Seni Silat Melayu Asli Sejati - Rahsia Keris Lok 13
SENI SILAT MELAYU ASLI SEJATI KERIS LOK 13 -
PERSATUAN SENI SILAT GERAK SEJATI PANCAR MURNI, MALAYSIA

"Keris Lok 13 panjang (21 inci)"
Suatu Simposium Ringkas Mengenai Rahsia Keris Dalam Ilmu Persilatan Melayu - Nusantara Dan Kaitannya Dengan Keimanan Islam Serta Kebesaran Dan Kedaulatan Kesultanan Melayu - Nusantara.
Oleh;
Ustaz Hj.Wan Ismail W.E. Al Fakir IlaLlah
Guru Seni Silat Melayu Asli Sejati (SSMAS)
Persatuan Seni Silat Gerak Sejati Malaysia.
Oleh;
Ustaz Hj.Wan Ismail W.E. Al Fakir IlaLlah
Guru Seni Silat Melayu Asli Sejati (SSMAS)
Persatuan Seni Silat Gerak Sejati Malaysia.
بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِÙŠْÙ…ِAlhamdulillahi Rabbil `alamin wabihi nasta`in wassolaatuwassalam `ala Sayyidina Muhammadin sayyidin naasyirin wa`alaa aalihi wasahbihi ajmain. Assalamu`alaikum warahmatullahi w.t. Selamat sejahtera semua saudara pengunjung laman.
Sekapur sirih pembuka bicara:
HIDUP RUMPUN MELAYU - NUSANTARA BERSENDIKAN ADAT DAN ADAB
ADAT DAN ADAB BERSENDIKAN SYARA`
SYARA`BERSENDIKAN TAUHID
TAUHID BERSENDIKAN HAKIKAT
HAKIKAT BERSENDIKAN MA`ARIFAT.

"Persediaan mengaktifkan tenaga besi [keris]"
Pendahuluan:Umum telah mengakui KERIS adalah senjata rumpun Melayu - Nusantara yang paling unik (ganjil) dan paling istimewa. Tahukah anda kenapa dan apakah rahsianya? Keunikan keris kerana banyak sebab;
Pertama kerana bentuk mata pisaunya yang berlok dan hujungnya yang tajam serta mata pepisau dipangkalnya berbentuk belalai dan mata aringnya yang tajam lagi halus.
Kedua kerana rupa sarung dan ulunya yang cantik berseni bermaknawi lain dari rupa bentuk senjata yang lain.
Ketiga ia sesuai dipakai dengan menyelitkan dipinggang terutama apabila tuannya memakai bengkong dalam pakaian tradisional yang dapat melahirkan gaya pendekar dan banyak lagi yang tidak disebutkan di sini.
Keistimewaan keris pula dapat diketahui daripada fungsinya dalam masyarakat Melayu-Nusantara dan ianya terlalu banyak. Antaranya mengikut kepercayaan tradisional keris yang baik dikatakan mempunyai semangat dan kuasa (Spritual power) yang boleh menyebabkan tuah atau membawa malang kepada si pemiliknya. Masyarakat tradisional Melayu Nusantara ada mempercayai keris mempunyai unsur mistik, magis dan keramat disamping memiliki nilai estatikanya yang tinggi. Ia bukan saja berguna dalam memenangi pertempuran atau persengketaan, tuah dan kerezekian tetapi juga menjadi kayu ukur kepada nilai status, darjat kebesaran malah kedaulatan raja-raja Melayu khasnya dan raja negara-negara Asia Tenggara amnya.
Di laman ini dibicarakan hanya sebahagian saja dari keistimewaan keris dalam ilmu persilatan Melayu sebagai satu senjata tempur jarak dekat.
Sebelum itu saya ingin menyatakan suatu hepotesis tentang bila bermulanya tercipta senjata keris di alam Melayu ini. Saya ingin menyatakan bahawa kemungkinan besar keris tercipta bilamana terciptanya suatu kaedah persilatan atau seni beladiri Melayu yang berteraskan kepada gerak tari yang berma`nawi (ada maksud serang dan belaan dalam tariannya). Apabila anda terus mengikuti pembicaraan saya ini, anda akan mendapat penjelasan tentang apa yang saya maksudkan dari TAJUK symposium ringkas ini.
