaikan. Apabila kehidupan begini telah menjadi suatu budaya dari generasi kegenerasi maka aktivitas yang amat berharga dalam dunia kerohanian Islam semakin tertutup dari pintu hati umum umat Islam sendiri. Penyambungan tradisi spiritual (Tarikat) semakin dipandang kurang penting atau tiada langsung diambil peduli dalam sesebuah kumpulan masyarakat Islam Nusantara.
3. Faktor pendidikan
Selepas perang dunia kedua dunia dilanda revolusi materialistik terujud pula budaya hidonisma di kalangan masyarakat dan pendidikan lebih mementingkan kelulusan yang memberi peluang-peluang pekerjaan untuk hidup lebih selesa atau mewah duniawiah di sebut pengajian akademik yang berorentasikan sekularisma. Oleh itu institusi pengajian tinggi moden tidak lagi mementingkan kebijaksanaan spiritual yang terkandung dalam pengajian dan pengamalan tharikat tasawuf. Zawiah-zawiah dan institusi pengajian pondok atau pasentren pasentren semakin pupus dan terpinggir kerana kurang peluang mendapat pekerjaan hal ini berlaku samada di dunia Arab atau dunia Melayu dan lain-lain masyarakat bangsa lagi. Serentak dengan itu lahirlah pula di sana sini individu-individu yang mencari pengaruh kebendaan dan kepentingan diri bertopengkan keagamaan kepada orang yang dahagakan pimpinan kerohanian mendekatkan diri kepada Tuhan melahirkan tharikat-tarekat yang direkaciptanya sendiri (Pembawaan pengajarannya berlawanan dengan ajaran Al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w) yang menimbulkan rasa waswas, khuatir dan ketakutan kepada anggota msyarakat untuk mengeksplorasi pendakian spiritual melalui tarekat-tasauf walaupun masih ada wujud thoriqat tarikat yang benar (mu`tabarah) yang diketahui dalam masyarakat.
4. Faktor peranan gulongan berpelajaran tinggi tapi tidak berpendidikan melalui institusi thariqat-tasauf.
Ada segelintir daripada golongan ini yang paling teruk membuat onar secara halus (Menimbulkan kegundahan dan kecelaruan was-was dan ketakutan kepada orang umum dengan pendapat ilmiah, perkataan, fatwa dan perbuatan mereka yang tidak betul terhadap ilmu dan pengamalan tarekat-tasauf). Akibatnya membawa kepada penolakan oleh umum dan kemunduran terhadap perkembangan tharikat-tasauf akibat pengaruh penulisan mereka. Mereka ini adalah golongan berpengajian tinggi ada yang berkelulusan PHD. bertitle Dr. atau Professor (Maha guru) samada dalam pengajian Islam atau lain-lain disiplin ilmu sama ada lulusan dalam negara atau luar negara dan sebagainya tetapi mereka hanya mendalami pelajaran dan kajian agama dalam bidang syariat Islam atau usuluddin sahaja. Mereka terdidik atau di bawah didikan penyeliaan untuk ijazah Master atau PHD. mereka oleh guru yang juga berpendidikan syariat atau lulusan usuluddin sahaja atau hanya yang berkelulusan pengajian `sejarah tharikat-tasauf` saja (Bukan pengamalnya) jika pun ada. Terkadang Mahaguru tunjuk (Guru Pembimbing) mereka ini professor-professor yang bukan muslim pun ada, jika ia membuat ijazah Master atau PHDnya itu di luar negara terutama di negara negara barat. Maka jika gurunya walaupun bergelar professor pengajian Islam tetapi dirinya bukan seorang muslim sejati bagaimana boleh dipercayai orang seperti ini mendapat pertunjuk Allah s.w.t. dalam ilmu Islam yang ia mengajar atau membimbing seorang lain itu?. Ini perkara pelik tetapi benar ada berlaku. Baik, kalau pun guru-guru mereka di pusat-pusat pengajian tinggi itu beragama Islam pun mereka bukanlah pula ahli `zauki` dan ahli `kerohanian` Islam sejati. Maka ilmu-ilmu keserjanaan Islam mereka seperti ini bukanlah ahli atau sarjana tharikat-tasauf sebenar walau pun mereka itu membicarakan subjek tharikat-tasauf dalam syarahan atau