Sebelum itu saya ingin menyatakan suatu hepotesis tentang bila bermulanya tercipta senjata keris di alam Melayu ini. Saya ingin menyatakan bahawa kemungkinan besar keris tercipta bilamana terciptanya suatu kaedah persilatan atau seni beladiri Melayu yang berteraskan kepada gerak tari yang berma`nawi (ada maksud serang dan belaan dalam tariannya). Apabila anda terus mengikuti pembicaraan saya ini, anda akan mendapat penjelasan tentang apa yang saya maksudkan dari TAJUK symposium ringkas ini.
Bersama ini akan saya dedahkan sebahagian daripada RAHSIA SENJATA KERIS Lok 13 dari kaca mata perguruan Seni Silat Gerak Sejati Pancar Murni (M) iaitu dikaitkan teorinya melalui ilmu berkeris dan gerak tari dan jurus dalam aliran SENI SILAT MELAYU ASLI SEJATI - Persatuan Seni Silat Gerak Sejati Pancar Murni sahaja. Tidak diusik bicarakan ilmu berkeris mana-mana perguruan silat Melayu - Nusantara yang lain yang cukup banyak dengan pelbagai kaedah penggunaan dan pendapat masing masing.
1. MEMBANGKITKAN MEDAN TENAGA KERIS.Sebilah keris yang baru siap ditempa atau yang baru dibeli sepatutnya hendaklah mengikut sebagaimana sesuai dengan diri seseorang si pemakai (disebut ukor badan yang sesuai) dan hendaklah dihidupkan medan tenaganya yang `sedang tidur` supaya ia mempunyai medan tenaga tambahan daripada tenaga yang kurang aktif sebelum dibangkitkan:
Tuhan ada berFirman di dalam Al-Qur'an mengenai kekuatan atau tenaga (aura) besi dalam surah Al-Hadid.
Tenaga pada pengertian inilah yang hendak dan perlu dibangkitkan. (Bukan tenaga negatif iaitu yang dengan sebab adanya pemujaan iblis, jin atau syaithon yang didampingkannya dengan keris. Jika begitu akan membawa kepada perbuatan syirik dan boleh terkena gangguan syaithon kepada pemakai keris tersebut Wallahu`alam). Perlu difahamkan bahawa benda-benda beku pun seperti besi memang ada rohnya diciptakan Tuhan yang disebutkan dengan nama Roh jamadat. Roh jamadat inilah yang mempunyai medan tenaga besi keris. Sepertimana manusia juga yang mempunyai roh di sebut Rohani atau Roh Insani. Besi kepada sebilah keris mempunyai asal usul kejadiannya seperti juga manusia dan makhluk Allah yang lain-lain. Maka asal usul kejadian besi inilah salah satu hal yang perlu diketahui oleh seseorang pembangkit medan tenaga besi dalam peroses membangkitkan medan tenaga sebilah keris. Sebab itu untuk menjadikan sebilah keris yang baik (berkualiti) salah satu syaratnya mestilah diperbuat dari besi yang baik juga contohnya dari besi waja mempunyai khasiat amat kukuh dan tajam. Biasanya dijadikan paparan dasar mata keris. Besi putih berkhasiat penembus kebal dan kerezkian. Besi tarung bari berkhasiat pembisa dan amat tajam. Besi kelipan miang berbintik berkhasiat penyejuk dan kedamaian. Besi kuning keemasan berkhasiat murah rezeki dan di hormati serta penembus kebal dan daya `defence` yang hebat, besi toman daya semangat dan lain-lain besi yang berkhasiat lagi. Keris panjang tempa Melaka Hang Tuah yang banyak berjasa itu ditempa dengan campuran dua puluh jenis besi. Percampuran besi-besi yang berkualiti dalam membentuk mata keris pada sebilah keris akan menghasilkan `PAMOR` dan bau (aroma besi) yang enak dan `bersemangat` apabila menciumnya. Maka bentuk rupa pamor keris yang cantik, timbangan badannya yang tepat dan aromanya yang harum dan sesuai dengan `ukur badan` pemiliknya meninggikan lagi nilai harga sebilah keris. Semua ciri-ciri tersebut adalah menjadi salah satu rahsia `TUAH` sebilah keris. Namun pertandaan sebilah keris itu sama ada raksi atau tidak ya`ni mendatangkan sebab menjadi `Bertuahnya` kepada tuannya setelah dipakai ialah ada "Bau yang mendatang kepadanya kemudian" setelah ianya lama disimpan sebagai hak kepunyaan diri peribadi. Maksud sempurna timbangan tubuh keris yang tepat pula ialah apabila sebilah keris yang di tempa oleh Tukang Tempa keris `Empu` (tukang buat keris) itu dapat didirikan mata kerisnya di samping muka depan atau di sisi sampir sarungnya tanpa bantuan sebarang `khodam ghaib`.