penulisan mereka apabila mereka keluar dari universiti dan mengambil bahagian dalam masyakat kelak. Namun sarjana-sarjana seperti ini ada yang menulis atau memperkatakan mengenai tharikat-tasauf dan cuba dengan ilmunya yang di dapati melalui pengajian tingginya di pusat-pusat pengajian tinggi seperti yang diperkatakan itu untuk menyalahi perjalanan dan pegangan ahli tharikat-tasauf sejati. Tentulah tidak tepat pendapat atau kajian mereka itu kerana tanpa ia menyelaminya sendiri perjalanan ini hingga ia mengalami keterbukaan pada dimensi transenden di mana manusia spiritual mengalami realitas tertinggi itu. Sesungguhnya si pemandai-mandai seperti ini tidak layak bercakap atau menulis subjek ini kerana ia akan menjahanamkan dengan pendapat dan penulisannya itu akan suatu wadah suci untuk keimanan dan keIslaman sejati seseorang yang berpotensi sebagai calun salik sebuah tharikat mu`tabarah. Inilah yang sering terjadi jika ia tidak mengalami sendiri setiap ritus, arahan spiritual, pelbagai peta perjalanan spiritual dan methode-methode yang membantu kemajuan dalam pendakian spiritual melalui bimbingan saorang Mursyid sebuah tharikat yang mu`tabarah. Namun apa yang terjadi dalam masyarakat ada individu individu yang tersebut seperti di atas memberi pendapat atau menulis buku atau kitab untuk masyarakat mengenai tharikat-tasauf yang tidak pernah diamalinya dan menghentam serta menyalahkan perjalanan spiritualitas ini iaitu suatu aspek Islam yang mengantarkan manusia pada transendensi maupun imanensi realitas Ilahiah. Maka masyarakat umumlah yang akan menerima akibatnya iaitu menimbulkan rasa gundah hati was-was dan takut sebab terpengaruh dengan pendapat algojo-algojo tharikat tasauf yang menjadi pengkhianat ilmu dan perjalanan kerohanian yang haq ini yang bertopengkan gelaran Dr. PHD. Professor dan sebagainya lagi. Nauzubillahi min zaalik.
5. Faktor gulongan Anti Dimensi Kerohanian.
Ini golongan yang memang wujud semenjak zaman awal Ibnu taimyah lagi. (Mengikut riwayat Syeikhul Islam, Ibnu Taimyah sendiri mengaku juga akhirnya tentang kebenaran perjalanan tasauf Islam ketika hampir akhir hayatnya di dalam sebuah penjara). Gulungan ini memang semacam hebat dan luas sangat ilmunya bila bercakap bab ugama tetapi sebenarnya dungu, bebal dan tongong serta cetek (dzohiriah saja) ilmuannya lagi terhijab keruhaniannya. Tapi bercakap untuk menyalahkan orang-orang berthariqat tasauf cukup lantang ada juga orang sebut orang-orang ini gulungan `puak wahabi` yang sangat anti terhadap ulama` tradisi. Terkadang mereka ini anti-hadis hingga nak ketepikan langsung mazhab empat iaitu pendapat gulongan ulama ahli sunnah waljamaah. Bagi mereka ini `takwilan` terhadap ayat-ayat Al-Qur'an yang mutasabihat atau kata-kata `bermatafora` dalam al Ouran dan hadis tidak boleh. Sungguh banyaklah lagi kerenah puak ini. Inilah gulungan yang sangat kuat menentang tarikat tasauf (saufi). Pada hal tarikat tasauf itu ialah jalan bagi mencapai tingkat `ihsan` yang tinggi dalam beragama. Sebenarnya perkataan `Thariqat Tasauf ` itu hanyalah bermaksud `Jalan untuk mencapai Maqam Ihsan` (`Ilmu al-Ihsanuddin` kata arwah Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal-Kelantan iaitu Syeikh Mursyid Thoriqat Ahmadiah). Cuma ilmu mencapai tingkat Ihsan ini telah dipopularkan selepas zaman `Salaf as Soleh` Dan IHSAN itu adalah salah satu dimensi dalam agama Islam yang diakui oleh Allah s.w.t. sendiri iaitu dari tiga dimensi IMAN, Islam dan IHSAN sebagaimana mengikut suatu dialog antara Rasulullah (saw) dengan malaikat Jibrail a.s. mengenai kesempurnaan beragama mengikut riwayat hadis. Maka tidaklah sempurna beragama tanpa IHSAN (tasauf).