Allah menciptakan sesuatu ada rahsianya dan ialah untuk hambanya di dunia ini. Oleh itu tiap-tiap sesuatu dikurniakan khasiatnya dengan izin dan kehendakNya bagi kegunaan hambaNya. Namun makhluk atau benda tidak ada kuasa sedikit pun pada hakikatnya bagi merubah kodha` dan kadar yang telah ditentukan Tuhan dalam azali. Wallahu`alam.
2. MEWUJUDKAN KESERASIAN ZOHIR DAN BATIN DENGAN KERIS.Sebelum seseorang pesilat memulakan gerak tari silat berkeris, mata keris dicabut dari sarungannya dengan ucapan Bismillahi rahmani rahim dan dibaca suatu doa pendek dinamakan `doa menghunus senjata` lalu di kucupkan sebentar setelah menciumnya melalui ibu jari bersamaan tarikan nafas zikirullah. Maksud kucupan itu ialah mohon berkat diperkenankan doanya tadi oleh Allah s.w.t. bersama dengan zikir terhadap zatNya itu, mudah-mudahan senjata itu tidak akan berbalik `makan tuan` semasa bertempur tapi ia menjadi serasi dengan pendekarnya serta dengan izin Allah dan dapatlah ia menewaskan musuhnya yang zolim dan jika ia tewas sekali pun mohonlah matinya di dalam iman. (Bukanlah perbuatan mencium dan kucup mata keris itu bermaksud memuja keris itu. Jika begitu maksudnya jadilah perbuatan yang syirik dan berdosa kepada Allah s.w.t. Nauzubillahiminzaalik. Saya dengan rendah hati menasihatkan jika ada sesiapa saja (tidak kira status) yang telah melakukan kesalahan demikian setelah terbaca tulisan ini hendaklah bertaubat dan memohon ampunan Allah S.W.T. Wabillahi taufiq walhidayah. Wallahu`alam. (Dalam ajaran Islam ada mengatakan hendaklah kamu tahu (maksud) apa yang kamu lakukan. Yakni jangan kamu lakukan tanpa pengetahuan - hanya ikut-ikutan sahaja, nanti jadi sia-sia atau merbahaya kerana mungkin tersalah laku.
Walaa taqfu maa laisalaka bihii ilmun innas sam`a walbasyora walfu`ada kullu ulaaika kaana`anhu mas`ula. (Al-Isra`: ayat 36)
Ertinya:"Dan janganlah engkau turut apa yang engkau tidak ketahui. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semua ada kebertanggungganjawabnya."
3. SEBILAH KERIS DAN PERKAITANNYA DENGAN SEMAIN IMAN.Apabila sesaorang pesilat memulakan gerak tarian kerisnya hendakalah Dihunjurkan mata keris itu keatas kepala seselesa rasanya terlebih dahulu. Sebab makna dari gerakan ini ialah orang mu`min itu wajib mengesakan Allah s.w.t (zat, sifat, asma` dan afaalNya) terlebih dahulu dalam syuhudnya sebelum bertindak serta sentiasalah ia menyanjong dan mengagongkan Tuhannya. Ertinya janganlah kamu bergantong kepada keris kerana ianya benda makhluk yang tidak boleh memberi bekas pada hakikatnya. Kalau kamu bergantung dan memuja kepada keris nescaya kamu terkena dosa syirik yang paling di murkai Allah Yang Maha Esa dan Maha Berkuasa. Hanya Allah yang boleh memberi bekas. Keris itu hanya alat sebagai sebab akibat sahaja. Segala sesuatu berlaku adalah dengan kehendak dan izin Allah. Kemudian barulah ia bergerak mara atau mengundur atau bergerak kekiri atau pun ke kanan dalam langkah silat seterusnya mengikuti jurus persilatan yang dipelajarinya.