Mereka juga berkata perkataan `tasauf` itu tidak ada dalam bahasa Arab sebab berasal dari perkataan `Theosophy` bahasa yunani kuno. Tetapi kalau pun betul kata `tasauf ` itu terjemahan ke bahasa Arab dari perkataan theosophy (sistem falsafah yang berasaskan ilmu ketuhanan) maka kata tasauf itu sebenarnya telah di assimilasikan (penyerapan perkataan bahasa asing dalam bahasa satu kaum yang disamakan maananya dengan satu perkatan asal bahasa kaum itu) dengan maksud kata `Ihsanuddin`(Ihsan)` dalam agama Islam oleh para ulama Alimbillah Islam. Ia tidaklah sama maknanya lagi setelah itu dengan maksud makna Theosopohy yang asal dari kepercayaan Yunani itu. Maka Kenapa tidak boleh pakai perkataan `tasauf ` itu jika demikian walaupun tidak tersebut perkataan itu dalam Al-Quran dan juga Hadis Rasulullah (SAW). Padahal ianya samalah juga dengan penggunaan bahasa sekarang ini iaitu sudah jadi kebiasaan juga kepada orang Islam terkadang yang menggunakan perkataan `God` yang dimaksudkan `Allah s.w.t` daripada perkataan Inggeris `God` itu atau pun perkataan `Tuhan` dari bahasa asalnya kaum Batak Karo itu yang sudah sebati benar dengan orang Melayu. Tetapi apabila orang Melayu Islam sebut `Oh my God` dalam bahasa Inggeris atau `Oh Tuhanku` dalam bahasa Melayunya tidaklah ia maknakan sebutannya itu sama dengan konsep `GOD `orang Nesrani yang bermaksud Tuhan Anak, Rohul Quddus dan Tuhan Bapa itu (TriTunggal) atau seperti yang di maksudkan `Tuhan `oleh kaum Batak Karo itu. Tetapi apabila Menyebut `God` atau `Tuhan` oleh orang Melayu Islam yang dimaksudkan mereka ialah sebagaimana konsep akidah Islam yang haq iaitu `Allah Yang Maha Esa` kalau mereka maksudkan sebutan God itu sama dengan maksud orang Kristian menyebut GOD itu maka jadi kafirlah dia hukumnya Nauzubillahi minzaalik. Maka perkataan `God` atau `Tuhan` atau pun samalah juga perkataan Sanskrita-Hindu `SURGA` misalnya manalah ada dalam Quran dan bahasa Arab perkataan itu? yang ada ialah perkataan `Allah, Rabb, Al-Jannah dan Nar'. Tapi bidaah atau sesatkah kalau orang-orang Melayu Islam dari zaman dahulu hingga kini telah menggunakan perkataan `Surga` menggantikan perkataan `Jannah` jika mereka berdoa dalam bahasa Melayu memohon kepada Allah dengan menyebut `Ya Tuhanku` untuk memohon sesuatu atau memohon memasuki syurga dan minta dijauhkan dari seksa Neraka (`neraka` pun kata pinjaman daripada bahasa sanskrita juga walau pun hampir dengan sebutan `nar` dalam bahasa arab dan Al-Quranul karim). Adakah bidaah sesat orang-orang Melayu yang menggunakan perkataan `God` atau `Tuhan` tersebut sebagaimana tuduhan sesat gulungan ini terhadap orang-orang Thariqat yang menggunakan perkataan `tasauf' atau `sufi` dalam peramalan-peramalan mencapai darjat IHSAN yang sempurna bagi mereka sebab perkataan-perkataan itu tiada di dalam al-Quraan?. Oleh itu berdasarkan situasi penggunaan kata-kata `God`, Tuhan, Surga dan Neraka dalam bab beragama oleh orang Melayu di atas jika tidak boleh dituduh sesat dan bidaah oleh `Puak Jahat` ini maka mereka tidak boleh menuduh `Adalah satu kesalahan dan sesat bagi orang Thariqat menyebut `Thariqat Tasauf`` dalam bidang kerohanian Islam ini. Semua ulama 'dunia Melayu` gunakan istilah itu semenjak zaman Wali Songo dan zaman Keramat Tok Pulau Manis Terengganu dan hinggalah kepada gulungan yang mendukung `Thariqat Ihsan` Islam ini hingga kehari ini. Begitu juga oleh para ulama `alimbillah yang lain dari seluruh dunia Islam semenjak zaman Imam Al-Ghazali dan sebelumnya.