4. MATA BERPEPISAU KERIS BERLOK-LOKGerak tarian seni silat Melayu-Nusantara pada kebanyakan gerakan tarian nya ialah dengan menyendeng berkelok-kelok maka itulah idea wujudnya ciptaan sebilah keris yang mata berpepisaunya berlok-lok (ini hanyalah andaian peribadi saja). Dalam tari silat jika tariannya melurus saja kehadapan atau kebelakang (tidak menyendeng dan berkelok kelok) jadilah ia seperti tarian berjoget (tiada makna serang - bela). Manakala jikalau ia menari silat dalam keadaan berkedudukan rendah dengan gerakan lurus saja ke depan atau belakang ke kiri atau ke kanan kelihatan sangat melucukan dan tidak praktikal dalam `self-defence`. (Dalam seni silat Melayu asli jika menari tidak membawa kepada makna serang bela - dianggap itu bukan tarian silat melayu asli) Tapi jika gerakan mara atau berundurnya tanpa tarian dengan keris terhunus ditangan, ini adalah gerakan dari idea bentuk keris sepukal dan keris Melela (tidak berpamor) atau mana-mana jenis keris bermata pepisaunya yang lurus saja (tidak berlok cth:Sundang) maka merbahaya juga jika dihampiri musohnya dalam pertempuran. Kerana keadaan kedudukan bersahaja (tidak menari) dalam ilmu persilatan bukan bererti tidak dalam keadaan bersilat jika diserang musuh atau untuk menyerang musoh. Penciptaan mata keris berlok nampaknya lebih berseni dan fungsi berlok itu ada tiga yang utama:
Pertama, jika ia di tikam kepada tubuh lawan mata lukanya menjadi lebih lebar jika dibanding dengan akibat tikaman dengan keris lurus.
Kedua, jika melukakan lawan melalui teknik hirisan mata berpepisaunya mata luka menjadi lebih dalam yang terkena pada bahagian cembongnya.
Ketiga, jika seseorang memandangnya daripada arah hadapan mata berpepisaunya apabila mata keris dihunjurkan ke arahnya menyebabkan rasa kegerunan akan lebih daripada memandang senjata pendek yang tidak berlok.
5. LOK KERIS BILANGANNYA GANJILLok keris biasanya bilangan loknya adalah ganjil iaitu sepert keris berlok 3, 5, 7, 9, 13, 17 sampai 31 lok. Kenapakah lok mata keris mesti ganjil tidak di buat genap seperti lok 2, 6, 8, 12 dan seterusnya 32? Jawabnya kerana bilangan ganjil dalam sistem kepercayaan Islam ada keistimewaannya. Kerana Allah itu ganjil maka ia sukakan yang ganjil itulah yang diisyaratkan Tuhan kepada kepada orang yang melakukan solat witir (solat yang rakaatnya ganjil). Sempena dengan itu mudah-mudahan memakai senjata yang ganjil itu (iaitu lain dari yang lain) ada barokahnya. Lagi pun keris berlok ganjil mewujudkan bentuk yang lebih cantik pada penglihatan, lebih tahan dan lebih lebar mata luka akibat tikamannya berbanding jika di buat dengan bilangan loknya yang genap.
6. KENAPA PSSGSPM MENGGUNAKAN KERIS RESMINYA LOK 13Aliran silat Melayu Asli Sejat i- Gerak Sejati menggunakan keris lok 13 dalam kaedah pelajaran berkerisnya kerana mengambil sempena 13 sifat Allah S.W.T yang sejati (Sifat dasar) iaitu 6 sifat nafsiah dan 7 sifat maani. 7 sifat ma`nawiah adalah pernyataan afaal dari tujuh sifat ma`ni saja. Inilah sifat Tuhan Yang Maha Esa, Agong dan kekal abadi yang mesti difahami oleh ahli silat perguruan ini. Sempena dengan pegangan itu dalam ilmu berkeris Gerak Sejati ada 7 sasaran utama pembinasa oleh ilmu keris lok 13 pada tubuh sesaorang lawannya, Lalu mewujudkan 7 buah dasar berkeris dan 7 buah kembangannya serta 7 buah gerakan penamat (jumlah 21 buah) Namun begitu penggunaan keris dalam perguruan ini tidak semestinya rigid kepada lok 13 sahaja. IImu berkerisnya boleh diaplikasikan kepada apa pun saja jenis keris pusaka warisan Nusantara - Melayu. Tetapi pelajaran resmi Silat Berkerisnya ialah KERIS LOK 13 dan keris LOK 7 iaitu keris pendua (pakaian kesukaan Pendekar dan Aulia dikenal namanya dengan nama Keris PARONG SARI, Lihat hikayat Hang Tuah ms 311) Dan Keris Lok 21 keris panjang disebut juga keris Lemona.
Medan tenaga keris lok 13 mempunyai semangat kepewiraan yang sanggup mempertahankan apa sahaja hak miliknya iaitu dirinya, kaum keluarganya, hartabendanya, pimpinannya, agamanya, bangsanya, rajanya, negaranya bangsanya dan lain-lain lagi. Maka, sebab itulah keris lok 13 terkenal juga sebagai bersemangat PELINDUNG iaitu pakaian raja-raja, panglima, temenggong, laksamana, pendekar dan hulubalang Melayu-Nusantara di zaman tradisi bagi mengawal daratan dan lautan negara atau pun kampong halaman dan rumahtangga. Angka 13 adalah angka melambangkan mempertahankan kepunyaan `hak`. Angka 13 mempunyai dua jenis angka yaitu 1 dan 3. Satu itu melambangkan Esa Zat Tuhan dan Tiga itu melambangkan Sifat, Asma` dan Afaal Allah. Jika angka 1 ditambah angka 3 menjadi angka 4. Maka empat itu melambangkan empat sifat Sejati Allah iaitu Sifat Qahar (Maha Perkasa) Sifat Jalal (Maha kebesaran/Agong) Sifat Jamal (Maha cantik/indah) sifat Kamal (Maha sempurna). Maka Allah s.w.t. yang mempunyai sifat sejati Ketuhanan inilah sebenar benar pengawal dan pentadbir seluruh alam samesta ciptaanNya yang ciptaan makhluk terawalnya juga terdiri dari empat unsur iaitu air, tanah, angin dan api.

Rupa bentuk keris lok 13 adalah antara rupa bentuk keris tertua di kalangan jenis keris berlok. Keris lok 13 yang tertua dan paling sempurna didapati oleh pengkaji senjata lama Melayu Nusantara ialah keris milik satu keluarga diraja Melayu melalui usaha koleksinya (Personal Royal Collection) dikenali dengan nama KERIS LOK 13 BUAYA PUTIH RAJAWALI dan keris kembarannya KERIS NAGASARO dikatakan berusia 3000 (tiga ribu) tahun mempunyai ukiran naga yang diperbuat daripada emas. Wallahu`alam.

Keris lok 13 termasuk dalam katagori KERIS PANJANG iatu KERIS UTAMA pendekar kerana biasanya ia dipegang di tangan semasa berjalan. Namun jika panjangnya kurang dari 13 inci ia termasuk dalam katagori keris pendek. Sebab itu keris berlok yang loknya kurang dari 13 di sebut KERIS PENDUA juga dipakai kemas di pinggang bahagian hadapan pakaian cara Melayu jika diselit kemas di pinggang bahagian sisi belakang ialah pakaian keris cara Jawa-Indo kecuali sebelah Sumatera sama seperti memakainya di Tanah Melayu.