Ketahuilah perjalanan kerohanian (tasauf) Islam sebenarnya bermula dari zaman sebelum Nabi Muhammad (SAW) lagi iaitu seawal turunnya bapa manusia iaitu Sayyidina Adam a.s. ke dunia ini lagi. Kedatangan Sayyidina Muhammad s.a.w. sebenarnya ialah untuk menyempurnakan lagi dan memperkuatkan lagi apa yang diperintahkan Allah kepada Rasul Rasul Allah sebelum baginda hinggalah kepada zaman Adam a.s. Maka perjalanan kerohanian (tasauf-Ihsan) adalah pokok dan tatacara akal budi dan jiwa yang utama kesempurnaan ubbudiah dan makrifatullah serta sifat kehambaan sesaorang muslim terhadap Allah Tuhan semesta alam. Kalau diperhatikan dalam Doa Kanzal `arash yang mashor itu pun sebenarnya ada perkataan yang di maksudkan dengan perkataan`saufi`itu ia itu saperti berikut:
` ......Laailaha ila llah subhanal hanaanil manan
Laailaha ila llah Adam safiullah( صفي الله)
Laailaha ila llah Nuhun Najiyyullah
Laailaha ila llah Ibrahim Khalilullah....
Seterusnya daripada doa itu menunjukan cara hidup sufi atau tasauf para Rasul dan Nabi. Maka dari kalimat zikir itu kita dapat tahu gelaran Adam a.s. itu syafiullah maka ia ialah Bapa Awal pada zohirnya dalam amalan saufi Islam tetapi pada hakikatnya Nabi Muhammad (saw) ialah `bapa utama` atau (pembimbing-pemberi teladan perjalanan-Thariqat) dalam kesaufian Islam (Ihsanuddin) kerana ialah Nabi Penutup daripada segala nabi dan Rasulullah hinggalah akhir zaman. Seperti yang kita dapati daripada 199 nama kerohanian Nabi Muhammad yang tersebut di dalam `Dalaail Khairat` دلأىل الخيرات yang mashor itu nama beliau yang ke tiga puluh satu mengikut susunan dalam bacaan ialah juga SYAFIYULLAH صفى الله iatu SAUFI (Tasawuf) kemudian diikuti dengan mana Najiullah (yang bercakap secara rahsia-Sirrullah) kemudian barulah diikuti dengan nama Kalimullah lalu barulah nama berikutnya pula khatimul ambia dan khatimu-rasul hingga seterusnya lah 199 nama gelaran baginda yang mulia itu.
Dengan sedikit penerangan di atas di harapkan saudara-saudari kami Islam sekelian terutama pengamal-pengamal thariqat Islam yang Muktabarah (Kerohanian Islam) yang sebenar (bukan yang menyeleweng, melampau dan sesat) atau saudara-saudara yang ingin menerima amalan Thariqat Tasauf janganlah takut dan janganlah pedulikan jangan juga terkeliru dengan segala kata caca-marba serangan tomohan bidaah dan sesat oleh gulongan ahli zohir semata ini terhadap pengamalan thariqat tasauf yang haq yang sebenarnya mereka inilah yang sesat dengan fahaman mereka sendiri daripada kebenaran Ihsan (tasauf) atau memang jenis manusia bodoh sombong atau bebal atau `angkuh dan sesat dalam cerah serta buta dalam chelek` merasa berilmu tapi terhijab terhadap ilmu dan amalan yang haq ini atau pun puak ini memang jenis ulama atau pedakwah jahat seperti `musang berbulu ayam` kononnya hendak membetulkan kefahaman dan menyelamatkan orang Islam dari bidaah dan kesesatan dalam hal ehwal beragama dengan menyatakan yang thariqat tasauf tidak ada dalam Islam dan dalam Al- Quran atau sunnah Rasulullah (saw) bagi pembersihan jiwa dan meningkatkan lagi kecemerlangan kerohanian dan mencapai makrifatullah yang hakiki. Inilah manusia paling jahat dan kejam sekali dalam dunia spiritual Islam yang tidak lain sebenarnya bertujuan ingin menyekat kemajuan kerohanian ummah ini daripada meluas dan `ingin memusnahkannya dari dalam` walau pun rupa paras luaran mereka seperti ulama` dan pejuang syiar Islam yang sejati. Kekuatan iman ummah ini berteraskan cahaya Ihsan yang ada dalam jiwanya dan terpancarnya cahaya Ihsan (saufiullah) yang sedia ada (fitrah) dalam jiwa setiap orang itu adalah melalui kekuatan rohaniah akibat penggilapannya melalui method thariqat tasauf (Ihsanuddin) yang benar selari dengan pertunjuk Al-Quran dan hadis dan sunnah Rasulullah s.a.w. Percayalah bahawa dengan isyarat ini:
اول الدين معرفة الله
Ertinya; "Awal awal agama itu mengenal Allah (Ihsanuddin)"
`the first thing of the Faith (Din) is gnosis (Marifuth) of God`
-Holy Prophet.
-Holy Prophet.
من يهده الله فلا مضل له ومن يضلله فلا ها دي له
Ertinya; Barang siapa yang memdapat pimpinan Allah maka ia tidak akan tersesat selamanya dan barang siapa yang disesatkan(tidak mendapat pimpinan) maka ia tidak akan ketemu jalan yang betul selamanya.
`Whom God leads straight,thou(O Prophet) canst lead astray and whom God lead astray thou canst lead straight`.
-Hadis-e-Qudsi.
-Hadis-e-Qudsi.
Kita perlu sedar bahawa Agama Islam ini boleh di umpamakan seperti sebuah dunia yang mengandungi semua benda-benda semesta iaitu perkara perkara alam zohir dan alam ghaib. Maka tidaklah seseorang itu mengentahui semua perkaranya dengan mendalam dan meliputi. Seperti misalnya seorang doktor pakar sakit puan tidaklah semestinya dia pakar sakit tuan. Seseorang yang mahir dalam hal kelautan tidak semestinya ia mahir dan boleh memberi fatwa dalam ilmu kaji bintang. Seorang pakar renang di permukaan lautan tidaklah boleh dia bercakap pandai-pandai mengenai perkara di dasar lautan dalam seperti mana seorang pakar penyelam dasar lautan sendiri yang bercakap. Demikianlah seorang pengkaji tarikat-tasauf walaupun berkelulusan PHD. dan bergelar professor di bidang pengajian Islamnya (kebanyakan yang berlaku di pusat pengajian tinggi) pendapatnya tidak akan tepat seperti apa yang dirasa dan dialami oleh orang yang mengamali dan mengalaminya perjalanan tarekat-tasauf hingga kepuncaknya. Wallahu`alam.
Sebenarnya puncak spiritualitas Islam melalui tarikat tasawuf yang haq (Mu`tabarah) adalah menjalani hidup dan melakukan perbuatan yang senantiasa sejalan dengan Kehendak Ilahi dan menyintaiNya dalam segenap perwujudan lantas mengenalNya melalui pengetahuan intergratif dan iluminatif yang realisasinya tidak sekali-kali terpisah dengan cinta dan juga perlakuan yang benar (mengikut al-quran dan al hadiths) zohir dan batin. Maka inilah ilmu dan amal yang patut dikejar oleh setiap muslim di samping ilmu dan amalan Islam yang lain dalam beragama bukan suatu hal yang patut ditakuti, curigai dan was-was untuk dipelajari dan diamalinya.
6.Polisi dan kuasa pemerintahan:
Hal ini satu faktor besar untuk menyekat atau menyuburkan sesuatu aliran pemahaman atau peramalan keagamaan dalam negara melalui berbagai jentera dan dakyah dan kuasa veto kerajaan. Ambillah salah satu contohnya kita merujuk kepada sejarah Kesultanan Acheh zaman lampau. Di zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam pengajian tasawuf aliran wahdatus-Syuhud Syeikh Hamzah Fansyuri diterima baik oleh istana Acheh maka rakyat pun menerima baik pengajaran dan pengembangannya. Tetapi apabila berlaku perebutan pengaruh kepimpinan kemuftian dan politik di zaman pemerintahan Sultan Iskandar Thani Johan Berdaulat yang dipengaruhi oleh ulama dari India iaitu Syeikh Nuruddin Ar Raniri (yang berfahaman wahdatus-Syuhud juga) telah memfitnahkan fahaman Syeikh Hamzah Fansyuri itu dikatakannya berfahaman `Jabariah Mulhid Wahdatul-Wujud` dan difatwakan bahawa `menjadi kafir` sesiapa yang menganut fahaman itu hingga segala kitabnya diperintah bakar semua dan para pengikutnya dibunuh. Tetapi apabila tiba zaman pemerintahan Ratu Fatimah fahaman aliran Wahdatus-Syuhud ajaran Syeikh Hamzah Fansyuri diterima baik sebagai pahaman yang betul pula manakala syeikh Nuruddin Ar-Raniri dihalau pulang ke India kerana tewasnya beliau dalam perbincangan terbuka dengan Saiful-Rijal pengikut aliran Wahdatus-Syuhud Syeikh Hamzah Fansyuri.