Penggunaan keris panjang bersama keris pendua (keris pendek) sangat popular di kalangan pendekar Melayu zaman Tradisional ke mana sahaja mereka pergi. Mengikut kisah legenda Hang Tuah berlima saudara semasa mereka menentang para penjurit Majapahit upahan Pateh Gajah Mada yang mahu membunohnya (HangTuah) Seringkali para penjurit Majapahit itu ditewaskan Hang Tuah dengan keris panjangnya. Kerana keris panjang lebih berkesan menghadapi musoh yang lebih dari seorang dengan menggunakan tiga mata berpepisaunya dan juga sarungnya. Bila menggunakan keris panjang dalam pertarungan sarung keris tidak dibuang ke tepi kerana fungsi sarung bagaikan adik dengan abang dalam ilmu persilatannya. (Sila rujuk riwayat pertempurana Hang Tuah di Majapahit seperti yang dilukiskan oleh pengarang Hikayat Hang Tuah untuk mempastikan kenyataan ini)
Keris Lok 13 juga membawa ma`ana seorang pengamal seni keris ini mestilah seorang ahli ubudiah yang taat dilambangkan dengan ketaatan bersembahyangnya(Solat) kepada Ilahi iaitulah kepala kepada semua ibadat kerana lok 13 membawa makna perlakuan Rukun Solat Yang Tiga Belas Perkara yang wajib di dalam ibadah solat dalam peramalan seorang muslim. Manakala angka 4 (1+3) seperti yang dihuraikan terdahulu menjadi landasan utama untuk kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat seorang muslim iaitu senantiasa menghayati dan memperkasakan Iman, Islam, Tauhid dan ma`rifatnya kepada Yang Teramat Maha Mulia dan Agong iaitu Allah s.w.t. Wallahu`alam.
Keris Lok 13 juga membawa ma`ana seorang pengamal seni keris ini mestilah seorang ahli ubudiah yang taat dilambangkan dengan ketaatan bersembahyangnya(Solat) kepada Ilahi iaitulah kepala kepada semua ibadat kerana lok 13 membawa makna perlakuan Rukun Solat Yang Tiga Belas Perkara yang wajib di dalam ibadah solat dalam peramalan seorang muslim. Manakala angka 4 (1+3) seperti yang dihuraikan terdahulu menjadi landasan utama untuk kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat seorang muslim iaitu senantiasa menghayati dan memperkasakan Iman, Islam, Tauhid dan ma`rifatnya kepada Yang Teramat Maha Mulia dan Agong iaitu Allah s.w.t. Wallahu`alam.
Legenda keris lok 13 Sunan Kalijaga.konon ceritanya Sunan Kalijaga salah saorang wali sembilan yang sakti lagi karomah (sila lihat carta salasilah wali sembilan di laman web ini pada tajuk: salsilah Rasulullah (S.A.W) atau klik di sini), beliau mempunyai sebilah keris sakti lok 13 namanya `kyai Sengkelat`. Mengikut cerita rakyat pada suatu ketika dahulu Empayer kerajaan Majapahit di Jawa diserang oleh suatu wabak penyakit menular berlaku secara menyeluruh kapada rakyatnya berpunca dari sebilah keris pusaka kerajaan bernama `Kyai Condong Campur` yang setiap malam keluar dari sarungnya dan terbang melayang-layang ke seluruh pelusuk kampong dalam negara dengan mengeluarkan cahaya yang menyala bergemerlapan. Setiap desa atau kampong yang dilaluinya pada waktu malam pada paginya akan menular penyakit merbahaya tersebut yang menggemparkan seluruh penduduk. Apabila keris lok 13 Sunan Kalijaga dilepaskan ia juga terbang lalu bertemu dan bertempur dengan keris `Kyai Condong Campur` lalu ditewaskannya oleh keris lok 13 kepunyaan Sunan Kalijaga lantas keadaan hura hara oleh penyakit merbahaya tersebut dapat dipulihkan. Wallahualam.
7. TIGA MATA BERPEPISAU PADA SEBILAH KERIS.Sebenarnya keris adalah satu senjata tempur jarak dekat yang sangat merbahaya bagi yang benar-benar tahu menggunakannya dalam ilmu persilatan Melayu. Ia itu dengan menggunakan semua 3 mata pepisaunya yang ada pada sebilah keris berserta kepit aringnya untuk menewaskan lawan dan juga menggunakan paparan mata keris dan ulunya (ulu keris Melayu biasanya ada buntut tajam dipangkalnya) berserta sarungnya untuk belaan. Maka dengan 7 sasaran utama keris pada tubuh lawannya boleh mendatangkan luka yang serius atau menyebabkan maut serta merta dengan izin Allah. Perlu di ketahui kebanyakan aksi tempur berkeris dalam kebanyakan pertunjukan silat yang mereka pertontonkan kepada umum hanyalah menunjukan gerak menggunakan satu mata keris sahaja dan di tujukan pula serangannya kepada satu atau dua sasaran sahaja pada tubuh lawan. Begitu jugalah dalam kebanyakannya dalam filem filem Melayu-Nusantara yang menggunakan keris sebagai alat tempur semenjak filem Hang Tuah lakonan Allahyarham P.Ramli dan Ahmad Mahmud hinggalah hari ini. Sebenarnya bukanlah senang mematahkan serangan keris dari yang benar-benar tahu berkeris lebih-kebih lagi kalau cuba melawannya dengan tangan kosong saja cukup merbahaya sekali. Sungguh tidak praktikal sekali andaikata dalam pergaduhan sebenar seorang pendekar berkeris dengan menggunakan tiga mata pepisau kerisnya sampai tiga empat minit musoh belum terkena `SERANGAN HIDUP` pendekar berkeris terhadap lawan yang bertangan kosong. Kecuali dalam permainan tempur keris sebagai hiburan seperti yang banyak dipertontonkan oleh perguruan-perguruan persilatan. Meskipun begitu sepatutnya tidak dibolehkan (Oleh yang bertanggungjawab dalam perguruannya) pendekar yang berkeris menjadi tewas kepada yang bertangan kosong (tidak bersenjata)walaupun dalam pertunjukan kerana dengan sendirinya `MENGHINA DARJAT KERIS` sebagai senjata pendekar Melayu yang paling asli dan terbilang unggul. Kerana akibatnya `Kemasinan keris` menjadi tawar `Kehebatan keris` diperlekehkan dan dianggap tidak berkesan lalu tidak di pandang tinggi nilainya di mata umum. Darjat keris akan jatuh sebagai simbol kedaulatan dan kesatriaan bangsa. Sebenarnya dalam realiti cukuplah dengan sekali dua serangan berkeris musoh sepatutnya sudah terkena rembatan atau tikaman mata keris seorang pakar (pendekar keris). Sebab itu keris sebenarnya adalah menjadi RAJA SENJATA dalam tempur jarak dekat dalam ilmu persilatan atau seni beladiri Melayu-Nusantara yang sebenar. Mata keris juga mempunyai ma`na maknawinya dengan kepercayaan rukun iman dan Islam bagi Melayu Islam Nusantara seperti diterangkan berikutnya lagi di bawah. Sebab itu keris juga telah menjadi salah satu SIMBOL KEBESARAN DAN KEAGONGAN RAJA-RAJA MELAYU NUSANTARA zaman berzaman hinggalah ke hari ini. Begitulah juga kebanyakan perguruan silat tidak meninggalkan gambar / lambang keris dalam lambang pengenalan perguruan mereka. Tidak lain sebabnya ialah kerana keunikan keris dan juga keistimewaannya sebagai alat tradisi mempertahankan diri yang cukup berkesan di samping keistimewaan- keistimewaan yang lain yang tidak disebutkan di sini.
8. Mata berpepisau ( janggut & belalai gajah) dipangkal mata keris.Bentuknya berpusar kepangkal. Idea bentuk ini adalah dari gambaran seni tari silat Melayu Asli ada yang dalam jurus berpusing ke belakang, atau harus undur bagi mengelak serangan atau menguatkan kedudukan pertahanan atau pun berpusing kerana membuat serangan atau belaan yang lebih berkesan dan mantap.
9. Mata aring - Kepit yang tajam di pangkal senjata keris.Bentuk mata keris ini lahir dari idea langkah sembah persilatan yang mana kedua telapak tangan disusun rapi di permulaan dan akhir tarian sembah hormat (Sembah lela) sebagai lambang mementingkan kedamaian dan silaturrahim bukan pertelingkahan perbalahan dan peperangan yang dikehendaki. Tetapi jika ia akan bertindak andaikata diserang kerana mempertahankan diri dan tindakannya amat membahayakan.