Pada masa mula kemasukan Islam ke Nusantara dunia Melayu penyebaran tarekat-tarekat tasauf sangatlah rancak, hinggalah ke penghujung abad ke 19 Masihi atau awal abad 20 telah mula terjadi perubahan dalam pemahaman tentang aliran kerohanian Islam. Sehingga ada segelintir yang mengganggap intelektual dirinya dalam pengajian Islam dan dunia Melayu (Sebenarnya mereka mereka inilah yang penulis maksudkan lulusan seperti ang diperkatakan di atas) memandang sesat dan membida`ahkan ajaran tarekat dengan pelbagai disiplin ilmu Islami yang tidak mereka setujui disebabkan fakta tidak sempurnanya ilmu dan pengamalannya yang mereka timba di institusi pengajian tinggi seperti yang penulis sebutkan diatas. Mereka ini dan juga sebahagian masyarakat mengatakan mereka ini melakukan `Pembaharuan`. Sebenarnya bukan pembaharuan yang mereka lakukan tetapi `Pengkhianatan terhadap ilmu dan Agama` itu sendiri. Para sarjana begini masih ada dan terus wujud dan terlahir hingga masa kini didalam masyarakat dan di pusat pusat pengajian tinggi di dalam atau pun di luar negara dunia Melayu.
Sebenarnya dalam mengejar kecemerlangan kerohanian seseorang mestilah mengambil contoh kejayaan yang diperolehi oleh tokoh di belakang zamannya ya`ni ilmu dan perjalanan spiritual para Nabi dan Wali yang terdahulu kerana Rasulullah s.a.w. ada mengatakan bahawa orang-orang Islam yang terbaik (dari segi keagamaan dan kerohanian sebagai hamba Allah yang de-facto) ialah yang hidup di zaman baginda kemudian di zaman pemerintahan sahabat, kemudian zaman taabi`e kemudian zaman taabi`e taabi`in kemudian makin kurang dan semakin kurang baik lagi hinggalah ke akhir zaman nanti. Berlainan untuk kemajuan duniawi seseorang mestilah memandang kehadapan dan melakukan pelbagai perkara pembaharuan dalam mengejar kemajuan sains dan teknologi sebab itu Rasulullah s.a.w. ada mengatakan bahawa `kamu lebih tahu akan hal keduniaan mu` ertinya segala akhtiar dan teknologi untuk kemajuan kehidupan duniawiahnya ada menanti di masa depan kemajuan dunia itu dengan akhtiar dan pembaharuan oleh manusia itu sendiri dari masa ke semasa. Oleh yang demikian Ulama ulama dan cendekiawan tasauf yang arif tetap membela tarekat tarekat-tasauf yang mu`tabarah sebagai yang amat berharga dan benar kerana ia adalah teknoloji jiwa yang dahulunya telah diasaskan oleh manusia ketuhanan (Ahlillah) Pembimbing Suprasensoris atau Neraca Suprasensoris iaitu orang orang yang berkebolehan dalam kaifiat atau method mengrealisasikan wahyu Ilahi iaitu `Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah yang tidak tembus, yang dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya)...` (QS Al-Nur 24:35). Sebenarnya walau ditekan walau dipinggirkan atau ke mana dibuang pun para intelektual `tarekat yang haq` akan tetap muncul setiap waktu dan zaman mempertahankannya apabila diperlekeh difitnah atau diserang oleh orang-orang yang anti dan pengkhianat kepada disiplin tarekat-tasauf didunia Melayu khasnya dan dunia amnya.
Mengikut kitab Asrar al-Suluk ila Malail muluk karangan Sheikh Faqih Jalaluddin al-Asyi Acheh disebutkan asal tarekat tasauf Islami dalam dunia ada empat belas iaitu:
1.Tarekat Thaifuriah tokoh utamanya Syeikh Abu Yazid al-Bustami Qutubul Aulia`
2.Tarekat Jistiyah tokoh utamanya Syeikh Abu Ahmad Badruddin.
3.Tarekat Qadariah tokoh utamanya Syeikh Abdul Qadir al-Jilani Sultanul Aulia`.
4.Tarekat Syahruriyah tokoh utamanya Syeikh Syihabuddin.
5.Tarekat Kubrawiyah tokoh utamanya Sheikh Najmuddin Kubra.
6.Tarekat Syatharaiah-Isqiah (Nufusiah-Lathoiful Ghoib-Penulis) tokoh utamanya ialah Syeikh Abdullah asy-Syathari. Erti Syathariah itu ialah yang sangat pantas perjalanan( rohani) kepada Allah.
7.Tarekat Madaraiah tokoh utamanya Syeikh Madar.
8.Tarekat Jahariyah tokoh utamanya Syeikh Hujjah hmad Syawi
9.Tarekat Naqsyabandiyah tokoh utamanya Sheikh Abdul Khalid Arjuni kemudian Sheikh Bahauddin Naqsyabandi.
10.Tarekat Khalwatyah tokoh utamanya Sheikh muhammad Khalwati
11.Tarekat Ni`matiyah tokoh utamanya Sheikh Syah Ni`matullah.
12.Tarekat Jaidariyah tokoh utamanya sheikh syah Jaidar.
13.Tarekat Jalaliyah tokoh utamanya Syeikh Sayyed Jalal an-Najjari.
14.Tarekat Qalandiyah tokoh utamanay Syeikh Syarfuddin Qalandar.
2.Tarekat Jistiyah tokoh utamanya Syeikh Abu Ahmad Badruddin.
3.Tarekat Qadariah tokoh utamanya Syeikh Abdul Qadir al-Jilani Sultanul Aulia`.
4.Tarekat Syahruriyah tokoh utamanya Syeikh Syihabuddin.
5.Tarekat Kubrawiyah tokoh utamanya Sheikh Najmuddin Kubra.
6.Tarekat Syatharaiah-Isqiah (Nufusiah-Lathoiful Ghoib-Penulis) tokoh utamanya ialah Syeikh Abdullah asy-Syathari. Erti Syathariah itu ialah yang sangat pantas perjalanan( rohani) kepada Allah.
7.Tarekat Madaraiah tokoh utamanya Syeikh Madar.
8.Tarekat Jahariyah tokoh utamanya Syeikh Hujjah hmad Syawi
9.Tarekat Naqsyabandiyah tokoh utamanya Sheikh Abdul Khalid Arjuni kemudian Sheikh Bahauddin Naqsyabandi.
10.Tarekat Khalwatyah tokoh utamanya Sheikh muhammad Khalwati
11.Tarekat Ni`matiyah tokoh utamanya Sheikh Syah Ni`matullah.
12.Tarekat Jaidariyah tokoh utamanya sheikh syah Jaidar.
13.Tarekat Jalaliyah tokoh utamanya Syeikh Sayyed Jalal an-Najjari.
14.Tarekat Qalandiyah tokoh utamanay Syeikh Syarfuddin Qalandar.
Adapun maksud tokoh utama itu ialah orang pertama yang terkenal umum dalam sesuatau tarikat lalu tharikat itu di sebut mengambil sempena dengan namanya tetapi ia bukanlah `Pengasas`. Pengasas pengamalan thariqat adalah Rasulullah SAW sendiri walau pun pada zaman baginda tidak lahir istillah Tarekat. Kerana asas utama setiap zikir tarekat-tarikat ini adalah pengamalan zikir kalimat لااله الاالله iaitu kalimat ditalkinkan oleh baginda kepada para sahabat baginda dan menyebut kalimat الله kerana mematuhai perintah Allah iaitu ayat Al-Quran;
يأيها الذين ءامنوا اذكروا الله ذكرا كثيرا
Ertinya; `Wahai segala mereka yang beriman berzikirlah kamu (Sebut oleh mu Allah) akan Allah dengan sebutan yang banyak`. (Q.A.41.33 Al-Ahzab)
Wallahu`alam.