10. Sebilah keris diciptakan tiga mata pepisaunya semaian kepada pematuhan terhadap rukun bertauhid yang tiga darjat.Idea ini lahir dari sebab alam persilatan Melayu Asli selalu bergantung kapada bertauhidkan Allah s.w.t dalam segala gerak geri dan tindakan iaitu Tauhid afaal, tauhid sifat dan tauhidu zat.
11. Apabila mata keris di masukan kedalam sarungnya.Perlakuan ini dilambangkan dengan langkah duduk sesudah habis langkah dan tari setelah membuat persembahan silat atau setelah selesai menggunakan keris dalam pertempuran. Lalu mengingat kan diri sendiri bahawa setiap yang hidup pasti mati dan kembali mengadap kepada yang ampunya diri. Jangan bersifat riak dan takabur membesar diri yang dimurkai Tuhan. Bersifat damai dan bersopan santun berendah hatilah dalam semua situasi.
12. SELEPAS SELESAI MENGGUNAKAN KERIS
Selepas menyarungkan keris kedalam sarungnya, tariklah nafas panjang dengan zikirillah (zikir sir) tahan sekejap dan lepaskan nafas perlahan kemudian ucapkanlah Alhamdulillahi rabbil`alamin. Keris bersarung itu diselitkan pula kepinggang atau disimpan (diletakan di tempat yang selamat).
PENUTUP: Alhamdulillah... Puji dan syukur kepada Allah s.w.t. Tuhan semesta alam kerana dengan taufiq dan hidayahnya jua dapat kami menyumbangkan artikel ini kepada umum semoga menjadi khazanah ilmu pengetahuan kepada semua yang berminat mengenai pusaka warisan Nusantara Melayu yang terbilang ini. Semoga ilmu persilatan Pribumi Nusantara Melayu khasnya dan dunia amnya semuanya menyumbang kepada `Kesejahteraan insan sejagat zahir dan batin`. Amin ya Rabbal`alamin.
Selepas menyarungkan keris kedalam sarungnya, tariklah nafas panjang dengan zikirillah (zikir sir) tahan sekejap dan lepaskan nafas perlahan kemudian ucapkanlah Alhamdulillahi rabbil`alamin. Keris bersarung itu diselitkan pula kepinggang atau disimpan (diletakan di tempat yang selamat).
PENUTUP: Alhamdulillah... Puji dan syukur kepada Allah s.w.t. Tuhan semesta alam kerana dengan taufiq dan hidayahnya jua dapat kami menyumbangkan artikel ini kepada umum semoga menjadi khazanah ilmu pengetahuan kepada semua yang berminat mengenai pusaka warisan Nusantara Melayu yang terbilang ini. Semoga ilmu persilatan Pribumi Nusantara Melayu khasnya dan dunia amnya semuanya menyumbang kepada `Kesejahteraan insan sejagat zahir dan batin`. Amin ya Rabbal`alamin.

"Menguji medan tenaga keris setelah di bangkitkan medan tenaganya"
SEKIAN, mohon maaf kepada semua dan terima kasih kerana sudi membaca artikel serta melihat pelajaran asas gerak tari silat keris lok 13. Gerak persilatan mengikut resam medan tenaga keris yang baru dibangkitkan dan video mencari keris yang timbangan badannya sempurna (keris berdiri) oleh ahli perguruan Gerak Sejati. Wallahu`alam. Wabillahi taufiq walhidayah. Wassalam.

"Mengesan kewujudan medan tenaga keris setelah dibangkitkan auranya"
Catatan: Sila klik di sini untuk melihat video LATIHAN gerak tari solo Silat Keris Lok 13 (uniform hitam) dan tari solo mengikut gelombang medan tenaga keris (uniform putih) yang telah dibangkitkan oleh guru oleh dua ahli PSSGSPMM. Sementara proses `Mendirikan Mata Keris` adalah sebagai pelengkap kepada artikel yang dibaca di atas. Terima Kasih.
`Majulah Silat Untuk kesejahteraan Insan`
Wabillahi taufiq wal hidaayah. Wassalam.
Tiada ulasan