Di antara tarekat-tarekat yang tersebut diatas, antara yang tersebar secara meluas dan berpengaruh dalam pengembangan Islam di alam Melayu sejak dulu hingga sekarang adalah tarekat: Syathariah, Qadiriah, Naqsyabandiyah, Qadariah Naqsabandiah di samping tarekat-tarekat Rifaiyah, Sammaniyah, Khalwatiyah, Ahmadiah dan lain-lain lagi.
Jika dikaji siasat boleh dikatakan semua ulama-ulama dunia Melayu yang masyhur dan berpengaruh dalam penyebaran dan perkembangan Islam di Nusantara ialah juga pengamal-pengamal dan pemimpin (Syeikh) penyebar pengembang amalan tarekat-tasauf di dunia Melayu satu masa yang lalu. Mereka mereka itu ialah Syeikh Hamzah Fansuri (Tarekat Qadiriah) Syeikh Nuruddin Ar-Raniri, Sheikh Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri, Syeikh Abdul Samad Al-Falimbani, Syeikh Yusuf Tajul Khalawati al-Mangkatsi Syeikh Daud Abdullah al-Fathani (Syathariah), Sheikh Zainal Abidin bin Syeikh Muhammad al-Fathani, Syeikh Wan Ali kutan ai-Kalantani, Syeikh Abdul Malik Abdullah al-Trengganui (Syathariyah) dan sangat ramai lagi tidak di sebutkan di sini. Tiap-tiap orang ulama yang memakai gelaran Syeikh ini dalam disiplin ilmu dan amal tarikat Islami ialah menunjukkan ia pemimpin atau guru Mursyid sebuah tarekat tertentu. Akan tetapi gelaran ini tidak diwarisi di mana-mana pusat pengajian tinggi moden kerana tidak ada kesesuaian ilmu dan amalan para guru di pusat-pusat pengajian `sekular` yang mementingkan pengkajian ilmu akademik dan ilmu agama yang zahiriah semata-mata yang tidak semestinya perlu dialaminya suatu pengamalan seperti yang dialami oleh kader-kader tarikat-tasauf di pusat-pusat pengajian ilmu Islam Tradisi (Zawiah-zawiah) demi mencapai tahap haqqul yakin terhadap segala apa yang dikaji dan diperkatakan oleh sarjana sarjana moden ini. Oleh yang demikian para mahagurunya tidak sesuai diberi gelaran Syeikh atau Mursyid walaupun ia lulusan PHD. dalam ilmu agama lantaran gelaran Dr. PHD. dan Professor itu sendiri adalah gelaran kepada seorang Guru atau Mahaguru di institusi pengajian tinggi moden yang terpengaruh kepada method pengkajian dan pengajian zahiriah sahaja iaitu pada dasar umumnya bukanlah pengajian dan pengkajian yang berlandaskan kepada penerokaan kerohanian seperti yang dialami oleh ahli thariqat (Para salik) atau ahli jazbah.
Walau bagaimanapun pada hari ini di seluruh dunia di dapati banyak juga pembawaan kaedah berzikir thariqat yang tidak selari dengan kehendak wahyu Al-Quran dan ahli sunnah waljamaah. Oleh itu kita semua dalam mempertahankan peramalan thariqat tasawuf mestilah berhati-hati daripada terjebak kepada peramalan yang bidaah yang boleh memberi mudharat kepada perkembangan thariqat tasawuf sunni dan menimbulkan pandangan negatif masyarakat terhadap kemurnian zikirullah serta peribadatan dalam Islam itu sendiri. Selalunya penyelewengan terjadi akibat jika adanya perbuatan tambah menambah terhadap acara-acara dan pelajaran asal (peta perjalanan kerohaniah) sesebuah thariqat walaupun yang muktabarah oleh pemegang amanah pimpinan yang terkemudian pada sesebuah thariqat itu. Maka jika di dapati ianya tidak selari daripada yang digariskan oleh wahyu Allah dalam Al-Ouran dan sunnah Rasulullah s.a.w. hendaklah jangan dituruti kerana ditakuti nanti tersesat daripada jalanan yang betul dan yang sebenar yang di redhai Allah s.w.t. Wabillahi taufiq walhidaayah.
Wallahu`alam. Wassalam.
al-Fakir Ila Rahmatillah, Inabah PIFKI.
Tiada ulasan